Anda di halaman 1dari 41

RENYAH VS SUTERA

DALAM LUKISAN
Analisa perbandingan novel

Huraikan persoalan yang terdapat dalam novel yang telah


anda pelajari?
Persoalan dalam Renyah
Persoalan

Huraian

1. Sikap tamak yang


menguasai diri
sehingga terlibat
dengan gejala rasuah

Hasnol yang menjalani kehidupan bermewahmewah-mewahan sehingga sering tidak cukup


wang. Pada mulanya dian taat kepada prinsip
tetapi akhirnya Tengku Munir sebanyak RM300
ribu bagi meluluskan tender.

2. Minat dan
kecenderungan
seseorang tidak boleh
diubah

Anak-anak Datuk Dolhi mempunyai minat mereka


tersendiri walaupun Datuk Dolhi menginginkan
anak-anaknya mengikuti jejak langkahnya dalam
perniagaan. Hasnol bertegas ingin jadi pegawai
PTD, Ilham berminat dalam bidang seni dan
pencita alam, Amera berminat dalam bidang
perguruan, Mukhlis pula terlibat dengan
berdakwah, Dani pula ingin jadi penyanyi rock.

Persoalan dalam Sutera dalam lukisan


Persoalan

Huraian

1. Tanggungjawab
membantu sesama
manusia

Adila merasakan bertanggungjawab untuk


memulihkan keyakinan Bujei yang dikatakan
tidak normal. Begitu juga halnya dengan
Sidang Saman yang suka membantu Bujei.

2. Kebaikan akan
mengatasi kebatilan.

Alias telah cuba mengenakan ubat pengasih


kepada Adila tetapi tidak menjadi. Pelbagai
fitnah telah dileparkan kepada Adila juga tidak
menjadi. Akhirnya oleh kerana terlalu taksub,
maka Alias telah mendapat pembalasan akibat
perbuatannya itu. Dia dikatakan sasau kerana
cintanya terhadap Adila tidak berbalas.

Huraikan nilai murni yang terdapat dalam novel yang anda


pelajari?
Nilai dalam Renyah
Nilai

Huraian

1. Kerajinan

Datuk Dolhi rajin membaca buku bagi


menambahkan ilmunya dalam bidang
keusahawanan. Sebelum beliau menyampaikan
ceramah kepada peniaga muda.

2. Ketabahan

Datuk Dolhi tetap tabah menghadapi pelbagai


musibah angkara perbuatan anak-anaknya. Hasnol
terlibat dengan jenayah rasuah, Ilham terlibat
dengan demostrasi menentang pembalakan di
Serawak, Mukhlis pula terlibat dengan ajaran sesat
sehingga sasau dan Doni pula terlibat dengan
penyalahgunaan dadah.

Nilai dalam Sutera dalam lukisan


Nilai

Huraian

1. Kasih sayang

Bujei cuba menyelamatkan ibunya dalam kebakaran


di rumahnya. Ibunya telah pengsan setelah didera
oleh bapa tirinya ketika itu. Tetapi malangnya dalam
kejadian tersebut ibunya terkorban.

2. Keadilan

Alias telah merosakkan radio yang baru dibeli oleh


Bujei di pekan. Sidang Saman menyuruh Alias
membayar ganti rugi di atas kerosakkan radio Bujei
itu. Ini menunjukkan keadilan sifat Sidang Saman
sebagai ketua kampung.

Jelaskan tema novel yang telah anda pelajari?


Tema dalam Renyah
Konflik kekeluargaan tokoh perniagaan Melayu dalam
mendidik anak-anak. Datuk Dolhi mencari pengantinya
dalam perniagaan dalam kalangan anak-anaknya. Tapi
gagal. Hasrol ditangkap kerana rasuah, Dani pemuzik yang
terlibat dengan dadah dan dihantar di pusat serenti, Ilham
lari keluar negara kerana melakukan demonstrasi
menentang pembalakan Malaysia di luar negara. Mukhlis
pula menjadi sasau akibat terlalu taksub dengan tok gurunya
dan terpaksa mengahwini janda tok gurunya Hanisah dan
memerilahara 2 orang anak jandanya itu. Manakala Amera
bergelut dengan perjuangan suaminya mempertahankan
jawatan dalam parti dan menteri. Akhirnya Wahi, anaknya
bersama Mastura yang menggantikannya dalam perniagaan.

