Anda di halaman 1dari 14

1.

0 PENDAHULUAN
Di semenanjung Tanah Melayu, sebelum kedatangan Inggeris di akhir abad 19,
jumlah penduduk yang yang mendiami semenanjung ini tidaklah ramai. Mereka berpecahpecah dari segi politik dan tidak membangun langsung dari segi ekonomi (Arifin, 1989) .
Namun keistimewaan Tanah Melayu yang kaya dengan hasil bumi seperti timah, emas dan
rempah ratus menyebabkan ia menjadi rebutan kepada pihak barat untuk menaklukinya.
Apabila Inggeris memasuki Tanah Melayu, sememangnya pihak Inggeris membantu dalam
memelihara keamanan namun sedikit sebanyak penduduk di tanah melayu mula merasakan
sudah tiba masanya untuk mendapatkan kebebasan daripada penjajah dan membina negara
bangsa sendiri. Walaubagaimanapun, ia mengambil masa bagi menimbulkan kesedaran
kepada penduduk Tanah Melayu ketika itu.
Saya berpendapat, susur galur sejarah memperlihatkan orang melayu menghadapi
krisis keyakinan dimana walaupun ada penentangan orang Melayu terhadap penguasaan
Inggeris di Tanah Melayu, seperti Datok Bahaman, Tok Janggut, Mat Kilau, Dol Said dan
Rentap, namun

penentangan adalah berbentuk peribadi dan tidak mendapat sokongan

masyarakat orang Melayu. Ini adalah kerana masyarakat Melayu ketika itu merasakan
bagaikan tiada gunanya untuk menentang penjajah dan ia mungkin adalah disebabkan tiada
pendedahan serta pengaruh luar untuk mendapatkan kebebasan dari penjajah. Selain itu,
dasar pihak Inggeris yang mengamalkan dasar pecah perintah yang memisahkan orang
Melayu, orang Cina dan orang India dari segi ekonomi dan penempatan menyebabkan
mereka saat itu tidak merasakan lagi jurangnya dan sememangnya pihak Inggeris tidak
mahu wujudnya pemberontakan dari kalangan mereka. Ditambah lagi dengan pendidikan
yang diberikan hanyalah setakat diperingkat rendah sahaja dan tidak menyeluruh diberikan
kepada orang melayu menyebabkan orang melayu ketika itu belum mendapat gambaran
untuk membentuk negara bangsa disamping lagi tiada penyatuan dalam membentuk
semenanjung Melayu.
Namun, pada pertengahan abad ke-19 ramai orang Melayu mula melanjutkan
pelajaran ke luar negara dan membawa masuk reformis gerakan seperti di Arab Saudi,
Mesir, Kepulauan sekitar Sumatra di kepulauan Jawa atau Indonesia, dan Negara China
serta Negara Jepun. Pengaruh gerakan reformis dari Mesir dan Arab Saudi merupakan
antara momentum utama dalam membangkitkan nasionalisme di Tanah Melayu. Pengaruh
media cetak dalam penerbitan buku dan majalah misalnya merupakan antara alat terpenting
dalam penyebaran ilmu agama dan input utama dalam mewujudkan semangat untuk
mendapatkan kemerdekaan.

Sumbangan Golongan Pendidikan Agama Dalam Mempengaruhi Perkembangan Nasionalisme


Melayu
1

2.0 PENDEFINISIAN NASIONALISME DAN GOLONGAN BERPENDIDIKAN AGAMA


2.1 Golongan Pendidikan Agama
Golongan pendidikan agama ini kebanyakannya tinggal di kawasan bandar dan
walaupun sebilangan mereka kecil, tetapi mereka sangat berpengaruh di kalangan
masyarakat Melayu. Mereka adalah orang Melayu yang berketurunan arab, India, Jawa dan
Sumatera. Mereka telah berhijrah ke Tanah Melayu selepas bermulanya pentadbiran british
di sini, dan mula menetap di Pulau Pinang, Melaka dan Singapura1.
Di antara mereka, golongan yang utama ialah imigran Arab yang telah berkahwin
dengan wanita Melayu tempatan. Walaupun mereka masih mengekalkan sebahagian
daripada tradisi kearaban mereka, seperti berpakaian jubah, namun meraka di terima ke
dalam masyarakat kerana persamaan agama. Mereka dididik dengan baik dan berilmu
pengetahuan, terutama yang bergelar syed dan syeikh. Kebanyakan mereka merupakan
pedagang yang kaya. Maka pengaruh mereka terserlah di kalngan masyarakat tempatan2.
Golongan kedua yang terpenting ialah orang Islam dari India dan berkahwin
dengan wanita tempatan. Mereka dikenali sebagai jawi peranakan. Mereka merupakan
pedangang dan pekedai yang berjaya. Mereka juga menganggotai pentadbiran british
sebagai kerani, penterjemah, jurubahasa dan guru-guru bahasa melayu yang bergelar
'munshi3.Pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20 dunia islam dilanda dengan
kebangkitan yang digerakkan oleh gerakan Islah atau dikenali sebagai gerakan reformis. Ia
berpusat di Timur Tengah iaitu di Arab Saudi dan juga di Mesir. Bagaimanapun pergerakan
yang bermatlamat untuk menghapuskan amalan-amalan khurafat dan bidaah dalam
kehidupan umat islam ini kemudiannya tersebar ke tempat-tempat lain dan akhirnya
mewujudkan juga pergerakan seumpamanya di tempat-tempat berkenaan ( Azmah, 2005) 4.
Asas perjuangan pergerakan-pergerakan ini ialah kepada pemurniaan kembali islam dengan
hanya merujuk kepada Al-Quran dan As-Sunnah daripada unsur-unsur khurafat yang

1 http://pbmum.tripod.com/sejarah/31.html diperoleh pada 24 Mac 2012.


