Anda di halaman 1dari 5

3.

0 Keperluan Pendidikan Murid


Sepanjang melaksanakan tugasan ini terdapat banyak ilmu-ilmu baru yang
dapat saya pelajari terutama ilmu yang berkaitan dengan bidang pendidikan khas
masalah penglihatan. Apabila melaksanakan tugasan ini saya dapat mendalami
dengan lebih jelas lagi tentang kategori-kategori murid berkeperluan khas dan juga
kaedah-kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berkesan untuk murid-murid ini.
Berdasarkan tugasan yang diberi oleh pensyarah, guru pelatih dikehendaki
mencari seorang murid rabun (low vision) yang mempunyai laporan mata yang
lengkap

dan

dapat

berdikari

dan

mengurus

diri

dengan

baik.

Bagi melaksanakan tugasan ini, saya telah melakukan kajian kes terhadap murid
buta tetapi dia masih ada baki penglihatan di mata kiri iaitu Lim Zhi Xian.
Jika sebelum ini saya hanya mengetahui serba sedikit sahaja tentang kanakkanak Anophthalmia dan Microphthalmia, akan tetapi setelah melakukan kajian ini
banyak maklumat-maklumat baru tentang penyakit mata Anophthalmia dan
Microphthalmia yang saya perolehi. Misalnya, tentang ciri-ciri Anophthalmia dan
Microphthalmia . Sebelum melaksanakan tugasan ini, saya tidak mengetahui bahawa
terdapat banyak ciri-ciri Anophthalmia dan Microphthalmia . Saya juga dapat
mempelajari dengan lebih jelas lagi tentang Anophthalmia dan Microphthalmia iaitu
tentang faktor-faktor Anophthalmia dan Microphthalmia , klasifikasi Anophthalmia dan
Microphthalmia , tingkah laku dan juga banyak lagi. Kesemua maklumat ini saya
perolehi melalui pembacaan buku dan juga maklumat dari internet.
Tugasan ini memerlukan saya untuk melakukan banyak pembacaan dan
penyelidikan. Sepanjang melaksanakan tugasan ini juga, saya dapat mempelajari
tentang pengubahsuaian dalam pengurusan strategi pengajaran dan pembelajaran di
dalam kelas, terutamanya menggunakan kaedah dan teknik bermain dikaitkan
dengan kaedah dan teknik mengajar seperti menghafal tanda kata singkat dan
menyelesaikan latihan. Saya dapati sebagai guru pendidikan khas kita haruslah
kreatif dalam pengajaran kerana kemampuan kognitif murid berkeperluan khas
adalah berbeza-beza.
Bagi memenuhi keperluan semua rakyat dan menyediakan negara untuk
bersaing di peringkat antarabangsa, adalah penting untuk negara melakarkan
wawasan kejayaan sistem pendidikan yang ingin dibangunkan, khusus berdasarkan
konteks Malaysia. Generasi murid terbaik yang bagaimanakah ingin dihasilkan untuk

berdepan

dengan

cabaran

ekonomi

abad

ke-21?