Tema Sutera dalam lukisan


Konflik jiwa seorang pemuda dalam mengharungi kehidupan
setelah kematian kedua ibu bapa dan neneknya. Pandangan
negatif orang kampung akibat fitnah yang ditabur oleh bapa
tirinya telah membentuk keperibadiannya menjadi manusia
abnormal. Kehadiran Adila telah membawa sinar baru dalam
hidup pemuda tersebut dan kembali menjadi manusia
normal seperti sediakala.

Huraikan latar tempat dalam novel yang telah anda


pelajari?
Latar tempat dalam Renyah
Latar Tempat

Huraian

1.

Hospital

Mukhlis dimasukkan ke hospital setelah dilanggar


oleh motosikal ketika merayau-rayau di pekan.
Menurut doktor, selepas fizikalnya pulih, Mukhlis
mesti dihantar ke pusat rawatan mental.

2.

Rumah
Datul Dolhi

Selepas makan malam Datuk Dolhi telah membuat


kejutan dengan mengistiharkan bahawa Wahi
adalah anak kandungnya. Beliau telah menceritakan
kisah silamnya bersama Mastura, isterinya yang
telah meninggal dunia.

Latar tempat dalam Sutera dalam lukisan


Latar Tempat

Huraian

1.

Di
tebing
sungai

Kadang-kadang Bujei berada di tebing untuk


memancing. Suatu petang Bujei terserempak dengan
Alias. Alias telah menyuruh Bujei menghempas dirinya
dalam air. Habis bajunya basah kuyut. Walaupun Bujei
tahu dirinya diperbodoh tapi terpaksa mengikut arahan
Alias supaya dirinya tidak diapa-apakan.

2.

Di pekan

Adila dan Samsul telah membawa Bujei ke pekan untuk


menggunting rambut. Di pekan Bujei telah membeli jam
tangan, radio dan beberapa keperluan lain dengan
ditemani oleh Samsul.

Berdasarkan novel yang telah anda pelajari, jelaskan klimaks novel


tersebut dan peristiwa yang membawa kepada kesudahan cerita.

Renyah
Plot
Klimaks

Huraian
Wakil

Timbalan Menteri datang untuk merisik Amera.


Sebelum persembahan Dani meminta kebenaran daripada
rakannya untuk mendapatkan dadah dan akhirnya dia
ditangkap.
Tengku Munir telah membuat laporan bahawa Hasnol telah
meminta rasuah sebanyak RM 1 juta di Pejabat Menteri
Besar.
Datin Tominah meminta Hasnol pulang untuk mencabar di
mahkamah.
Ilham mengecam kerajaan Malaysia membiarkan balak terus
ditebang.
Datuk Dolhi telah mengistiharkan Wahi sebagai anaknya

Peristiwa
Hasnol dibebaskan dengan ikat jamin dan Dani juga dijamin.
kesudahan Wahi dan Yuka pulang ke tanah air disambut oleh Datuk Dolhi

Sutera dalam lukisan


Plot
Klimaks

Huraian
Alias

berusaha menculik Adila dengan bantuan rakanrakannya tetapi tidak berjaya.


Alias meminta bantuan neneknya untuk menggunakan ubat
pengasih.
Pelbagai fitnah dileparkan terhadap Bujei dan Adila

Peristiwa
Adila juga menaruh hati kepada Bujei (Hafiz). Hal ini
kesudahan menyebabkan Alias menjadi sasau kerana cintanya tidak
kesampaian. Adila ditawarkan untuk berkhidmat sebagai
pensyarah di salah sebuah universiti swasta di kota.

Huraikan latar masyarakat berdasarkan novel yang telah anda pelajari.

Latar Masyarakat dalam Renyah


Latar
Masyarakat
Masyarakat
Usahawan

Huraian
Datuk Dolhi dan Albert Lee merupakan usahawan
yang berjaya dan kaya raya. Mereka telah
menubuhkan syarikat usaha sama iaitu Dolhi-Albert
Holding.

Masyarakat yang Hasnol pegawai PTD yang sentiasa tidak cukup


wang kerana kehidupan yang bermewahan. Sikap
tamak
tamak menguasai dirinya akibat desakan daripada
isterinya Linda, maka Hasnol telah menerima
rasuah daripada Tengku Munir sebanyak RM300
ribu.

Latar Masyarakat dalam Sutera dalam Lukisan


Latar
Masyarakat
Masyarakat
kampung yang
mempunyai
normal
kemanusiaan

Huraian
Sidang Saman begitu mengambil berat ten6tang
Bujei dengan membawa Bujei balik ke rumah
setelah dipukul oleh Harun.