2 ibid
3 ibid
4Azmah Abdul Manaf, Sejarah Sosial Masyarakat Malaysia, 2005, Utusan
Publications & Distributors Sdn Bhd, Selangor. hlm 105.
Sumbangan Golongan Pendidikan Agama Dalam Mempengaruhi Perkembangan Nasionalisme
Melayu
2

membawa kepada kebekuan dan kejumudan umat Islam ketika itu dibeberapa kawasan
tertentu5.
Di Tanah Melayu, turut mengalami

arus perkembangan gerakan Islah ini.

Kebanyakan mereka adalah dari bekas penuntut ilmu agama yang pernah bermaustatin
bertahun lamanya di tanah Arab dan Mesir untuk menimba ilmu. Mereka yang terkena
tempias gerakan Islah ini sama-sama membawa perjuangan gerakan itu ke Tanah Melayu.
Suatu ketika dahulu, walaupun Tanah Melayu ketika itu sudah terkenal dengan perairannya
dan kepimpinan raja-raja Melayu Islam yang hebat sebelum kemasukan pihak Inggeris dan
penjajah barat namun unsur-unsur khurafat dan bidaah yang bertentangan dengan Islam
hasil daripada pengaruh adat-adat melayu yang mempunyai unsur hindu-buddha masih
diamalkan oleh sesetengah masyarakat Melayu Islam ketika itu. Oleh demikian, fenomena
kewujudan Kaum Muda dengan tokoh-tokoh seperti Syeikh Tahir Jalaluddin, Haji Abbas
Taha, Syed Salim al- Kalili, Abdullah al-Maghribi dan Syeikh Hadi dalam memperjuangkan
golongan Islah Islam di Tanah Melayu. Kemunculan gerakan Islah ini

sememangnya

merupakan salah satu penyebab utama dalam melahirkan golongan berpendidikan agama di
semenanjung Tanah Melayu.
2.2 Nasionalisme
Pelbagai istilah dapat diterjemahkan untuk diertikan nasionalisme itu. Namun begitu
maksud itu hendaklah disandarkan pada pengkaji dan orang cendikiawan agar maksudnya
dapat diselaraskan. Pelbagai cendikiawan menafsirkan istilah nasionalisme ini dan apabila
dibandingkan ia menyampaikan maksud yang sama dan mencondong ke arah semangat
kebangsaan. Di dalam kamus dewan edisi ke-4, nasionalisme bermaksud perasaan cinta
akan bangsa dan negara sendiri yang mendalam, pergerakan untuk mencapai kebebasan
ekonomi dan politik daripada kuasa asing atau semangat kebangsaan.
Pengertian yang terbaik yang dapat diberikan setakat ini adalah pengertian yang
diberikan oleh Hans Kohn dalam bukunya berjudul The Idea of Nationalism 6 mengatakan
nasionalisme ini adalah satu keadaan fikiran yang menyerap masuk ke dalam jiwa
sebahagian besar rakyat dan didakwa menyerap masuk ke kalangan semua anggotanya.
Dia mengiktiraf negara bangsa sebagai bentuk organisasi politik yang unggul dan bangsa

5 Ibid.
6 Ustaz Muhammad Khalil bin Abdul Hadi ,Koleksi kertas Kerja & Artikel Ilmiah
Usrah Asas Belfast, (2004) hlm 126.
Sumbangan Golongan Pendidikan Agama Dalam Mempengaruhi Perkembangan Nasionalisme
Melayu
3

sebagai punca segala kehidupan budaya yang membina dan punca kesejahteraan ekonomi7.
Oleh itu, kesetiaan ulung manusia adalah tertumpu kepada bangsanya kerana kehidupannya
sendiri adalah dipercayai berdasarkan kepada bangsa dan dimungkinkan oleh kebajikan
bangsanya. Dalam pengertian lain, nasionalisme ialah perasaan untuk memelihara atau
memperluas kebangsaan rakyat atau identiti kebangsaan. Apabila usaha-usaha ini tidak
dapat dilaksanakan maka akan dirasakan satu kekurangan. Maksudnya,nasionalisme
merupakan satu ideologi yang mendominasi satu kumpulan manusia untuk menaikkan taraf
kumpulan mereka.
3.0 SUMBANGAN GOLONGAN PENDIDIKAN AGAMA DALAM MEMPENGARUHI
PERKEMBANGAN NASIONALISME MELAYU PADA AWAL ABAD KE-20.
Menurut Wiliam Roff dalam bukunya Malays Nationalism, beliau mengatakan
wujudnya tiga gerakan perjuangan nasionalisme di tanah melayu iaitu, elit berpendidikan
arab-agama, inteligensia berpendidikan melayu dan golongan berpendidikan Inggeris.
Sebelum

