Anda di halaman 1dari 28

Blog Cikgu Rusmiza....

Primary
School
Ilmu pengetahuan sangat penting kepada kita. Didiklah murid-muridmu sebaik mungkin... Itu
amanah buat kita

Home
Thursday, June 2, 2011

Nilai BITARA - Pembangunan Sahsiah Guru


1.0

PENGENALAN

Bitara membawa maksud memiliki ciri-ciri unik, unggul, tiada tolok bandingnya serta lain dari
yang lain. Ada enam nilai yang dapat membentuk personaliti Bitara ini. Nilai-nilai ini terbentuk
melalui pendidikan, latihan, ekonomi, budaya, pengalaman, kepercayaan, masyarakat dan juga
persekitaran.
Nilai-nilai yang membentuk personaliti Bitara ini ialah intergriti, profesional, semangat
berpasukan, berorientasikan pelanggan, prihatin kebajikan anggota serta kreatif dan inovatif.
Keenam-enam nilai ini akan dapat menjadikan personaliti Bitara menjadi realiti.
Keenam-enam nilai Bitara ini seharusnya menjadi panduan kepada guru bagi membentuk
sahsiah mereka. Guru seharusnya memahami dan melaksanakan tanggungjawab mereka tanpa
mengenepikan aspek pembangunan sahsiah guru. Nilai ini bukan setakat diketahui tetapi harus
jua difahami dan diaplikasikan dalam kehidupan seharian, bukan sahaja di sekolah malah
sepanjang masa.
Dalam konteks dunia pendidikan yang serba mencabar dewasa ini, guru-guru perlu peka
dan beriltizam untuk menjadikan mereka dan juga produk mereka mendapat pengiktirafan. Oleh
itu nilai-nilai Bitara ini perlu dikuasai oleh guru-guru ini. Proses pengajaran dan pembelajaran
haruslah konsisten dengan halatuju dan falsafah pendidikan negara. Dalam menuju negara maju
tahun 2020 dan pembelajaran bertaraf dunia, para guru haruslah mempunyai sikap dan semangat
yang tinggi serta bersifat proaktif dalam menjayakan iltizam dan harapan bangsa.

2.0

CIRI-CIRI GURU BERKESAN

Peranan guru dalam profession mereka adalah sangat penting kerana guru merupakan arkitek
pembangunan negara. Murid pada hari ini adalah pemimpin masa hadapan. Maka, adalah penting
bagi seorang guru mempunyai ciri-ciri yang berkesan dalam menjalankan tugas mulia ini. Guru

di dalam kelas berperanan untuk membina murid-murid yang akan menjadi masyarakat yang
mempunyai ciri-ciri glokal, patriotik dan semangat cintakan negara.
Antara ciri-ciri guru yang berkesan ialah :
2.1 Profesional
Dalam menyahut usaha kerajaan untuk menjadikan pembelajaran bertaraf dunia, guru-guru perlu
bersikap profesional. Seorang guru yang profesional memiliki sikap yang cintakan ilmu,
mempunyai iltizam yang tinggi, beretika dan juga kompeten. Mereka berusaha untuk
mendapatkan ilmu secara formal dan tidak formal. Contohnya, sentiasa bersedia untuk berubah
seiring dengan peredaran masa dan sentiasa menyahut cabaran untuk meninggikan tahap
pencapaian masing-masing. Ini semua dilakukan agar proses pengajaran dan pembelajaran di
dalam kelas bertambah baik dan matang.
Bagi meningkatkan tahap profesionalisme guru, guru perlu berusaha untuk meningkatkan
kendiri mereka melalui penyelidikan tindakan, refleksi, mengamalkan budaya ilmu, menghadiri
Kursus Peningkatan Profesionalisme Keguruan dan mengamalkan budaya pembelajaran
sepanjang hayat.
Guru-guru perlu menghadiri sesi latihan dalam perkhidmatan dan berkolaborasi sesama
rakan sejawat bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka. Kemahiran ikhtisas ini
sangat penting bagi setiap guru kerana ini akan mendorong guru menyampaikan pengajaran
bermutu kepada pelajar. Paling penting, guru hendaklah sedaya upaya meningkatkan teknik
pengajaran dalam bilik darjah. Keberkesanan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik
darjah perlulah dikaji agar murid dapat impak yang maksima. Bagi memperkembangkan
kemahiran, guru boleh mengikuti kursus-kursus peningkatan professionalisme yang dianjurkan
oleh Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah mahupun Bahagian Pendidikan Guru.
Kursus-kursus ini termasuklah Kursus Dalam Perkhidmatan dan Kursus Dalaman yang
dilaksakan oleh pihak sekolah.
Penyelidikan tindakan pula bertujuan untuk mengesan keadaan dan masalah dalam
amalan-amalan pendidikan terutamanya mencari kelemahan-kelemahan atau masalah yang
terdapat dalam sistem pendidikan atau pengajaran seorang guru. Menurut Kurt Lewin ( 1952 ),
penyelidikan tindakan merangkumi empat peringkat iaitu, merancang, bertindak, memerhati dan
membuat refleksi. Contohnya guru membuat kajian penyelidikan tindakan untuk mengetahui
strategi, kaedah dan teknik yang paling sesuai untuk mengajar, perancangan aktiviti, pemulihan
dan pengayaan, penggunaan bahan-bahan pengajaran dan pengurusan aktiviti kumpulan. Namun
guru tidak seharusnya lupa bahawa topik yang hendak dikaji perlu berkait dengan masalah
pengajaran yang sebenar di dalam bilik darjah.
Refleksi pula penting untuk mengetahui kebaikan dan kelemahan pengajaran dan
pembelajaran, seterusnya guru dapat memperbaiki dan mengubahsuai semula kaedah mengajar
supaya keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah tercapai. Refleksi
sangat wajar dibuat bagi setiap sesi pengajaran dan pembelajaran agar guru dapat memikirkan
kaedah terbaik dalam pengajaran.
Bagi meningkatkan budaya ilmu pula, terdapat enam bidang yang perlu diberi perhatian.
Enam jenis bidang itu ialah budaya membaca, budaya berfikir, budaya belajar, budaya berkarya,
bermusyawarah dan refleksi. Guru yang mempunyai konsep kendiri yang baik seperti yakin,
bersikap terbuka, percaya dan mempunyai nilai-nilai diri yang baik akan membantu menjadikan
mereka guru yang berkesan.

Bagi menjamin bahawa seorang guru itu professional, guru perlu menguasai atau
mempunyai pengetahuan dasar minimum yang mencukupi sebagai guru. Antara pengetahuan
minimum itu ialah pengetahuan isi kandungan, pengetahuan pedagogi am, pengetahuan
kurikulum, pengetahuan kandungan pedagogi, pengetahuan tentang pelajar dan ciri-ciri diri,
pengetahuan konteks penting dan pengetahuan falsafah, matlamat, tujuan, nilai dan sejarah
pendidikan.
Satu perkara yang tidak kurang penting ialah kepekaan guru terhadap perkembangan
pendidikan negara dan di dunia. Setiap guru perlu bersedia untuk menerima sebarang perubahan
dalam pendidikan termasuk menerima inovasi baru, belajar kaedah terbaik, menggunakan
teknologi terkini dan menilai keberkesanan pendidikan yang diaplikasikan di luar negara.
2.2 Kreatif dan inovatif.
Kreatif dan inovatif juga merupakan antara ciri-ciri guru yang berkesan.
2.2.1

Kreatif
Menurut kamus Websters ( 1976 ), pemikiran kreatif merupakan the ability to bring something
new existence. Ini bermakna kreativiti ialah kebolehan untuk mewujudkan sesuatu yang baru.
Sebagai seorang yang kreatif, guru boleh melakukan pengajaran dan pembelajaran
dengan sesuatu cara yang unik. Guru haruslah berfikir di luar kotak, melihat sesuatu daripada
perspektif baru, membuka minda dengan idea-idea baru, menerbitkan idea besar kepada ideaidea yang lebih kecil, berfikir secara fleksibel dan membuat sintesis, imaginasi dan visualisasi.
Contohnya guru menggunakan daya imaginasi mereka dalam proses mencerna minda pelajar.
Guru boleh memulakan pengajaran mereka dengan mengemukakan soalan-soalan yang umum.
Ini dapat membuka minda pelajar supaya dapat berfikir di luar kotak. Selain itu,media berbentuk
visual, audio, teks dan grafik juga boleh membantu menjana minda pelajar. Penggunaan mediamedia seperti ini perlulah selaras dengan strategi pedagogi yang sesuai agar objektif pengajaran
dan pembelajaran dapat dicapai.

