Bismillah. Assalamualaikum wm..wbt.., Yang berusaha Yang berusaha Yang berusaha Yang dihormati, ___________________________________________________ AJK PIBG, barisan guru yang dedikasi seterusnya murid-murid yang dikasihi sekalian. Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allat S.W.T kerana dengan izin dan limpah kurnianya dapat kita berhimpun pada hari yang berbahagia ini sempena Sambutan Hari Guru. Sambutan Hari Guru pada hari ini adalah sebagai tanda pengiktirafan kita yang tidak terhingga terhadap jasa dan sumbangan para guru. Selaku Guru Besar ________________, saya ingin mengambil kesempatan pada hari yang amat bermakna ini untuk mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru di sekolah ini. Saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan atas segala pengorbanan dan sumbangan besar para guru terhadap murid-murid dan sekolah ini. Hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian, Guru: Membina Ilmu, Menyempurnakan Akhlak. Begitulah tema hari guru pada tahun ini. Pada pendapat saya, guru-guru di sekolah ini telah memainkan peranan penting ke arah membina ilmu dan menyempurnakan akhlak murid-murid. Apa yang saya lihat ialah para guru di sekolah ini bukan sahaja menekankan aspek kurikulum dan kokurikulum semata-mata malah telah berusaha untuk membangunkan modal insan dengan memberi tumpuan kepada sistem nilai iaitu aspek disiplin, sahsiah, akhlak dan jati diri para pelajar.
Guru turut memainkan peranan yang signifikan kepada pembinaan dan
pembangunan sahsiah serta peribadi murid-murid bertepatan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menuntut agar para guru dapat melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Hadirin yang saya muliakan, Saya yakin dengan adanya guru-guru yang berdedikasi, proaktif, inovatif dan ibu bapa yang prihatin maka Insha-Allah kejayaan pasti menjadi milik anakanak sekalian. Dengan keringat guru-guru ini, maka sekolah dapat melahirkan insan yang mulia demi membina masa depan yang sejahtera. Hadirin sekalian, Bertitik tolak daripada sumbangan dan pengorbanan guru ini, maka sewajarnya murid-murid dan masyarakat meraikan sambutan hari guru pada hari ini sebagai menghargai warga pendidik . Bak kata pujangga tentang guru, Dialah pemberi paling setia, Tiap akar ilmu miliknya, Pelita dan lampu segala, Untuk manusia sebelum jadi dewasa. Dialah ibu dialah bapa, dia juga sahabat Alur kesetiaan mengalirkan nasihat Pemimpin yang ditauliahkan segala umat Seribu tahun katanya menjadi hikmat. Akhir kata, sekali lagi saya ingin mengucapkan Selamat Hari Guru. Semoga para guru sekalian akan terus diberi kekuatan oleh Allah s.w.t. untuk terus menabur jasa kepada nusa dan bangsa. Sekian, wabilahitaufiq wal-hidayah wassalam....