itu,

telah

muncul

Radin

Soerarno

yang

membahagikan

perkembangan

nasionalisme Melayu kepada tiga tahap iaitu tahap agama, tahap ekonomi dan sosial dan
tahap politik (Mohd Salleh Lamry, 2006).
Sebenarnya golongan pendidikan agama adalah merupakan gerakan utama dalam
mempengaruhi perkembangan nasionalisme melayu. Ini adalah kerana mendapat pengaruh
gerakan daripada seberang timur tengah dan dari Indonesia daripada pengaruh Kedatangan
agama Islam ke negara ini adalah melalui peniaga-peniaga Arab sejak 600 tahun dahulu lagi
(Haji Dusuki Ahmad, 1980). Tetapi penyebarannya pada waktu itu tidaklah secara meluas
kerana tiada kemudahan-kemudahan atau pertubuhan-pertubuhan islam yang tersusun.
Orang islam pada waktu itu hanya merupakan kelompok-kelompok kecil yang hidup secara
bersendirian dan bergerak secara peribadi8. Di dalam penulisan W.Roff dalam bukunya
adanya menyatakan institusi Islam wujud dikalangan golongan ulama yang gerakannya
berpusat di surau dan masjid.9. Disitulah mereka berkumpul untuk sembahyang, bertemu

7 Ibid hlm. 126.


8 Haji Dusuki Haji Ahmad, Islam di Malaysia Kebangkitan dan Masa depan, 1980.
Penerbitan Adabi, Kuala Lumpur. Hlm. 14
9. Lihat Wiliam R.Roff dalam Nasionalisme Melayu yang diterjemah oleh Ahmad
Boestamam, penerbit Universiti Malaya, Kuala Lumpur. hlm 7
Sumbangan Golongan Pendidikan Agama Dalam Mempengaruhi Perkembangan Nasionalisme
Melayu
4

pada setiap malam selama sebulan puasa untuk membaca Al-Quran dan mengadakan ratib
yang ada hubungannya dengan hukum-hukum ilmu sufi10.
3.1 Peranan Akhbar dan Majalah Bercorak Agama dalam Nasionalisme Melayu
Di dalam buku Pensejarahan Melayu 1800-196011 ada menjelaskan mengenai
karya-karya penulisan sejarah-sejarah lama melayu seperti Adat Raja-Raja Melayu12, Asal
Nama Melayu, Kisah Pelayaran Abdullah ke Jeddah,Kisah Pelayaran Abdullah Ke Kelantan,
dan beberapa lagi makalah yang tidak disebut namun mempunyai intipati penulisan yang
amat teliti dan saya berpendapat ia wajar diberi perhatian kepada mereka yang berminat
dalam pengajian masyarakat yang bersabit dengan masyarakat semenanjung. Ia sedikit
sebanyak menjelaskan bahawa di Tanah Melayu sebenarnya sudah mempunyai pengaruh
dalam penulisan persejarahan yang memperkatakan tentang adat istiadat, upacara, falsafah,
perkembangan politik, ekonomi dan pendidikan13. Oleh demikian dengan perkembangan
media cetak pada abad ke-19, sedikit sebanyak telah memudahkan perjuangan gerakan
Islah di Tanah Melayu menyebarkan dakwah melalui akhbar dan majalah diterbitkan.
Abad ke-19 memperlihatkan perkembangan akhbar dan majalah yang bercorak
agama yang diusahakan oleh pengembang-pengembang agama kristian (Azmah, 2005).
Namun pada abad ke-20 pula menyaksikan kemunculan akhbar dan majalah bercorak
agama yang berkisar pada agama islam14. Antara kemunculan akhbar dan majalah yang
suatu ketika dahulu dapat membuka minda masyarakat tanah melayu beragama Islam
dalam membangkitkan nasionalisme kebangsaan adalah majalah Al-Imam, Neraca, Arjaa,
Al-Ikhwan, Saudara, Semangat Islam dan Seruan Ihya. Majalah seperti Al-Imam yang
penerbitannya dilancarkan pada 1906 ini sebenarnya cenderung ke arah perjuangan
reformis islam, iaitu satu gerakan untuk memurnikan kembali ajaran Islam dalam usaha
untuk mengembalikan kegemilangan islam dan umatnya. Isi akhbar dan majalah berkenaan
10 ibid
11 Muhd Yusof Ibrahim, Pensejarahan Melayu 1800-1960 , 1994, Dewan Bahasa
dan Pustaka, Selangor. hlm 77
12 Ibid hlmn 77-89. Dikenali juga sebagai Adat Istiadat Raja-Raja Melayu. Naskah
ini diceritakan oleh Lebai Abdul Muhid.
13 Ibid
14 Azmah Abdul Manaf , Sejarah Sosial Masyarakat Malaysia, 2005 Utusan
Publications & Distributors Sdn Bhd, Selangor hal 324
Sumbangan Golongan Pendidikan Agama Dalam Mempengaruhi Perkembangan Nasionalisme
Melayu
5

