Anda di halaman 1dari 15

Operasi Matematik

4.0
Definisi Operasi
Operasi adalah suatu fahaman tentang +, -, dan serta pengetahuan tentang fakta asas
nombor untuk setiap operasi ini menyediakan satu asas untuk kerja lanjut dengan pengiraan.
Setiap operasi dipersembahkan dengan pelbagai perwakilan mengguna berbagai model
fizikal. Murid memerlukan banyak pengalaman dalam situasi kehidupan sebenar dan
berinteraksi dengan objek fizikal untuk memupuk fahaman tentang operasi matematik.
Fahaman akan meningkat jika murid dapat mengaitkan simbol matematik kepada pengalaman
yang diperoleh atau kepada sesuatu yang boleh dilihat. Berikut adalah urutan aktiviti yang
sesuai untuk membantu murid mengembangkan maksud bagi empat operasi asas:
1. Konkrit model mengguna bahan > Guna pelbagai masalah lisan dan bahan manipulatif
untuk melakonkan dan mewakilkan operasi matematik.
2. Separa konkrit mewakilkan operasi dengan gambar > Bekalkan perwakilan objek
dalam gambar, gambarajah dan lukisan dalam langkah ke arah perwakilan simbolik.
3. Abstrak mewakilkan operasi dengan simbol > Guna simbol (khasnya untuk ungkapan
berangka dan ayat nombor) untuk mengilustrasikan operasi.
Bila mengajar murid tentang operasi matematik, adalah penting untuk mengenal pasti bahawa
terdapat beberapa model atau cara pemikiran tentang operasi tersebut.
4.0.1 Konsep Operasi Asas Matematik
Dalam matematik terdapat empat operasi aritmetik iaitu operasi tambah ( +), operasi tolak (-),
operasi darab () dan operasi bahagi (). Operasi tambah ialah operasi pertama yang
dipelajari oleh murid. Murid telah didedahkan dengan operasi tambah apabila mereka belajar
membilang. Murid diperkenalkan operasi tolak setelah mereka dapat melakukan operasi
tambah. Operasi darab pula diperkenalkan setelah murid mahir dalam operasi tambah.
Manakala operasi bahagi ialah operasi yang lebih susah daripada operasi tambah, tolak dan
darab.

4.1
Operasi Tambah
Operasi tambah ini merupakan asas untuk menumbuh dan mencambahkan minat murid
terhadap mata pelajaran matematik. Pengalaman kejayaan dan kegagalan yang mereka alami
semasa peringkat awal menguasai kemahiran ini memberi pengaruh yang besar terhadap
penguasaan kemahiran lain yang lebih mencabar pada peringkat seterusnya. Sebelum operasi
tambah ini diperkenalkan, murid-murid hendaklah menguasai kemahiran-kemahiran seperti
membilang hingga 10, menyusun kumpulan benda sehingga 10, membaca dan menulis angka
1-10, memadankan angka daripada 1-10 dengan perkataan nombor, mengenal simbol 0 dan
perkataan nombor sifar dan memahami maknanya serta mengabadikan nombor.

4.1.1

Konsep Tambah

Penambahan ialah operasi yang mencantumkan dua nilai nombor untuk menghasilkan
nombor ketiga yang dinamakan jumlah atau hasil tambah. Contoh: 3 + 2 = 5 .
Dua kaedah biasa yang digunakan untuk menjelaskan konsep penambahan iaitu

Penyatuan set - Penambahan nombor bulat dikaitkan dengan suatu set kumpulan
objek dengan satu set objek yang lain yang tidak mengandungi unsur-unsur yang
sama untuk menjadikan suatu set objek yang disatukan. Proses keseluruhan untuk
menentukan nombor inilah yang dinamakan operasi tambah. Operasi ini
dilambangkan dengan simbol (+).

Pengukuran pada garis nombor - Garis nombor merupakan model geometri


dengan setiap jarak di antara titik pada garis bernilai 1.