Masyarakat yang Baru sahaja beberapa bulan berkahwin, Harun telah


meminta isterinya Fatimah membelikan kereta.
mengambil
kesempatan di
atas kesenangan
orang lain

Kegigihan merupakan salah satu nilai yang terdapat dalam novel yang anda
pelajari. Buktikan pernyataan tersebut.

Nilai kegigihan dalam Renyah


Nilai Kegigihan
Kegigihan
membina
empayar dalam
perniagaan

Huraian
Datuk Dolhi begitu gigih membina empayar
perniagaan dan berjaya menubuhkan sebuah
syarikat perniagaan yang utuh bersama rakan
kongsinya Albert Lee. Mereka berdua telah
menubuhkan Dolhi-Albert Holding

Kegigihan dalam Amera begitu komited dengan kerjayanya sebagai


guru. Berkat kegigihannya beliau telah
bidang
dianugerahkan tokoh guru cemerlang peringkat
pendidikan
negeri.

Nilai kegigihan dalam Sutera dalam Lukisan


Nilai Kegigihan

Huraian

Kegigihan dalam Adila begitu ikhlas ingin membantu Bujei dalam


memberi keyakinan diri dan semangat. Berkat
membantu
kegigihan itu menunjukkan keadaan dan tingkah
sesama insan
laku Bujei telah berubah dari sehari ke sehari
sehinggalah Bujei boleh berdikari dengan membuat
batas untuk bercucuk tanam.
Kegigihan ingin
mengubah cara
hidup

Bujei sering berfikir tentang kehidupannya dan


bertekad ingin mengubah cara hidup. Dia tidak
mahu terus-terusan diperbodoh oleh orang
kampung terutamanya Alias. Dengan bantuan Adila,
dia telah mendapat keyakinan diri dan ingin
mengusahakan tanah peninggalan keluarganya.

Huraikan watak dan perwatakan watak utama novel yang telah anda pelajari

Watak utama dalam Renyah


Watak Datuk Dolhi

Perwatakan Datuk Dolhi

Berusia 60-an. Suami kepada


Datin Tominah. Bapa kepada
6 orang anak iaitu Hasnol,
Amera, Ilham, Mukhlis, Dani
serta Wahi. Isteri kedua iaitu
ibu Wahi, Mastura peranakan
Arab dan merupakan kekasih
lamanya. Beliau seorang
usahawan yang berjaya.

Seorang yang gigih - Datuk Dolhi


seorang usahawan yang berjaya
dalam perniagaan dan mempunyai
empayar perniagaan Dolhi-Albert.
Beliau mempunyai daya ingatan yang
tinggi. Beliau masih mengingati lagulagu Jepun semasa zaman
persekolahan dulu. Beliau seorang
yang rajin membaca dan akan
membaca sebelum menyampaikan
ceramah usahawan kepada peniaga
muda. Beliau seorang yang penyabar
dengan pelbagai karenah anak-anak.

Watak utama dalam Sutera dalam Lukisan


Watak Bujei

Perwatakan Bujei

Berumur 27 tahun. Ibunya


bernama fatimah dan bapa
tirinya bernama Harun. Pintar
di sekolah rendah tetapi
tercicir dalam pelajaran
selepas peristiwa kebakaran
yang yang meragut nyawa ibu
kandungnya. Bermula dari
peristiwa itu, dia telah hilang
tempat bergantung
menyebabkan dia hidup tidak
tentu arah.

Mempunyai cita-cita - Bujei bercita-cita


ingin menjadi askar seperti ayahnya.
Beliau suka mendengar radio dan
menonton TV dapat menyampaikan
lagu Bahtera Merdeka dengan baik .
Beliau seorang yang penakut takut
dengan Alias dan selalu mengikut
sahaja apa yang disuruh oleh Alias.
Dia tidak mementingkan kebersihan
tetapi akhirnya berubah setelah
disuruh oleh Adila. Dia mempunyai
sikap suka berjimat kerana wang yang
diberi oleh Wak Senen tidak
digunakan.

Watak utama sesebuah novel sering dikaitkan dengan pelbagai cabaran.


Berdasarkan novel yang telah anda pelajari, huraikan cabaran-cabaran yang
dihadapi oleh watak tersebut.

Cabaran watak utama dalam Renyah


Cabaran watak
Datuk Dolhi
Cabaran
menangani
karenah anakanak

Huraian
Sikap anak-anak Datuk Dolhi telah memeningkan
kepalanya. Perancangan untuk meletakkan anakanaknya sebagai pengganti dalam urusan syarikat
terbengkalai. Hasnol sayangkan jawatannya
sebagai PTD. Amera berminat dalam bidang
perguruan.

