Anda di halaman 1dari 31

RPH BM TAHUN 5

Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Melayu


Tarikh
Masa

10.3.2014
11:05 12:05 tengah hari (60 minit)

Tahun
Bilangan

5G
18 orang

murid
Tema
Tajuk

Unit 3: Kempen Budi Bahasa


A. Pelancaran Kempen
Pakej/Modul Kemahiran mendengar dan bertutur, membaca.
Fokus utama
5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul dan
memahami perkara yang dibaca.
Aras 1 (i)
Membaca perkataan, frasa dan ayat yang mengandung ayat tunggal dan ayat majmuk
dengan sebutan dan intonasi yang betul.
Fokus sampingan:
1.5 Memberikan penjelasan tentang sesuatu perkara yang tersurat dengan menggunakan
kata, ungkapan dan ayat yang sesuai.
Aras 2 (i)
Menerangkan maklumat yang tersurat dan tersirat tentang sesuatu peristiwa.
7.1 Membaca dan menerangkan maksud kandungan teks yang tersurat dan tersirat.
Aras 1(i)
Membuat andaian tentang sesuatu perkara yang tersirat berdasarkan maklumat yang
tersurat.
Objektif
Pada akhir pembelajaran, murid dapat:
i. Memahami nilai-nilai murni yang ditunjukkan. .
ii. Membaca dan menjelaskan maksud tersurat dan tersirat yang terdapat dalam
gambar yang diberikan.
iii. Membina ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan gambar.
Sistem
Tatabahasa- Kata majmuk
bahasa

Cogan kata- Orang berbudi kita berbahasa

Pengisian Kurikulum:
Ilmu

Pendidikan Moral

Nilai

Baik hati, kasih sayang

Kemahiran
Bernilai
Tambah

Kemahiran Berfikir
Membuat gambaran mental
Menghubung kait
mengecam
Kemahiran belajar
Menyoal
Belajar cara belajar
Perbincangan

Bahan bantu mengajar:

Slaid Powerpoint
Video
Kad manila
Lembaran kerja
Laptop
LCD

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran


Langkah/
Masa
Set Induksi
( 3 minit)

Isi kandungan
Contoh soalan:
1. Apakah yang
kamu dapat
melalui video?
2. Apakah yang
tersenarai dalam
video tersebut?

Aktiviti
1. Guru menayangkan video
Iklan Raya Petronas 2005 di
hadapan kelas.
2. Guru bersoal jawab dengan
muird murid tentang video

Catatan
Kemahiran Belajar
Menyoal
Kemahiran berfikir
Menghubung kait

tersebut.
3. Guru mengaitkannya dengan
tajuk pelajaran hari ini.

KP
-verbal linguistik
BBM:
Video tayangan
Laptop

Langkah 1

Petikan Budi

1. Guru memperkenalkan tajuk

(15 minit)

Bahasa

hari ini iaitu Budi Bahasa


2. Guru menerangkan maksud

Sifat baik,
pekerti, tabiat

LCD
Kemahiran berfikir
Menjana idea
Menghubung kait

Budi Bahasa.
3. Guru meminta murid

dan kelakuan

memberikan contoh yang

yang baik.

sesuai mengenai Budi


Bahasa.
4. Guru menerangkan nilai
dengan power point.
5. Guru meminta murid-murid
membaca bersama-sama nilai
murni tersebut.
6. Guru membetulkan sebutan
murid semasa membaca.

Langkah 2

Bincangkan petikan:

1. Guru memaparkan gambar di

( 15 minit)

Contoh soalan:

papan hitam dan meminta

Mengapakah kamu

murid memilih nilai murni yang


3

Kontekstual
BBM
Lampiran:
Slaid Power point

Kemahiran Berfikir
Menjana idea

memilih menghormati
sebagai jawapan?

sesuai.
2. Guru memuji murid yang
mendapat jawapan.
3. Guru menanya beberapa

KP
Verbal linguistik

soalan tentang tujuan murid


memilih nilai murni tersebut.
4. Guru membuat perbincangan
dengan murid.
Langkah 3
( 8 minit)

Membina ayat
tunggal dan ayat
majmuk berdasarkan
kosa kata daripada
petikan tersebut.

1. Guru menanya murid tentang


kefahaman mereka terhadap isi
tersurat dan isi tersirat.
2. Murid berbincang secara
berpasangan dan jawab. Murid

BBM:
Slaid Powerpoint
Kemahiran berfikir
Menjana idea
KP
Verbal linguistik

dibenarkan untuk merujuk pada


Isi tersurat:

Kamus Dewan.
3. Guru menerangkan maksud isi

Perkara yang tertulis

tersurat dan isi tersirat.


dalam teks dan dapat 4. Guru memberikan penerangan
dilihat dalam grafik.

yang lanjut berdasarkan contoh

Isi tersirat:

dengan merujuk kepada

Perkara yang tidak

gambar.

Nilai
Hormatmenghormati
Bekerjasama
BBM

terdapat dalam teks

Slaid powerpoint

Langkah 4

dan gambar.
Aktiviti pengukuhan

Kamus Dewan
Kemahiran berfikir

(17 minit)

dan pengayaan.
Lampiran disediakan.

1. Guru menunjukkan enam

gambar kecil pada kad manila. Menghubung kait


2. Guru memanggil murid untuk Menjana idea
memilih dua gambar untuk
membuat aktiviti Berbudi
seperti saya.
3. Murid menggunakan dadu
untuk menentukan pilihan

Nilai:
Bekerjasama

gambar.
4. Murid membina ayat tunggal
atau ayat majmuk berdasarkan
gambar mengikut kumpulan.
5. Guru membuat semakan dan
memberi tunjuk ajar.
4

Koperatif

6. Murid membuat
pembentangan terhadap isi
tersurat dan isi tersirat yang
telah diisi.
7. Guru membuat pembetulan
murid dari segi ayat dan

BBM
Kad manila
Lembaran kerja
Dadu

sebutan.
Penutup
( 2minit)

Rumusan ( kognitif)

Guru meminta murid

Kemahiran Berfikir

menerangkan isi pelajaran yang

-merumus

mereka dapat pada hari ini dan


nilai murni yang telah dipelajari.

