Anda di halaman 1dari 42

KAEDAH OPS-MATEMATIK DALAM MENYELESAIKAN

PENAMBAHAN SEBARANG DUA NOMBOR YANG


MELIBATKAN ANU BAGI TAHUN 5.

MARK NOEL JOHNNEY

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi


sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Perguruan

INSTITUT PENDIDIKAN GURU


KAMPUS PERLIS

JANUARI 2012

PENGESAHAN PENYELIA

Saya akui bahawa saya telah membaca laporan penyelidikan ini


dan pada pandangan saya karya ini telah memadai dari segi
skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Perguruan
............................................................................................

Tandatangan

Nama Penyelia

Tarikh

PENGAKUAN

Saya akui laporan kajian ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan :
Nama penulis :
Tarikh:

DEDIKASI

PENGHARGAAN

Pengkaji ingin blab la bla

ABSTRAK

Cchgcdfxzdzjgdgff hgcfhjfjhfljhfttdhgv

ABSTRACT

Nhdhbreagerabgehebrga ehgbavgaawg

KANDUNGAN
PENGESAHAN PENYELIA
PENGAKUAN
DEDIKASI
PENGHARGAAN
ABSTRAK
ABSTRACT
SENARAI JADUAL
SENARAI RAJAH
SENARAI LAMPIRAN
PENDAHULUAN

Muka Surat

Pengenalan
Refleksi Pengalaman Lalu
Refleksi Sorotan Literatur
FOKUS KAJIAN
Tinjauan Isu Kajian
Analisis Tinjauan Kajian
Analisis Dokumen
Pemerhatian
Temu Bual
Refleksi Isu Kajian
OBJEKTIF KAJIAN / SOALAN KAJIAN
Objektif Kajian
Soalan Kajian
KUMPULAN SASARAN
TINDAKAN
Procedur Tindakan
Cara Pengumpulan Data
Pemerhatian
Analisis Dokumen
Temu Bual

Analisis Data
Pemerhatian
Analisis Dokumen
Temu Bual
DAPATAN / KESIMPULAN
REFLEKSI
Pelaksanaan tindakan
Dapatan kajian
CADANGAN UNTUK KAJIAN SETERUSNYA
RUJUKAN
LAMPIRAN

SENARAI JADUAL

Jadual

Muka Surat

10

SENARAI RAJAH

11

SENARAI LAMPIRAN

12

PENDAHULUAN

Pengenalan
Matematik adalah satu subjek yang diajar dari sekolah rendah lagi. Pelbagai
anggapan yang dibuat oleh murid berkaitan dengan matematik. Tidak kurang juga
dengan anggapan yang negatif terhadap subjek tersebut. Hal ini sudah menjadi
lumrah dan kebiasaan dalam kalangan murid-murid di sekolah tidak kira sekolah
rendah mahupun sekolah menengah. Hal ini berlaku adalah kerana murid-murid
biasanya menganggap matematik satu subjek yang membosankan dan sukar.
Kesukaran ini berlaku disebabkan oleh kefahaman murid yang rendah dan
penguasaan kemahiran asas dalam pengiraan yang lemah. Operasi asas yang terlibat
dalam pengiraan ialah tambah, tolak, darab dan bahagi.
Penguasaan kemahiran asas yang lemah ini menyebabkan kesukaran dalam
diri murid apabila melibatkan pemikiran algebra. Algebra menekankan konsep
hubungan, generalisasi aritmetik serta manipulasi simbol (Kieran, 1990). Algebra
memerlukan murid mempunyai kefahaman konsep yang tinggi dan kemahiran
generalisai. Ciri pemikiran algebra ini dapat dilihat berdasarkan dua komponen
pemikiran algebra iaitu komponen alat pemikiran matematik dan komponen idea asas
algebra (Shriegler, 2001).
Walaupun topik algebra telah mula didedahkan kepada murid sejak peringkat
sekolah rendah atas atau peringkat sekolah menengah rendah di kebanyakan negara,
namun masih terdapat ramai murid berasa bimbang dan tidak berminat untuk
mempelajari topik yang dianggap terlalu abstrak ini (Martinez, 2002; Radford &
Puig, 2007). Oleh itu, satu kajian telah dibuat dengan menggunakan kaedah Ops13

Matematik untuk membantu murid untuk menyelesaikan penambahan dua nombor


yang melibatkan anu.

