Anda di halaman 1dari 5

ARNAB YANG PEMALAS

Di sebuah hutan tinggal sepasang sahabat. Mereka ialah


seekor arnab dan seekor tupai. Setiap hari mereka
menghabiskan masa bersama-sama. Pada suatu hari, tupai
berkata kepada arnab, Mari kita buat sarang. Sekarang dah
tiba musim hujan. Apabila hujan, kita ada tempat berteduh.
Ya, betul kata awak. Tapi biarlah saya berehat dulu, jawab
arnab. Pada petang itu, hujan turun dengan lebatnya. Tupai
dan arnab berteduh di bawah pokok. Mereka basah dan
kesejukan.Jika kita ada sarang, tentu kita tak akan basah
begini,kata tupai. Ya, betul kata awak, jawab arnab. Pagi
esok kita akan buat sarang, kata arnab lagi.

Keesokan pagi, cuaca sungguh baik. Tupai mengajak arnab


menbuat sarang. Lebih baik kita pergi cari kayu untuk
membuat sarang, kata tupai. Tapi bukan sekarang, jawab
arnab. Kita masih ada banyak masa lagi. Marilah kita pergi
cari makanan. Saya sungguh lapar! Tupai menggelenggeleng melihat sikap sahabatnya itu. Pada petang itu, hujan
turun lagi. Tupai dan arnab basah kuyup kerana tiada tempat
berteduh. Alangkah baiknya jika kita ada sarang, kata tupai.

KERBAU BALAR

Dalam sekumpulan kerbau, ada sepasang kerbau balar.


Warna kulitnya merah, tidak hitam seperti kerbau-kerbau
yang lain. Oleh kerana kulit yang berbeza warnanya itu,
kerbau balar selalu dihalau oleh kerbau lain. Kedua-duanya
tidak dibenarkan makan bersama dan tidur sekandang.
"Rupa kamu tidak sama dengan kami," kata kerbau yang lain
itu.
Kedua-dua kerbau balar itu sangat sedih kerana mereka
selalu disisihkan.
Pada suatu musim ,kerbau hitam dan kerbau balar itu
mendengar tuan mereka akan menangkap mereka.
Semuanya akan dihantar dan akan dipakaikan gelang merah.
Pada suatu hari, kedua-dua kerbau merah itu tersesat ke
tempat orang menyembelih kerbau. Kerbau balar melihat
beberapa kepala dan kaki kerbau bergelimpangan di kawasan
itu. Lalu selepas itu tahulah mereka apa yang sebenarnya
terjadi.
Ketika kerbau-kerbau lain di tangkap , kedua-dua ekor kerbau
balar itu melarikan diri ke hutan. Kerbau-kerbau yang lain