memperlihatkan dengan jelas wujudnya pengaruh reformis dari timur tengah yang berpusat
di Mesir dan Arab Saudi. Sebahagian dari penerbit dan penulis akhbar majalah tersebut
merupakan penuntut ilmu agama di negara Arab Saudi dan Mesir dan membawa fahaman
dan asas-asas perjuangan gerakan masuk ke dalam tanah melayu melalui media cetak
terbitan mereka15.
Dalam bulan Julai tahun 1906, sebuah majalah berkala yang diterbitkan dalam
bahasa Melayu bernama al-Imam telah muncul di Singapura. Pengarangnya ialah Syekh
Mohd. Salim Al-Kalali yang mengatakan tujuan majalah itu diterbitkan adalah untuk
mengingatkan mana yang lali dan menjagakan mana yang tidur dan menunjukkan mana
yang sesat dan menyampaikan suara yang menyeru dengan kebajikan16. Beliau merupakan
golongan berpendidikan agama dan menggunakan saluran

akhbar dan majalah dalam

penyebaran ilmu mengenai agama Islam. Selain itu, penerbitan Al-Imam juga merupakan
suatu penyimpangan yang radikal dalam lapangan penerbitan Melayu, berbeza dengan
penerbitannya yang pada mulanya. Ini dapat dilihat daripada penyampaiannya yang
mempunyai unsur intelektual dan kesungguhan penulisnya selain daripada percubaan dalam
menyemai suatu falsafah tindakan masyarakat yang berhadapan dengan perlunya
perubahan sosial dan ekonomi yang cepat (Wiliam R.Roff, 2004)17. Antara majalah yang
mempunyai matlamat yang seakan sama ialah ialah sebuah majalah di Mesir yang bernama
Al-Manar yang mula diterbitkan pada lapan tahun sebelumnya 18.
Sebenarnya, jelas menunjukkan disini bahawa pengaruh gerakan reformis yang
berlaku di Mesir dan Arab Saudi berjaya dibawa masuk hampir keseluruhan idea
pembaharuannya gerakan tersebut. Buktinya, kemunculan penerbitan Al-Imam adalah hasil
daripada dakyah yang mereka terima semasa menuntut ilmu di sana. Malahan, ini dapat
dibuktikan lagi apabila golongan pembaharu di Malaya ini antaranya ada yang digelar Kaum
al-Manar dan kenyataan ini disokong oleh Charles C. Adam dalam bukunya Islam and

15, Ibid
16Lihat Wiliam R.Roff dalam Nasionalisme Melayu yang diterjemah oleh Ahmad
Boestamam, penerbit Universiti Malaya, Kuala Lumpur. hlm. 63
17 Ibid hlm 65
18 Ibid
Sumbangan Golongan Pendidikan Agama Dalam Mempengaruhi Perkembangan Nasionalisme
Melayu
6

Modernism in Egypt19. Antara golongan pemuda Melayu Islam Singapura20 yang merupakan
anggota ahli Al-Imam selain daripada mempunyai hubungan yang meluas di Timur Tengah
ialah Syeikh Tahir Jalalaludin Al-Azhari dari Minangkabau, pengarang yang pertama Syed
Syeikh Ahmad Al-Hadi seorang Arab Melayu yang dilahirkan di Melaka, Haji Abbas Mohd.
Taha dari Singapura, dan Syeikh Mohd. Salim Al-Kalali seorang saudagar Acheh yang
menjadi Al-Imam dalam tempoh dua tahunnya yang pertama21.
3.2 Pembinaan Madrasah dan Sekolah Agama oleh Golongan Pendidikan Agama
Kedatangan imperialis barat pada awal abad ke-16 dan ke-17 M membantutkan
proses Islamisasi di Tanah Melayu yang penegasan ini dikeluarkan oleh Syed Naquib AlAttas dalam syarahan pengukuhan perlantikan jawatan profesor di Universiti kebangsaan
Malaysia pada 24 Januari 1972 (Ishak Saat, 2007). Oleh demikian, pada abad ke 19 dan ke20 perkembangan sistem pondok dan madrasah banyak didirikan dan ramai tokoh ulama
mengambil peluang mendirikan dan mengembangkan ajaran Islam 22. Begitu juga yang bagi
pusat pengajian Islam yang ditubuhkan di Terengganu oleh Syeikh Abdul Malik bin Abdullah
(Tok Pulau Manis) yang diberikan galakan oleh Sultan Zainal Abidin I bagi menjadikan Pulau
Manis sebagai sebuah pusat pengajian Islam yang berasaskan sistem pondok yang terbesar
di negeri itu. Tidak ketinggalan Syeikh Abdul Kadir bin Abdul Rahim Al-Fatani (Tok Pulau
Duyung) yang mendapat bantuan daripada Raja Terengganu iaitu Sultan Baginda Umar23. Di
Kelantan juga mengalami fenomena yang sama apabila pengasas sistem pondok di
Kelantan iaitu Haji Abdul Samad bin Haji Abdullah mendapat sokongan daripada Sultan
Muhammad II, Raja Kelantan. Lantaran itu, pelajar-pelajar yang menamatkan pengajian di
sekolah pondok ini meneruskan pengajian ke peringkat lebih tinggi di Timur Tengah seperti di
universiti Al-Azhar, Kaherah dan Mesir serta Arab Saudi di sekitar Mekah dan Madinah.
Sekembalinya mereka dari pengajian mereka, tiba di tanah Melayu menjadi pendakwah
serta penyambung warisan pendidikan pondok yang tumbuh subur di Tanah Melayu24.
19 Ibid
20 Ibid
21 Ibid
22Ishak Saat , Ilmu Sejarah, Antara Tradisi dan Moden, 2007 hlm 166-167
23 Ibid hlm 168
24 Ibid
Sumbangan Golongan Pendidikan Agama Dalam Mempengaruhi Perkembangan Nasionalisme
Melayu
7

