Anda di halaman 1dari 6

TEORI KECERDASAN PELBAGAI DAN SENI DALAM PENDIDIKAN

Teori kecerdasan pelbagai memainkan peranan yang sangat penting sebagai asas bagi
penerapan Seni dalam Pendidikan semasa pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik
darjah. Penekanan yang khusus diberikan untuk mengenalpasti aspek-aspek dalam
teori kecerdasan pelbagai.
Teori Kecerdasan Pelbagai diperkenalkan oleh Howard Gardner (1983). Dalam
kajiannya Howard Gardner mendapati `seven ways of knowing, preceiving and
understanding life’. Beliau telah membuat kajian terhadap pelbagai lapisan masyarakat
termasuklah kanak-kanak biasa dan istimewa, serta kelompok penduduk yang
mempunyai kriteria yang istimewa (special population).
Dr. Roger Sperry menyatakan kaitan kecerdasan dan fungsi otak manusia yang
berbeza-beza mengikut perkembangan usia dan jantina individu. Otak kanan dan kiri
mempunyai fungsi yang berbeza namun menurutnya manusia tidak boleh dianggap
menggunakan sebelah otak sahaja.
Teori Kecerdasan Pelbagai berkembang mengikut konteks penggunaannya.
Setiap manusia mempunyai 8 kecerdasan yang mempunyai aspek dan kualitinya yang
tersendiri. Kecerdasan setiap individu ialah dilihat pada kebolehan menyelesaikan
masalah yang dihadapi dalam kehidupan sebenar, kebolehan mengenal dan mencipta
masalah, membentuk keperluan terhadap pengetahuan baru, kebolehan mencipta
sesuatu hasil atau menawarkan perkhidmatan yang bernilai dalam lingkungan sesuatu
budaya.
Teori Kecerdasan Pelbagai berperanan sebagai penjana kecerdasan serta
mendefinisi konsep kecerdasan yang releven dalam pendidikan hari ini. Linda
Campbell, Bruce Campbell dan Dee Dickinson merumuskan definisi teori kecerdasan
pelbagai Howard Gardner sebagai;

(a) kebolehan menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam kehidupan sebenar,


(b) kebolehan menjana masalah baru untuk diselesaikan,
(c) kebolehan membuat sesuatu atau menawarkan perkhidmatan yang bernilai
dalam lingkungan sesuatu budaya.
Teori Kecerdasan Manusia (1983) oleh Howard Gardner adalah sebagai asas
pemupukan minda murid untuk mencapai kecemerlangan. Guru perlu menggalakkan
murid untuk mengenal dan menggunakan kelebihan diri mereka. Guru perlu
merancang aktiviti pembelajaran yang pelbagai untuk memenuhi keperluan murid yang
mempunyai gaya belajar, mencuba idea, pendekatan dan teknik yang baru serta
persekitaran yang memberi inspirasi.

PERKAITAN TEORI KECERDASAN PELBAGAI DENGAN SENI DALAM


PENDIDIKAN

Kecerdasan Verbal Linguistik


Seseorang yang cenderung dalam kecerdasan ini berfikir menggunakan perkataan
untuk menyampaikan sesuatu secara berkesan samada dalam bentuk lisan atau
penulisan. Mudah berbahasa bagi melahirkan perasaan dan pendapat serta suka
kepada makna yang kompleks. Mudah mengingati maklumat dan boleh meyakini orang
lain.

Kecerdasan Logik Matematik


Kebolehan yang dominan di bahagian kiri otak ini membolehkan seseorang menaakul
secara deduktif dan induktif serta berfikir secara konseptual dan abstrak. Individu yang
cenderung dalam kecerdasan ini boleh menyelesaikan masalah kompleks yang
berkaitan dengan matematik dengan mudah serta boleh membuat perkaitan, menyoal,
menganalisis, mensintesis, mengira dan menggunakan komputer dengan cekap.

