Anda di halaman 1dari 2

KENYATAAN MEDIA

YBHG. DATO SULAIMAN BIN HAJI KELING


KETUA PENGARAH PENDAFTARAN NEGARA
GANTIAN MYKAD TIDAK DIWAJIBKAN
16 DISEMBER 2014
WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA

1.

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) ingin mengingatkan orang ramai agar


berwaspada berkaitan hebahan maklumat berkaitan penukaran MyKad yang
telah menimbulkan kekeliruan dan salah faham orang awam bahawa MyKad
perlu ditukar selewat-lewatnya pada hujung tahun 2014 ini atau akan didenda.

2.

MyKad mula diperkenalkan sejak tahun 2000 dan MyKad versi yang terkini telah
dikeluarkan mulai pada 3 Januari 2012. Tidak seperti Kad Pengenalan Kertas
atau Kad Pengenalan Plastik yang kekurangan ciri-ciri keselamatan, MyKad
adalah kad pintar pelbagaiguna kerajaan yang menggunakan aplikasi cip. Mykad
terkini telah di tambahbaik dari segi rekabentuk, dan juga ciri ciri
keselamatannya seperti diperbuat daripada bahan Polikarbonat yang lebih tahan,
menggunakan teknologi turisan laser pada permukaan kad dan menggunakan cip
baru yang lebih tahan supaya menepati perkembangan terkini teknologi kad
pintar antarabangsa.

3.

Jabatan ini ingin menjelaskan bahawa peraturan membuat MyKad adalah seperti
berikut :
i)

Seseorang Kanak - kanak Warganegara Malaysia yang telah mencapai


umur 12 tahun adalah wajib untuk membuat kad pengenalan bagi kali
pertama di bawah Peraturan 3, Peraturan Peraturan Pendaftaran Negara
1990 (kecuali Orang-orang terkecuali sebagaimana di bawah Peraturan
27, Peraturan Peraturan Pendaftaran Negara 1990).
Page 1 of 2

ii)

Warganegara yang telah mencapai umur 18 tahun dan sebelum mencapai


umur 25 tahun wajib membuat penukaran dan ianya hanya perlu
dilakukan sekali seumur hidup sebagaimana yang diperuntukkan di bawah
Peraturan 18, Peraturan Peraturan Pendaftaran Negara 1990.

iii)

Gantian kad pengenalan yang dibuat sekiranya berlaku kehilangan atau


kerosakan kad pengenalan atau cip tidak berfungsi, dan pertukaran
butiran yang telah diluluskan oleh JPN.

4.

Sehubungan dengan itu, sekiranya Mykad yang dimiliki masih dalam keadaan
baik dan berfungsi maka mereka tidak diperlukan membuat gantian baru kad
pengenalan. JPN juga ingin memaklumkan bahawa gantian MyKad struktur baru
adalah TIDAK DIWAJIBKAN. Penukaran kepada MyKad yang baru adalah
merupakan pelaksanaan yang berterusan dan tiada tarikh tutup.

5.

JPN mengharapkan kerjasama orang ramai untuk tidak mempercayai sumber


berita dari laman sosial atau media tidak rasmi bagi mengelakkan sebarang
kekeliruan. Penyiaran maklumat berkaitan kad pengenalan hanya boleh disahkan
oleh Ketua Pengarah Pendaftaran Negara dan Pegawai Pendaftaran yang dilantik
sahaja.

6.

Oleh yang demikian bagi sebarang maklumat yang berkaitan dengan Jabatan ini,
orang awam adalah dinasihatkan untuk melayari laman web rasmi JPN di
www.jpn.gov.my atau menghubungi Pejabat Perkhidmatan Pelanggan JPN di
talian 03 8880 7077/ 7067/ 7069/ 8206 atau emel ke pro@jpn.gov.my.

Tamat/.

Page 2 of 2

Anda mungkin juga menyukai