KP
Kontekstual

Refleksi

Tayangan video bagi set induksi amat memberangsangkan. Murid dapat


menyatakan nilai-nilai murni melalui tayangan video. Guru seharusnya
memberikan lebih banyak contoh untuk fahaman murid mengenai isi tersurat
dan tersirat sesuatu petikan yang ingin disampaikan mesejnya. Selain itu,
sesetengah murid dapat bercerita dengan menyampaikan pengalaman dan
perasaan individu semasa memberi contoh-contoh nilai murni yang diajar.
Penggunaan bahasa, intonasi dan suara adalah kurang jelas dan penggunaan
perkataan dan ayat yang kurang tepat semasa menyampaikan mesej.

Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Melayu


Tarikh
Masa

11.3.2014
11:05 12:05 tengah hari (60 minit)

Tahun
Bilangan

5G
18 orang

murid
Tema
Tajuk

Unit 4: Selamatkan Alam Sekitar


B. Air, Udara, Bunyi
Pakej/Modul Kemahiran mendengar dan bertutur, membaca.
Fokus utama
5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul dan
memahami perkara yang dibaca.
Aras 1 (i)
Membaca perkataan, frasa dan ayat yang mengandung ayat tunggal dan ayat majmuk
dengan sebutan dan intonasi yang betul.
Fokus sampingan:
5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul dan
memahami perkara yang dibaca.
Aras 2 (i)
Menjelaskan isi-isi penting yang terdapat dalam teks.
9.2 Mengenal pasti maklumat dan mencatat nota daripada bahan yang didengar dan dibaca.
Aras 2 (i)
Mencatat nota dalam bentuk grafik.
Objektif

Pada akhir pembelajaran, murid dapat:


(i) Membaca dengan sebutan dan intonasi yang betul.
(ii) Mengenal pasti isi-isi penting yang terdapat dalam petikan dan menyusun

Sistem

dalam bentuk grafik.


(iii) Membina ayat tunggal daripada kata adjektif.
(iv) Membentangkan isi-isi penting hasil perbincangan dalam bentuk grafik.
Tatabahasa kata adjektif

bahasa

Kosa kata sulfur monoksida, karbon monoksida, pelupusan, kitar semula,


menyelenggara

Pengisian Kurikulum:
Ilmu

Sains , Pendidikan Alam Sekitar

Nilai

Tanggungjawab terhadap masyarakat

Kemahiran
Bernilai
Tambah

Kemahiran Berfikir
Menjana idea
Mengumpul dan mengelas
mengecam
Belajar cara belajar
Perbincangan
Catat nota
Pembelajaran kontekstual
Menghubungkait

Bahan bantu mengajar:

CD Rom Bahasa Melayu Tahun 5


Tayangan
Borang grafik
Laptop
LCD
Kad imbasan

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran


Langkah/
Masa
Set Induksi
( 5 minit)

Isi kandungan
Contoh soalan:
1. Apakah yang
kamu dapat
saksikan di
skrin?
2. Pernahkah
kamu nampak
kejadian seperti
ini?
3. Apakah

Aktiviti
1. Guru menayangkan video
Pencemaran Udara di
hadapan kelas.
1. Guru bersoal jawab dengan
muird murid tentang video

Catatan
Kemahiran Belajar
Menyoal
Kemahiran Berfikir
Menghubung kait

tersebut.
2. Jawapan murid dikaitkan
dengan tajuk pelajaran hari

KP
-verbal linguistik

ini.

BBM

masalah yang

Video tayangan

sedang

Laptop

dihadapi?

LCD
Nilai
Langkah 1
(20minit)

Petikan

1. Murid dibahagikan kepada

Pencemaran

lima orang satu kumpulan

Udara

dan diminta untuk


membuka buku teks muka
surat 42 tajuk Pencemaran

grafik telah
dilampirkan.

Membaca
Mencatat
Menyoal

Kemahiran Berfikir

Udara.
2. Murid diminta untuk

Pengurusan grafik

membaca secara senyap.


3. Murid berbincang

Kemahiran

berdasarkan petikan.
4. Murid dibekalkan borang
Borang pengurusan

Menghargai
Kemahiran Belajar

pengurusan grafik.
5. Guru meminta murid

Fasilitator
Membimbing dan
memerhati

mengisi ruangan Punca


iaitu sebab berlakunya
pencemaran udara.
6. Guru berbincang dengan
8

Nilai
Kerjasama

murid-murid tentang isi


ruangan Punca.
7. Guru meminta murid

Hormatmenghormati

mengisi ruangan Kesan


iaitu akibat berlakunya
pencemaran udara.
8. Guru berbincang dengan
murid-murid tentang isi
ruangan Kesan.
9. Murid diminta untuk
mengisi ruangan Cara iaitu

BBM
Buku teks Bahasa
Melayu Tahun 5
Borang
pengurusan
grafik

langkah-langkah untuk
mengatasinya.
10. Guru berbincang dengan
murid-murid tentang isi
ruangan Kesan
11. Guru berbincang dengan
murid mengenai langkahlangkah mengatasi
pencemaran udara.
1. Ketua kumpulan

Langkah 2
( 15 minit)

Kemahiran Belajar

Kad penilaian telah

mengagihkan tugas

Pembentangan

dilampirkan.

kepada setiap ahli untuk

hasil tugasan

mengisi jawapan dalam


borang pengurusan grafik.
2. Wakil kumpulan akan
membentangkan hasil
perbincangan.
3. Semasa sesi
pembentangan dijalankan,

Kemahiran
Mentaksir dan
Menilai
Mengisi borang
penilaian

kumpulan lain akan


membuat penilaian dalam
kad penilaian yang
disediakan oleh guru.
4. Guru membuat
pemantauan.