Cabaran watak utama dalam Sutera dalam Lukisan


Cabaran watak
Bujei
Cabaran
menghadapi
kehidupan tanpa
tempat
bergantung

Huraian
Bujei telah mengalami beberapa tragedi yang
besar iaitu tragedi kematian ayahnya, kematian ibu
dan neneknya. Kedau-dua tragedi itu telah
mendatangkan tekanan kepadanya. Namun hidup
mesti diteruskan. Dia tinggal di rumah peninggalan
neneknya seorang diri. Walaupun hidup dalam
kedaifan, dia menghadapi cabaran hidup dengan
tabah.

Huraikan nilai kasih sayang yang terdapat dalam novel yang anda kaji.

Nilai kasih sayang dalam Renyah


Nilai kasih sayang

Huraian

Kasih sayang ibu


bapa terhadap
anak-anak

Datuk Dolhi dan Datin Tominah sayang akan anakanaknya. Oleh sebab itulah, mereka berusaha
menyelamatkan anak-anak mereka yang
bermasalah dengan pelbagai cara. Dani telah
dihantar ke pusat pemulihan. Datuk Dolhi telah
menjamin Hasnol di balai polis.

Kasih sayang
seorang sahabat

Albert Lee merupakan rakan kongsi Datuk Dolhi


dan mereka telah sama-sama membina empayar
perniagaan Dolhi-Albert Holding. Bagi
meneguhkan lagi persahabatan mereka, meraka
telah merancang untuk menjodohkan Ameera
dengan Robert Lee anak Albert Lee tanpa mengira
agama dan keturunan.

Nilai kasih sayang dalam Sutera dalam Lukisan


Nilai kasih sayang

Huraian

Kasih sayang
seorang anak
terhadap ibunya

Bujei cuba menyelamatkan ibunya dalam


kebakaran rumahnya. Pada masa itu ibunya
pengsan setelah didera oleh bapa tirinya dan
dalam masa yang sama bapa tirinya Harun telah
tersepak pelita menyebabkan rumahnya terbakar.

Kasih sayang
seorang sahabat

Sifat kasih sayang dan keikhlasan Adila telah


dapat merubah sikap Bujei. Sebelum ini Bujei
dikatakan bersikap tidak normal dan sasau akibat
beberapa tragedi ke atas dirinya. Sifat kasih
sayang Adila telah menyebabkan Bujei yakin
kepada dirinya dan membentuk keperibadian
sehingga berjaya.

Konflik merupakan perkara yang menarik dalam sesebuah cerita.


Berdasarkan novel yang anda baca, jelaskan bagaimana watak utama
menyelesaikan konflik yang dihadapi.
Watak utama menyelesaikan konflik dalam Renyah
Konflik

Bagaimana watak utama menyelesaikan konfliks

Datuk Dolhi
menyelesaikan kes
anaknya Dani
dengan menghantar
anaknya ke pusat
pemulihan

Dani iaitu anak Datuk Dolhi yang menganggotai


kumpulan muzik rock telah terlibat dengan
penyalahgunaan dadah. Dia telah ditangkap oleh
polis semasa ingin membuat persembahan. Datuk
Dolhi telah menyelesaikan kesnya di mahkamah
dan menghantarnya ke pusat pemulihan.

Datuk Dolhi telah


menyelesaikan
konflik kekeluargaan
untuk mencari
pengantinya.

Datuk Dolhi telah memanggil kesemua anaknya


berkumpul dan menceritakan kedudukan Wahi
sebagai anaknya bersama Mastura. Pada mulanya
berita ini tidak boleh diterima oleh keluarganya.
Tetapi akhirnya seluruh keluarga dapat menerima
Wahi sebagai sebahagian daripada keluarga
mereka dan Datuk Dolhi telah melantik Wahi
sebagai pengantinya.

Watak utama menyelesaikan konflik dalam Sutera dalam Lukisan


Konfliks

Bagaimana watak utama menyelesaikan konfliks

Bujei dapat
menyelesaikan
konflik dirinya

Bujei ialah seorang pemuda yang dianggap tidak


normal dalam masyarakat kampungnya. Setelah
kehadiran Adila, dia telah berubah menjadi lebih
yakin pada dirinya sendiri dan berubah sikap
menjadi lebih normal.

