KERTAS KERJA
PERKHEMAHAN TAHUNAN
TUNAS KADET REMAJA
SEKOLAH
TEMPAT:
TAPAK PERKHEMAHAN KEM KENARI, YAN,
KEDAH
TARIKH :
2 – 4 OKTOBER 2009
MENGADAKAN PERKHEMAHAN TAHUNAN
TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH
SEKOLAH KEBANGSAAN DATO’ WAN KEMARA, CHANGLUN,
KEDAH DARUL AMAN
1.0 PENDAHULUAN
Perkhemahan Tahunan ini adalah salah satu aktiviti kokurikulum yang diadakan
oleh Tunas Kadet Remaja Sekolah, Sekolah Kebangsaan Dato’ Wan Kemara,
Changlun pada setiap tahun. Aktiviti tahunan ini disertai oleh ahli unit beruniform
Tunas Kadet Remaja Sekolah yang terpilih di Sekolah Kebangsaan Dato’ Wan
Kemara, Changlun. Ia akan diadakan di Tapak Perkhemahan Kem Kenari pada 2
hingga 4 Oktober 2009.
Aktiviti tahunan ini dilaksanakan bagi memenuhi kurikulum Tunas Kadet
Remaja Sekolah di samping menyahut kehendak Kementerian Pendidikan
Malaysia yang ingin mewujudkan modal insan yang seimbang dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani. Pengalaman yang ditimba melalui aktiviti
perkhemahan ini bakal diaplikasikan oleh setiap ahli apabila menempuhi alam
dewasa kelak.
2.0 MATLAMAT
Matlamat program ini adalah untuk memberi pendedaham kepada setiap peserta
bagi menilai keupayaan diri serta mengetahui kelemahan-kelemahan diri untuk
bergerak ke hadapan. Selain itu, diharap perkhemahan yang dianjurkan ini
memberi laluan minda kepada setiap peserta dalam menyampaikan mesej
hubungan antara manusia dan alam sekitar di samping memaparkan dan
menginsafi diri murid-murid dalam penggunaan masa. Perkhemahan ini juga di
harap dapat menanam rasa bersyukur di samping dapat menyuntik pengetahuan
berguna kepada setiap peserta.
3.0 OBJEKTIF
4.0 CADANGAN
4.1 Tarikh yang dirancang ialah 2 hingga 4 Oktober 2009 iaitu pada hari
Jumaat sehingga hari Ahad.
4.2 Dilaksanakan selama 3 hari 2 malam
4.3 Masa pelaksanaan melibatkan waktu siang dan malam.
4.4 Tentatif program adalah seperti dalam Lampiran 1
5.0 IMPLIKASI
5.1 Program ini melibatkan ahli terpilih dari Tahun 5 dan Tahun 6 unit
beruniform Tunas Kadet Remaja Sekolah. (senarai peserta adalah
seperti dalam Lampiran 2)
5.2 Melibatkan beberapa orang guru yang menjadi guru pembimbing dan
fasilitator.
5.3 Kewangan adalah seperti yang tercatat dalam perbelanjaan.
6.0 PERASMIAN
Jawatankuasa Kecil
8.0 PERBELANJAAN
Jumlah keseluruhan yang perlu dibayar oleh setiap peserta untuk program
ini ialah sebanyak RM15.00.
Sumbangan daripada pihak sekolah adalah sebanyak RM1,000.00
Jumlah wang yang diperlukan mungkin tidak sama dengan anggaran bajet
yang disenaraikan kerana terdapat individu yang akan memberi tajaan
dalam melaksanakan Program Perkhemahan Tahunan ini.
9.0 PENUTUP
……………………………………. ..................................................
(Encik Mohd Aliff bin Mohd Yasin) (Encik Zamahuri bin Bahaudin)
Penyelaras, Guru Besar,
Program Perkhemahan Tahunan, SK Dato’ Wan Kemara,
Tunas Kadet Remaja Sekolah, Changlun,
SK Dato’ Wan Kemara, Kedah Darul Aman.
Changlun,
Kedah Darul Aman.
LAMPIRAN 2