Kemahiran
Fasilitator
Pemantauan
Nilai
Keyakinan diri

Adil
Teliti
BBM
Borang
pengurusan

Langkah 3

Petikan

( 15 minit)

Pencemaran

murid membaca petikan

Udara

dengan sebutan dan

Kata adjektif:
a)
b)
c)
d)

Panjang
Cepat
Jauh
Laju

1. Guru meminta beberapa

intonasi yang betul.


2. Murid-murid dikehendaki

grafik
Kad penilaian
Kemahiran Belajar
Membaca
Kemahiran Berfikir
Mengecam

menggaris kata adjektif


yang terdapat dalam
petikan.
3. Murid diminta menjelaskan
maksud kata adjektif
secara lisan.
4. Murid diminta membina
ayat tunggal daripada kata
adjektif.

Penutup

Rumusan ( kognitif)

( 5minit)

Murid membuat rumusan

Kemahiran Berfikir

tentang tajuk pelajaran dengan

-merumus

bantuan guru.
KP
Kontekstual
Refleksi

Murid dapat membaca petikan dengan sebutan, tekanan, nada dan


intonasi yang betul. Sesetengah murid kurang memahami petikan tanpa
bimbingan guru. Murid dapat mengisi pengurusan grafik atas bimbingan
guru.

10

Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Melayu


Tarikh
Masa

12.3.2014
11:05 12:05 tengah hari (60 minit)

Tahun
Bilangan

5G
18 orang

murid
Tema
Tajuk

Karangan: Fakta
Kepentingan Bersukan
Pakej/Modul Kemahiran mendengar dan bertutur, membaca.
Fokus utama
8.2 Membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk dalam sesuatu penulisan teks
tentang sesuatu tajuk.
Aras 1 (i)
Membina ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan tajuk.
8.4 Membina dan menulis ayat topik dan ayat huraian berdasarkan sesuatu perkara.
Aras 1 (i)
Membina ayat topik yang jelas tentang sesuatu isi.
Aras 2 (ii)
Membina beberapa ayat huraian berdasarkan isi utama.
Fokus sampingan:
5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul dan
memahami perkara yang dibaca.
Aras 1 (i)
Membaca perkataan, frasa dan ayat yang mengandung ayat tunggal dan ayat majmuk
dengan sebutan dan intonasi yang betul.
Objektif
Pada akhir pembelajaran, murid dapat:
(i) membina ayat tunggal dan ayat majmuk yang bersesuaian dengan tajuk.
(ii) membaca dan mentafsirkan isi-isi yang berkaitan dengan tajuk.
(iii) memberikan idea-idea tentang tajuk hari ini.
(iv) membina isi utama berdasarkan tajuk dan gambarajah serta menulis

Sistem

karangan.
(v)
Kata hubung dan kata kerja

bahasa
Pengisian Kurikulum:
Ilmu

Sukan

Nilai

Menjaga kesihatan diri, perpaduan

11

Kemahiran

Kemahiran Berfikir

Bernilai

Menjana idea
Belajar cara belajar

Tambah

Perbincangan
Pembelajaran kontekstual
Menghubungkait
Teori kecerdasan pelbagai
Intrapersonal dan interpersonal
Bahan bantu mengajar:

Power point
Gambarajah
Buku karangan
Laptop
LCD

12

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran


Langkah/

Isi kandungan

Masa
Set Induksi

Contoh soalan:

( 5 minit)

1. Apakah yang
ditunjukkan di
dalam gambar?

Aktiviti
1. Guru memaparkan
beberapa keping gambar
berdasarkan powerpoint.
2. Guru bersoal jawab dengan

murid-murid.
(alat yang digunakan
3. Guru memberitahu murid
semasa sukan)
tentang tajuk pengajaran
hari ini merupakan sebuah
karangan iaitu Kepentingan

Catatan
Kemahiran Belajar
Menyoal
Kemahiran Berfikir
Menghubung kait
KP
-verbal linguistik

bersukan.
BBM
Slaid powerpoint
Laptop
LCD
Langkah 1
(10minit)

Soalan guru:
a) Apakah yang
kamu faham
tentang sukan?
(satu kegiatan)
b) Apakah maksud
pula tentang
bersukan?
(satu kegiatan
yang perlu
diamalkan oleh
setiap orang)
c) Kegiatan sukan
penting untuk
siapa?
(sesiapa

1. Guru menanyakan
beberapa soalan kepada
murid.
2. Guru berbincang bersamasama dengan murid tentang
tajuk hari ini.
3. Guru meminta salah

Kemahiran Belajar

Membaca

Kemahiran Berfikir
Menjana idea

seorang murid untuk


menyenaraikan aktiviti
sukan yang diketahuinya.
4. Guru membetulkan sebutan
murid ketika memberi
pandangan.
5. Guru membuat penerangan

Nilai
Hormatmenghormati

tentang bersukan.
BBM

sahaja/setiap

Slaid powerpoint

orang)

13

Langkah 2

Slaid powerpoint

1. Guru membincangkan

Kemahiran berfikir

( 25 minit)

dilampirkan.

kebaikan bersukan bersama Menjana idea


Menghubung kait
murid.
2. Guru memberikan gambar- Meramal
gambar kepada murid
berdasarkan powerpoint.
3. Gambar yang digunakan
untuk memberikan peluang

Nilai
Keyakinan diri
Perpaduan

kepada murid untuk


memikirkan isi yang
berkaitan.
4. Sebelum itu, murid mesti
memilih epal dalam pokok
untuk teka-teki akan isi itu.
5. Murid yang dapat menjawab
dengan baik akan diberikan
hadiah kecil sebagai
galakan.
6. Guru memberi masa tiga
minit kepada murid-murid
untuk memikirkan isi yang
berkaitan.
7. Guru membetulkan ayat dan
sebutan murid.
8. Guru menulis isi yang
penting di papan hitam.