Bujei dapat
menyelesaikan
konflik dengan Alias
yang merosakkan
radionya

Pada suatu petang Alias datang ke rumah Bujei


dan mengugut Bujei supaya menjauhkan diri
daripada Adila. Alias telah mengugut Bujei dan
menghempas radio yang baru dibeli olehnya. Bujei
dengan berani melawan Alias dan menyuruh Alias
membayar ganti rugi sebanyak RM 80.00. Akhirnya
dengan bantuan Sidang Saman, Alias terpaksa
menbayar balik ganti rugi radio Bujei.

Sesebuah novel dapat menimbulkan pelbagai kesan terhadap perasaan


pembaca. Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua
peristiwa yang meninggalkan kesan terhadap perasaan anda.
Peristiwa yang meninggalkan kesan terhadap perasaan dalam Renyah
Peristiwa

Mengapa peristiwa itu meninggalkan kesan

Persahabatan
yang tidak
mengira
agama dan
bangsa

Persahabatan Datuk Dolhi dan Albert Lee sehingga dapat


menubuhkan syarikat usahasama iaitu Dolhi-Albert Holding.
Peristiwa tersebut menimbulkan kesan kepada saya kerana
jarang sekali kita lihat orang Melayu dan Cina dapat
membina empayar yang besar. Lagipun mereka berdua
sanggup mengahwinkan kedua-dua anak mereka.

Perasaan cinta
melangkaui
sempadan
negara

Wahi telah berkahwin dengan gadis dari Jepun yang


bernama Yuka. Peristiwa ini meninggalkan kesan kepada
saya kerana Wahi seorang pemuda kampung dapat
mengahwini Yuka seorang gadis Jepun semasa Wahi
dihantar menimba pengalaman di Jepun. Setelah melalui
beberapa konfliks akhirnya mereka diterima oleh
keluarganya dan mendapat restu oleh Datuk Dolhi.

Peristiwa yang meninggalkan kesan terhadap perasaan dalam


Sutera dalam Lukisan
Peristiwa

Mengapa peristiwa itu meninggalkan kesan

Bujei berani
menumbuk
perut Alias
ketika Alias
merosakkan
radionya

Peristiwa ini meninggalkan kesan kerana seseorang akan


menjadi lebih berani apabila menegakkan haknya. Bujei
berani mempertahankan haknya dengan menuntut supaya
Alias mengganti radio yang dirosakkan dan mengugut untuk
membakar motosikal Alias. Dengan bantuan Sidang Saman,
Bujei mendapat kembali ganti rugi radionya.

Orang ramai
terpegun
apabila Bujei
mendendangk
an lagu
Bahtera
Merdeka

Peristiwa ini meninggalkan kesan kerana setiap orang


mempunyai kelebihan tersendiri. Bujei telah dijemput untuk
menyanyikan sebuah lagu semasa majlis perkahwinan
Sameah. Sebenarnya Alias ingin mengenakan Bujei. Pada
mulanya Bujei tidak naik pentas apabila namanya dipanggil,
tetapi semangatnya ingin mencuba akhirnya dia naik juga.
Setelah mendendangkan lagu, semua orang terpegun.
Rupa-rupanya Bujei boleh menyanyikan lagu tersebut
dengan baik.

Ketabahan watak utama dalam sesebuah novel membolehkannya


memperoleh kejayaan.
Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan dua contoh yang
dapat membuktikan pernyataan di atas.
Ketabahan watak utama dalam Renyah
Ketabahan

Bukti watak utama memperoleh kejayaan

Ketabahan
Datuk Dolhi
menghadapi
cabaran dalam
perniagaan

Datuk Dolhi begitu risau kerana anak-anaknya tidak mahu


meneruskan legasi perniagaannya. Berkat ketabahannya
dalam hal ini, akhirnya beliau telah melantik salah seorang
anaknya iaitu Wahi sebagai pengganti. Beliau begitu
sayangnya perniagaannya kerana berkat ketabahannya
juga beliau boleh berjaya sehingga dapat menubuhkan
syarikat itu.

Ketabahan
Datuk Dolhi
menghadapi
krisis bersama
isterinya

Pada suatu malam, Datuk Dolhi mengistiharkan bahawa


Wahi adalah anak kandungnya daripada isteri kedua.
Sebagai akibatnya, hubungannya dengan Datin Tominah
renggang. Berkat ketabahannya melayani konfrontasi yang
dilakukan oleh isterinya, akhirnya keadaan pulih semula.

Ketabahan watak utama dalam Sutera dalam Lukisan


Ketabahan

Bukti watak utama mendapat kejayaan

Ketabahan
Bujei
menghadapi
kehidupannya

Bujei sering dihina oleh masyarakat kampungnya dan


mereka menganggap Bujei ialah seorang pemuda yang
tidak normal. Berkat ketabahannya serta dengan bantuan
Adila Bujei telah yakin pada dirinya dan berubah menjadi
manusia yang normal dan boleh berdikari.