Kecerdasan Visual-Ruang
Kecenderungan dalam kecerdasan ini membolehkan seseorang membuat persepsi
tentang alam sekitar secara tepat. Dapat mengenali objek, bentuk, warna dan corak
dalam persekitaran. Seseorang individu juga dapat berfikir dalam bentuk gambaran dan
bayangan serta secara tiga dimensi. Berkebolehan menceritakan dan menggambarkan
pengalaman yang pernah dilalui. Bijak menghubungkaitkan antara objek dalam ruang.
Kecerdasan visual-ruang ini membolehkan seseorang mempersembahkan idea visual
dan ruang secara grafik.
Kecerdasan Kinestetik
Kebolehan menggunakan sebahagian atau keseluruahan anggota tubuh badan untuk
berkomunikasi dan menyelesaikan masalah. Cekap mengintepretasi pergerakan
anggota atau tubuh. Lebih cenderung melakukan aktiviti yang berkaitan dengan
pergerakan badan seperti bersukan, menari, gimrama dan lain-lain. Seseorang individu
juga cekap memanipulasi objek fizikal dan dapat mengimbangi antara pergerakan fizikal
dengan mental.

Kecerdasan Muzik
Kecerdasan muzik pada seseorang membolehkannya mengesan bunyi tanpa lisan,
muzik serta irama yang terdapat di persekitaran. Individu dapat menggunakan set asas
atau elemen-elemen muzik serta dapat bermain alat muzik dan menghafal lirik muzik.
Selain daripada itu seseorang yang cenderung dalam kecerdasan ini boleh menggubah
rentak dan tempo dengan mudah.

Kecerdasan Intrapersonal
.Individu dapat mengenali diri sendiri secara mendalam serta mempunyai tanggapan
tentang kekuatan dan kelemahan diri sendiri. Kebolehan ini memberi keyakinan diri
yang tinggi terhadap kebolehan diri sendiri. Pandai menentukan hala tuju kehidupan
serta mempunyai pegangan dan prinsip serta azam yang kuat dan boleh berdikari.
Secara keseluruahnnya seseorang itu kelihatanmurung dan mengelamun tetapi
sentiasa berwaspada dan berwawasan.

Kecerdasan Interpersonal
Kecerdasan interpersonal membolehkan seseorang memahami perasaan, motivasi,
tabiat serta hasrat orang lain. Individu ini dapat berinteraksi dengan mudah dan boleh
bekerjasama dengan orang lain secara praktikal untuk menghasilkan sesuatu yang
berfaedah. Dapat memberi motivasi kepada orang lain.
Kecerdasan Naturalis
Seseorang pencinta alam yang dapat mengenali dan mengklasifikasikan flora, fauna
dan galian dengan mudah. Lebih menghabiskan masa di luar dan gemar mendengar
bunyi-bunyian yang terdapat di alam sekitar. Individu yang sensitif terhadap alam
sekitar dan dapat menghubungkaitkan antara kehidupan flora dan fauna.

KEPENTINGAN TEORI KECERDASAN PELBAGAI DALAM SENI DALAM


PENDIDIKAN

(a) Menyokong penbelajaran bersepadu mengikut saranan JERIS (jasmani,


emosi, rohani, intelek dan sosial) selaras dengan Falsafah Pendidikan
Negara
Falsafah Pendidikan Negara merupakan asas ke arah pembinaan jari diri
seseorang individu sama ada guru mahupun murid. Melalui penerapan Jasmani,
Emosi, Rohani, Intelek dan Sosial kesemua ini dapat menjadi pemangkin kepada
kesepaduan ilmu yang dapat mencetus idea dan kreativiti kepada guru semasa
mengajar di sekolah.Murid-murid akan menjadi seronok dengan pengajaran guru
dan menjadikan sekolah sebagai sebuah tempat belajar yang kondusif.

(b) Menerima hakikat bahawa individu mempunyai kecerdasan yang berbagai.