14

BBM
Slaid powerpoint
Laptop
LCD

Langkah 3

Menulis karangan

( 15 minit)

1. Murid mengumpul semua


maklumat yang dibincang
dan mencatat dalam buku

Kemahiran berfikir
Meramal
Menghubung kait

karangan sebagai rangka


karangan hari ini.
2. Guru menyemak ejaan
murid semasa murid
menulis karangan.
3. Murid menulis karangan
selepas penyemakan guru.
4. Guru memberi bimbingan
Penutup

Penutup kognitif

( 2minit)

kepada murid sederhana.


1. Guru membuat kesimpulan
tentang pengajaran dan

Aktiviti pengayaan:
Meluaskan
pemahaman murid

pembelajaran hari ini.


2. Guru mengingatkan murid
supaya menyemak dan

Belajar cara
belajar
Menulis hujah
BBM
Buku karangan
Kemahiran Berfikir
-merumus
KP
Kontekstual

membaca semula karangan


selepas siap mengarang
untuk mengelakkan
daripada kesalahan ejaan

Nilai
Bertanggungjawa
b

dan struktur ayat.


Refleksi

Isi pelajaran yang dirancang adalah sesuai dengan tahap kebolehan murid.
Set induksi dapat menarik perhatian murid sebelum pengajaran dimulakan.
Murid kurang keyakinan semasa menulis karangan kerana pengaruh
kesebatian penggunaan bahasa dialek. Murid dapat memberi perkataan
dan isi berkaitan dengan tajuk karangan.

15

2. Membuat kajian tentang Sukatan dan Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu
Sekolah Rendah serta membincangkan dengan contoh-contoh yang jelas sejauh
manakah matlamat, objektif dan kandungan kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah
dapat merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
______________________________________________________________________
PENGENALAN
Di negara kita Malaysia, penawaran mata pelajaran di sekolah-sekolah
rendah adalah berpusat dan standard di seluruh negara. Matlamat umum pendidikan
sama ada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) atau Kurikulum Standard
Sekolah Rendah (KSSR) adalah untuk melahirkan masyarakat Malaysia yang seimbang
dalam semua bidang. Oleh yang demikian, untuk membimbing murid-murid untuk
mencapai matlamat pendidikan KBSR atau KSSR itu, maka mata pelajaran mengikut
bidang disusun dan diajarkan kepada murid-murid . para guru wajar mempunyai
pemahaman yang mendalam tentang mata pelajaran yang diajar di sekolah. Guru juga
perlu menyedari kepentingannya serta perkaitannya antara satu sama lain. Terdapat lebih
sepuluh mata pelajaran yang diajar di peringkat sekolah rendah di negara ini. Walaupun
dari segi pelaksanaannya mata pelajaran itu diajar secara terpisah-pisah, namun pada
prinsipnya setiap mata pelajaran itu merupakan entiti yang saling lengkap ke arah
pembentukan murid yang berperibadi seimbang dan harmonis dari segi jasmani, rohani,
emosi dan intelek yang selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
KONSEP DAN PENGERTIAN
Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan (SPBM) merupakan satu dokumen
yang menjadi panduan guru bagi melaksanakan pengajarannya. Dalamnya terdapat
beberapa aspek yang berkaitan dengan isi kandungan bahasa Melayu dan hala tuju yang
hendak dicapai. Aspek itu merangkumi matlamat dan objektif pengajaran bahasa Melayu,
pengisian kurikulum, kandungan bahasa, sistem bahasa dan Kemahiran Bernilai Tambah.
Aspek-aspek ini menjadi panduan kepada guru dalam pengajarannya. Tujuannya agar
pengajaran bahasa Melayu antara sekolah adalah seragam, terkawal dan bersistem.
Manakala Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu (HSPBM) pula
memperincikan Sukatan Pelajaran yang bertujuan untuk memenuhi citacita murni
semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. HSPBM memperjelaskan hasil pembelajaran
yang perlu dikuasai oleh murid. Hasil pembelajaran dinyatakan secara eksplisit mengikut
16