2.2.2

Inovatif
Inovatif berasal dari perkataan Latin yang bermaksud pembaharuan. Inovatif adalah kemampuan
membuat transformasi atau mencipta sesuatu yang baru samada dalam bentuk sumber atau
kaedah yang relevan dalam pengajaran dan pembelajaran agar dapat menjana minda muridmurid untuk menerima ilmu dan kemahiran yang diajar. Inovatif seorang guru adalah
merangkumi kebolehan mengubahsuai teknik atau kaedah sedia ada kepada cara yang lebih baik
lagi.
Antara usaha yang dilakukan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia untuk guru-guru di
Malaysia ialah mewujudkan Anugerah Guru Inovatif. Ini bertujuan untuk mengenalpasti guru
atau kumpulan guru yang telah melahirkan idea dan usaha kreatif dan inovatif dalam
pelaksanaan kurikulum di peringkat sekolah. Selain itu, kewujudan anugerah ini adalah untuk
memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada guru atau kumpulan guru yang dikenal pasti
sebagai kreatif. Guru juga digalakkan berusaha mencari idea-idea baru dalam melaksanakan

kurikulum dan berkongsi dengan guru-guru lain bagi meningkatkan keberkesanan pengajaran
dan pembelajaran.
Terdapat beberapa strategi yang dapat digunakan untuk melahirkan guru yang kreatif dan
inovatif ketika sesi pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan daya imaginasi murid dapat
membantu mencerna minda murid. Pemilihan dan pengaplikasian media pengajaran membantu
murid meneroka ke tempat yang tidak dapat atau mustahil untuk diterokai. Contohnya, guru
membawa murid meneroka ke kawasan gurun, dasar lautan ataupun angkasa lepas untuk
memberi gambaran visual kepada murid. Dengan cara ini, murid dapat melihat perkaitan atau
menyerap ilmu pengetahuan dengan lebih baik.
Rumusannya, guru hendaklah mempunyai sikap kreatif dan inovatif dalam pengajaran dan
pembelajaran. Ini dapat memahirkan guru dalam merancang cara mengajar yang paling sesuai
untuk murid-muridnya. Selain itu, daya kreatif dan inovatif guru juga boleh mempengaruhi minat
dan kebolehan murid. Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran juga merupakan
daya kreatif dan inovatif guru yang dapat merangsang murid dalam proses menerima ilmu
pengetahuan.
2.3 Integriti
Integriti ialah kualiti unggul yang wujud secara keseluruhan dan padu pada individu anggota
perkhidmatan pelajaran dan organisasi pelajaran berlandaskan etika dan piagam pelanggan
berdasar sistem dan proses kerja serta pematuhan kepada amalan terbaik. Kod etika dan piagam
pelanggan diamal dan dihayati oleh anggota organisasi yang akhirnya menjadi budaya kerja
organisasi. Melaksana amanah dan kuasa yang dipertanggungjawab dengan memberi keutamaan
kepada kepentingan awam.
Intergriti merupakan ciri-ciri positif yang wujud pada individu dan sesebuah organisasi.
Menurut kamus Oxford, intergriti bermaksud quality of being honest and having strong moral
principles, the state of being whole and undivided. Kamus Dewan, Edisi ke-3 mentakrifkan
intergriti sebagai keadaan sempurna dan utuh. Manakala Collin English Dictionary ( 1994 ), pula
mentakrifkan intergriti sebagai adherence to moral principles, honesty, wholeness, soundness.
Antara perkara yang terkandung dalam integriti ialah melaksanakan amanah mengikut
kepentingan awam, mengutamakan kepentingan awam dan telus serta tulus. Isu-isu seperti
penyelewengan dan salah guna kuasa tidak patut berlaku. Dalam konteks pengajaran guru di
dalam kelas pula, guru seharusnya mengutamakan kepentingan murid melebihi kepentingannya
sendiri. Contohnya, guru memilih tajuk dan kaedah yang sesuai untuk keperluan murid
berbanding kaedah yang disukai guru. Guru hendaklah bersikap jujur dan memberi layanan yang
adil kepada murid-murid ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung.
Pada 6 September 2007, YB. Dato Sri Hishamuddin Tun Hussein, Menteri Pelajaran
Malaysia pada ketika itu telah membentangkan satu kertas kerja yang bertajuk mewujudkan
Masyarakat Malaysia Berintergriti Melalui Sistem Pendidikan Berkesan. Menurutnya,
Kementerian Pelajaran Malaysia telah merangka sebuah pelan induk yang dinamakan Pelan
Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006 2010. Pelan ini merupakan sebuah pelan yang
komprehensif dan holistik serta dilaksanakan untuk memastikan modal insan yang dibangunkan
dapat memenuhi hasrat dan cabaran yang dinyatakan.
Guru selaku pendidik perlu bertanggungjawab dan bertindak sewajarnya terhadap murid.
Di antaranya tanggungjawab tersebut ialah seperti sentiasa memikirkan masa depan murid, ada

tahap kesabaran yang tinggi, bersifat pengasih dan penyayang, pupuk suasana seronok belajar,
beri pengharapan baru, bentuk roh dan sahsiah terpuji dan ada kapasiti mengubah murid menjadi
yang terbaik.
2.4 Semangat Berpasukan
Menurut kamus Websters New World, kerja berpasukan bermaksud perkara yang dilakukan
bersama sekumpulan orang di mana setiap orang yang berada di bawahnya adalah individu yang
berkepentingan dan memberi sumbangan kepada kecekapan kumpulan tersebut. Oleh itu, kerja
berpasukan yang berkesan akan terhasil apabila semua ahli yang terlibat memberi sumbangan
dan terlibat aktif dan bekerja menuju tujuan yang sama. Semangat berpasukan menghasilkan
kerja berpasukan yang berkualiti tinggi. Sebagai guru, mereka tidak boleh bekerja secara
individu terutamanya untuk menyelesaikan masalah-masalah yang rumit. Semangat berpasukan
dapat mencetuskan pernyataan perasaan, inovasi dan percambahan idea yang lebih baik dan
kreatif.
Kerja berpasukan memerlukan semangat berpasukan yang tinggi. Terdapat beberapa
perbezaan antara kumpulan dan pasukan. Di sesebuah sekolah, guru mungkin adalah sebagai
kumpulan tetapi yang lebih penting, guru seharusnya bekerja sebagai satu pasukan. Ahli dalam
kumpulan bekerja secara bebas dan tidak bekerja untuk tujuan yang sama. Pasukan pula bekerja
saling bergantungan, mempunyai tujuan peribadi dan pasukan, memahami matlamat dan saling
menyokong antara satu sama lain. Ahli kumpulan menumpukan kepada diri mereka sendiri
kerana mereka tidak terlibat dalam perancangan antara ahli. Ahli pasukan pula merasakan
pemilikan terhadap peranan mereka dalam kumpulan ini kerana mereka komited terhadap
matlamat mereka. Selain itu, ahli kumpulan sangat berhati-hati tentang apa yang mereka katakan
dan takut mengajukan soalan. Ini terjadi keraana mereka tidak sepenuhnya memahami apa yang
terjadi dalam kelompok mereka. Sementara itu, matlamat yang ditentukan dalam pasukan akan
menggalakkan semua ahli pasukan mengekspresikan pendapat, pandangan dan pertanyaaan yang
pelbagai.
Menurut Larson dan LaFasto dalam buku mereka berjudul Teamwork: What Must Go
Right/What Can Go Wrong (Sage Publications 1989), terdapat beberapa ciri-ciri pasukan yang
berkesan. Pasukan mestilah mempunyai tujuan yang jelas. Setiap ahli hendaklah memahami
tujuan tersebut dan tahu peranan masing-masing. Pada masa yang sama, pasukan perlu
mempunyai struktur berasaskan keputusan. Pasukan ini harus membuat tindakan yang akan
menghasilkan sesuatu keputusan yang diingini. Setiap ahli mestilah memberikan komitmen dan
bersatu. Suasana dalam pasukan hendaklah saling bekerjasama dan berkolaborasi dalam
mencapai matlamat yang sama. Tidak semestinya semua guru melakukan perkara yang sama
tetapi mereka saling melengkapi antara satu sama lain. Pasukan yang berkesan sentiasa
menerima sokongan luaran dan dorongan agar mereka sentiasa positif dalam mencapai matlamat
mereka.
2.5 Berorientasikan pelanggan
Sebagai seorang guru juga, kita perlu mengamalkan sikap berorientasikan pelanggan. Siapakah
pelanggan kita di sekolah? Pelanggan sekolah terdiri daripada murid-murid dan ibu bapa mereka.
Di Malaysia, ibu bapa terdiri daripada ahli Persatuan Ibu Bapa dan Guru. Sebagai sebuah agensi
perkhidmatan, guru juga tidak terlepas daripada memberikan perkhidmatan terbaik yang