4.1.2 Kemahiran Operasi Tambah


Pendedahan operasi penambahan perlu dijalankan sebaik sahaja murid telah menguasai
nombor bulat, nilai tempat serta fakta asas tambah. Murid didedahkan dengan kemahiran
menambah iaitu nombor 2 digit dan nombor 1 digit dan menambah nombor 2 digit dengan
nombor 2 digit. Murid juga akan biasakan diri dengan kemahiran menulis ayat matematik dan
penyelesaian masalah matematik dalam bentuk lazim.
Operasi tambah ini akan didedahkan secara berperingkat iaitu:

Operasi tambah dalam lingkungan 10

Operasi tambah dalam lingkungan 18

Operasi tambah dalam lingkungan 50

Operasi tambah dalam lingkungan 100

Selain itu, operasi tambah ialah proses yang menjumlahkan dua atau lebih kuantiti dengan
menggunakan nombor-nombor. Operasi tambah merupakan gabungan antara dua set objek.
Guru boleh menggunakan pendekatan ELPS (Experience, Language, Picture, Symbol ) ketika
mengajar operasi tambah. Pengalaman konkrit diberikan di samping penggunaan yang betul
bagi mewakili operasi dalam bentuk bergambar serta bentuk simbol. Contoh:

Menggunakan objek konkrit.

Menggunakan bahasa yang betul.

Menggunakan gambar untuk mewakili nombor-nombor tersebut.

Menggunakan simbol untuk mewakili operasi tersebut.

4.1.3

Bentuk Operasi Tambah


Terdapat dua bentuk operasi tambah. Yang pertama adalah ayat matematik :
5 + 8 = 13
Manakala yang kedua adalah bentuk lazim :
5
+ 3
---------8

4.1.4

Peringkat Perkembangan Murid Melakukan Operasi Tambah

i.

Peringkat membilang semula. - Dalam peringkat ini guru dapat menggunakan dua
kumpulan benda seperti penutup botol. Murid perlu membilang dari kumpulan
pertama dan sambung kepada kumpulan kedua.

ii.

Peringkat membilang secara terus. - Dalam peringkat ini pula, murid akan
menentukan bilangan benda dalam kumpulan pertama, kemudian membilang
kumpulan kedua.

iii.

Peringkat menyatukan dua kumpulan secara spontan. - Dalam peringkat ini pula,
seorang murid akan menyebut satu nombor , misalnya 8. Murid kedua pula
menunjukkan dua kad nombor yang jumlahnya 8, misalnya 5 dan 3.

4.1.5 Fakta Asas Tambah


Fakta asas tambah merupakan kombinasi penambahan (termasuk songsangannya) yang setiap
sebutan ialah nombor 1 digit. Menguasai fakta asas tambah merupakan asas kepada
pengendalian algoritma penambahan dengan cekap dan tepat. Kepelbagaian aktiviti bagi
menguasai pembentukan konsep fakta asas tambah perlulah lebih berkesan di samping
dijalankan latihan untuk peneguhan. Operasi tambah secara konkrit perlu didedahkan terlebih
dahulu untuk mengembangkan kefahaman murid tentang penambahan. Setelah itu, guru
mengajar operasi tambah matematik secara piktorial dan diikuti dengan garis nombor. Pada
akhirnya kaedah visual dan lisan perlu digunakan oleh guru untuk mengajar operasi tambah.
Setelah itu, strategi yang berkesan iaitu strategi berfikir perlu diperkenalkan berdasarkan
prinsip-prinsip tertentu. Akhirnya murid dikehendaki mengingat dan menghafal semua fakta
asas tambah. Murid akan mampu menyatakan semua fakta asas tambah dengan cepat dan
tepat sekiranya diajar dengan cara yang berkesan. Seseorang guru mestilah memastikan
muridnya telah mempunyai konsep penambahan yang mantap (termasuk simbol yang terlibat)
sebelum meminta mereka mengingati fakta asas tambah.
Seseorang murid boleh didedahkan dengan operasi penambahan, sebaik sahaja mereka

telah menguasai nombor bulat, nilai tempat serta fakta asas tambah. Murid akan didedahkan
dengan kemahiran menambah nombor 2 digit dengan nombor 1 digit, dan menambah nombor
2 digit dengan nombor 2 digit. Murid juga akan dibiasakan dengan kemahiran menulis ayat
matematik dan penyelesaian masalah matematik dalam bentuk lazim. Operasi tambah ini
akan didedahkan secara berperingkat iaitu operasi tambah dalam lingkungan 10, operasi
tambah dalam lingkungan 18 tanpa/dengan mengumpul semula, operasi tambah dalam
lingkungan 50 tanpa/dengan mengumpul semula dan operasi tambah dalam lingkungan 100
tanpa/dengan mengumpul semula.

