Anda di halaman 1dari 7

1

MOHD AMMAR RASYID BIN ABDUL MANAP

NOTA RINGKAS TEMUDUGA SPP


FALSAFAH PENDIDIKAN

Falsafah Pendidikan Negara yang disuratkan pada tahun 1987 berbunyi:-

"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi


potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat
Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."
Falsafah Pendidikan ini menjurus ke arah mencirikan insan dan warganegara yang baik
dengan mengemukakan ciri-ciri :

Percaya dan patuh kepada tuhan.


Berilmu pengetahuan
Berakhlak mulia
Bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama dan negara.
Menabur bakti dan memberi sumbangan kepada masyarakat, agama, bangsa dan
negara.
Memiliki sahsiah yang seimbang dan bersepadu.

FALSAFAH PENDIDIKAN GURU

Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia


mejunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara,
menjamin pembangunan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu
padu, demokratik, progresif dan berdisiplin.

SISTEM PENDIDKAN DAN SEJARAH PENDIDIKAN


Sistem Pendidikan Kebangsaan di peringkat sekolah di bawah Kategori Institusi
Pendidikan Kerajaan terdiri daripada:

Pendidikan Prasekolah - Program Pendidikan bagi murid yang berumur dari 4-6
tahun.
Pendidikan Rendah - Kursus pengajian pada peringkat rendah yang direncanakan
bagi tempoh enam tahun tetapi bleh tamat diikuti dalam tempoh antara 5-7tahun
yang terdiri daripada Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan.
Pendidikan Menengah - Pendidikan yang terdiri daripada pendidikan menengah
rendah dan menengah atas, Pendidikan menengah yang diadakan terdiri
daripada:a) Sekolah akademik
b) Sekolah Teknik dan Vokasional
c) Sekolah Kebangsaan Agama

MOHD AMMAR RASYID BIN ABDUL MANAP

Pendidikan Lepas Menengah - Pendidikan yang disediakan untuk seseorang yang


sudah tamat mengikuti pendidikan menengah rendah dan menengah atas, tidak
termasuk pendidikan tinggi.

Persekolahan di bawah Kategori Institusi Pendidikan Bantuan Kerajaan pula adalah bagi
Sekolah Berasrama Penuh yang dipertanggungjawabkan kepada Unit Sekolah Berasrama
Penuh Bahagian Sekolah.
Institusi pendidikan lain di peringkat persekolahan yang ditubuhkan adalah:a) Sekolah Pendidikan Khas yang dipertanggungjawabkan kepada Jabatan Pendidikan
Khas.
b) Sekolah SUkan yang dipertanggungjawabkan kepada Bahagian Sukan.
IMBASAN SEJARAH PENDIDIKAN
a) Penyata Razak 1956 dan Ordinan Pelajaran 1957
Zaman Pengukuhan
- Pembentukan satu sistem pendidikan kebangsaan.
- Pengakuan matlamat akhir Bahasa Malaysia.
- Permulaan kurikulum yang berorientasikan alam sekeliling Malaysia.
- Mewujudkan sistem peperiksaan yang sama bagi semua.
b) Laporan Rahman Talib dan Akta Pelajaran 1961
Zaman Kemaskini
- Penegasan kepada pendidikan asas 3M : Membaca, Menulis, Mengira.
- Penegasan kepada pendidikan kerohanian yang kukuh dan unsur-unsur disiplin yang
diingini.
- Penegasan kepada kurikulum ala Malaysia.
- Penegasan menengah atas melalui dua Jurusan iaitu Akademik dan Vokasional.
- Peluang melanjutkan persekolahan dari 9 tahun ke 11 tahun.
- Melicinkan tatacara pengurusan pelajaran dalam meningkatkan mutu pelajaran
keseluruhan.
c) Rang Undang-Undang Pendidikan 1995
- Sistem pendidikan kebangsaan dicorakkan untuk menghasilkan pendidikan bertaraf
dunia dari segi kualiti untuk mencapai aspirasi negara.
- Falsafah Pendidikan Negara dijadikan landasan kepada Dasar Pendidikan Kebangsaan.
- Tempoh pendidikan rendah antara 5 - 7 tahun.

MOHD AMMAR RASYID BIN ABDUL MANAP

- Pendidikan prasekolah sebagai sebahagian daripada sistem pendidikan kebangsaan.


- Pendidikan teknik dan politeknik dipertingkatkan.
- Peruntukan diadakan bagi mengawal selia pendidikan swasta.