berorientasikan pelanggan. Terdapat empat perkara yang akan dibincangkan dalam perkhidmatan
berorientasikan pelanggan iaitu responsif, proaktif, mesra dan berkualiti. Kesemua perkara ini
terkandung dalam Lampiran Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 1 Tahun 2008 :
Panduan Pengurusan Perhubungan Pelanggan.
Dalam Pekeliling tersebut, kerajaan telah menyatakan beberapa ciri kualiti Perkhidmatan
Pelanggan yang dibahagikan kepada 3 kategori iaitu fizikal, penyampaian dan emosi. Komponen
fizikal mengandungi persekitaran yang kondusif dan kemudahan sokongan. Dalam komponen
penyampaian pula mengandungi kebolehpercayaan, responsif, menepati masa, ketepatan, mudah
diperoleh, mudah difahami, kompeten, kredibiliti dan keselamatan. Terakhir, komponen emosi
mengandungi mesra dan adil, mendengar dan memahami dan menghormati.
Responsif bermaksud menyampaikan perkhidmatan yang responsif yang memenuhi ciriciri seperti cepat memberi respons kepada semua urusan pelanggan dan memaklumkan sehingga
urusan selesai. Di sekolah, kita mempunyai beberapa tanggungjawab yang perlu diselesaikan
dengan segera seperti urusan biasiswa, mencatat buku prestasi murid dan memaklumkan
perkembangan murid kepada ibu bapa. Guru hendaklah sentiasa responsif terhadap urusanurusan sebegini.
Guru juga perlu sentiasa menawarkan perkhidmatan yang konsisten kepada pelanggan
dari segi kualiti pengajaran dan pembelajaran serta menepati piagam yang telah ditetapkan oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Pada masa kini, KPM telah menggariskan NKRA
sebagai piawai yang patut dipatuhi oleh pihak sekolah. Biasanya, dalam setiap kelas terkandung
Piagam Pelanggan yang menggariskan amalan yang patut dilaksanakan oleh guru termasuk
menepati masa.
Selain itu, penyediaan bahan seperti borang, arahan, panduan perkhidmatan dan
maklumat-maklumat yang diperlukan juga hendaklah disediakan dengan jelas. Contohnya, bagi
urusan pendaftaran dan pengesahan kanak-kanak masuk sekolah, Borang Maklumat Murid dan
sebagainya hendaklah diserahkan beserta arahan yang jelas kepada ibu bapa. Guru-guru juga
dminta lebih kompeten iaitu berpengetahuan dalam menjalankan tanggungjawab masing-masing.
Dari segi emosi, guru seharusnya lebih mesra dan adil kepada murid dan ibu bapa dan
berurusan dengan mereka tanpa mengira pangkat dan kedudukan. Selain itu, guru yang
mempunyai sahsiah yang baik sentiasa mendengar dan memahami perkara yang dibangkitkan
oleh pelanggan dan mengambil tidakan yang sewajarnya. Menghormati ibu bapa juga penting
selain guru memberi layanan dengan penuh rasa hormat.
Terakhir, dari segi fizikal pula, guru yang mempunyai sahsiah yang tinggi akan
mementingkaan keselesaan murid mereka. Persekitaran kelas yang kondusif, kebersihan dan
suasana di sekolah juga turut memainkan peranan yang penting. Pada pendapat saya, kebersihan
dan keceriaan juga akan meningkatkan motivasi murid untuk hadir ke sekolah dan mengikuti sesi
pembelajaran dan pengajaran dengan lebih gembira.

3.0KESIMPULAN
Guru perlu mempunyai sahsiah yang baik dan memenuhi etika bagi memartabatkan profession
perguruan. Selain enam nilai Bitara yang telah digariskan, guru juga perlu mematuhi Kod Etika
Perguruan.

Namun begitu, terdapat beberapa faktor dan mekanisme yang mengawal tingkahlaku
manusia. Faktor-faktor tersebut ialah keperluan kehidupan, nilai-nilai hidup, penguatkuasaan
undang-undang, pendidikan agama dan budaya kerja. Seharusnya, guru dapat mematuhi etika
perguruan dan memiliki sahsiah yang baik ketika melaksanakan tugas mulia ini.
Guru perlu melakukan muhasabah diri dengan cara menilai diri, menghitung kebaikan
dan keburukan yang telah kita lakukan. Selain itu, lakukan juga penilaian diri dengan melihat
kepada apa yang telah kita lakukan dan bagaimana untuk memperbaikinya.

Huraikan satu (1) isu yang melanggar etika profesion perguruan.

PENGENALAN MASALAH
Terdapat pelbagai isu yang timbul dan melanggar etika profesion perguruan. Saya memilih untuk
membincangkan masalah penyalahgunaan masa sebagai isu yang melanggar etika profesion
perguruan kerana masalah ini kerap terjadi di kalangan guru. Walaupun saya tidak menjalankan

kajian penyelidikan tentang masalah ini tetapi melalui pengamatan saya selama 10 tahun ini,
adalah wajar masalah ini diberi perhatian. Masalah penyalahgunaan masa mugkin tidak terlalu
serius tetapi jika dibiarkan berlanjutan, masalah ini dapat menjejaskan kredibiliti para guru.
Ramai guru tidak menyedari hakikat ini. Selain itu, saya juga berharap agar saya dapat
menangani isu ini dalam diri saya agar tugas saya sebagai guru menyumbang satu kebaikan
kepada murid-murid saya.
Masa adalah sangat berharga kepada manusia. Di dalam al-Quran, Surah Al-Asr, Allah
menerangkan kepada manusia tentang kepentingan masa.
Demi masa, sesungguhnya manusia kerugian. Kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh.
Mereka menyeru kepada kebenaran dan menyeru kepada kesabaran.
Maka, di dalam Islam itu sendiri telah menyatakan bahawa manusia yang tidak
menggunakan masa dengan betul adalah orang-orang yang kerugian. Tugas guru adalah sebagai
penyampai ilmu pengetahuan. Sekiranya kita tidak cuba menerapkan kepentingan masa kepada
murid, maka, kita sebagai guru boleh dikatakan tidak berjaya memberi satu ilmu yang amat
berguna.
Pepatah Arab ada menyebut bahawa masa adalah ibarat pedang. Jika kita tidak
menggunakan untuk memotong, ia akan memotong kita. Pepatah Cina pula menyebut bahawa
semua bunga yang bakal berkembang pada hari esok adalah benih pada hari ini. Sebagai guru,
kita hendaklah menghargai masa yang diberikan kepada kita terutamanya dalam waktu
persekolahan. Ada juga yang mengatakan bahawa bertangguh itu pencuri masa. Orang yang tidak
tahu menggunakan masa pula dikatakan orang yang mati. Kesemua kata-kata hikmat di atas
menunjukkan kepentingan masa yang perlu dihayati insan bernama guru.