Ketabahan
Bujei
menghadapi
Alias yang
sentiasa
menyusahkan
hidupnya

Alias seorang pemuda kampung yang sering membuli Bujei


dengan pelbagai cara. Sebelum ini Bujei tidak pernah
melawan malah menuruti segala suruhan Alias. Berkat
ketabahan itu Bujei tidak pernah melawan. Tetapi akhirnya
setelah Bujei mendapat keyakinan diri, dia telah cuba
menyelesaikan masalah dengan Alias.

Berdasarkan dua buah novel yang telah anda kaji, jelaskan satu contoh nilai
kasih sayang yang terdapat dalam setiap novel.
Nilai kasih sayang dalam Renyah
Kasih sayang

Peristiwa

Kasih sayang
Datuk Dolhi
kepada anakanaknya

Novel ini menceritakan pelbagai karenah anak-anak Datuk


Dolhi yang telah memeningkan kepalanya. Hasnol telah
terlibat dengan rasuah, Mukhlis menjadi tidak siuman
setelah bercerai, Ilham diburu polis kerana menganjur tunjuk
perasaan, dan Dani pula terlibat dengan penyalahgunaan
dadah. Walau apapun karenah anak-anaknya, namun beliau
tetap menunjukkan kasih sayang dengan menjamin,
mencari dan memulihkan kembali anak-anaknya.

Kasih sayang
terhadap
keluarga

Albert Lee tetap meluangkan masa bersama-sama dengan


isteri dan anak-anaknya walaupun sibuk dengan urusan
perniagaannya.

Nilai kasih sayang dalam Renyah


Kasih sayang

Peristiwa

Kasih sayang
anak kepada
ibu

Harun, bapa tiri Bujei telah bertindak zalim ke atas Fatimah


ibu Bujei. Suatu hari Harun telah memukul Fatimah hingga
pengsan dan meninggalkan rumah. Sebelum keluar rumah
dia telah menyepak pelita minyak tanah menyebabkan
rumahnya terbakar. Bujei cuba menyelamatkan ibunya
tetapi dihalang oleh orang kampung.

Kasih sayang
manusia
terhadap
manusia yang
lain.

Nilai ini boleh dilihat melalui watak Adila yang ingin


membantu memulihkan semangat Bujei. Akhirnya Bujei
telah mula pulih dan yakin kepada dirinya dan cuba untuk
berdikari dengan bercucuk tanam.

Berdasarkan dua buah novel yang telah anda kaji, jelaskan dua peristiwa
yang menunjukkan kepincangan yang berlaku dalam masyarakat.
Kepincangan yang berlaku dalam masyarakat dalam Renyah
Kepincangan

Peristiwa

Masyarakat
yang suka
memberi dan
menerima
rasuah

Tengku Munir yang tamak sanggup memberikan rasuah


kepada Hasnol agar meluluskan kesemua tender yang
dimohonnya. Manakala Hasnol yang ingin hidup mewah
sanggup menerima rasuah sehingga dia didakwa oleh pihak
berkuasa.

Anak terabai
apabila
berpoligami

Datuk Dolhi telah mengahwini Mastura secara senyapsenyap tanpa pengetahuan Datin Tominah. Akhirnya Wahi
terpaksa hidup dan membesar tanpa kasih sayang seorang
ayah. Tetapi akhirnya Datuk Dolhi telah mengistiharkan
Wahi anak kandungnya menyebabkan berlaku konfrontasi
antara Datuk Dolhi dan Datin Tominah.

Kepincangan yang berlaku dalam masyarakat dalam


Sutera dalam Lukisan
Kepincangan

Peristiwa

Masyarakat
yang suka
menaburkan
fitnah

Alias telah menaburkan fitnah terhadap Adila dengan


mengatakan Adila telah menghidap penyakit AIDS dan
perempuan yang sudah rosak untuk memalukan Adila
selepas Adila menolak pinangannya.

Masyarakat
yang terlibat
dengan gejala
sosial

Alias dan Sahak terlibat dalam perlumbaan motosikal


secara haram sehingga menyebabkan Sahak cedera parah
selepas terlibat dalam kemalangan semasa sedang
berlumba.

Berdasarkan dua buah novel yang telah anda kaji, huraikan latar masyarakat
dalam novel tersebut.
Latar masyarakat dalam Renyah
Latar masyarakat

Peristiwa

Masyarakat
usahawan

Datuk Dolhi dan Albert Lee merupakan usahawan yang


berjaya dan memiliki Dolhi-Albert Holding. Malah, Datuk
Dolhi merupakan seorang jutawan yang berjaya.