Setiap individu mempunyai tahap kecerdasan masing-masing dan adalah tidak
sama antara satu dengan yang lain. Setiap kecerdasan adalah berlandaskan
yang mewujudkan persaingan antara setiap individu dengan indivitu yang lain.
Kita boleh berkongsi ilmu supaya kita mampu meningkatkan tahap kecerdasan
kita.

(c) Membentuk kepelbagaian untuk menilai.


Apabila kita melihat keupayaan individu yang lebih baik dari kita maka kita akan
membuat pemerhatian dan penilaian untuk mentafsir apakah kelebihan dan
kekurangan individu tersebut dan kita mampu membuat penilaian secara analitik
dan membuat perbandingan yang wajar supaya kita mampu membuat
penambah baikan dari aspek diri kita dari segi jasmani mahupun rohani.
Kemudian cuba bersaing secara sihat untuk mempertingkatkan kecerdasan
secara optima.
(d) Wujudkan suasana kolaboratif
Dalam kerja berkumpulan misalnya menyiapkan sebuah poster dan harus
melakukannya secara kumpulan aspek koloboratif ini dapat diwujudkan melalui
perkongsian idea dan kemahiran supaya lukisan yang ingin dihasilkan dapat
dilukis dan diwarna dengan lebih menarik kesan daripada perkongsian maklumat
dan menerima idea orang lain secara terbuka dan membabitkan diri dalam
aktiviti tersebut secara aktif sesama ahli kumpulan dengan penuh kompromi.

(e) Tingkatkan profesionalisme guru dan galakkan inovasi penyelidikan dalam


pengajaran dan pembelajaran
Guru sebagai agen dan pemudahcara dalam meperkembangkan ilmu kepada
murid. Maka guru haruslah bertindak secara professional untuk menjadikan
interaksi antara guru dan murid lebih berkesan dan beretika. Guru memainkan
peranan yang sangat besar bagi menjamin tahap pencapaian murid berada di
tahap optima.pembaharuan serta strategi pengajaran ysng pelbagai mampu
membuatkan murid sentiasa tertarik dengan pengajaran guru. Bahan bantu
mengajar juga haruslah menarik dan membuatkan murid teruja untuk belajar di
dalam kelas.

(f) Tingkatkan kualiti diri dan motivasi diri.


Guru yang mempunyai daya motivasi yang tinggi akan mendorong murid menjadi
lebih yakin dengan diri dan bersungguh-sungguh untuk menuntut ilmu
pengetahuan kerana murid selalunya akan meletakkan sepenuh kepercayaan
kepada guru sebagai seorang yang sangat disanjung dan dihormati dalam
konteks hubungan guru dan murid. Hubungan yang rapat ini akan menjadikan
jalinan yang kukuh antara keduanya. Oleh itu unsur seni dalam pendidikan
bukan sahaja sempit atau terikat pada ruang yang kecil sahaja tetapi ianya
mencakupi segenap aspek kehidupan yang kita tidak nampak dengan jelas
melainkan kita benar-benar fokus dengan tanggungjawab sebagai seorang guru
yang bersikap profesional dan matang.
(g) Tingkatkan kecerdasan melalui kefahaman yang pelbagai dan seterusnya
meningkatkan potensi diri
Apabila kita sudah memahami teori kecerdasan pelbagai maka sebagai seorang
guru kita mampu mempraktikkannya kepada murid dan mengenalpasti potensi
kecerdasan murid. Hal ini dapat membantu murid menguasai aspek kecerdasan
diri mereka dengan lebih baik dan berkesan. Justeru setiap aspek kecerdasan
murid harus diteliti oleh guru meskipun murid ianya agak sukar tapi usaha
berterusan dari guru pasti akan membuahkan hasil dan membentuk murid
menjadi seorang yang sangat berguna kepada agama,bangsa dan tanah air
kelak.