Visi KPM
SEKOLAH UNGGUL GENERASI TERBILANG
Misi KPM
MEMBANGUN POTENSI INDIVIDU MELALUI PENDIDIKAN BERKUALITI
Slogan KPM
"SEKOLAH UNGGUL PENJANA GENERASI TERBILANG"
MATLAMAT KPM
1. Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatupadu.
2. Melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketrampilan, dan
sejahtera.
3. Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan kemajuan negara.
4. Memberi peluang-peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia

ETIKA KERJA
TAKRIF ETIKA KERJA
Etika kerja ialah panduan tingkah laku yang menjadi pegangan setiap warga
Kementerian Pelajaran Malaysia berlandaskan nilai-nilai akhlak mulia.
OBJEKTIF ETIKA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Menanamkan sikap positif dan menghapus sikap negatif dalam melaksanakan

tugas-tugas yang diamanahkan bagi mempertimbangkan kualiti kerja.


Meningkatkan disiplin diri bagi menghasilkan perkhidmatan yang cemerlang

kepada pelanggan dan organisasi.


Memberikan sumbangan positif yang berterusan kepada negara.

PRINSIP ETIKA KERJA


Etika Kerja Kementerian Pendidikan Malaysia perlu dilaksanakan dan dihayati berdasarkan
prinsip-prinsip berikut:
Niat yang betul.
Perlakuan yang baik
Penggerak ke arah kebaikan.

MOHD AMMAR RASYID BIN ABDUL MANAP

Mengotakan apa yang dikatakan.


Berdisiplin dan beradab.

Niat yang betul


Melaksanakan pekerjaan dengan niat yang betul adalah penting dan dituntut oleh agama,
selari dengan landasan berikut :
Memenuhi kehendak Falsafah Pelajaran Kebangsaan, misi, matlamat dan objektif

Kementerian Pendidikan Malaysia.


Ikhlas menyempurnakan tanggungjawab terhadap agama dan negara.
Memberikan sumbangan bermutu.
Sentiasa memperbaharui niat untuk kebaikan.

Perlakuan yang baik


Melakukan tugas dengan sempurna merupakan tanggungjawab warga pelajaran ke arah
mencapai hasil yang berkualiti di samping memperbaiki imej organisasi. Oleh itu, warga
Kementerian Pendidikan Malaysia perlu:
Menunjukkan penampilan diri, peraturan dan perbuatan yang terbaik sepanjang

masa.
Menghasilkan kerja berkualiti secara berterusan disamping memberikan kepuasan

kepada pelanggan.
Menghargai dan bertanggungjawab terhadap hasil usaha organisasi.

Penggerak ke arah kebaikan


Setiap warga Kementerian Pendidikan Malaysia hendaklah menjadi penggerak ke arah
kebaikan. Justeru, seluruh warga Kementerian Pendidikan Malaysia hendaklah :
Menampilkan diri sebagai seorang yang dinamik, maju, berdaya saing dan dapat

mendorong seseorang melakukan kebaikan.


Berusaha agar hasil kerja dan amalan dapat menonjolkan kecemerlangan dan

ketinggian kualiti yang boleh menjadi sumber inspirasi kepada rakat sejawat.
Sentiasa berusaha menjadi pekerja yang terbaik.

Mengotakan apa yang dikatakan


Kita hendaklah sentiasa berusaha melaksanaka apa yang dikatakan. Justeru, setiap warga
Kementerian Pendidikan Malaysia hendaklah :
Sentiasa menunjukkan ketekalan dalam tanggapan, pengucapan dan tindakan
sama ada terhadap diri sendiri atau orang lain.
Apa yang dibuat mesti sesuai dengan apa yang diucapkan.
Sentiasa menepati apa yang dinyatakan dalam piagam pelanggan.
Berdisiplin dan beradab
Aktiviti yang berperaturan mulia, berdisiplin dan beradab adalah penting ke arah
melahirkan warga Kementerian yang cemerlang. Justeru setiap warga Kementerian
Pendidikan Malaysia hendaklah :
Sentiasa menjaga adab sopan seperti terdapat dalam ajaran agama.
Sentiasa mematuhi peraturan dan arahan perkhidmatan.
Sentiasa berpandukan prosedur dan kaedah yang sesuai dan betul.