4.1.6

Strategi-strategi Pemikiran untuk Mempelajari Fakta Asas Penambahan

Sifat tukar tertib

Strategi Tambah Satu dan Tambah Sifar

Strategi Gandaan atau Hampir Gandaan

Membilang Terus

Menambah ke 10 dan lebih : Kaedah Ganti Rugi

4.2
Operasi Tolak
Operasi tolak diajar selepas operasi tambah. Operasi tolak berhubung dengan pengasingkan
atau pengurangan sesuatu set objek kepada set-set kecil. Ia merupakan songsangan operasi
tambah. Tolak ialah proses untuk mencari beza atau baki apabila satu nombor dikeluarkan
daripada jumlah.
4.2.1 Konsep Tolak
Operasi tolak mempunyai beberapa makna atau pengertian seperti memisahkan atau
mengurangkan kuantiti daripada satu kuantiti keseluruhan dan melihatkan baki yang tinggal.
Pendekatan yang boleh digunakan dalam operasi tolak ini ialah pengasingan atau mengambil
keluar, perbandingan, pelengkap dan penyekatan.

Pengasingan atau mengambil keluar bermula dengan satu set objek, satu subset
dikeluarkan. Contohnya, terdapatnya 8 buah buku di atas meja. Sebanyak 4 buku
dimasukkan ke dalam beg. Berapa buah buku lagikah yang tinggal di atas meja
tersebut?

Perbandingan merupakan di mana dua set objek berasingan diberi. Set objek pertama
disusun semula dan dipadankan dengan set objek kedua. Set objek yang tidak ada
pasangan dikenali sebagai baki atau beza. Contohnya, terdapat 8 biji gula-gula dan 5
potong kek. Berapakah bilangan gula-gula melebihi kek?

Pelengkap pula bermula dengan satu set objek, kemudian fikirkan berapa objek lagi
perlu ditambah untuk melengkapkan set keseluruhan. Contohnya, saya ada 6 ekor

kuda di dalam sebuah kandang yang bole memuatkan 10 ekor kuda. Berapa ekor
kudakah yang boleh saya masukkan lagi ke dalam kandang itu?

4.2.2

Penyekatan - Dalam konsep ini, ahli sesuatu set objek perlu diubahsuai
kedudukannya untuk menepati sesuatu syarat. Contohnya,terdapat 7 buah kereta di
sebuah tempat letak kereta. 2 buah kereta berwarna biru dan yang lain berwarna
merah. Berapa buah keretakah yang berwarna merah?

Kemahiran Operasi Tolak

Kemahiran yang diajar adalah:

menulis ayat matematik

melengkapkan ayat matematik menolak secara spontan fakta asas tolak

menulis hitungan tolak dalam bentuk lazim

Penyelesaian masalah berkaitan penolakan

4.2.3

Bentuk Operasi Tolak

Terdapat dua bentuk operasi tolak. Yang pertama adalah ayat matematik : 9 - 5 = 4
Manakala yang kedua adalah bentuk lazim :
Bentuk lazim :

9
- 5__
4

4.2.4

Fakta Asas Tolak

Fakta asas tolak ialah ayat matematik bagi penolakan nombor 1 digit daripada nombor 1 digit
atau 2 digit dan hasilnya nombor satu digit. Terdapat dua kaedah untuk memperkenalkan
fakta asas tolak iaitu:

mengekalkan bilangan unsur yang dikeluarkan, dan

mengekalkan bilangan unsur dalam set asal.

Biasanya operasi tolak diajar mengikut turutan daripada tolak tanpa mengumpul semula
kepada tolak dengan mengumpul semula. Sebelum mempelajari operasi tolak dengan
mengumpul semula, murid perlu mahir kemahiran yang berikut:

Fakta asas tolak

Menolak nombor yang sama nilai tempatnya

Nilai tempat bagi angka

Menulis nombor dalam bentuk tambah mengikut nilai tempat dan seterusnya menulis
nombor berkenaan dalam bentuk yang lain.