Masyarakat yang
berpengetahuan
dan
mementingkan
ilmu pengetahuan

Datuk Dolhi mempunyai banyak pengetahuan dan


pengalaman dalam perniagaan. Beliau juga minat
membaca buku. Sebelum memberi ceramah kepada
usahawan muda, beliau telah menyelak buku-buku
lamanya.

Latar masyarakat dalam Sutera dalam Lukisan


Latar masyarakat

Peristiwa

Masyarakat yang
kurang bernasib
baik

Bujei dianggap oleh orang-orang kampung sebagai


seorang yang bodoh, dungu, dan tidak berakal kerana
sikap Bujei yang lurus. Bapanya telah meninggal sejak
dia masih kecil, kemudian ibunya dan neneknya. Dia
telah hilang tempat bergantung dan terpaksa hidup
sebatang kara.

Masyarakat yang
tidak
berperikemanusia
an

Alias selalu membuli dan memukul Bujei kerana Bujei


tidak pernah melawan dan lemah. Begitu juga Harun
yang tamakkan harta sanggup membunuh Fatimah dan
menganyai Bujei untuk mendapatkan tandatangan bagi
membolehkannya menukar nama tanah.

Berdasarkan dua buah novel yang telah anda kaji, jelaskan dua peristiwa
yang menunjukkan kepincangan yang berlaku dalam masyarakat.
Kepincangan masyarakat dalam Renyah
Kepincangan
masyarakat

Peristiwa

Masyarakat yang
boros dan tamak

Tengku Munir bersikap tamak hingga sanggup


memberikan tekanan kepada Hasnol bagi memperoleh
semua tender yang dimohonnya. Hasnol yang hidup
bermewah-mewahan sehingga sanggup menerima
rasuah.

Masyarakat artis
yang terlibat
dengan dadah

Dani yang bercita-cita menjadi penyanyi rock dan ingin


melancarkan albumnya. Malangnya dia telah berjinakjinak dengan penyalahgunaan dadah sehingga ditangkap
polis. Keadaan ini telah menutup peluang menyebabkan
pelancaran album sulungnya tergendala.

Kepincangan masyarakat dalam Sutera dalam Lukisan


Kepincangan
masyarakat

Peristiwa

Masyarakat yang
mempercayai
ilmu-ilmu karut

Emak Adila masih lagi memegang kuat kepada fahaman


anamisme. Dia cuba memberi nasihat kepada anaknya,
Adila supaya berhati-hati ketika berada di kampung. Dia
bimbang hubungan yang rapat Adila dengan Bujei ditakuti
akan terkena ilmu hitam.

Masyarakat yang
tidak memegang
janji/
ketidaksetiaan

Faizal tidak memegang janji dalam percintaannya dengan


Adila. Faizal telah berjanji untuk mengambil Adila sebagai
isterinya selepas sahaja Adila tamat pengajiannya. Tetapi
akhirnya Faizal berkahwin dengan orang lain.

Berdasarkan dua buah novel yang telah anda kaji, huraikan latar masyarakat
dalam setiap novel.
Latar masyarakat dalam Renyah
Latar masyarakat

Peristiwa

Masyarakat
majmuk

Kehidupan majmuk dalam negara yang terdiri daripada


bangsa Melayu yang diwakili oleh keluarga Datuk Dolhi,
bangsa Cina yang diwakili oleh keluarga Albert Lee, dan
bangsa Jepun yang diwakili oleh Yuka

Masyarakat yang
berani

Amera berani menegur Ilham dan Dani yang tidak mahu


bekerja dan tidak berdisiplin. Wahi juga berani berjumpa
dengan bapa Yuka untuk melamar Yuka.

Latar masyarakat dalam Sutera dalam Lukisan


Latar masyarakat

Peristiwa

Masyarakat yang
mengambil
kesempatan atas
kesenangan
orang lain

Baru sahaja beberapa bulan berkahwin, Harun sudah


memujuk Fatimah untuk membeli kereta. Tidak cukup
dengan itu, Harun seringkali meminta duit daripada
Fatimah dan menunjukkan perangainya yang sebenar.

Masyarakat yang
mengamalkan
kerjasama

Sewaktu Sidang Saman ingin mengadakan majlis


perkahwinan anaknya Samaeh, seluruh penduduk
kampung berkerjasama mengadakan majlis tersebut
termasuklah Bujei.