MOHD AMMAR RASYID BIN ABDUL MANAP

PROGRAM I-THINK - MEMBUDAYAKAN KEMAHIRAN BERFIKIR

Pada 27 Julai 2011, Mesyuarat di antara Agensi Inovasi Malaysia (di bawah Jabatan
Perdana Menteri) dan Kementerian Pendidikan Malaysia telah bersetuju
melaksanakan program i-THINK dengan merintis 10 buah sekolah di Malaysia.
Program ini akan diperluaskan kepada 1,000 sekolah pada tahun 2013 dan
seterusnya semua sekolah akan melaksanakan program ini pada tahun 2014.
Program i-THINK merupakan satu program yang bertujuan memperitngkatkan dan
membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan murid ke arah menghasilkan
murid berinovatif. Guru dan murid akan menggunakan alat berfikir di dalam
pengajaran dan pembelajaran disamping melaksanakan aktiviti kemahiran aras
tinggi.

PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA


Apa itu Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)?

Laporan Awal dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia pada 11 September


2012.
PPPM merupakan usaha Kementerian Pendidikan Malaysia untuk melonjakkan
sistem pendidikan Negara untuk berada dalam kalangan negara sepertiga teratas
sistem pendidikan terbaik di dunia
Untuk julung kalinya pandangan daripada pihak awam diambil kira dalam
penggubalan Pelan Pendidikan melalui 16 Dewan Terbuka di 14 negeri, 20 meja
bulat, lebih 200 memorandum - 7000 syor diterima dan ditimbangkan dalam PPPM
Dapatan kajian daripada 6 IPTA, UNESCO, World Bank, TIMSS dan PISA digunakan
dalam pembangunan PPPM
Menggariskan 5 aspirasi sistem, 6 aspirasi murid untuk dicapai melalui perubahan
yang perlu berlaku melalui 11 Anjakan dan dilaksanakan dalam Tiga Gelombang

Apa beza PPPM berbanding Pelan lain yang pernah diperkenalkan dahulu?

Fasa diagnostik untuk menentukan baseline sistem pendidikan Negara


Public engagement dengan rakyat input digunakan dalam pembangunan pelan
policy statement, strategic and operations
Menggariskan 5 aspirasi sistem untuk menyediakan murid dengan kemahiran
abad ke 21 memastikan murid mencapai 6 aspirasi murid dalam PPPM iaitu
pengetahuan, kemahiran berfikir, profisiensi dwibahasa (dan galakan untuk
menguasai bahasa lain), kemahiran kepimpinan, identiti nasional, etika dan
kerohanian

Selepas pelancarannya nanti, apakah inisiatif-inisiatif yang bakal dilakukan oleh kerajaan
untuk menjalankan polisi-polisi yang terkandung dalam plan ini?

Membentuk 1Agenda Kementerian 100 inisiatif dikenal pasti untuk dilaksanakan


dalam Tiga Gelombang sehingga 2025.
25 inisiatif utama telah dikenal pasti dan 13 inisiatif disasarkan untuk dicapai pada
hujung tahun ini.
Kementerian Pendidikan sangat beriltizam untuk memastikan usaha atau inisiatif
ini dilaksanakan dan menepati sasaran yang ditetapkan.

MOHD AMMAR RASYID BIN ABDUL MANAP

6 inisiatif telah disasarkan untuk dicapai dalam masa 100 hari dan Alhamdulillah
telah dapat dilaksanakan dan diumumkan oleh YAB TPM pada 10 April 2013 di SMK
Jalan 4 Bangi, Bandar Baru Bangi.
Pada hujung tahun ini Kementerian mensasarkan 7 lagi inisiatif yang sedang giat
diusahakan termasuk mencapai 100% literasi (BM) dan numerasi bagi Tahun 3;
1,608 sekolah yang memerlukan pembaikan kritikal dibaiki.

Mengapa Kementerian Pendidikan mengumumkan pencapaian 100-hari PPPM?

Menunjukkan komitmen dan iltizam Kementerian dalam melaksanakan PPPM.


Kajian menunjukkan dalam mana-mana usaha reformasi pendidikan, jangkamasa
100 hari merupakan indikator penting sama ada sesuatu perancangan berjaya
atau gagal.
Transformasi pendidikan ini adalah legasi negara yang bukan sahaja melibatkan
5.5 juta pelajar hari ini tetapi juga seluruh anak bangsa pada masa akan datang.
Kita perlu memastikan bahawa segala perencanaan ini tidak akan gagal di
pertengahan jalan.
Selepas pelibatan awam yang intensif pada peringkat PPPM dibangunkan dan
selepas PPPM dilancarkan, rakyat mempunyai hak untuk mengetahui pencapaian
Kementerian, selaras dengan Anjakan ke 11 untuk meningkatkan ketelusan untuk
akauntabiliti awam secara langsung.

Apa inisiatif PPPM yang telah dan sedang dijalankan oleh Kementerian sekarang?