Refleksi Pengalaman Lalu


Sebagai seorang guru Matematik, pengkaji dapati bahawa enam orang murid
daripada Tahun 5 Zamrud tidak dapat menjawab soalan matematik yang melibatkan
anu dengan betul. Berdasarkan pemerhatian awal, pengkaji mendapati bahawa
terdapat beberapa sebab murid tidak dapat menjawab soalan tersebut dengan betul.
Sebab yang pertama, murid gagal untuk menentukan operasi yang terlibat sama ada
tambah ataupun tolak. Sebab yang kedua ialah murid gagal untuk membuat
perhubungan ayat matematik tambah dan tolak serta menentukan nilai yang patut
ditolak. Dalam erti kata lain, murid perlu tahu bahawa untuk membuat sebarang
penolakan dua nombor, murid hendaklah menolak nombor yang mempunyai nilai
yang besar dengan nombor yang mempunyai nilai yang kecil. Sebab yang ketiga
ialah murid mengabaikan anu dan melakukan penambahan secara langsung.
Terdapat juga sebab lain yang menyebabkan murid gagal menjawab soalan tersebut
seperti kecuaian semasa melakukan pengiraan. Kecuaian semasa melakukan
pengiraan adalah kebiasaan bagi murid-murid.
Oleh itu, pengkaji bertanyakan beberapa soalan kepada murid. Salah satu
soalan yang ditanya ialah apa yang kamu lakukan apabila mendapat soalan
berkenaan dengan anu? Jawapan yang diberikan oleh murid ialah sama ada tidak
tahu ataupun tambah sebarang nilai yang terdapat pada ayat matematik tersebut.
Jawapan yang diberikan oleh murid tersebut memberikan kesan kepada diri pengkaji.
Pengkaji merasakan penyampaian ataupun aktiviti yang dirancang tidak membantu
14

murid untuk memahami dan menguasai topik tersebut. Hal ini menjejaskan proses
pengajaran dan pembelajaran kerana murid tidak memahami konsep tersebut
seterusnya menyebabkan murid kurang berminat untuk melibatkan diri di dalam
aktiviti yang telah dirancang. Perkara ini bertambah buruk apabila murid tidak mahu
membuat latihan yang diberikan oleh pengkaji. Latihan yang diberikan adalah untuk
memantapkan lagi kefahaman murid mengenai topik tersebut. Oleh kerana murid
tidak memahami topik ini, maka murid tidak berminat untuk membuat latihan.
Justeru, pengkaji perlu menangani masalah ini agar tidak bertambah buruk.
Daripada masalah yang pengkaji hadapi ini, pengkaji berpendapat bahawa
masalah ini berpunca daripada aktiviti yang dirancang kurang memberikan
kefahaman yang mendalam kepada murid. Oleh itu, timbul beberapa persoalan di
minda pengkaji. Apakah yang patut pengkaji lakukan untuk membantu murid
menguasai topik ini? Apakah tindakan yang patut diambil untuk mengatasi masalah
ini? Justeru itu, pengkaji mengambil tindakan mengkaji permasalahan ini dan
berharap dapat membantu murid untuk menyelesaikan penambahan dua nombor
yang melibatkan anu.

Refleksi Sorotan Literatur


Di Malaysia, algebra merupakan satu perkataan yang asing bagi murid-murid di
sekolah rendah. Perkara ini tidak mengejutkan kerana algebra tidak diajar secara
formal atau secara langsung di dalam kelas. Walaupun algebra tidak diajar secara
langsung di dalam kelas, tetapi penekanan kepada pemikiran algebra mula
dimasukkan di dalam Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR). Melalui Kurikulum
Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang baru diperkenalkan, murid tahap 2 turut
15

diperkenalkan dengan algebra secara tidak formal. Murid-murid tahun 4, 5, dan 6


sudah diperkenalkan dengan istilah anu, penambahan melibatkan anu, penolakan
melibatkan anu, pendaraban melibatkan anu dan bahagi melibatkan anu dalam ayat
matematik.
Pada peringkat sekolah rendah, penekanan terhadap pemikiran algebra lebih
diutamakan. Perkara ini sangat penting kerana pada peringkat ini cara murid tersebut
berfikir secara algebra adalah lebih penting berbanding kebolehan murid tersebut
menjawab

soalan

matematik

yang

melibatkan

algebra.

Dalam

proses

memperkenalkan algebra kepada murid sekolah rendah ianya dimulakan dengan


menghubungkaitkan proses arimetik yang mereka pelajari di dalam kelas ke dalam
bentuk algebra. Sebagai contoh dalam operasi tambah, tolak, darab dan bahagi,
murid boleh dilatih untuk menjawab soalan yang berbentuk proses songsangan.
Sebagai satu contoh operasi yang sebelum ini diajar dalam bentuk 120 + 120
= _____ boleh ditukar kepada bentuk ___+ 120 = 240 atau 120 + ____ = 240.
Melalui latihan bentuk begini, guru sudah mula membina pemikiran algebra kepada
murid tersebut di mana murid mula berfikir dengan cara yang lain daripada
kebiasaan mereka untuk mencari jawapan terhadap soalan yang dikemukakan. Dalam
proses membina pemikiran algebra terhadap murid di peringkat sekolah rendah
ianya hendaklah dimulakan dari pewakilan nombor yang bersifat konkrit dahulu
sebelum pergi kepada membina pemikiran algebra murid ke arah yang lebih abstrak.
Terdapat beberapa kajian lepas (Kaur dan Boey, 1994; Stacey, 1997; English
& Warren, 1994; Stephens, 2005) telah mendedahkan bahawa pelajar menghadapi
kesukaran dalam menguasai konsep asas yang diperlukan dalam perkembangan
kebolehan penyelesaian masalah algebra. Kaur dan Boey melaporkan bahawa faktor