PERATURAN TETAP GURU


Sebelum saya menyentuh isu penyalahgunaan masa di kalangan guru dalam tempoh bertugas,
saya ingin merujuk kepada peraturan-peraturan yang perlu di patuhi guru ketika berada dalam
perkhidmatan.
Mengikut Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/81 yang bertarikh 12 September 1981, semua
Pegawai Perkhidmatan Pendidikan, kakitangan sekolah dan para pelajar dikehendaki berada di
sekolah sekurang-kurangnya lima minit sebelum sekolah bermula. Surat ini juga memberi
penekanan terhadap tanggungjawab guru untuk mengamalkan ketepatan masa sepanjang waktu
bertugas di sekolah, semasa datang dan balik dari sekolah, ketika memasuki bilik darjah untuk
mengajar dan semasa menjalankan sesuatu kegiatan di luar bilik darjah seperti kegiatan
kokurikulum. Maksud ketepatan masa juga merangkumi keperluan guru untuk mengikut jadual
pengajaran dan tidak dibenarkan meninggalkan kelas ataupun kawasan sekolah semasa tempoh
persekolahan.
Terdapat beberapa perkara yang perlu diambil perhatian oleh guru berkaitan pematuhan
waktu dan masa. Semua guru dikehendaki menandatangani buku kedatangan sebaik sahaja tiba
di sekolah dengan mencatatkan nama, masa sampai dan menurunkan tandatangan. Pada zaman
yang teknologi kini, ada sekolah yang menggunakan punch card atau menggunakan perisian
komputer yang menggunakan pengesanan corak ibu jari sebagai bukti kehadiran. Guru Besar
pula diberi kuasa mengizinkan guru meninggalkan kawasan sekolah sekiranya ada hal-hal
tertentu dan mereka perlu mengisi buku catatan meninggalkan sekolah. Begitu juga jika terdapat

hal yang memerlukan guru meninggalkan bilik darjah, kegiatan dan upacara rasmi sekolah dan
aktiviti kokurikulum, guru perlu mendapat kebenaran dari Guru Besar.
Pada masa senggang iaitu ketika guru tidak menjalankan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas, guru perlu melaksanakan beberapa perkara seperti memeriksa buku
latihan dan kerja rumah murid dengan teliti, menulis buku ringkasan mengajar, menyediakan
alatan dan bahan bantu mengajar, menguruskan hal ehwal kelas, menguruskan yuran murid, halhal kokurikulum dan sebagainya. Aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh guru pada waktu ini
mestilah aktiviti yang memberikan faedah kepada murid-murid. Selain itu, guru juga diberi
tanggungjawab untuk menggantikan guru lain untuk melaksanakan pengajaran dan
pembelajaran.

ISU-ISU PENYALAHGUNAAN MASA GURU


Di bawah ini, saya ada menyatakan beberapa perkara yang membawa kepada penyalahgunaan
masa yang sering dilakukan oleh guru sama ada secara disedari atau tidak disedari.
a) Guru lewat masuk ke dalam kelas.
Guru yang mematuhi ketetapan masa tidak menunggu loceng berbunyi untuk berjalan dari
sesuatu tempat untuk ke kelas mereka. Mereka akan bergerak awal ke kelas dan kadangkala
sanggup pula menunggu waktu guru lain habis di luar kelas. Sekiranya waktu pengajaran adalah
berturutan, guru ini tergesa-gesa pergi bergerak dari satu kelas ke kelas berikutnya dengan penuh
semangat. Maka, fenomena guru yang lewat masuk ke kelas akan menimbulkan isu
penyalahgunaan masa. Bukan itu sahaja, sekiranya berlaku sebarang kemalangan di dalam kelas,
guru tersebut harus dipersalahkan. Mencuri masa adalah perbuatan yang tidak wajar bagi
seorang guru.
b) Guru tidak menggunakan masa yang terluang untuk membuat bahan dan alat bantu
mengajar.
Bahan bantu mengajar sangat penting dalam menyampaikan ilmu kepada murid terutamanya
sekiranya guru ingin mengenalkan sesuatu konsep kepada murid.di zaman moden ini, pelbagai
bahan dan alatan siap telah dibeli oleh sekolah untuk digunakan oleh guru. Malah, sumber
internet juga kini menjadi sumber yang sangat efektif untuk digunakan oleh guru. Saya melihat
isu ini sebagai sesuatu yang agak menyedihkan kerana guru sudah sedia maklum dengan
tanggungjawab mereka. Bahan-bahan ini juga digunakan sebagai alat pentaksiran kepada murid
untuk mengenalpasti tahap pencapaian murid terhadap sesuatu kemahiran. Kegagalan
menyediakan alatan bantu mengajar juga menjadi isu penyalahgunaan masa senggang guru. Guru
seharusnya menggunakan masa tersebut untuk memilih mana-mana alatan yang dibeli oleh pihak
sekolah mahupun cakera padat yang dibekalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk
digunakan di dalam kelas. Malah, guru juga boleh melayari laman web Eduweb tv untuk memuat
turun mana-mana video untuk membantu pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
Bukankan kesemua perancangan pengajaran ini memerlukan guru menggunakan masa senggang
mereka?
c) Guru tidak menggunakan pengetahuan dan kemahiran sepenuhnya untuk membantu
murid.

Rata-rata guru lepasan sijil dan diploma dilatih selama 3 tahun untuk menguasai ilmu dan
kemahiran mengajar. Guru yang mengikuti Kursus Perguruan Lepasan Ijazah pula dilatih selama
satu tahun. Pihak Bahagian Pendidikan Guru juga sering mengadakan kursus-kursus pedagogi
mata pelajaran tertentu dengan tujuan untuk meningkatkan ilmu guru. Pengetahuan pedagogi
membantu guru mengenalpasti kaedah terbaik untuk mengajar. Pengetahuan mengenai psikologi
pula membantu guru memahami gelagat dan tingkahlaku murid. Namun, tidak ramai guru yang
mengaplikasikan ilmu mereka akibat daripada tidak menggunakan masa mereka dengan baik
untuk merancang sesuatu yang berguna untuk murid-murid mereka. Lebih menyedihkan,
terdapat juga guru yang menolak arahan untuk menghadiri kursus dengan memberikan pelbagai
alasan yang tidak munasabah sedangkan kursus tersebut berguna untuk meningkatkan ilmu dan
kemahiran mereka. Ada pula guru yang menganggap menghadiri kursus hanya untum makan
angin. Maka, mereka hanya mengikuti kursus sambil lewa dan tidak mendapat ilmu yang
berguna. Akibatnya, Kementerian Pelajaran Malaysia kerugian dan tidak mencapai objektif
pelaksanaan kursus akibat tindakan mereka yang tidak bertanggungjawab.
d) Guru menggunakan masa terluang untuk bercerita dan berbual perkara yang tidak
berkaitan dengan hal-ehwal kerja.
Ada juga segelintir guru yang suka berkongsi cerita di luar hal ehwal kerja seperti hal-hal
peribadi, gossip artis, hal-hal kemasyarakatan dan politik. Guru juga perlu mengambil tahu isu
semasa tetapi adalah tidak wajar menggunakan masa mereka di sekolah dengan berkongsi cerita
lain dan berbual-bual kosong. Sikap guru yang sebegini sebenarnya hanya merendahkan
martabat mereka dan menimbulkan perspektif negatif dalam kalangan masyarakat. Alangkah
baiknya sekiranya masa-masa senggang sebegini digunakan untuk menyediakan bahan bantu
mengajar atau membaca buku-buku dan artikel yang berkaitan dengan pengajaran dan
pembelajaran. Perbincangan tidak formal mengenai masalah pengajaran dan pembelajaran juga
boleh dijalankan bersama Ketua Panitia dan rakan-rakan sejawat yang lain. Dengan cara ini,
pelbagai idea dilontarkan dan guru mendapat faedah yang boleh digunakan untuk kebaikan
murid-muridnya. Di dalam Islam juga, perbuatan mengumpat amat dikeji dan tidak disukai
Allah.
e) Guru tidak menyemak hasil kerja murid atau tidak memenuhi standard latihan yang
mencukupi.
Setiap panitia mata pelajaran mempunyai standard kecukupan latihan minimum bagi setiap
kumpulan murid. Guru dikehendaki memberikan latihan kepada murid mengikut ketetapan yang
diberikan supaya penguasaan murid lebih terbukti kesahan dan kebolehpercayaannya. Namun,
penyalahgunaan masa menyebabkan guru hanya memberikan latihan yang sedikit supaya waktu
menyemak adalah lebih singkat. Isu penyalahgunaan masa ini lebih parah sekiranya guru
menggunakan masa menyemak buku latihan dalam waktu pengajaran dan pembelajaran.
Seharusnya waktu tersebut digunakan untuk membantu dan memberi panduan kepada murid
supaya objekif pengajaran dan pembelajaran dapat dicapai. Latihan tambahan amat penting bagi
mengukuhkan lagi kefahaman murid dan membenarkan ilmu itu berada lebih lama dalam minda
mereka. Oleh sebab itu, guru seharusnya tidak memandang ringan tentang perkara ini.