tahap kesukaran isi kandungan dan tahap keupayaan murid. Hasil pembelajaran
dibahagikan kepada tiga aras, iaitu aras asas, aras sederhana, dan aras cemerlang.
HSPBM menyarankan strategi pengajaran dan pembelajaran yang merangkumi pelbagai
aktiviti dan penggunaan sumber. Guru digalakkan menggunakan kreativiti untuk memilih,
menyusun, dan mengolah aktiviti mengikut kesesuaian murid. HSPBM diharapkan dapat
membantu para guru merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran secara
berkesan.
Dengan hal yang demikian, guru digesa supaya melakukan aktiviti yang
memberi penekanan kepada unsur bernilai tambah iaitu kemahiran berfikir, kemahiran
teknologi maklumat dan komunikasi , kemahiran belajar cara belajar, dan pelbagai lagi. Di
samping nilai murni dan semangat patriotik dan kewarganegaraan tetap diutamakan.
Semua elemen ini diharap dapat memberikan keyakinan kepada murid dan boleh
diaplikasikan dalam kehidupan harian dan dunia pekerjaan.
Pada peringkat ini, Bahasa Melayu diajarkan sebagai mata pelajaran wajib,
selaras dengan status Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi
negara. Bahasa Melayu perlu dikuasai pada peringkat awal bagi membolehkan muridmurid berkomunikasi dan menimba ilmu pengetahuan. Untuk makluman, selain daripada
yang dinyatakan di atas, Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah telah
memuatkan senarai kemahiran asas berbahasa dan tatabahasa yang perlu dikuasai oleh
murid dari Tahun 1 hingga Tahun 6. Kemahiran-kemahiran berbahasa ini meliputi
kemahiran lisan (mendengar dan bertutur), membaca, dan menulis. Tatabahasa pula
meliputi aspek morfologi dan sintaksis bahasa Melayu. ( Abdullah Hasan,1996).
Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah pula,
mengandungi perincian, penjelasan serta huraian tentang Sukatan Pelajaran Bahasa
Melayu. Di dalam Huraian Sukatan Pelajaran ini, dimuatkan senarai kecekapan berbahasa
dalam kemahiran mendengar dan bertutur, membaca, menulis, tatabahasa, penjodoh
bilangan, peribahasa, dan perbendaharaan kata yang sesuai bagi peringkat persekolahan
murid (Roselan Baki,2003).
Selain itu, Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu untuk Sekolah Jenis
Kebangsaan (SJK) Cina (C) dan Tamil (T) disempurnakan dengan mengambil kira tahap
kebolehan dan kemampuan murid di SJK(C) dan (T). Oleh itu, Huraian Sukatan Pelajaran
Bahasa Melayu untuk SJK(C) dan (T) agak berbeza daripada Sekolah Kebangsaan dari
segi huraian, senarai kemahiran berbahasa, contoh-contoh peribahasa, tatabahasa, dan
jumlah perbendaharaan kata yang dicadangkan. Tambahan pula, Huraian Sukatan
17

Pelajaran ini merupakan satu cadangan, guru-guru tidak seharusnya terikat kepada
cadangan-cadangan yang dikemukakan. Sekiranya didapati ada di antara cadangancadangan ini tidak sesuai dengan keadaan bilik darjah, guru-guru boleh mengubah dan
menyesuaikannya dengan kebolehan dan kemampuan murid.
Seterusnya ialah menurut kandungan Sukatan Pelajaran, setelah mengikuti
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah rendah, murid-murid dapat:
a. Mendengar, memahami dan menghayati pertuturan yang terdapat dalam
kehidupan sehari-hari;
b. Bertutur dengan petah dan mengeluarkan buah fikiran yang bernas serta
menggunakan bahasa yang sesuai dan bertatasusila;
c. Membaca untuk memahami isi bacaan yang sesuai dengan kematangan;
d. Menjadikan pembacaan sebagai satu kebiasaan dan amalan bagi mendapatkan
pengetahuan dan hiburan.
e. Menulis pelbagai jenis karangan dan surat kiriman mengikut tajuk dan format yang
betul.
Dengan merujuk kepada definisi Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah
(KBSR ), matlamat serta ciri-ciri KBSR itu sendiri, dapati bahawa KBSR mampu mencapai
matlamat Falsafah Pendidikan Negara. Mengikut Falsafah Pendidikan Negara yang
menyatakan bahawa Pendidikan itu ialah suatu proses yang berterusan. Sebagai saluran
Pendidikan pada peringkat awal, KBSR sememangnya menggalas tugas yang amat berat.
Ini disebabkan semuanya bermula pada peringkat permulaan. KBSR akan memastikan
Pendidikan yang diberikan kepada murid memuaskan dan menepati ciri-ciri yang
diinginkan. Pendidikan awal adalah penting kerana ia membentuk asas sahsiah yang akan
terus berkembang hingga ke akhir hayat nanti. Oleh itu, KBSR menekankan kemahiran
asas 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Dengan kemahiran-kemahiran asas yang
teguh dan mampat, segala proses Pendidikan yang akan ditempuhi oleh pelajar menjadi
mudah (Abdullah Hasan, 1996). KBSR menitikberatkan soal nilai-nilai murni dan
semangat patriotisme dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan ini, Falsafah
Pendidikan Negara yang menginginkan insan yang harmoni dan seimbang dari segi
jasmani, emosi, rohani dan intelek akan tercapai. Dalam proses pengajaran dan
pembelajaran, KBSR bukan sahaja menekankan soal penyampaian ilmu pengetahuan
bahkan setiap guru dikehendaki menyelitkan penerapan nilai-nilai murni kepada pelajar
semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Selain itu, dalam
seminggu hari persekolahan akan terdapat 2 masa untuk matapelajaran Pendidikan
18