4.2.5

Strategi-strategi Pemikiran untuk Mempelajari Fakta Asas Penolakan

Mengguna sifar dan satu

Mengguna Gandaan

Membilang balik

Membilang Terus

Satu kurang daripada fakta yang diberi

4.2.6 Teknik-teknik Operasi Penolakan


1. Penolakan menggunakan gambar rajah.
Penggunaan gambar dalam mengajar penolakan dalam Matematik adalah sesuatu yang sangat
berkesan dalam menggambarkan konsep operasi penolakan. Guru perlu memainkan peranan
sebagai pembimbing minda kanak-kanak ke arah pembinaan konsep penolakan. Guru harus
membimbing murid dengan soalan-soalan ke arah pembentukan konsep penolakan.
2. Penolakan secara manipulatif
Dalam kaedah ini, ia menggunakan benda maujud seperti, biji kacang, lidi, biji saga, anak
patung dan sebagainya. Terdapat juga unsur-unsur pendekatan masteri, di mana, murid diajar
pengurangan nilai 1 terlebih dahulu seperti 10-1, 8-1, 5-1 dan sebagainya. Apabila mereka
telah mahir dengan pengurangan nilai 1, barulah diajar pengurangan 2 seperti, 10-2, 8-2, 5-2
dan sebagainya. Melalui kaedah ini pelajar akan dibiasakan dengan pola-pola nombor untuk
mencari jawapan dan ia juga mendedahkan murid dengan hubungan nombor dalam sesuatu
persamaan untuk menunjukkan fakta bahawa operasi penolakkan adalah pembalikkan operasi
penambahan contohnya 6, 3, dan 9 adalah persamaan seperti berikut, 6 + 3 = 9, 9 3 = 6 dan
9 6 =3.
Penolakan secara manipulatif yang menggunakan bahan maujud seperti biji saga juga sesuai
untuk digunakan pada murid pada peringkat penolakkan asas. Kaedah ini juga berperanan
dalam mengukuhkan konsep penolakan pada murid-murid saya. Walaubagaimanapun ia tidak
sesuai untuk penolakan nilai yang lebih besar seperti 30 15 atau 40 20. Ini kerana muridmurid terpaksa menggunakan biji saga yang banyak hingga menyebabkan pengiraan mereka
menjadi lambat. Selain itu juga, murid-murid mudah keliru semasa mengira biji saga apabila
melibatkan kuantiti yang banyak.

3. Penolakan menggunakan garis nombor dan pengiraan menurun.


Teknik pengiraan yang digunakan adalah dengan cara pengiraan menurun.
4.3

Operasi Darab

Darab ialah penambahan nombor yang sama secara berulang. Dalam menyampaikan konsep
pendaraban, guru seharusnya menyampaikan konsep yang paling mudah dahulu, iaitu konsep
tambah berulang-ulang. Dalam proses pendaraban, pada amnya, ia dapat dibahagikan kepada
lima konsep pendaraban. Kesemuanya mempunyai tujuan yang sama iaitu untuk mencari
jumlah kesemua objek yang terlibat.

Tambah Berulang-ulang - Tambah kuantiti yang sama beberapa kali

Konsep kumpulan sama - Bila kedua-dua nombor dan saiz objek diketahui (tetapi
jumlah tidak diketahui)

Perbandingan / Konsep kali / ganda - Masalah perbandingan dengan struktur


pendaraban melibatkan 2 set yang berbeza tetapi hubungan bukan satu kepada satu.
Dalam situasi pendaraban, satu set melibatkan gandaan set yang satu lagi.

Konsep kombinasi - Dua faktor mewakili saiz dua set yang berbeza dan hasil darab
menunjukkan berapa banyak pasangan benda boleh dibentuk, dengan satu ahli
pasangan diambil dari tiap-tiap dua set.

Tatasusunan - Luas suatu segiempat tepat boleh dicari dengan mendarabkan lebar
dengan panjang segiempat tepat itu. Dalam tatasusunan (susunan objek yang diskrit
dan boleh dibilang), jumlah objek boleh dicari dengan mendarabkan bilangan baris
dengan bilangan objek dalam setiap baris.

4.3.1 Konsep Darab


Darab sebagai operasi tambah berulang. Contohnya: tiga set 2 diertikan sebagai 3 2 dan
lima set 4 diertikan sebagai 5 4. Darab bermakna kali atau ganda. Contoh: 3 6 = 18
disebut tiga kali ganda enam menghasilkan lapan belas. Nombor 3 dan 6 dipanggil faktor
darab. Dalam operasi darab ini tanda digunakan dimana ia merujuk kepada operasi ganda.
Manakala tanda = ini merujuk kepada hasil. Nombor 18 dalam ayat matematik di atas
mewakili hasil darab atau nombor terbitan operasi darab. Cara menulis operasi darab adalah
dengan cara menegak dan cara mendatar. Cara menegak dikatakan sebagai bentuk lazim
manakala cara mendatar pula dikatakan ayat matematik. Murid-murid dibimbing dulu
menggunakan ayat matematik dan diikuti dengan menukar dan menulis ayat matematik
kepada bentuk lazim.