f)

Guru menunda kerja, melakukan aktiviti yang tidak penting dan melakukan tugas sambil
lewa.
Ada juga segelintir guru yang tidak menggunakan masa dengan efektif. Mereka sering menunda
sesuatu kerja sehingga menimbulkan sesuatu bebanan kepada mereka. Malah, di akhir waktu
yang ditetapkan, guru merungut kerana berasa tertekan dengan bebanan yang disebabkan
kealpaan mereka sendiri. Ada guru yang menggunakan masa terluang mereka dengan aktiviti
membaca majalah kekeluargaan, membincangkan isu politik secara keterlaluan dan
membincangkan hal kekeluargaan orang lain. Sikap sebegini mengundang pandangan yang tidak
baik di kalangan murid dan ibu bapa. Sewajarnya, masa terluang sebegini digunakan untuk
membincangkan masalah pengajaran dan pembelajaran murid atau membaca artikel-artikel
mengenai pendidikan. Pengalaman dari guru-guru lain juga boleh dibincangkan. Guru
seharusnya mempunyai motivasi intrinsik supaya guru dapat menggunakan sepenuhnya masa
mereka ke arah kebaikan.

g) Tidak mengambil tahu mahupun berbincang mengenai penambahan ilmu pengetahuan


dan kemahiran.
Seringkali juga terdengar rungutan guru yang terpaksa menghadirkan diri mengikuti kursus
peningkatan professionalisme guru. Sekalipun terpaksa mengorbankan waktu mengajar di
sekolah, guru seharusnya berfikiran positif kerana dapatan ilmu tersebut akan membantu mereka
mengajar dengan lebih baik. Akibat keterpaksaan mereka menghadirkan diri, mereka telah
menyalahgunakan masa mereka dengan mengambil tindakan sambil lewa. Maka, berlaku dua
kerugian di sini iaitu waktu mengajar di sekolah telah terkorban dan ilmu yang diperolehi juga
tidak maksimum. Seharusnya, guru tidak menyalahgunakan masa yang diberikan kepada mereka
semata-mata tanggapan mereka yang negatif.
Dalam perspektif Islam, kerja adalah ibadah sekiranya kita mematuhi garis panduan yang telah
ditetapkan Allah. Di sini jelas menunjukkan bahawa kerjaya sebagai guru juga jika dilaksanakan
dengan baik adalah diiktiraf sebagai ibadah. Namun, apakah guru lupa bahawa kelalaian mereka
mematuhi ketetapan masaakan membuatkan ibadah mereka tersasar. Soal penyalahgunaan masa
juga melibatkan isu halal dan haram. Tujuan kita menjadi guru adalah untuk memperolehi
pendapatan berkat dan menyara keluarga. Selain itu, tugas sebagai guru adalah pendidik. Cuba
renungkan kembali, adakah kita sebagai guru telah mematuhi garis panduan yang telah
ditetapkan dalam Islam? Apakah kita sanggup untuk memohon kemaafan dari setiap anak murid
kita atas kelewatan kita secara sengaja untuk masuk ke kelas? Sudah tentu tidak. Pada
kesempatan yang ada inilah, guru seharusnya menggunakan peluang ini untuk mengajar
bersungguh-sungguh dan mengelak isu penyalahgunaan masa.

Huraikan kesan isu tersebut kepada pembangunan sahsiah guru.

KESAN ISU PENYALAHGUNAAN MASA TERHADAP PEMBANGUNAN


SAHSIAH GURU
Kegagalan guru mematuhi ketetapan masa akan menimbulkan beberapa kesan. Perkara yang
ingin dibincangkan di sini ialah bukan hanya melihat kesan kepada guru tetapi juga kesan kepada
murid itu sendiri memandangkan isu penyalahgunaan masa ini sebenarnya lebih banyak
merugikan mereka. Beberapa kesan yang dapat dilihat ialah:
a) Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran tidak maksimum akibat kurangnya kualiti
dan produktiviti.
Apakah yang dimaksudkan oleh kualiti dan produktiviti? MS ISO 9000 mendefinisikan kualiti
sebagai keseluruhan ciri-ciri sesuatu entiti iaitu produk dan perkhidmatan yang dapat memenuhi
kehendak pelanggan yang dinyatakan dan tersirat. Dalam perkhidmatan pendidikan, guru
hendaklah menyediakan perkhidmatan yang dapat memenuhi kehendak pelanggan iaitu murid
dan ibu bapa. MS ISO 9000 mula digunapakai seperti yang tercatat di dalam Pekeliling
Kemajuan Pentadbiran Awam Bil. 2/1996 : Garis Panduan Bagi Melaksanakan MS ISO 9000
dalam Perkhidmatan Awam. Selain itu, kakitangan awam juga boleh merujuk kepada Surat
Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Bil 2/2002 : Garis Panduan bagi Melaksanakan MS ISO
9000:2000 Dalam Perkhidmatan Awam. Kualiti menyentuh tentang kefahaman kehendak dan
pengharapan pelanggan. Ini menghendaki guru menunjukkan kemampuan mereka dalam
merekabentuk perkhidmatan seperti yang diperlukan dan diharapkan murid dan ibu bapa.
Apakah pula yang dimaksudkan oleh produktiviti? Merujuk kepada Pekeliling Kemajuan
Pentadbiran Awam Bilangan 6 Tahun 1991 : Panduan Mengenai Peningkatan Produktiviti dalam
Perkhidmatan Awam, produktiviti boleh didefinisikan sebagai nilai atau kuantiti output yang
dapat dihasilkan oleh satu unit input. Maka, output merujuk kepada keluaran atau perkhidmatan
yang dihasilkan oleh sesebuah organisasi. Dalam konteks sekolah sebagai organisasi, input
perujuk kepada ilmu dan kemahiran yang diberikan kepada murid manakala output merujuk
kepada tingkahlaku dan pengadaptasian ilmu dan kemahiran oleh murid itu sendiri. Mengapa
pula kualiti dan produktiviti adalah berkaitan dengan penyalahgunaan masa? Jika kita merujuk
kepada Pekeliling tadi, Kerajaan Malaysia ada menggariskan beberapa panduan untuk
meningkatkan produktiviti. Salah satu cara untuk meningkatkan kualiti ialah pihak pentadbiran

i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.
vii.
viii.

sekolah mengambil langkah-langkah bagi mengukuhkan faktor-faktor yang mempengaruhi


produktiviti. Faktor-faktor tersebut ialah:
Tenaga manusia (guru-guru)
Sistem dan prosedur
Struktur organisasi
Gaya pengurusan
Persekitaran kerja
Teknologi
Bahan-bahan
Kelengkapan modal
Kesemua faktor di atas menyumbang kepada produktiviti Negara. Maka tidak syak lagi jika
penyalahgunaan masa guru akan menyebabkan kurangnya produktiviti kerana guru tidak
bersikap positif, berada dalam persekitaran yang kurang kondusif, tidak menyediakan atau
menggunakan teknologi dalam pengajaran, tidak menyediakan bahan dan alatan yang
bersesuaian dan tidak melakukan refleksi pengajaran untukmengenalpasti dan menyelesaikan
masalah murid. Penyalahgunaan masa menyebabkan guru tidak membuat persediaan rapi dalam
menentukan dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran.

b) Kepimpinan Melalui Teladan tidak diaplikasikan.