Jasmani dan Kesihatan. Ini melambangkan KBSR amat menitikberatkan soal kesihatan
para pelajar supaya pelajar tidak hanya memerah otak dalam sesi pembelajaran mata
pelajaran lain tetapi mereka juga boleh berekreasi dan menenangkan fikiran dengan
bersenam dan bersukan.
Justeru, unsur Falsafah Pendidikan Negara ingin melahirkan rakyat yang
memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.
Sehubungan dengan itu, KBSR menekankan kemahiran berfikir dalam sistem penddidikan
pada peringkat awal. Melalui ciri ini pelajar bebas meluahkan pendapat dan mencipta
sesuatu yang baru. Dengan secara tidak langsung, hasil kreativiti murid akan terus digilap
dan dihargai. Maka lahirlah generasi yang mampu memberi sumbangan dalam pelbagai
bidang.
Lain daripada itu, mengikut teras pertama Pelan Induk Pembangunan
Pendidikan iaitu membina Negara Bangsa. Bagi mencapai hasrat membina Negara
Bangsa ini, ianya hanya akan tercapai dengan memperkasakan Bahasa Melayu.
Antaranya seperti pengetahuan isi kandungan di mana guru-guru Bahasa Melayu perlu
mempunyai tahap pengetahuan isi kandungan Bahasa Melayu yang baik. Perkembangan
terkini dalam kurikulum pendidikan Bahasa Melayu sewajar diketahui oleh setiap guru.
Pengetahuan isi kandungan Bahasa Melayu yang perlu difokuskan ialah seperti:
Kesediaan guru Bahasa Melayu untuk menyampaikan bahan pengajaran
merupakan perkara terpenting dalam pengendalian sesi pengajaran dan pembelajaran.
Hal ini bermakna pengetahuan guru Bahasa Melayu tentang isi kandungan Bahasa
Melayu

merupakan

kesediaan

terpenting

untuk

memastikan

keberkesanan

pengajarannya.
Pengetahuan substantif, iaitu pengetahuan tentang apa yang ada dalam
fakta atau konsep yang digunakan untuk menyusun idea dan maklumat tentang sesuatu
tajuk dalam mata pelajaran Bahasa Melayu berkenaan. Hal ini bermakna setiap guru
Bahasa Melayu seharusnya memiliki pengetahuan substantif ini, terutamanya bagi tajuktajuk yang melibatkan isu-isu semasa.
Pengetahuan sintaktik, iaitu pengetahuan tentang cara bagaimana sesuatu
perkara itu dibentuk dan dihasilkan berdasarkan prosedur, kaedah dan proses yang
melaluinya, sesuatu kebenaran dan pengetahuan baru dapat dibina. Hal ini bermakna
19

setiap guru Bahasa Melayu perlu mengukuhkan kefahaman konseptual pelajar dengan
menggunakan contoh, analogi, hujah secara logikal dan berhujah menggunakan asas
fakta yang tepat mengikut tahap pemikiran pelajar.
Penguasaan ilmu, iaitu setiap guru Bahasa Melayu perlu menguasai ilmu
tatabahasa dan ilmu pedagogi Bahasa Melayu. Pengetahuan isi kandungan subjek yang
berkaitan dengan sukatan, sama ada secara langsung atau tidak secara langsung
merupakan faktor penentu kefahaman pelajar terhadap apa yang diajarkan oleh guru
Bahasa Melayu berkenaan. Hal ini bermakna tanpa menguasai ilmu Bahasa Melayu,
boleh mengganggu pemahaman dan pengetahuan pelajar tentang tajuk yang dipelajari.
Dengan keadaan sedemikian, tahap keberkesanan pengajaran guru
Bahasa Melayu banyak bergantung kepada pengetahuan isi kandungan subjek dan
kemampuan guru mengurus masa untuk dimanfaatkan sepenuhnya dalam pengajaran.
Pengetahuan isi kandungan Bahasa Melayu yang baik juga membantu guru merancang
pengajaran harian, mingguan dan bulanan secara sistematik dan bertulis.
Dari segi Pengetahuan Kurikulum pula ia bermaksud guru-guru Bahasa
Melayu perlu memahami, mengetahui dan menguasai bagaimana kurikulum Bahasa
Melayu itu dibina dan direka bentuk menjadi satu kurikulum yang sesuai untuk tahap
kognitif pelajar. Antara elemen dalam pengetahuan kurikulum Bahasa Melayu itu ialah
kesinambungan kurikulum. Hal ini bermaksud setiap kurikulum Bahasa Melayu yang
dibina perlu saling berkaitan antara satu sama lain. Sebagai contoh, kurikulum Bahasa
Melayu menengah rendah ada kesinambungan dengan kurikulum Bahasa Melayu
menengah atas. Tajuk tatabahasa misalnya, jika di peringkat sekolah rendah,
penekanannya diberikan kepada tatabahasa yang mudah, pembinaan ayat-ayat yang
mudah, maka sebaliknya di peringkat menengah rendah dan atas, sudah pasti tatabahasa
yang digunakan jauh lebih sukar berbanding tatabahasa pelajar sekolah rendah. Begitu
juga dengan pembinaan ayat dan sebagainya.
Orientasi kurikulum merupakan penekanan kurikulum Bahasa Melayu yang
berorientasikan peperiksaan perlu dikurangkan. Hal ini bermaksud, apabila kurikulum
Bahasa Melayu lebih berfokus kepada peperiksaan, maka matlamat utama untuk
membantu pelajar menguasai kesemua kemahiran bahasa, kemahiran berkomunikasi dan
lain-lain tidak tercapai. Pelajar hanya menguasai Bahasa Melayu untuk tujuan
peperiksaan sahaja.

20

Pelaksanaan kurikulum ialah guru-guru perlu memiliki pengetahuan


bagaimana hendak melaksanakan pengajaran Bahasa Melayu dengan menyeluruh untuk
membolehkan guru-guru membuat perancangan dan pelaksanaan pengajarannya
mengikut tahap perkembangan dan kematangan pelajar. Apabila guru Bahasa Melayu
memahami pelaksanaan kurikulum Bahasa Melayu tersebut, maka guru-guru dapat
merancang pelaksanaan kurikulum Bahasa Melayu secara menyeluruh, terutamanya
menangani perubahan-perubahan yang berlaku dalam pendidikan bahasa. Hal ini penting
diketahui dan dikuasai setiap guru agar pelaksanaan kurikulum Bahasa Melayu yang
dibuat dapat disesuaikan dengan keperluan dan tuntutan semasa.
Kandungan sukatan pelajaran ialah kandungan sukatan dalam mata
pelajaran Bahasa Melayu juga perlu berubah mengikut perubahan semasa yang berlaku.
Perkara-perkara berkaitan dengan ICT, penilaian dan pentaksiran, kemahiran abad ke-21,
kepelbagaian kecerdasan dan sebagainya perlu dimasukkan ke dalam sukatan pelajaran
Bahasa Melayu selain mengekalkan perkara-perkara sedia ada seperti kemahiran bahasa,
penerapan nilai dan lain-lain. Sebaik-baiknya kesemua perkara ini disebatikan dalam
sukatan pelajaran Bahasa Melayu.
HUBUNGAN SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU DENGAN FALSAFAH
PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dulunya disebut