4.3.2

Bentuk Operasi Darab

Ayat matematik : 3 x 6 = 18
Bentuk lazim :

6
x

3___
18

4.3.3

Model Operasi Darab

Terdapat beberapa model yang dapat digunakan dalam operasi darab ini. Antara model bagi
menjelaskan konsep darab ialah model gandaan set, model turus, model turutan garisan
bernombor dan model hasil Cartesian.
Model Gandaan Set
00

00

00

00 --------------- 0000

2 + 2 + 2 + 2
Empat set 2

=8

------ satu set 8

4x2=8
Model Terus
0

3 + 3 +3 + 3 = 12
Empat turus 3 kelompok 12
4 x 3 = 12
Model Turutan Garisan Bernombor
0

12

15

,_____,_____,_____,_____,_____,___
Lima turutan 3 ------ hasil
3 pasangan ----------- 6 objek
3 x2 =6

0000

4.3.4 Fakta Asas Darab


Fakta asas darab ialah fakta yang mempunyai faktor pendarab satu angka atau satu digit,
misalnya daripada 0 0 hingga 9 9. Bagi menjamin komputasi efisen (jawapan yang tepat
dan menjimatkan masa), murid digalakkan menghafal fakta asas darab. Ada 100 fakta seperti
0 0, 1 1, 2 2, 3 3 hingga 9 9, iaitu pergandaan nombor itu sendiri, dan 45 fakta lain
bersimetri (45 + 45). Fakta bersimetri ialah seperti 4 7 = 7 4. Fakta darab perlu dibantu
dengan manipulasi objek konkrit, piktorial dan jadual fakta. Murid digalakkan membuat
pertalian antara satu fakta dengan fakta-fakta lain secara abstrak berdasarkan pengalaman
konkrit mereka seterusnya memikirkan pertalian antara berbagai-bagai fakta dengan
menggunakan hukum operasi darab dan menggunakan algoritma standard.

4.3.5

Strategi-strategi Pemikiran untuk Mempelajari Fakta Asas Pendaraban

Sifat tukar tertib

Membilang secara melangkau

Tambah Berulang

Cerakinkan hasil darab kepada bahagian-bahagian yang diketahui

Mengguna sifar dan satu

Mengguna Pola

Strategi satu set lagi

4.4
Operasi Bahagi
Operasi bahagi ialah operasi matematik yang terakhir dipelajari oleh murid di sekolah rendah.
Operasi bahagi dikaitkan dengan operasi darab sebagaimana operasi tolak dikaitkan dengan
operasi tambah. Di samping itu, operasi bahagi memerlukan tahap kematangan berfikir yang
lebih tinggi untuk memahami konsep dan algoritma bahagi. Untuk pembelajaran yang efektif,
murid perlu faham tentang konsep dan sifat milik, atau hukum operasi bahagi di samping
penyediaan kaedah dan pedekatan yang terancang oleh guru untuk memudahkan proses
memahami operasi ini.
4.4.1

Konsep Bahagi
Bahagi ialah proses pengumpulan sama banyak atau pengongsian sama rata.

Pengumpulan atau pembahagian secara ukuran.

Dalam situasi ini, kita tahu berapa objek yang terdapat dalam setiap kumpulan dan mesti
menentukan bilangan kumpulan. Dalam proses ini, murid dikehendaki mengukur bilangan
subset yang kecil yang sama besar daripada set objek yang asal. Contohnya, guru
membahagikan murid-murid dalam suatu kelas kepada beberapa kumpulan.

Pengongsian / Penyekatan

Dalam situasi ini, satu set objek (jumlah asal) diasingkan kepada beberapa kumpulan (subset)
yang ditetapkan dan kita hendak mencari bilangan objek dalam setiap kumpulan (subset).
Contohnya, Ibu membahagi makanan kepada anak-anak secara sama rata.
Operasi bahagi mempunyai pertalian menyongsang dengan operasi darab. Misalnya, 5 p =
10, iaitu untuk mendapatkan faktor pendarab p maka 10 mesti dibahagi dengan 5. Operasi
bahagi juga mempunyai pertalian dengan penghitungan,iaitu turutan selangan nombor
dihitung kebelakang ( reverse) contoh:4 x 2 -----0-2-4-6-8
8 2 -----8-6-4-2-0

Operasi bahagi boleh dianologikan sebagai tolak berulang-ulang. Cara menulis ayat
matematik bahagi, contohnya;

Nombor 18 dipanggil dividen, nombor 2 dipanggil faktor pembahagi dan nombor 9 ialah
hasil bahagi.
4.4.2

Bentuk Operasi Bahagi


Ayat Matematik : 12 4 = 3
Bentuk lazim : pembahagian pendek dan pembahagian panjang