Guru adalah role model murid. Maka, guru perlu menghayati slogan kepimpinan melalui
teladan. Ini disebabkan oleh murid suka meniru perlakuan, memek muka, pakaian malah
personaliti guru tersebut.
Kepimpinan Melalui Teladan merupakan slogan yang dilancarkan oleh Tun Dr.
Mahathir bin Mohamad pada 19 Mac 1983. Slogan ini diwujudkan bagi menanam dan memupuk
sifat kepimpinan yang berkesan bagi dicontohi dan diamalkan oleh segenap lapisan masyarakat.
Selain itu, ia juga dapat menerap nilai kebertanggungjawab dan etika murni di kalangan
kakitangan awam.
Guru merupakan antara orang yang paling kerap mendampingi murid selain ibu, bapa dan
ahli keluarga mereka. Malah, kebanyakan murid sering mendengar kata guru berbanding dengan
ibu dan bapa mereka sendiri. Malah, mereka juga kerap bercerita kepada ibu bapa tentang
kehebatan guru. Tetapi sekiranya guru mereka sering menghabiskan waktunya dengan perkara
yang tidak berfaedah, apakah pula pandangan dan cerita yang akan didengari oleh ibu bapa
mereka? Tentunya ini akan menimbulkan pandangan yang negatif dari pihak ibu bapa dan
mengundang tanggapan yang negatif dari murid-murid juga.
c) Penambahbaikan dalam kaedah dan strategi pengajaran tidak berlaku.
Sekiranya guru tidak menggunakan masa terluang kita untuk membuat kajian tindakan, guru
tidak dapat membuat penambahbaikan terhadap teknik pengajaran mereka. Kajian tindakan ialah
kajian yang dibuat berdasarkan sesuatu situasi iaitu mendiagnos sesuatu masalah dan cuba
mengatasi dalam konteks itu. Ada baiknya jika guru terus menulis refleksi pengajaran selepas
sesi pembelajaran dilaksanakan atau selepas sesuatu tajuk diajar. Selepas itu, guru tersebut
hendaklah membuat kajian tindakan untuk menyelesaikan masalah tersebut. Guru boleh
menggunakan masa senggang di antara waktu pengajaran atau sewaktu sesi persekolahan untuk

mencari jalan penyelesaian. Guru boleh merujuk artikel akademik seperti jurnal pendidikan,
bertanya kepada guru lain, merujuk kepada guru cemerlang dan jurulatih utama ataupun merujuk
kepada kajian penyelidikan yang pernah dilakukan sebelum ini.
Menurut Stenhouse (1975), penyelidikan tindakan bukan sahaja menyumbang kepada
pengajaran dan pembelajaran tetapi kepada teori pendidikan dan pengajaran yang boleh diakses
oleh guru-guru lain. Maka, jika penyelidikan tindakan dijalankan, guru boleh berkongsi
maklumat dengan guru lain untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Semua perkara ini boleh
dilakukan pada waktu persekolahan sekiranya guru tidak berhasrat untuk menyalahgunakan
masa.
d) Tidak maju akibat tidak positif dan tiada matlamat hidup.
Terdapat segelintir guru yang tidak mempunyai matlamat hidup. Mereka tiada fokus tertentu
dalam kerjaya mereka. Maka, mereka tidak tahu untuk memenuhi masa di sekolah mereka.
Sebagai guru, seharusnya mereka menetapkan satu atau lebih matlamat untuk dicapai.
Contohnya, Cikgu Hadi mempunyai matlamat untuk menjadi guru cemerlang Matematik dalam
tempoh 2 hingga 3 tahun lagi. Untuk mencapai matlamatnya, Cikgu Hadi merancang untuk
mendokumentasikan aktiviti pengajaran dan pembelajarannya sebelum memohon jawatan
tersebut. Oleh itu, Cikgu Hadi akan menggunakan masa senggang di sekolah untuk menyediakan
dokumentasi tersebut.
Guru juga hendaklah lebih positif dalam menentukan hala tujunya dalam kerjaya. Sebagai
guru yang positif, mereka sentiasa berfikir untuk memenuhi keperluan murid. Jadi, masa terluang
tersebut akan digunakan untuk memikirkan sesuatu yang dapat meningkatkan motivasi intrinsik
agar dapat melakukan tugasnya dengan lebih ikhlas dan bersungguh-sungguh. Terdapat beberapa
ciri guru yang berfikiran positif iaitu optimis, bersemangat, keberanian, keyakinan, keazaman,
kesabaran, ketenangan dan fokus. Sekiranya seorang guru itu mempunyai matlamat kerjaya dan
bersikap positif, maka isu penyalahgunaan masa ini dapat dikurangkan.
e) Dari perspektif Islam, sikap guru yang menyalahgunakan masa boleh mengundang dosa.
Rata-rata guru di Malaysia perlu mengajar sebanyak 26 hingga 30 waktu seminggu. Waktu ini
perlu dimanfaatkan sepenuhnya oleh guru. Namun, bagaimana pula jika guru terlibat terlewat
masuk ke kelas? Pendapatan seorang guru adalah dari sumber yang halal iaitu menyampaikan
ilmu kepada murid. Sekiranya guru tidak tidak mematuhi peraturan masa yang ditetapkan,
pendapatan itu menjadi tidak halal. Guru perlu memohon maaf daripada murid dan meminta
murid menghalalkan kekurangan tersebut. Sekiranya di dalam kelas mempunyai 35 orang murid,
maka semua murid hendaklah bersedia untuk memaafkan guru. Bayangkan sepanjang 25 tahun
atau lebih tempoh perkhidmatan guru, adakah guru benar-benar tidak menyalahgunakan masa?
Perkara ini perlu direnung semua oleh insan yang bergelar guru.
Soal penyalahgunaan masa juga melibatkan keberkatan rezeki. Keberkatan rezeki amat
penting dalam kehidupan dan pembangunan keluarga. Guru yang tidak menitikberatkan perkara
ini boleh menyebabkan rezekinya tidak diberkati. Perkara seperti ini tidak dapat dilihat dengan
mata kasar. Ini melibatkan hubungan insan dengan penciptanya. Kemungkinan akibat tiada
keberkatan dalam rezekinya, dia sering berasa gundah dan merasa tidak pernah cukup. Dalam
menjalankan tugas, guru-guru tidak boleh walau sedikitpun mengurangi waktu bersama dengan

murid seperti yang telah ditetapkan di dalam jadual waktunya. Jika guru-guru dengan sengaja
masuk lambat contohnya, dengan itu dia boleh dikatakan telah menipu dalam kerjanya.

Kaitkan isu tersebut dengan satu (1) teori pembangunan sahsiah.

TEORI PILIHAN DAN TERAPI REALITI


William Glasser telah mengemukakan Model Terapi Realiti pada tahun 1956. Model ini
menerima bahawa tingkahlaku secara luarannya dipandu motivasi dalaman. Ia dibina
berdasarkan tiga prinsip iaitu :

a) Individu bertanggungjawab terhadap tingkahlakunya sendiri. Tingkahlaku tidak dihasilkan dari


persekitaran masyarakat, pewarisan atau masa lampaunya.
b) Individu boleh hidup dengan lebih baik apabila diberi bimbingan dan sokongan.
c) Individu berkelakuan dalam pelbagai tingkahlaku supaya persekitarannya sesuai seperti mana
yang ia kehendaki.
Kedua-dua model ini saling berkait rapat.
TEORI PILIHAN
Teori Pilihan mengatakan bahawa apa yang kita lakukan semuanya dikawal. Tingkahlaku yang
dibuat pula adalah dipilih oleh diri sendiri. Diri kita pula dipandu oleh gen atau baka kita yang
cuba memenuhi lima keperluan asas iaitu kelangsungan hidup, kasih sayang dan rasa memiliki,
kuasa, kebebasan dan kegembiraan.
Menurut William Glesser lagi, keperluan yang paling penting ialah kasih sayang dan rasa
memiliki kerana kita akan menggunakannya untuk mengukuhkan ikatan hubungan antara orangorang di samping kita agar dapat memuaskan kehendak mereka.

a)
b)
c)
d)
e)

f)
g)
h)
i)

j)

Terdapat sepuluh tunjang dalam Teori Pilihan iaitu:


Satu-satunya orang yang boleh mengawal tingkahlaku kita ialah diri kita sendiri.
Apa yang kita boleh berikan kepada orang lain ialah maklumat.
Masalah psikologi jangka panjang adalah masalah hubungan.
Masalah hubungan adalah sebahagian daripada kehidupan kita.
Apa yang berlaku pada masa lepas harus dilakukan dengan apa yang dilakukan pada hari ini,
tetapi kita hanya dapat memenuhi keperluan asas kita sekarang dan bercadang untuk memuaskan
kehendak mereka pada masa hadapan.
Kita hanya dapat memuaskan keperluan kita dengan cara memuaskan gamabaran dalam Dunia
Kualiti kita.
Apa yang kita lakukan adalah bagaimana kita bertingkahlaku.
Tingkahlaku kita adalah keseluruhan tingkahlaku yang terbina dari empat komponen iaitu
tindakan, pemikiran, perasaan dan fisiologi.
Keseluruhan tingkahlaku kita adalah dipilih tetapi kita hanya memberi arahan secara langsung
terhadap komponen tindakan dan pemikiran. Kita hanya mengawal perasaa, dan fisiologi
secaratidak langsung melalui bagaimana kita memlih untuk bertindak dan berfikir.
Keseluruhan tingkahlaku direkabentuk oleh perbuatan dan dinamakan sebagai sebahagian
daripada perkara yang dikenalpasti.