Falsafah

Pendidikan Negara (FPN) merupakan pegangan pendidikan di Malaysia. Hal ini bermakna
semua aktiviti pendidikan dan persekolahan di Malaysia mestilah selaras dengan FPK.
Justeru, setiap bakal guru di Malaysia diwajibkan membaca, memahami dan mengingati
falsafah ini agar setiap tindakan mereka melalui proses pengajaran dan pembelajaran
sentiasa berada pada landasan yang betul. Intipati utama dalam FPK ini ialah melahirkan
insan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual. Sosial yang sering
disebut oleh guru-guru sebagai JERIS. Perlu diingat bahawa tidak ada yang lebih utama
antara keempat-empat unsur tersebut, yakni tidak boleh dikatakan jasmani lebih penting
daripada intelek atau sebaliknya.
FPK merupakan dokumentasi rasmi yang mencerminkan sistem pendidikan
negara Malaysia. Para guru perlulah berpegang kepada FPK tika menjelaskan
tanggungjawab profesional mereka agar matlamat pendidikan negara menjadi suatu
kenyataan. Ini memerlukan penghayatan, pemahaman dan keprihatinan para pendidik
demi merealisasikan tujuan dan cita yang tersisip dalam kandungannya. FPK
21

menyumbang implikasi terhadap sistem pendidikan negara ini, umpamanya kurikulum,


pendidik dan institusi pendidikan yang merujuk perhubungan di antara manusia dengan
manusia, manusia dengan alam (ilmu sains) dan manusia dengan Tuhan (ilmu teologi).
Falsafah ini menjadi tunjang kepada sistem pendidikan negara di Malaysia. Maka, semua
perancangan dan aktiviti pendidikan memancarkan pancaran nilai dan barisan prinsip
yang terkandung dalam FPK.
Pertama, FPK menyumbang implikasi terhadap kurikulum sekolah selaras
dengan cita dan tujuan FPN. Implikasi ini meliputi perubahan silibus berorientasi program
bersepadu, perubahan input pelajaran yang mengutamakan penyerapan nilai murni,
perubahan program pendidikan berorientasi pelahiran yang seimbang dan harmonis,
reformasi pendidikan berorientasi pendidikan umum dan perubahan silibus yang sesuai
untuk melatih kemahiran pelajar dalam bidang vokasional dan teknologi.
Kedua, FPK menekankan perubahan sikap pendidik dan professional
ketika menjalankan tugas sejajar tujuan dan dasar FPK. Item ini melibatkan perubahan
sikap peribadi pendidik dengan pandangan dan visi yang positif serta perubahan
profesional menerusi pengubahan strategi dan teknik Pengajaran dan Pembelajaran
(P&P) yang diterima audiens (para pelajar).
Ketiga, FPK menyumbang implikasi kepada institusi pendidikan. Perubahan
struktur dan organisasi sekolah ke arah pewujudan situasi yang sesuai. Kenyataan ini
meliputi perubahan infrastruktur supaya para pelajar berpeluang mengembangkan potensi
secara menyeluruh dan bersepadu, perubahan aktiviti budaya sekolah yang lebih kondusif
demi pemupukan nilai-nilai murni dalam jiwa pelajar dan perubahan iklim sekolah yang
kondusif demi pelahiran pelajar yang cintakan ilmu, lantas membentuk budaya membaca
dalam kalangan mereka.
Jelaslah

terbukti

bahawa

FPK

menggariskan

norma-norma

yang

seharusnya diamalkan demi pelaksanaan sistem pendidikan yang cemerlang, gemilang


dan terbilang. Falsafah ini penting dalam penghasilan individu yang menjadi hasrat
negara. Ia sememangnya mempunyai hubungan yang rapat dengan Huraian Sukatan
Pelajaran khasnya dalam beberapa aspek. Antaranya ialah jasmani, rohani, intelek, bakat,
akhlak, sosial dan nilai-nilai estetik.
Jasmani, dalam pengajaran Bahasa Melayu juga boleh menekankan aspek
jasmani. Di samping rohani murid yang sihat, aspek fizikal jasmani murid pula perlu sihat
dan cergas. Guru boleh menggabungjalinkan mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan

22

Kesihatan dalam bahasa Melayu dengan menyelitkan elemenelemen kesihatan.