4.4.3 Model Operasi Bahagi


Antara model yang digunakan dalam operasi bahagi ini ialah Model Kuotatif (memberi
gambaran berapa kumpulan dapat dibuat daripada sesuatu dividen atau sebilangan besar
unsur. Model partitif atau sama rata (memberi gambaran berapa banyak unsur dalam satu
kumpulan atau kelompok. Kemahiran menghafal dan mengingat kembali fakta-fakta asas
darab berkait rapat dengan kebolehan menyelesaikan kira-kira bahagi secara sikap dan
ekonomik. Operasi bahagi mempunyai pertalian songsang dengan operasi darab (sekiranya
sesuatu nombor boleh dibahagi dengan nombor lain, tanpa sebarang baki nombor bernilai)

4.4.4

Fakta Asas Bahagi

Fakta asas bahagi mempunyai faktor pembahagi dan hasil bahagi bernombor satu angka.
Bagi setiap fakta darab yang disongsangkan akan menghasilkan satu fakta bahagi.
Contohnya, 14 2 = 7.
Aktiviti untuk membantu pembelajaran fakta bahagi ialah:
Pengelasan objek-objek.
Penggunaan pengalaman harian,
manipulasi objek-objek,
melukis dan menganalisis gambar
mencari jawapan melalui pertalian.
4.4.5

4.5

Strategi-strategi Pemikiran untuk Mempelajari Fakta Asas Pembahagian

Tolak berulang-ulang

Membilang secara melangkau

Membilang balik

Cerakin hasil darab kepada bahagian-bahagian yang diketahui

Mengguna satu
Perkaitan Bahagi dan Darab

Operasi bahagi mempunyai pertalian songsang dengan operasi darab. Misalnya, 5p = 10, iaitu
untuk mendapatkan faktor pendarab p maka 10 mesti dibahagi dengan 5. Operasi bahagi juga
mempunyai petalian dengan penghitungan, iaitu turutan selangan nombor dihitung ke
belakang (reverse) contoh:

4 2 0, 2, 4, 6, 8

8 2 8, 6, 4, 2, 0

Operasi bahagi boleh dianalogi sebagai tolak berulang-ulang


Cth : 8 2
82=6
62=4
42=2
22=0

Kira berapa banyak kali 2 boleh ditolak daripada 8


Didapati bahawa 2 boleh ditolak 4 kali drpd 8
8 2=4

PENGENALAN OPERASI DARAB


Menurut Nesher (1988) dan Vergnaud (1988), situasi pendaraban boleh diklasifikasikan
berdasarkan bentuk kuantiti dan perkaitan antara kuantiti tersebut. Konsep Darab mempunyai
pertalian rapat dengan tambah, iaitu tambah berulang-ulang.Misalnya, tiga 2 diertikan
sebagai 3x2 dan lima set 4 diertikan sebagai 5x4 . Darab bermakna kali ganda. Jika ayat
seperti 3x6=18 boleh disebut tiga kali ganda enammenghasilkan lapan belas. Nombor 3
dan 6 dipanggil faktor darab, tanda x merujuk kepada operasi ganda, tanda= merujuk
kepada hasil dan nombor 18 mewakili hasil darab atau nombor terbitan operasi darab. Cara
menulis operasi darab adalah dengan cara menegak dan cara mendatar. Antara model bagi
menjelaskan konsep darab ialah model gandaan set, model turus, model turutan garisan
bernombor dan model hasil Cartesian.

Model Gandaan Set


2 + 2 + 2 + 2 = 8 Empat set 2 ------ satu set 8 4 x 2 = 8
Model Terus
3 + 3 +3 + 3 = 12 Empat turus 3 kelompok 12 4 x 3 = 12
Model Turutan Garisan Bernombor
3, 6, 9, 12, 15,_____, Lima turutan 3 hasil 3 pasangan - 6 objek 3 x 2 = 6
Fakta Asas darab ialah fakta yang mempunyai faktor pendarab satu angka atau satu digit,
misalnya daripada 0 x 0 hingga 9 x 9. Bagi menjamin komputasi efisien ( jawapan yang tepat
dan menjimatkan masa), murid digalakkan menghafal fakta asas darab. Ada 10 fakta seperti 0
x0, 1x1, 2x2, 3x3, hingga 9 x9, iaitu pergandaan nombor itu sendiri, dan 45 fakta lain
bersimetri ( 45 + 45). Fakta bersimetri ialah seperti 4 x7 = 7 x 4.Fakta darab perlu dibantu

dengan manipulasi objek fizikal, model dan jadual. Murid digalakkanmembuat pertalian
antara satu fakta dengan fakta-fakta lain secara abstrak berdasarkan pengalaman konkrit
mereka seterusnya memikirkan pertalian antara berbagai-bagai fakta,menggunakan hukum
operasi darab dan menggunakan algoritma standard.