TERAPI REALITI
Terapi Realiti adalah kaedah kaunseling yang diajar oleh William Glasser sejak 1965. Terapi
Realiti menyediakan panduan kepada kita untuk menangani sesuatu masalah. Matlamat Terapi
Realiti ialah membantu memperjelaskan sesuatu masalah dan isu untuk di selesaikan. Oleh sebab
itu, Terapi Realiti adalah berkaitrapat dengan Teori Pilihan.Teori ini juga berorientasikan kepada
4 proses penting iaitu Wants, Doing, Evaluate dan Plan.
Keempat-empat peoses tersebut dijalankan bagi memenuhi beberapa persoalan:

a)

b)

c)

d)

Wants (kehendak, keperluan dan persepsi)


Apa yang diingini?
Apa jalan keluar bagi sesuatu masalah?
Apakah gambaran kualiti kehidupan dan perhubungan yang dikehendaki?
Doing (Terarah dan Lakukan)
Apa yang perlu dilakukan (tindakan, fisiologi, perasaan dan pemikiran)?
Bila tindakan perlu dilakukan?
Apakah perasaan dan emosi ketika melakukan sesuatu?
Bagaimana kesan terhadap kesihatan?
Evaluate (penilaian)
Perkara yang sedang dilakukan, adakah akan berjaya mencapai matlamat?
Adakah perkara tersebut berada dilandasan yang betul?
Sejauhmanakah kita benar-benar berusaha mencapai matlamat?
Adakah kita berada pada tahap yang benar-benar dapat memberikan komitmen?
Plan (perancangan)
Apakah perancangan yang dilakukan bagi mencapai matlamat tersebut?
Adakah perancangan itu jelas dan mudah difahami?
Bagaimana untuk mengukur pencapaian tersebut?
Bolehkah perancangan tersebut dilaksanakan segera?
Adakah perancangan berada di bawah kawalan?
Setelah menjawab soalan-soalan berikut, guru perlu menyediakan satu perancangan khusus bagi
mengatasi masalah tingkahlaku mereka.

CARA MENGATASI MASALAH PENYALAHGUNAAN MASA DI


KALANGAN GURU MENGGUNAKAN TEORI PILIHAN DAN TERAPI
REALITI
Isu penyalahgunaan masa di kalangan guru-guru dapat diselesaikan menggunakan Teori Pilihan
dan Terapi Realiti. Namun, persoalan utama yang perlu dilalui oleh guru ialah adakah mereka
mahu mengubah tingkahlaku mereka kepada sikap yang lebih baik?
Teori Pilihan membincangkan bagaimana individu itu bertingkahlaku dan mengapa
mereka bertingkahlaku berdasarkan perspektif kawalan luaran, psikologi kawalan dalaman,
dunia kualiti, keperluan masa, dunia pengertian, dunia sebenar, nilai dan pengetahuan, skala
perimbangan, tingkahlaku keseluruhan, sistem tingkahlaku, identiti berjaya dan identiti gagal.
Merujuk kepada teori ini, guru seharusnya mengkaji semula tingkahlaku mereka bagi
mengenalpasti mengapa mereka menyalahgunakan masa mereka berdasarkan kepada faktorfaktor yang dinyatakan tadi. Guru hendaklah menetapkan kehendak kualiti yang ingin dicapai.
Dalam kes ini, kehendak kualiti tersebut ialah mengisi masa senggang mereka di sekolah bagi
mengelakkan masalah penyalahgunaan masa. Bagi memenuhi identiti berjaya pula, mereka akan
mengalami rasa cinta terhadap kerjaya mereka, rasa dihargai dan keperluan-keperluan
psikologikalnya yang lain. Namun begitu, kadangkala guru perlu melawan identiti gagal mereka

seperti personaliti tidak seimbang, kurang keyakinan diri dan cepat putus asa. Sebagai seorang
guru juga, mereka bertanggungjawab dalam memilih keputusan dalam hidup mereka. Setiap
pilihan yang mereka buat adalah berdasarkan kepada keperluan asas mereka. Namun harus
diingatkan, bahawa setiap pilihan itu mempunyai beberapa risiko tertentu. Maka guru seharusnya
memilih tingkahlaku yang efektif sahaja agar dapat membentuk identiti berjaya.
Terapi realiti pula adalah bagaimana kita dapat membantu diri kita dan orang lain.
Terdapat empat proses dalam melaksanakan Terapi Realiti ini iaitu W(wants), D(directions),
E(evaluation) dan P(planning).
Proses menyelesaikan isu penyalahgunaan masa ini dapat dilakukan seperti di bawah:
a) Wants ( keperluan, kehendak dan persepsi )
Dibawah proses ini, guru hendaklah menentukan matlamat mereka dalam kehidupan. Matlamat
utama mereka ialah menyelesaikan masalah penyalahgunaan masa. Masalah ini perlu dilihat
dalam skop yang lebih kecil. Maka guru hendaklah menggariskan beberapa matlamat yang lebih
kecil. Matlamat-matlamat tersebut ialah, menentukan aktiviti pada masa senggang, menepati
masa apabila masuk ke dalam kelas, mendahulukan perkara yang lebih penting dan menentukan
kaedah pengajaran terbaik yang perlu dilaksanakan di dalam kelas. Semua matlamat ini
hendaklah ditulis dengan jelas di atas satu kertas yang mudah menjadi rujukan guru tersebut.
b) Directions ( terarah dan lakukan )
Dalam proses ini pula, pengalaman masa lampau perlu dilihat untuk membentuk masa hadapan.
Beberapa perkara perlu dilihat semasa proses ini berlaku. Dari segi perasaan, guru hendaklah
benar-benar cuba untuk memfokuskan diri mereka untuk mencapai matlamat tersebut. Ini
bermakna mereka perlu menyediakan diri mereka dari segi emosi agar matlamat tersebut dapat
dicapai. Dari segi emosi pula, sokongan keluarga tidak kurang pentingnya. Selain itu, guru juga
hendaklah mempunyai pemikiran yang positif dan sentiasa yakin bahawa matlamat mereka akan
tercapai.
c) Evaluation ( penilaian )
Guru hendaklah memikirkan bahawa adakah matlamat mereka akan tercapai ataupun tidak
tercapai. Oleh sebab itu, guru hendaklah memikirkan beberapa halangan yang akan dihadapi oleh
mereka untuk mencapai matlamat yang diingini. Halangan yang paling besar adalah datangnya
dari diri mereka sendiri. Dalam kes ini, motivasi intrinsik memainkan peranan yang paling
penting untuk menyelesaikan masalah mereka. Maka guru perlu memikirkan langkah yang
terbaik untuk meningkatkan motivasi intrinsik mereka. Halangan yang seterusnya datang dari
keluarga guru itu sendiri. Perkara yang baik perlu mendapat sokongan dari keluarga sama ada
pasangan, anak-anak mahupun ibu bapa. Sokongan dari pentadbir dan rakan sejawat tidak kurang
pentingnya.
d) Plan (perancangan)
Setelah membuat penilaian dan menyenaraikan matlamat, guru perlulah membuat perancangan
tindakan yang ingin dilakukan. Senarai yang dibuat perlulah mendahulukan perkara yang lebih
penting dulu. Pada masa yang sama, guru perlulah sentiasa menanamkan azam yang kuat untuk
melakukan aktiviti tersebut demi mengatasi masalah penyalahgunaan masa. Guru hendaklah

a.
b.
c.
d.
e.
f.

melakukan muhasabah diri agar dapat memikirkan perkara yang dilakukan adalah adalah kea rah
kebaikan. Antara aktiviti yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah ini ialah:
Masuk ke kelas awal dan keluar tepat pada masanya.
Melakukan reflesi pengajaran dan pembelajaran.
Berbincang dengan Ketua Panitia dan rakan-rakan sejawat mengenai hal-hal pengajaran dan
pembelajaran.
Meneroka maklumat baru dari internet atau jurnal-jurnal pendidikan.
Menjalankan penyelidikan tindakan.
Memberikan latihan yang mencukupi dan memenuhi standard kecukupan.

KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, guru perlu memahami bahawa penyalahgunaan masa adalah melanggar
etika profession perguruan. Bukan itu sahaja, penyalahgunaan masa juga melibatkan hukum
agama yang mengundang kepada rezeki yang halal.
Sebagai guru, seharusnya kita menggunakan masa yang diperuntukkan kepada kita
dengan perkara-perkara yang dapat memberi faedah yang berguna untuk pelajar-pelajar kita.
Sebagai guru, kesedaran terhadap penyalahgunaan masa sangat penting dan perlu diberi
perhatian.

BIBLIOGRAFI
1. Ahmad Jazimin Jusoh. (2007). Aplikasi terapi realiti dalam sesi kaunseling. Kertas kerja yang
dibentangkan pada bengkel kaunseling sekolah kebangsaan pada Oktober 2007. Anjuran USIM,
UKM, Kementerian Pelajaran Malaysia dan PERKAMA.
2. Amla Salleh, Zuria Mahmud & Salleh Amat. (2006). Bimbingan dan kaunseling sekolah.
Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia.

3. Institut Integriti Nasional. (2007). Pembentangan Kertas Kerja : Masyarakat Malaysia


Berintegriti Melalui Sistem Pendidikan. Diakses pada 7 Mei 2011,
darihttp://www.iim.com.my/v3/download/06-09-07%20Seminar%20Integriti%20_3_.pdf.
4. Larson, LaFasto.(1989). Teamwork: What Must Go Right/What Can Go Wrong. Sage
Publications.
5. Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia . (2008).Lampiran Pekeliling
Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 1 Tahun 2008 : Panduan Pengurusan Perhubungan
Pelanggan. Diakses pada 7 Mei 2011
darihttp://arcadia.mampu.gov.my/mampu/pdf/lampiran_pkpa012008.pdf

Posted by MamaBabahDynaMuish at 3:29 AM Email This BlogThis! Share to Twitter Share to


Facebook
Labels: Pembangunan Sahsiah Guru

4 comments:

bobhandburry said...
Salam kunjungan.. blog yang menarik.. singgah la ke blog saya ;)

http://www.zuwairiaiman.com
June 2, 2011 at 9:06 PM

mamadynamuish said...
tqvm...
June 2, 2011 at 10:02 PM

HaemeNetworks&Co said...
UPAH ASSIGNMENT MURAHHHH DAN TERBAEKKK!!!

Layari http://jobassignment.blogspot.com/ SEKARANGGG!!!!!!!!!


April 20, 2012 at 6:29 AM

khairil azwan Ab kadir said...


Seronok baca dan guna dalam mesyuarat guru .
April 19, 2015 at 12:57 AM

Post a Comment
Newer PostOlder Post Home
Search

BLOG ARCHIVE

2012 (1)

2011 (26)

July (1)

June (6)

INTEGRASI DAN PERPADUAN KAUM

Pendekatan Konstruktivisme dan Masteri

Nilai BITARA - Pembangunan Sahsiah Guru

KURIKULUM SESUAI UNTUK MURID PINTAR

Soalan Penyelesaian Masalah tajuk Money

Soalan untuk Projek Perancangan ke Genting Highlan...

May (1)

April (1)

March (2)

February (9)

January (6)

LABELS

Appropiate Curriculum(2) Characteristics


Pupils (1) Group

Presentation (1) Identification

and

and Needs (1) Concept(1) Creativity (1) Early Childhood (1) Gifted

Assessment (1) Key

Issues

and

Problem(1)

Lesson

Maths (2)Pembangunan Sahsiah Guru (1) Personality and Learning Style (1) Strategies and Teaching Method (1) Thinking Skills (1)
MY BLOG LIST

AZIMAT MATEMATIK

CIRI-CIRI PRISMA TAPAK SEGI TIGA


3 weeks ago

Bermulanya di prasekolah ini...

sarung kerusi prasekolah dan tahap 1


5 months ago

nur rania.anugerah terindah

GC tea penawar kencing manis


6 months ago

Mama Homeschool

Aktiviti Mengenal huruf Aa & Nombor 1-3.


1 year ago

Bacaan Anak Muslim

Allah Menciptakan Telingaku


1 year ago

mykisshar

Redang, Oh Redang.
2 years ago

PPG UPSI 2011

Final Examination Results Semester 1 Session 2011/2012


3 years ago

Prasekolah Sekolah Kebangsaan Bedong

Gambar KOnvo Permata Bestari & Pintar


4 years ago

Blog Cikgu Eyta

BAHAN KSSR TAHUN 2


4 years ago

explore ALL avenues

Away.... For Now...


4 years ago

Maths For Gifted Children

Pembentangan Kuampulan 1
4 years ago

Kanak-kanak Pintar Cerdas

Laporan Projek Junior Chef


4 years ago

Mathematics For Gifted Children

Artikel 3 High Achiever, Gifted Learner, Creative Thinker

4 years ago

WELCOME TO GIFTED WORLD

origami cat
4 years ago

MATHEMATICS FOR GIFTED CHILDREN

DEFINITION OF GIFTED AND TALENTED


4 years ago

Mathematics For Gifted Children

Strategi P&P Pintar Cerdas


4 years ago

GIFTED CHILDREN

Penulisan Projek untuk pelajar pntar cerdas


4 years ago

MATHEMATICS OF GIFTED CHILDREN

Memahami jenis-jenis kecerdasan ( semua jenis )


4 years ago

MATHEMATICS FOR GIFTED CHILDREN

Kepintaran pelbagai dan emosi


4 years ago

MATHEMATICS FOR GIFTED CHILDREN

PROJEK
4 years ago

KANAK-KANAK PINTAR CERDAS

PROGRAM PENDIDIKAN UNTUK KANAK-KANAK PINTAR CERDAS


4 years ago

DISKUSI BESTARI

Creativity, Thinking Skills for the Gifted


4 years ago

Mathematics For Gifted Children

School Based Project


4 years ago

TMP6103

school based project


4 years ago

Mathematics For Gifted Children

GIFTED STUDENTS: RECOMMENDATIONS FOR TEACHERS


4 years ago

Mathematics For Gifted Children

Great quotes to inspire great teachers


4 years ago

MATHEMATICS FOR GIFTED CHILDREN

MENGENALPASTI DAN MENILAI PELAJAR CERDAS DAN BERBAKAT


4 years ago

Matematik untuk Kanak-kanak Pintar Cerdas

Strategies and Method for Teaching the Talented and Gifted Children

4 years ago

PELAJAR PINTAR CERDAS

ANAK PINTAR
4 years ago

MATHEMATICS FOR GIFTED CHILDREN

4 years ago

Teaching Aids and Teaching Activities


NazTech

ANAK DIDIKKU PINTAR

TERM OF USE

USE TIME WISELY

BIJAK, BIJAK

BETUL GAK

PERMATA

Malaysian Mensa

http://www.lessonplanspage.com

http://www.primaryresources.co.uk

http://www.teachingideas.co.uk

FREE -- TEACHING RESOURCES AND LESSON PLANS FROM


WHAT TIME IS IT?
K-3 TEACHER RESOURCES BLOG

WHAT DAY IS TODAY?


Cuteki greeting eCards

UPSR
Exams Countdown

This blog is proudly monitored and created by Rusmiza Rusle.. Powered by Blogger.

FOLLOWERS
MAMABABAHDYNAMUISH
M E N TAK A B , PAH A N G , M A L AYS I A
Sangat mencintai pendidikan Matematik untuk kanak-kanak
VIEW MY COMPLETE PROFILE

Copyright (c) 2010 Blog Cikgu Rusmiza.... Primary School. Design by WPThemes Creator
Blogger Templates And Web Design Company.

Anda mungkin juga menyukai