Contohnya pengajaran tentang petikan kesihatan berkaitan penjagaan diri, kebersihan diri,
makanan seimbang ataupun mengajar tentang pergerakan yang melibatkan pergerakan
fizikal seperti melakukan lompatan, angkat tangan, memegang sesuatu, dan pelbagai lagi.
Rohani, dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan begutu menekankan
aspek rohani dan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu boleh menekankan aspek rohani
ini ke dalam jiwa kanakkanak atau muridmurid. Aspek nilainilai murni berkait rapat
dengan rohani ini. Dalam pengajaran Bahasa Melayu, nilainilai murni boleh diterapkan ke
dalam diri muridmurid seperti nilainilai kasih sayang, bekerjasama, disiplin, tolenransi,
bertolak ansur, kesyukuran, dan pelbagai lagi. Jika nilainilai ini dapat disemat ke dalam
diri muridmurid, muridmurid akan bersikap lebih keronahian dari segi tingkah laku dan
akhlak mereka. Mereka bersikap lebih baik, menunjukkan kesopanan dan tidak melakukan
perkaraperkara negatif. Dengan kata lain, sikap mereka akan lebih menjadi positif dan
bertambah mulia.
Intelek merujuk kamus dewan bermakna kemampuan (daya) berfikir dan
memahami (menganalisa), akal budi, golongangolongan cerdik pandai, golongan
cendekiawan, golongan terpelajar. Di sini jelas Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu
berperanan dalam melahirkan insan yang berintelek tinngi dan berketerampilan. Sesuai
dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang bermatlamatkan melahirkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, jasmani, rohani. Oleh sebab itu,
Kurikulum Sukatan Pelajaran berperanan membantu para guru bagi merancang
pengajaran secara tersusun, dan terancang bagi melahirkan insan atau pelajar yang
mempunyai intelek yang tinggi dan mampu berfikir secara kritis dan kreatif. Mampu
memjadi seorang insan yang berdaya fikir yang tinggi dan mampu bersaing di antara satu
sama lain bagi mencapai citacita dan Dasar Pendidikan negara kita. Seterusnya dapat
melahirkan insan yang berinovatif tinggi.
Bakat pula ialah dalam kalangan muridmurid kita mempunyai bakatbakat
tertentu seperti menyanyi, berlakon, bersyair, bersajak, menari, dan pelbagai lagi.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan juga menekankan elemen bakat ini. Dalam pengajaran
mata pelajaran Bahasa Melayu misalnya, pelbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran
dapat dijalankan. Antaranya aktiviti lakonan, mendeklamasi sajak, main peranan, bersyair,
dan pelbagai lagi. Dengan ini, bakat muridmurid akan dapat dicungkil. Tambahan pula,
banyak pertandingan seperti bercerita, nyanyian, pidato, berbalas pantun dan pelbagai

23

lagi dianjurkan, sama ada di peringkat zon, daerah, negeri, mahu pun kebangsaan, bagi
mecungkil bakat.
Akhlak yang baik sangat dituntut dalam agama Islam. Begitu juga dengan
agama lain yang inginkan umatnya mempunyai budi perkerti dan akhlak yang baik. Dalam
pengajaran Bahasa Melayu juga dapat merealisasikan aspek ini. Guru perlu menerapkan
nilainilai murni ke dalam diri muridmurid. Contohnya, membantu rakan, menghormati
orang tua mahu pun orang yang lebih muda, memberi salam, dan pelbagai lagi.
Sosial juga penting dan harus diserap ke dalam diri muridmurid sekolah.
Sosial ini boleh dilakukan dengan menjalankan aktiviti seperti lakonan, perbincangan, dan
lainlain lagi. Guru perlu menggalakkan para pelajar bergaul mesra dengan rakanrakan,
dengan guruguru, dan dengan sesiapa sahaja supaya pergaulan atau aktiviti sosial
mereka lebih baik. Apabila sosial mereka baik dengan persekitaran dan masyarakat
mereka dapat bergaul mesra dan dapat berkomunikasi dengan baik. Sifat pemalu dapat
dihindari dari dalam diri sesetengah murid.
Nilainilai estetik adalah berkaitan dengan keindahan. Dalam pengajaran
Bahasa Melayu, nilainilai estetik ini dapat dilihat dari segi keindahan bahasa itu sendiri.
Contohnya, dalam pengajaran puisi seperti sajak, pantun, gurimdam, seloka, syair, dan
pelbagai lagi. Keindahan bahasa yang terdapat dalam puisi ini memang wujud dan dapat
dirasai kehadirannya. Contohnya penggunaan gaya bahasa dalam sajak, novel, cerpen,
dan lain-lain seperti metafora, personafikasi, dan lain lain.

24

LAMPIRAN
RPH 1
Tayangan video Iklan Raya Petronas 2005 di sesawang Youtube
http://www.youtube.com/watch?v=sqI-ot_cpgA

25

26

RPH 2:
Tayangan video Pencemaran Udara dari sesawang Youtube iaitu
http://www.youtube.com/watch?v=46qCFfwwdHs

Petikan Pencemaran Udara dari buku teks

27

CONTOH BORANG PENGURUSAN GRAFIK

KAD IMBASAN
Kata adjektif

Panjang

Cepat

Jauh

28

Laju

RPH 3
Gambar alatan sukan

29

Kad penilaian

KAD PENILAIAN
BAHAGIAN

MARKAH

Isi

20

Bahasa

20

Kelancaran

20

Kualiti/kesesuaian tajuk

20

Kolaborasi kumpulan

20

JUMLAH

30

BIBLIOGRAFI
Diperolehi Mac 1, 2014 dari
http://web.moe.gov.my/bpk/v2/index.php?
option=com_weblinks&view=category&id=79&Itemid=483&lang=en

Diperolehi Mac 1, 2014 dari

tleanlew.blogspot.com/2012/04/rancangan-pengajaran-harian-bahasa.html

Diperolehi Mac 1, 2014 dari

http://oyup-falyn.blogspot.com/search/label/RPH%20Bahasa%20Melayu

Diperolehi Mac 15, 2014 dari

http://www.scribd.com/doc/88629846/JADUAL-SPESIFIKASI-UJIAN

Diperolehi Mac 15, 2014 dari

http://www.scribd.com/doc/50244766/RPH-BAHASA-MELAYU-KEMAHIRANMEMBACA

31

Anda mungkin juga menyukai