Selain itu, cita-cita dan kepentingan yang diperjuangkan golongan pendidikan agama
ini dalam Al-Imam juga sebenarnya telah merebak meluas sehingga dalam gerakan
permulaan dan perkembangannya telah memenuhi lapangan kehidupan orang Melayu suatu
ketika dulu. Al-Imam sendiri membantu usaha menubuhkan Madrasah Al-Ikbal al-Islamiyah
di Singapura pada tahun 1908 yang kaedah pembelajaran dan silibus dalam pengajarannya
banyak meniru persekolahan di Mesir dan di Barat 25. Madrasah ini didirikan pada 21
November 1907 di bawah naungan Raja Ali Haji manakala ketuanya Uthman Rafat Affandi.
Madrsah ini kemudiannya dipindah ke Riau dan di ganti dengan nama Madrasah Al
Ahmadiyah26. Melihat sejarah awal beliau, Syeikh Al-Hadi ini dilahirkan di kampung Hulu,
Melaka dan pernah menuntut pelajaran di Riau yang gurunya seorang alim dan terkenal iaitu
Raja Ali Alhaj atau Raja Ali Haji27. Ini merupakan salah satu sumbangan terpenting dalam
bidang pendidikan di Tanah Melayu yang berjaya melahirkan golongan pendidikan agama
yang menjadi pencetus kepada nasionalisme di Tanah Melayu seperti Dr. Burhanuddin.
Ia kemudiannya menjadi tapak permulaan pada pembentukan sekolah-sekolah lain
yang serupa garis penyusunannya di seluruh Semenanjung dalam beberepa tahun
kemudiannya. Kewujudan madrasah seperti ini telah menyebabkan wujudnya gelaran Kaum
Tua dan Kaum Muda di mana hasil daripada pemikiran golongan pembaharu agak berbeza
dengan golongan lama (kaum Tua) yang mana kebanyakan ulama Kaum Tua ini menetap di
kampung atau desa28. Jelas menunjukkan di sini peranan golongan pendidikan agama
seperti Syed Syeikh Al-Hadi ini sedikit sebanyak telah membuka minda masyarakat melayu
mengenai betapa pentingnya menuntut ilmu dan pelajaran itu penting untuk di pelajari.
Melalui insitusi pendidikan madrasah dan sekolah pondok sebenarnya telah berjaya dalam
membantu perkembangan minda orang melayu sama ada dari segi sosial, ekonomi dan juga
politik seperti peranan yang telah dimainkan oleh Maahad Ilya Assyarif Gunung Semanggol,
Perak sekitar 1934 hingga 195929. Di dalam institusi pendidikan ini masyarakat Melayu diajak
turut serta dalam perkembangan pemikiran, agar lebih terbuka dalam melihat Islam sebagai
suatu cara hidup bukan sebagai agama ibadah semata-mata. Secara langsung membuktikan
25 Ibid hlm. 71
26Abdul Rahman Haji Abdullah, Pemikiran Islam Di Malaysia, Sejarah dan Aliran,
1997. Keluaran Gema Insani hlm 212-213
27 Diperolehi di http://braddellwestlake.tripod.com/others/PerananUlama.pdf.
lihat Syed Syeikh Al-Hadi: Sasterawan Progresif Melayu, 1992 oleh Talib Samat.
28 Lihat Wiliam R.Roff dalam Nasionalisme Melayu yang diterjemah oleh Ahmad
Boestamam. Hal 71.
Sumbangan Golongan Pendidikan Agama Dalam Mempengaruhi Perkembangan Nasionalisme
Melayu
8

institusi pendidikan Islam turut terlibat secara serius dalam usaha mengembangkan
pemikiran orang Melayu terhadap perjuangan Islam yang Syumul (Ishak Saat, 2007).
Malahan tidak salah jika ia dikatakan juga hasil daripada golongan pendidikan agama dari
sekolah madrasah dan pondok ini akhirnya merupakan tokoh-tokoh yang menjadi tunggak
dalam pembuka pemikiran kepada masyarakat Tanah Melayu dalam perjalanan ke arah
pembentukan negara bangsa Malaysia.
3.3 Golongan Pendidikan Agama dalam Berpersatuan dan Gerakan Politik
Golongan

berpendidikan

agama

juga

dapat

dilihat

sumbangannya

dalam

berpersatuan dan gerakan politik di Tanah Melayu. Buktinya, telah tertubuhnya satu gerakan
kiri yang berciri islamik pada tahun 1922 hasil daripada pertubuhan pelajar-pelajar indonesia
dan tanah melayu namun ia ditubuhkan di Kaherah, Mesir dan diberi nama Jamiah AlKhairiah (W.Roff, 1967 dalam Alias Mohamed,1982)30. Di dalam penerbitan Seruan Azhar
ada mengatakan, Othman Abdullah merupakan penggerak utama persatuan itu yang
bertanggungjawab penerbitan tersebut malahan beliau digelar seorang pelajar yang kaya 31.
Majalah Seruan Azhar ini merupakan majalah yang menfokuskan pada masalah-masalah
agama dan telah mendapat perhatian luar biasa di Tanah Melayu kerana kecondongannya
terhadap a new and aggressive spirit of cover political discussion 32. Kebanyakan
perbincangan politik yang terdapat di dalam majalah tersebut melibatkan konsep PanIslamism, Pan-Malayanism iaitu penyatuan Indonesia dengan Malaya. Nasionalisme yang
wujud ini bersifat anti penjajah dan walaupun ketika itu kesedaran untuk mendapatkan
kemerdekaan buat tanah melayu belum begitu meluas, namun sedikit sebanyak sebenarnya
telah dapat merubah pemikiran kaum orang melayu dalam mendapat kebebasan dari hidup
zaman penjajah33.