Sesebuah novel dapat menimbulkan kesedaran kepada pembaca.


Berdasarkan dua buah novel yang telah anda kaji, jelaskan sebab-sebab itu
boleh menimbulkan kesedaran kepada pembaca.
Sebab-sebab novel itu boleh menimbulkan kesedaran dalam Renyah
Kesedaran

Sebab-sebab

Pentingnya sikap
berjimat cermat
dan sederhana
dalam hidup

Hasnol bersikap boros dan suka bermewah-mewahan


dalam hidup. Sikap ini telah menyebabkan dia selalu
berhutang dengan Datuk Dolhi, ayahnya tetapi tidak
pernah membayar. Akhirnya Tengku Munir telah
mengambil kesempatan ini untuk menawarkan rasuah.

Berhati-hati
dalam mengejar
cita-cita

Dani terlalu taksub mengejar cita-citanya sebagai


kumpulan rock. Ketika ingin melancarkan albumnya yang
pertama, dia telah menggunakan dadah untuk memberi
keyakinan dalam persembahannya. Akhirnya dia telah
ditangkap oleh polis.

Sebab-sebab novel itu boleh menimbulkan kesedaran dalam Sutera


dalam Lukisan
Kesedaran

Sebab-sebab

Tekanan hidup
boleh
menyebabkan
manusia berubah

Bujei telah mengalami tragedi yang besar. Pertama,


kematian ayahnya dalam tragedi kemalangan. Kedua
kematian ibunya dan neneknya. Dia hilang tempat
bergantung sedangkan dia masih kecil untuk menerima
semua itu. Tekanan hebatnya menyebabkan dia menjadi
tidak normal.

Fitnah boleh
meruntuhkan
institusi
kemasyarakatan

Alias telah membuat fitnah yang Adila telah mengidap


penyakit AIDS dan merupakan perempuan yang telah
rosak. Hal ini meyebabkan Bujei telah menyesyaki
sesuatu dan tidak mahu berjumpa Adila. Adila juga telah
mendapat malu dan terpaksa balik ke Kuala Lumpur.
Kejadian ini sedikit sebanyak telah menyebabkan dia
berputus asa untuk menolong Bujei tetapi akhirnya dia
menghadapi keadaan itu dengan tenang.

Berdasarkan dua buah novel yang telah anda kaji, huraikan peristiwa yang
memaparkan nilai keberanian dalam setiap novel.
Nilai keberanian dalam Renyah
Nilai keberanian

Peristiwa

Berani bersaing
dalam dunia
perniagaan

Datuk Dolhi seorang anak Melayu yang berani


menceburkan diri dalam bidang perniagaan dan
berkerjasama pula dengan kaum lain iaitu Albert Lee.
Beliau akhirnya berjaya dalam perniagaan dan bergelar
jutawan.

Wahi berani
menyahut
cabaran ayahnya
Datuk Dolhi untuk
menerajui
syarikat

Setelah kesemua anak Datuk Dolhi tidak mahu


mengambil alih pengurusan syarikat, maka Datuk Dolhi
telah melantik Wahi menggantikkannya. Semua lembaga
pengarah bersetuju melainkan Albert Lee. Albert Lee
menuuduh anak-anak Datuk Dolhi telah menyebabkan
prestasi syarikat jatuh. Wahi terpaksa menghadapi Albert
Lee dalam mengendalikan teraju syarikat.

Nilai keberanian dalam Sutera dalam Lukisan


Nilai keberanian

Peristiwa

Berani
Harun balik semula setelah sekian lama menghilang.
mempertahankan Misinya kali ini untuk mendapatkan tandatangan Bujei
hak
untuk penjualan tanah pusaka. Sewaktu di tepi sungai,
Harun telah memaksa Bujei menandatangani surat tukar
nama tanah. Setelah pelbagai cara dilakukan, akhirnya
Bujei telah menandatangani borang tersebut tetapi telah
membasahkan borang itu menyebabkan dakwatnya
kembang. Hal ini menyebabkan Harun marah.
Berani
menunjukkan
bakat terpendam

Semasa perkahwinan Sameah, terdapat persembahan


pancaragam. Bujei telah diundang untuk menyampaikan
sebuah lagu selepas mendapat permintaan seseorang.
Semua beranggapan bahawa Bujei akan merosakkan
majlis tetapi sebaliknya terpukau dengan persembahan
lagu Bahtera Merdeka. Bujei menyampaikan lagu
dengan cukup yakin dan mempersonakan orang
kampung.

Anda mungkin juga menyukai