PENGENALAN KONSEP BAHAGI


Operasi bahagi ialah operasi matematik yang terakhir dipelajari oleh pelajar di sekolah
rendah. Adalah tidak wajar mengembangkan konsep bahagi secara berasingan daripada
konsep operasi darab. Operasi bahagi dikaitkan dengan operasi darab sebagaimana operasi
tolak dikaitkan dengan operasi tambah. PENGENALAN Tambah ( + ) Tolak ( - )
Bersongsangan Bersongsangan berulangan berulangan Bahagi ( ) Darab ( X ).
Konsep Pembahagian Sebagai Pengongsian Operasi bahagi. Timbul apabila pelajar perlu
mengongsikan sejumlah objek secara sama rata dengan beberapa orang kawan, atau apabila
membahagikan beberapa orang kepada sebilangan kumpulan tertentu Bahagikan 12 biji telur
sama rata diantara 3 orang. Seorang akan dapat 4 biji telur.
Konsep Bahagi Sebagai Pengumpulan. Ada 12 biji guli. Jika guli itu dilonggokkan supaya
dapat 3 biji guli dalam satu longgok, berapa longgok guli boleh didapati? Murid mula
mengaitkan operasi bahagi dengan proses mencari sebilangan set yang sama besar yang boleh
dijadikan daripada sesuatu jumlah objek. Proses ini digelarkan pengumpulan atau
pembahagian secara ukuran kerana dalam proses ini murid-murid dikehendaki mengukur
sebilangan subset yang sama banyak daripada objek asal. Contoh , 12 3 = 4.
Konsep Pembahagian Sebagai Songsangan Darab. Dalam setiap fakta asas darab ada tiga
nombor yang terkandung dalam fakta asas bahagi yang berkenaan, dan operasi bahagi
merupakan proses mencari faktor yang tertinggal dalam dalam fakta asas darab. Dalam
penyelesaian operasi bahagi, pelajar digalakkan mencari faktor yang tertinggal. Contoh 12
3 = Nombor apakah didarab dengan 3 hasilnya 12 ? Oleh itu 12 3 = 4 kerana 4 X 3 =12 .
Pembahagian Sebagai Operasi Tolak Berulangan. Konsep bahagi sebagai operasi tolak
berulangan berkait rapat dengan konsep bahagi sebagai proses pengumpulan. Dalam
penyelesaian 15 3 = ?, pelajar digalakkan bertanya diri sendiri: Ada berapa 3 dalam 15?.
Dengan menggunakan pembilang pelajar boleh menentukan 5 kumpulan 3, contohnya ( 1 5
3 = 1 2)(12 3 = 9)(9 3 = 6) (6 - 3 = 3) (3 3 = 0). Jadi jawapannya 5.
Pembahagian Dengan Garis Nombor. Aspek operasi bahagi ialah operasi tolak berulangan
dan boleh diwakili dengan lompatan-lompatan pada garis nombor. Lompatan-lompatan
bermula daripada nombor yang dibahagi, bergerak ke kiri menuju sifar.
Pembahagian dengan Tatasusunan. Tatasusunan memberi pola tentang kedua-dua operasi
darab dan bahagi. Apabila seseorang murid berkebolehan menentukan pola tatasusunan