29 Ishak Saat, Ilmu sejarah antara Tradisi dan Moden, 2007 hlm 170. Lihat Nabir
Haji Abdullah, Maahad IIya Assyarif Gunung Semanggol, Perak, 1934-1959,
Jabatan Sejarah, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, hlm 111.
30 Alias Mohamed, Wasiat Nasionalisme Melayu, 1982 Utusan Publication &
Distrubitors Sdn Bhd, Kuala Lumpur. hal. 106
31 Ibid
32 Ibid
33 Ibid
Sumbangan Golongan Pendidikan Agama Dalam Mempengaruhi Perkembangan Nasionalisme
Melayu
9

Selain itu, di bawah gerakan Parti Kebangsaan Melayu Raya (PKMM) telah
ditubuhkan di Ipoh, Perak oleh ahli PKM dari bangsa Melayu bersama-sama dengan tokohtokoh Kesatuan Melayu Muda dan tokoh-tokoh nasionalis Melayu lainnya pada 17 Oktober
1945, iaitu dua bulan selepas Jepun menyerah diri dan sebulan selepas British kembali
memerintah Malaya. Antara mereka yang menghadiri mesyuarat penubuhan parti itu ialah
Mokhtaruddin Lasso, Arshad Ashaari, Baharuddin Tahir, Rashid Maidin dan Abdullah C.D dari
golongan bukan komunis (Mohd Salleh Lamry, 2006) 34. Tidak lama selepas penubuhan
PKMM ini muncullah penerbitan surat khabar yang diterbitkan oleh Rakyat Trading yang
diberi nama Suara Rakyat (Abdul Majid Salleh, 2004)35. Rakyat Trading tersebut adalah
kepunyaan PKMM. Oleh itu, kandungan akhbar tersebut adalah seratus peratus sama ada di
dalam negari, luar negeri atau ulasan semasa. Penulis dan ketua pengarang pada peringkat
awal dianggotai oleh jawatankuasa penaja itu sendiri, kerana mereka semuanya boleh
menulis dan berfikir dengan baik36.
Pada mulanya penubuhan PKMM ini adalah gerakan melayu kiri dari gabungan
kerjasama tokoh-tokoh komunis dan bukan komunis37. Oleh demikian, penubuhan PKMM
yang mempunyai campuran tokoh nasionalis agama serta pengaruh pemikiran komunis dari
Indonesia ini disatukan dan membentuk sebuah parti yang agak menonjol pengaruhnya
dalam politik di tanah Melayu. Penubuhan parti ini banyak menyumbang pada kebangkitan
orang Melayu dalam menentang penjajah walaupun sebelum penubuhan parti ini ada juga
parti sebelumnya mempunyai tujuan yang sama. Walaubagaimanapun, di dalam PKMM
dengan kemasukan nasionalis agama seperti Dr Burhanuddin Al-Helmy ini yang mempunyai
latar belakang pendidikan agama ini sedikit sebanyak berjaya mempengaruhi orang melayu
untuk bangun dan menentang pemerintahan british dan membentuk kerajaan sendiri
walaupun pada mulanya PKMM ini bertujuan ditubuhkan bagi membebaskan tanah melayu
dan membentuk negara yang bebas dibawah hasil penggabungan Tanah Melayu dengan
Kepulauan Indonesia.

34 Mohd Salleh Lamry, Gerakan Kiri Melayu Dalam Perjuangan Kemerdekaan,


2006. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. hal. 61.
35 Abdul Majid Salleh ,Memoir Abdul Majid Salleh , 2004. Penerbit Universiti
Kebangsaan. Hal 21
36 ibid
37 Mohd Salleh Lamry, 2006 op. cit hal. 61.
Sumbangan Golongan Pendidikan Agama Dalam Mempengaruhi Perkembangan Nasionalisme
Melayu
10