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, terdapat 25 inisiatif utama yang telah
dikenal pasti untuk digerakkan daripada peringkat awal lagi bagi mencapai
outcome yang dihasratkan, terutama dalam bidang-bidang kritikal.
Bagi meningkatkan keberhasilan murid, Kementerian percaya bahawa usaha
secara bersepadu dari pada semua pihak adalah penting. Sebagai contoh,
Kementerian melalui Anjakan 9 iaitu Bekerjasama dengan Ibubapa, Komuniti dan
Sektor Swasta secara meluas telah pun melancarkan Sarana Ibu Bapa dan Sarana
Sekolah pada 24 Februari 2013 dalam usaha membentuk satu ekosistem
pembelajaran di kawasan masing-masing.
Inisiatif ini bermula dengan perkara yang mudah, contohnya di SK Presint 14 (1)
Putrajaya, PIBG mengorak langkah untuk menjaga trafik di sana. Di sekolah
tersebut ibu bapa juga membantu melukis mural dan keceriaan kelas. (MHI TV3
ada video di sekolah tersebut yang boleh ditayangkan)
Di bawah Anjakan 6 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia ini, Kementerian
akan mempercepat penambahbaikan prestasi sekolah melalui program yang
sistematik dan dipimpin oleh PPD disemua negeri menjelang 2014 dan
memastikan 100% sekolah memenuhi keperluan infrastruktur asas menjelang
2015, bermula dengan Sabah dan Sarawak.

Apakah inisiatif Kerajaan bagi menentukan bahawa Guru dapat fokus dalam menjalankan
tugas sebenar mereka iaitu mendidik?

Kementerian sedar bahawa tugas pentadbiran berlebihan mengambil masa urusan


teras guru dalam pengajaran dan pembelajaran,serta mengurangkan
keberkesanan pengajaran mereka. Oleh itu, Kementerian akan mengambil dua
tindakan utama dalam Gelombang 1 bagi mengurangkan beban tugas yang
keterlaluan.
Pertama, Kementerian telah mula menyeragamkan sistem pengurusan dan
pengumpulan data sedia ada bagi menghapuskan pertindanan permintaan data.

MOHD AMMAR RASYID BIN ABDUL MANAP

Tiga pangkalan data telah disasarkan untuk proses penyeragaman awal: Sistem
Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) yang digunakan untuk menggabungkan
keputusan murid dari pada peperiksaan semester berasaskan sekolah; Sistem
Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) yang digunakan untuk
memantau keputusan PBS dan Sistem Maklumat Murid (SMM) yang mengandungi
data murid. Perubahan ini seharusnya menghapuskan permohonan berulang bagi
data yang sama dan memudahkan proses memasukkan data baharu ke dalam
sistem. Kementerian juga akan mengkaji semula keperluan menyediakan
pendokumentasian dan laporan terkini (sebagai contoh, keperluan untuk pensijilan
ISO) bagi mengenal pasti bidang untuk diseragamkan.
Kedua, Kementerian akan mengenal pasti kaedah bagi mengatasi isu kesesakan di
sekolah yang mempunyai purata saiz kelas melebihi 35 murid. Kaedah yang
dicadangkan termasuk pembinaan bilik darjah tambahan, penempatan semula
guru tambahan, dan/atau mengetatkan penguatkuasaan kuota enrolmen.
Walaubagaimanapun, Kementerian tidak akan mengurangkan bilangan murid bagi
setiap kelas daripada 35 orang kerana terdapat bukti kajian antarabangsa yang
menunjukkan saiz kelas bukan faktor penyumbang utama kepada pencapaian
murid, berbanding kualiti guru. Kementerian sedang membuat penelitian untuk
menyediakan setiap sekolah dengan sekurang-kurangnya satu pegawai
pentadbiran. Rintis sedang dilaksanakan di Melaka dan jika didapati berjaya, ia
akan diperluaskan keseluruh negara.

Apakan anjakan dalam PPPM?

1. Menyediakan kesamarataan akses pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsan


2. Memastikan setiap murid profisien dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris
3. Melahirkan rakyat Malaysia dengan penghayatan nilai
4. Transformasi keguruan sebagai profesion perguruan
5. Memastikan kepimpinan berprestasi tinggi di tempatkan setiap sekolah
6. Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus
berasaskan keperluan
7. Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia
8. Mentrasformasikan kebolehupayaan dan kapasiti penyampaian kementerian
9. Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas
10. Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit
11. Meningkatkan ketelusan untuk akauntabiliti awam secara umum