terdiri daripada baris-baris dan turus yang diskrit, dia boleh menulis semua fakta asas darab
dan bahagi yang berkenaan. Contoh 3 kumpulan 6 ialah 18, 3 X 6 = 18, 18 6 = 3, 6
kumpulan 3 ialah 18, 6 X 3 = 18, 18 3 = 6.
PENGENALAN OPERASI TAMBAH
Penambahan ialah operasi yang mencantumkan dua nombor untuk menghasilkan nombor
ketiga yang dinamakan jumlah atau hasil tambah, Contoh: 3 + 2 = 5. Fakta asas tambah
merupakan kombinasi penambahan (termasuk songsangannya) yang setiap sebutan ialah
nombor 1 digit. Menguasai fakta asas tambah sangat penting kerana fakta asas ini merupakan
asas kepada pengendalian algoritma penambahan dengan cekap dan tepat. Kepelbagaian
aktiviti akan membantu murid dalam menguasai pembentukan konsep fakta asas tambah
dengan lebih berkesan di samping latihan untuk peneguhan.
Operasi tambah secara konkrit perlu didedahkan terlebih dahulu untuk mengembangkan
kefahaman murid tentang penambahan. Kemudian, strategi yang berkesan (strategi berfikir)
diperkenalkan berdasarkan prinsip-prinsip tertentu. Akhirnya murid dikehendaki mengingat
dan menghafal semua fakta asas tambah. Murid akan mampu menyatakan semua fakta asas
tambah dengan cepat dan tepat sekiranya diajar dengan cara yang berkesan. Seseorang guru
mestilah memastikan muridnya telah mempunyai konsep penambahan yang mantap
(termasuk simbol yang terlibat) sebelum meminta mereka mengingati fakta asas tambah.
Seseorang murid boleh didedahkan dengan operasi penambahan, sebaik sahaja mereka telah
menguasai nombor bulat, nilai tempat serta fakta asas tambah. Murid akan didedahkan
dengan kemahiran menambah nombor 2 digit dengan nombor 1 digit, dan menambah nombor
2 digit dengan nombor 2 digit. Murid juga akan dibiasakan dengan kemahiran menulis ayat
matematik dan penyelesaian masalah matematik dalam bentuk lazim. Operasi tambah ini
akan didedahkan secara berperingkat iaitu operasi tambah dalam lingkungan 10, operasi
tambah dalam lingkungan 18 tanpa/dengan mengumpul semula, operasi tambah dalam
lingkungan 50 tanpa/dengan mengumpul semula dan operasi tambah dalam lingkungan 100
tanpa/dengan mengumpul semula.
PENGENALAN OPERASI TOLAK
Operasi tolak biasanya diajar selepas operasi tambah. Ini kerana operasi tambah melibatkan
penggabungan atau penyatuan dua set , sedangkan operasi tolak pula berhubung dengan
pengasingan atau pengurangan sesuatu set kepada set-set yang kecil. Pendek kata operasi
tolak merupakan proses songsangan (menterbalikkan ) operasi tambah. Terdapat beberepa
konsep dalam operasi tolak yang perlu difahami seperti pengasingan semula, perbandingan
dua objek, perbezaan dan lain-lain lagi.
Pengasingan Bermula dengan sesuatu set. Kemudian mengeluarkan satu subset daripada
set berkenaan. Contohnya, di dalam sebuah bikar, terdapat 7 biji guli. 3 biji guli dikeluarkan
dari bikar. Berapa biji guli yang tinggal di dalam bikar?

Membandingkan Dua Kumpulan benda. Dua set yang berasingan diberi. Kemudian
menyusun semula serta padankan set pertama dengan set kedua. Ahli yang tidak ada
pasangannya dikenali baki atau beza. Dalam sebuah taman rama-rama terdapat 10 ekor ramarama dan 6 kuntum bunga. Berapa banyakkah rama-rama dari kuntum bunga di dalam taman
itu.
Konsep Tolak Sebagai Songsangan Tambah. Dalam konsep tambah, dua set objek
dicantumkan untuk menghasilkan satu set yang lebih besar, kemudian bilangan objek dalam
set baru ditentukan. Jika kita bermula dengan set yang besar dan mengasingkannya kepada
dua set serta mencari berapa banyak objek dalam setiap set itu, inilah operasi tolak. Proses
yang terlibat disini ialah songsangan proses untuk tambah. Maka bagi setiap ayat Matematik
bagi tambah terdapat dua ayat matematik bagi tolak 5 + 3 = 8, 8 - 3 = 5, 8 - 5 = 3.
Konsep Tolak sebagai Penyekatan. Dalam konsep ini ahli-ahli dalam sesuatu set tidak
dikeluarkan tetapi perlu diubahsuaikan kedudukannya untuk menepati sesuatu syarat. Konsep
set pelengkap biasanya dikaitkan dengan model ini. (Objek tidak diasingkan, tidak
dibandingkan dan tidak ditambah). Objek dalam set berkekalan tetapi boleh dikumpulkan
mengikut sesuatu yang diberi. Selepas itu murid perlu mengira pelengkap set, set berkenaan
ialah terdapat 5 buah kereta dalam satu tempat letak kereta. 2 buah kereta ialah kereta sport
dan yang lain ialah van. Berapakah buah van? Contoh kedua ialah Ali ada 8 batang pensel.
Bakar ada 5 batang pensel. Ali ada berapa batang pensel lebih daripada Bakar?

Anda mungkin juga menyukai