Anda di halaman 1dari 20

JALUR GEMILANG

Disediakan oleh;
Md. Azri bin Sidik
Syaza Yasmin binti Ismail
Muhammad Kamarul Ariffin bin Lokman
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
(SLOT 30 MINIT)
 Komponen: Kerohanian dan Moral
 Kelas : Prasekolah Bestari
 Tarikh : 16 Ogos 2009
 Masa : 10.50 pagi – 11.20 pagi
 Bilangan Murid: 25 orang
 Tema : Negara Malaysia
 Sub Tema : Jalur Gemilang
 Hasil Pembelajaran:
§ 4.5.2 Mengenal dan menghormati bendera kebangsaan
dan bendera negeri
§ 4.5.3 Menyanyikan lagu kebangsaan dan lagu negeri
 Pengetahuan Sedia Ada:
 Murid pernah melihat bendera kebangsaan dan
menyanyikan lagu Maju dan Sejahtera.

 Objektif:

Pada akhir pembelajaran murid dapat,
§ Menerangkan ciri-ciri Jalur Gemilang dengan
betul.
§ Menyanyikan lagu kebangsaan dan lagu negeri
dengan betul.
 Kemahiran Berfikir (KB):

Menjana idea kreatif dan kritis, imbas
kembali
 Nilai: Teliti, peka, cermat, berhati-hati, mengikut
arahan
 Bahan Bantu Belajar (BBB):

Carta lirik, lembaran kerja, radio, cakera
padat, bendera Jalur Gemilang, pemain cakera
padat, televisyen
 Penggabungjalinan komponen:
 Bahasa dan Komunikasi, Kreativiti dan
Estetika, Perkembangan Fizikal

SET INDUKSI
(3 MINIT)
Set induksi
 Murid berkumpul dan duduk di ruang
perbualan pagi menghadap guru.
 Guru akan bertanyakan kepada murid tentang
Malaysia.
Contoh soalan:
 G:Apa yang kamu tahu tentang Negara kita?
 M1: Bendera Malaysia
 M2: Lagu Negaraku
 M3: Malaysia merdeka pada 31 Ogos 1957
PENYAMPAIAN
(25 MINIT)
Aktiviti 1:
 Guru menunjukkan bendera Jalur Gemilang
dan menerangkan bilangan jalur, bucu
bintang, dan warna-warna dalam bendera
Jalur Gemilang.
JALUR GEMILANG
Aktiviti 2:
 Guru menayangkan video yang bertajuk Jalur
Gemilang.
 Murid-murid menyanyi mengikut nyanyian
dalam video tersebut bersama-sama.
 Guru mengedarkan bendera Jalur Gemilang
kecil kepada setiap murid.
 Murid-murid menyanyikan lagu ‘Jalur
Gemilang’ sekali lagi sambil mengibarkan
bendera Jalur Gemilang.
JALUR GEMILANG



 Merahmu bara semangat waja
Putihmu bersih budi pekerti
Kuning berdaulat payung negara
Biru perpaduan kami semua

JALUR GEMILANG
Puncak dunia telah kau tawan
Lautan luas telah kau redah
Membawa semangat jiwa merdeka
Semarak jaya kami warganya
Empat belas melintang jalurnya
Semua negeri dalam Malaysia
Satu suara satu semangat
Itu sumpah warga berdaulat
Jalur gemilang... di bawah naunganmu
Jalur gemilang... kami semua bersatu
Perpaduan ketaatan
Amalan murni rakyat Malaysia
Jalur gemilang... megah kami terasa
Jalur gemilang... kibarkanlah wawasan
Merah putih biru kuning
Jalur semangat kami semua
Berkibarlah
Berkibarlah
Berkibarlah
Jalur gemilang
Aktiviti 3:
 Murid diarahkan untuk mewarnakan bendera
Malaysia dan meniru ayat-ayat mudah dalam
lembaran kerja yang telah diberikan oleh
guru.

LEMBARAN KERJA
PENUTUP
(2 MINIT)
rumusan
 Guru membuat rumusan dengan bertanya
soalan kepada murid.
 Rumusan dibuat dengan bersoal jawab dengan
murid-murid.
 Lagu ‘Maju dan Sejahtera’ (lagu Wilayah
Persekutuan) dimainkan.
 Murid-murid menyanyikan lagu Maju dan
Sejahtera dengan iringan muzik.

Contoh soalan:
 G: Seronok tak belajar hari ini?
 M: Seronok.
 G: Apa yang kamu belajar?
 M: Jalur Gemilang.
MAJU DAN SEJAHTERA
Lagu wilayah persekutuan

Harmoni Wilayah Pertiwi
Semoga Sentiasa Diberkati
Wawasan Hala Pembangunan
Sebagai Semangat Perpaduan
Wilayah Persekutuan
Maju Dan Sejahtera (2X)
pautan
 http://
www.kwp.gov.my/2ndLevel.asp?catid=40&parentid=0
 http://putrawangsa.com/sejarah-jalur-gemilang
/
 http://
allmalaysia.info/msiaknow/malaysiana/symbols_jgemil
SEKIAN,
TERIMA KASIH