Jenis

pendidikan

yang

bagaimanakah perlu disediakan untuk mereka hadapi dunia globalisasi yang pantas
berubah? Aspirasi ini merangkumi dua aspek: pertama, sistem pendidikan secara
keseluruhan, dan kedua, murid secara individu.
Menurut Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2012), Ekuiti ialah sistem
pendidikan berprestasi tinggi menyediakan pendidikan yang terbaik kepada setiap
kanak-kanak tanpa mengira kedudukan geografi, gender atau latar belakang
sosioekonomi. Kementerian berhasrat untuk merapatkan lagi jurang pencapaian
antara murid bandar dengan luar bandar, tahap sosioekonomi dan pencapaian
antara gender sehingga 50% menjelang 2020.
Selaras dengan dasar sedia ada, murid berkeperluan khas pada masa ini
mempunyai akses kepada pendidikan dan boleh memilih satu daripada tiga opsyen
persekolahan berikut. Yang pertama ialah Sekolah pendidikan khas. Ia merupakan
sebuah sekolah khas dengan semua murid diklasifikasikan sebagai kurang upaya
(seperti sekolah untuk masalah penglihatan atau murid kurang upaya yang lain).
Sebagai contoh ialah SKPK Princess Elizabeth. Yang kedua ialah Program Integrasi
Pendidikan Khas (SEIP). Program ini dijalankan di sekolah arus perdana yang
mempunyai kelas khusus untuk murid berkeperluan khas. Contohnya ialah SK Klang
yang mempunyai Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas dan Kelas pendidikan
khas. Yang ketiga ialah Program pendidikan inklusif. Program Inklusif berbeza
dengan program integrasi. Ia merupakan sekolah arus perdana yang mengintegrasi
satu hingga lima murid berkeperluan khas dalam kelas arus perdana. Sebagai
contoh Maktab Sultan Abu Bakar, sekolah menengah.
Zhi Xian mula bersekolah di sekolah pendidikan khas sejak prasekolah. Ibu
bapanya mempunyai kesedaran untuk memberi pendidikan kepada anaknya dan
mereka cuba sedaya upaya untuk membantu anaknya mendapatkan hak untuk
belajar contohnya seperti mendaftar di Jabatan Kebajikan. Ibu bapa Zhi Xian juga
memahami kepentingan Intervensi awal untuk membantu Zhi Xian. Seterusnya ibu
bapa Zhi Xian telah memilih sekolah yang mempunyai infrastruktur yang lengkap dari
segi kemudahan dan keselamatan sekolah. Sebagai contoh, pagar atau railing di
setiap koridor dan mesin Braille yang banyak untuk murid bertukar jika mengalami
kerosakan. Murid juga mempunyai hak untuk meminjam balik mesin Braille untuk
membuat kerja rumah tetapi dengan menjamin akan menjaga mesin Braille tersebut
dengan baik.

Penglibatan ibu bapa merupakan satu faktor yang penting untuk memastikan
anak-anak mendapat peluang yang terbaik. Usaha ibu bapa Zhi Xian menghantar
anaknya ulang-alik dari rumah ke sekolah setiap hari memotivasi Zhi Xian belajar
bersungguh-sungguh semasa berada di dalam kelas. Seperti yang dinyatakan dalam
Pelan

Pembangunan Pendidikan

Malaysia

(2012),

dalam

anjakan 9

iaitu

bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas. Dalam
anjakan 9 ia menerangkan bahawa Setiap ibu bapa akan menjadi rakan yang aktif
dalam proses pembelajaran anak mereka, bukan sahaja melalui aktiviti yang lazim,
seperti hari sukan dan hari penyerahan kad laporan, tetapi juga menerusi Persatuan
Ibu Bapa dan Guru (PIBG) yang diperkukuhkan bagi menyediakan maklum balas
tentang hal ehwal pengurusan berasaskan sekolah.
Di samping itu, penggunaan sarana ibu bapa juga menyokong pembelajaran
murid. Sekolah juga akan mempunyai rangkaian komuniti dan sektor swasta sebagai
rakan yang mampu memberi sumbangan kepakaran untuk kemajuan sekolah.
Pelibatan

semua

pihak

berkepentingan

ini

akan

mewujudkan

ekosistem

pembelajaran yang memperkukuhkan pengajaran ilmu, kemahiran, dan nilai yang


diajar kepada murid di sekolah.
Terdapat beberapa kebiasaan Zhi Xian suka lakukan semasa kelas yang guru
telah kesan. Antaranya ialah menarik kelompak mata sebelah kiri semasa guru ingin
menunjukkan sesuatu visual seperti gambar, objek dari jarak jauh atau semasa guru
minta murid rabun tengok dan cari perkataan tersembunyi di dalam kelas. Tingkah
laku ini berlaku kerana sebahagian daripada kelompak mata Zhi Xian telah
menghalang matanya.
Selain itu, Zhi Xian suka menarik perhatian guru dengan mengangkat tangan
tanpa mengetahui jawapan apabila guru mengemukakan soalan. Contoh: guru minta
murid memberi satu contoh perkataan yang berbentuk KVKVKVKV, murid yang
dapat jawab sila angkat tangan. Zhi Xian akan mengangkat tangan dulu dan semasa
guru minta Zhi Xian memberi contoh perkataan dia akan berfikir untuk masa yang
panjang. Zhi Xian mengharapkan perhatian yang lebih dari guru berbanding dengan
rakan sekelasnya yang boleh nampak lebih banyak daripada dia.
Untuk memastikan setiap murid mendapat perhatian yang sama guru boleh
menggunakan ict sebagai bahan bantu mengajar. Menurut Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (2012) dalam anjakan 7 menyatakan memanfaat ICT bagi

meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia. Hal ini kerana, ICT akan membantu
memperkukuh proses pengajaran dan pembelajaran di semua 10,000 sekolah.
Murid akan memperoleh akses kandungan yang lebih luas, menarik, dan
interaktif. Mereka akan dapat belajar mengikut kadar kendiri dan mempunyai pilihan
pengajian yang lebih luas melalui program jarak jauh. Pengetua/Guru Besar dan
guru juga akan mempunyai akses kepada sumber pembelajaran dan komuniti di
dalam dan di luar negara bagi membantu meningkatkan kualiti amalan mereka.
Kemudahan ICT akan menjadi sebahagian daripada kehidupan murid di sekolah,
tanpa jurang pemisah antara bandar dengan luar bandar. Semua guru dan murid
akan dilengkapi kemahiran yang perlu bagi menggunakan teknologi ini secara
berkesan dan bermakna.
Dengan adanya bantuan ICT, guru boleh mendapatkan maklumat dari
pelbagai negara, bahasa dan sumber. Selain itu, setiap murid pendidikan khas diberi
satu komputer riba untuk mengakses maklumat bila ada masa lapang dengan
pantauan guru. Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan, murid
mempunyai sumber sendiri dan mereka boleh merujuk kepada komputer riba apabila
tidak dapat mendengar arahan guru dengan jelas. Sebagai contoh, guru
menyediakan latihan dan sumber pengajaran seperti video tentang perkataan KVKV.
Murid diminta mendengar dan menonton video tersebut dan menyenaraikan
perkataan yang boleh dipendekkan. Contoh perkataan: masa-ms. Dengan ini, guru
mempunyai lebih banyak masa membimbing rakan yang lemah dengan masa yang
masa guru dapat memastikan murid membuat latihan dan bukan bermain.
Kesimpulannya, dengan kerjasama dari ibu bapa secara aktif dapat
membantu murid mendapat hak-hak yang sepatutnya seperti peluang pendidikan
yang ditawarkan oleh kerajaan. Selain itu, usaha pihak kerajaan melatih guru yang
berkemampuan dan mempunyai ilmu pengetahuan dalam bidang tertentu juga dapat
membantu murid masalah penglihatan belajar dengan lebih berjaya kerana guru
pendidikan khas dapat memahami muridnya dengan lebih baik berbanding guru arus
perdana.

4.0 Rujukan
Delta Gamma Center. (2011). Anophthalmia / Microphthalmia. Retrieved August 15,
2015,

from

dgckids.org/resources/most-common-eye-

conditions/anophthalmia-microphthalmia/
Jacalyn Paulding. (2011). A Letter to New Parents Living with Microphthalmia |
WonderBaby.org.

Retrieved August 17,

2015,

from

http://www.wonderbaby.org/articles/letter-to-new-parents
Malaysia. (2012). Laporan awal pelan pembangunan pendidikan Malaysia 20132025.
The International Children's Anophthalmia Network (ICAN). (2015). Treatment | ican
- the International Children's Anophthalmia Network. Retrieved August 20,
2015, from http://www.anophthalmia.org/treatment/
The Micro and Anophthalmic Childrens Society. (2015). Stories of MACS.
Retrieved August 16, 2015, from www.macs.org.uk/stories/
Micro& Anophthalmic Childrens Society MACS. (2014). Supporting children born
without eyes and underdeveloped eyes: Prosthetic Eyes Transforming
Lives [Brochure]. Holyhead,UK: Author
National

Eye

Institute.

(2009,

August).

Facts

About

Anophthalmia

and

Microphthalmia | National Eye Institute. Retrieved August 12, 2015, from


https://nei.nih.gov/health/anoph/anophthalmia
Genetic Home Reference. (2011, November). Microphthalmia - Genetics Home
Reference.

Retrieved August 11,

http://ghr.nlm.nih.gov/condition/microphthalmia

2015,

from

Anda mungkin juga menyukai