Jika diteliti, Dr Burhanuddin Al-Helmy atau nama sebenarnya Burhanuddin Mohd. Nor
adalah tokoh politik yang disegani dan diketahui kewibawaanya dibawah kepimpinan
politiknya. Terbuktinya apabila beliau adalah satu-satunya tokoh yang tidak menubuhkan
sebarang parti politik namun dijemput untuk memimpin parti-parti politik terkemuka seperti
PKMM dan PAS. Beliau adalah pemimpin grass-rot yang dianggap berkarisma dan sangat
terkenal (Ramlah Adam, 1993). Beliau juga boleh dikategorikan sebagai golongan
berpendidikan agama yang sebenarnya berjaya dalam mencetuskan nasionalisme di
kalangan orang Melayu dan Semenanjung. Beliau mendapat pendidikan melayu di peringkat
rendah dan pendidikan agama di peringkat menengah di Padang Panjang, Sumatra dan juga
di Sekolah Pondok Pulau Pisang, di Kedah dan Madrasah Al-Mashhur, Pulau Pinang,
sebelum melanjutkan pengajiannya di Ismaeliah Medical College, New Delhi dan Aligarh
Muslim University, India. Beliau juga merupakan satu-satunya tokoh politik melayu yang
mendapat pendidikan yang begitu tinggi pada zamannya ketika itu 38.
Semasa penjajahan Jepun di Tanah Melayu, Dr Burhanuddin ketika itu di bawah KKM
bersama-sama pemimpin KKM iaitu Ibrahim Yaakob telah diberikan jawatan dalam
pentadbiran di tanah melayu kerana pihak pemerintah Jepun merasakan mereka mempunyai
kepentingan dalam meraih kepercayaan orang melayu di tanah melayu ketika itu. Mereka
dijadikan medium utama dan merupakan orang yang berkepentingan kerana ketika itu Jepun
merasakan rakyat di tanah Melayu begitu mengagumi akan kedua pemimpin ini.

Ingin

dijelaskan disini, walaupun Dr Burhanuddin ini menyertai PKMM yang mempunyai pengaruh
Komunis yang tidak mempercayai unsur agama dalam perjuangan, namun beliau tetap
berpegang teguh dengan agama Islamnya. Ini merupakan satu perkara yang patut dikagumi
dan dapat diperkukuhkan bahawa pendidikan agama Islamnya begitu teguh dan
pengalamannya yang luas dengan isu-isu gerakan politik orang Islam di India dan Timur
Tengah, menjadikan beliau cukup yakin dengan pegangan hidupnyadan tidak mudah
dipengaruhi. Beliau menolak fahaman tersebut baik sebagai sati ideologi politik atau sebagai
satu sistem kepercayaan (Ramlah Adam, 1993).
Dr Burhanuddin juga dapat dikesan melalui karya pensejarahan politiknya, berjudul
Perjuangan Kita: 17 Oktober 1945- 17 Oktober 1946 yang ditulis dalam tulisan jawi 39 setebal
88 halaman. Kandungan di dalam buku tersebut mengandungi perbincangan yang kritis dan
38 Ramlah Adam,Titian Siri Kertas Kerja Akdemi Pengajian Melayu, Dr
Burhanuddin Al-Helmy: kajian mengenainya Kegiatannya dalam PKMM 19461948. 1993. Penerbit Universiti Malaya.
39 Yusof Ibrahim , Pensejarahan Melayu 1800-1960, 1994. DBP, Selangor. hlm 92
Sumbangan Golongan Pendidikan Agama Dalam Mempengaruhi Perkembangan Nasionalisme
Melayu
11

analitikal tentang bentuk, sejarah dan geopolitik alam dan bangsa Melayu. Antara isi
kandungan adalah seperti usul kebagsaan Melayu, Melayu dan Bangsa Dagang,
Pemerintahan di Gugusan Pulau-Pulau Melayu dan Kebangsaan Melayu dan Politik.
Jelas menunjukkan disini, beliau seorang pejuang nasionalisme bukan sahaja dalam
berpersatuan tetapi juga dalam bidang penulisan serta keagamaan. Pengakhiran perjuangan
Dr Burhanuddin adalah di dalam Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dimana beliau telah
memimpin parti tersebut pada 1956 hingga 1969. Apa yang dapat dilihat perjuangan beliau
di dalam PAS adalah PAS merupakan volte-face dari isu-isu yang ditimbulkan semasa dia
memimpin PKMM40. Jika dalam tahun 1940an Dr Burhanuddin berkecondongan untuk
memisahkan politik dengan agama, namun dalam kepimpinannya di dalam PAS telah
meletakkan agama sebagai dasar terpenting. Malah agama baginya adalah suatu obligasi
politik. Namun pada tahun 1965, beliau telah ditahan di ISA dan selanjutnya dipenjara
selama satu tahun atas tuduhan berkomplot untuk menggulingkan kerajaan Malaysia dan
memasang sebuah kerajaan pengganti yang lebih ramah kepada Indonesia 41. Dr.
Burhanuddin meninggal dunia pada tanggal 10 Oktober 1969 akibat penyakit lelah dan juga
kesan seksaan yang beliau terima semasa dalam tahanan ISA42.
4.0 KESIMPULAN
Di dalam buku Empayar Minda Melayu Alaf Baru oleh Prof Dato Zubir Hj Yahya ada
menyebutkan mengenai rahsia penjajah memanipulasi minda bangsa Melayu. Dahulu
penjajah sering menjadikan ayat Melayu itu Bodoh dan Melayu itu Lemah dan Malas 43 .
Ia sebenarnya merupakan satu propaganda dalam memanipulasi pemikiran orang Melayu.
Malahan ia sekaligus membantutkan semangat perjuangan bangsa melayu untuk mencapai
tahap yang setanding dengan negara lain dan tidak mahu bangkit melakukan perubahan dan
peningkatan dalam diri. Ini merupakan salah satu penyebab kepada kelambatan proses
kemerdekaan berlaku di Tanah Melayu selain daripada krisis keyakinan masyarakat Melayu
dalam mentadbir negara mereka sendiri.
40 Alias Mohamed , Wasiat Nasionalisme Melayu, 1982 Utusan Publication &
Distrubitors Sdn Bhd, Kuala Lumpur. hlm. 122
41 http://ms.wikipedia.org/wiki/Burhanuddin_bin_Muhammad_Nur_alHilmi#cite_note-6 diperoleh pada 26 Mac 2012.
42 Ibid.
43 Prof Dato Zubir Hj Yahya , Empayar Minda Melayu Alaf Baru, 2008. Penerbit Hijazz
Records Publishing hlm. 96

Sumbangan Golongan Pendidikan Agama Dalam Mempengaruhi Perkembangan Nasionalisme


Melayu
12

Pemimpin Islam yang disegani ialah orang yang dapat membentuk masyarakat yang
dapat bersama-sama berkerjasama dengan pemimpin dalam membentuk pendirian
masyarakat yang sempurna. Imej pemimpin diibaratkan sebagai wali hidup dalam politik
sesebuah kerajaan44. Di dalam kebangkitan nasionalisme golongan pendidikan agama di
Tanah Melayu jelas menunjukkan kekuatan pemimpinnya dalam menerajui sesebuah parti
yang menyatukan masyarakat Tanah Melayu suatu ketika dahulu. Kejayaan pemimpin
golongan pendidikan agama dalam meraih kepercayaan dan mendapatkan kekuatan
masyarakat Tanah Melayu ketika itu patutlah di kagumi kerana kegigihan usaha dalam
membawa kemerdekaan adalah daripada kalangan mereka yang berjiwa nasionalisme dan
tidak kesemua orang memilikinya.

Kaedah ini amat penting untuk seseorang pemimpin

kerana mereka sudah diibaratkan sebagai gula dan pengikut akan datang berpusu-pusu
kepadanya seperti semut untuk dihurunginya. Pemimpin tersebut tidak perlu lagi mencari
pengikut. Di mana dia berpijak, disitu sudah ada satu kultus pengikutnya yang berpengaruh.
5.0 BIBLIOGRAFI
Abdul Majid Salleh. 2004. Memoir Abdul Majid Salleh. Selangor: Penerbit Universiti
Kebangsaan Malaysia .
Abdul Rahman Haji Abdullah. 1997. Pemikiran Islam Di Malaysia, Sejarah dan Aliran.
Keluaran Gema Insani.
Alias Mohamed. 1982. Wasiat Nasionalisme Melayu. Kuala Lumpur: Utusan Publication &
Distrubitors Sdn Bhd .
Ariffin Azahari. 1989. Krisis Keyakinan Melayu. Kelantan : Penerbit Pustaka Kreatif.
Azmah Abdul Manaf. 2005.

Sejarah Sosial Masyarakat Malaysia. Selangor: Utusan

Publications & Distributors Sdn Bhd .


Dusuki Haji Ahmad. 1980. Islam di Malaysia Kebangkitan dan Masa depan. Kuala Lumpur:
Penerbitan Adabi.
Ishak Saat. 2007. Ilmu Sejarah, Antara Tradisi dan Moden. Selangor : Karisma Publication .
Mohd Salleh Lamry, Gerakan Kiri Melayu Dalam Perjuangan Kemerdekaan, 2006.
Selangor: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

44 Ibid hlm. 118


Sumbangan Golongan Pendidikan Agama Dalam Mempengaruhi Perkembangan Nasionalisme
Melayu
13

Muhammad Khalil bin Abdul Hadi. 2004. Koleksi kertas Kerja & Artikel Ilmiah Usrah Asas
Belfast.
Muhd Yusof Ibrahim. 1994. Pensejarahan Melayu 1800-1960. Selangor: Dewan Bahasa dan
Pustaka .
Ramlah Adam. 1993. Titian Siri Kertas Kerja Akdemi Pengajian Melayu, Dr Burhanuddin AlHelmy: kajian mengenainya Kegiatannya dalam PKMM 1946-1948.
Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
Siti Faizal. 2004. Peranan Para Ulama dalam Pendidikan Orang-orang Melayu di
Semenanjung.

Diperoleh

pada

Mac

20,

2012

daripada:

http://braddellwestlake.tripod.com/others/PerananUlama.pdf

Wikipedia Ensklopedia Bebas. 2011. Burhanuddin bin Muhammad Nur al-Hilmi. Diperoleh
pada Mac, 26, 2012 daripada:
http://ms.wikipedia.org/wiki/Burhanuddin_bin_Muhammad_Nur_al-Hilmi#cite_note-6
Wiliam R.Roff (diterjemah Ahmad Boestamam). 2003. Nasionalisme Melayu. Penerbit Kuala
Lumpur: Universiti Malaya.
Yusof Ibrahim. 1994. Pensejarahan Melayu 1800-1960. Selangor : Dewan Bahasa Pustaka.
Zubir Hj Yahya. 2008. Empayar Minda Melayu Alaf Baru. Kuala Lumpur: Penerbit Hijazz
Records Publishing.

Sumbangan Golongan Pendidikan Agama Dalam Mempengaruhi Perkembangan Nasionalisme


Melayu
14

Anda mungkin juga menyukai