16

yang utama ialah masalah pemahaman konsep dan kemahiran membuat generalisasi.
Hasil kajian tersebut telah mengenal pasti beberapa miskonsepsi algebra dalam
kalangan pelajar tahun pertama (berumur 17 tahun) dari Kolej Junior di Singapura.
Stacey (2000) dalam kajiannya mendapati terdapat pelajar yang masih keliru untuk
mengenalpasti kuantiti yang tidak diketahui atau anu. Pelajar bukan setakat tidak
dapat mengenalpasti anu dengan tepat malah fungsi penggunaan huruf yang
digunakan juga kurang tepat. Stephens (2005) pula melaporkan miskonsepsi pelajar
dari segi penggunaan huruf sebagai label objek berdasarkan awalan alphabet yang
digunakan dan bukan melambangkan julat nilai tertentu.
Selain itu, dapatan kajian oleh Stacey pada tahun 1997 di dalam kelas
matematik telah melaporkan bahawa murid biasa didedahkan membina persamaan
matematik dalam bentuk a + b = c seperti 2 + 3 = 5 berbanding dengan bentuk c = a
+ b mahupun a + b = c + d seperti 3 = 5 2 atau 2 = 5 3. Kelemahan pelajar
dalam mempelbagaikan persamaan kepada bentuk yang lain menggambarkan pelajar
lemah dalam melihat konsep hubungan , struktur dan konsep kesamaan dalam
persamaan yang terlibat.
Dari segi kelemahan pelajar dalam membuat generalisasi pola, English &
Warren (1994) mendapati pelajar mengalami kesukaran menggunakan pembolehubah
untuk melambangkan nilai dan kuantiti yang pelbagai dalam membuat generalisasi
pola secara linear. Berdasarkan dapatan English dan Warren (1994), pengkaji
mendapat gambaran bahawa masalah tersebut mungkin berpunca daripada
kelemahan pelajar dalam mengenalpasti perubahan dan pemalar apabila melibatkan
pola seterusnya. Jika perubahan dan pemalar tidak dapat dikenalpasti dengan betul,
pelajar tidak dapat memahami sepenuhnya fungsi pembolehubah yang digunakan
untuk melambangkan julat nombor.
17

Justeru, melalui kajian lepas yang dibuat mendapati bahawa pembinaan asas
pemikiran algebra adalah amat penting. Bagi sekolah rendah, pembinaan asas
pemikiran algebra penting dalam menyelesaikan masalah matematik berayat nanti.
Dengan adanya asas pemikiran algebra yang kuat di sekolah rendah, maka murid
menguasai kemahiran algebra diperingkat menengah tanpa banyak masalah.
Pendedahan awal di peringkat sekolah rendah akan membantu pelajar untuk
menguasai pengetahuan algebra yang lebih kompleks pada peringkat sekolah
menengah nanti.

18

FOKUS KAJIAN

Fokus kajian ini dijalankan adalah untuk menambahbaik pengajaran guru serta
menjalankan intervensi terhadap murid tahun 5 Zamrud dalam menyelesaikan
penambahan dua nombor yang melibatkan anu.

Tinjauan Isu Kajian


Masalah yang dihadapi oleh murid semasa pengajaran penambahan sebarang
dua nombor yang melibatkan anu ialah murid tidak dapat menyelesaikan ayat
matematik dengan betul. Terdapat beberapa kesilapan yang dilakukan oleh murid
semasa menyelesaikan masalah ini. Kesilapan-kesilapan yang dilakukan oleh murid
akan dibincangkan secara lebih lanjut.
Sebelum pengkaji memulakan kajian, pengkaji telah mengumpul data awal.
Data-data dikumpul adalah untuk membantu pengkaji mengenalpasti sama ada murid
menguasai penambahan yang melibatkan anu dan mengenalpasti faktor yang
menyebabkan murid gagal untuk menyelasaikan penambahan melibatkan anu.
Tiga kaedah yang digunakan oleh pengkaji untuk mendapatkan data awal
ialah analisis dokumen, pemerhatian dan temu bual.

19

Analisis Tinjauan Isu Kajian


Analisis Dokumen
Rajah 1 menunjukkan murid gagal menentukan operasi yang terlibat. Murid
tidak dapat mengenalpasti operasi sebenar yang terlibat dalam soalan tersebut.

Rajah 1. Murid tidak dapat menentukan operasi yang perlu digunakan.

Masalah yang dikenalpasti ialah murid tidak dapat membuat perkaitan ayat
matematik tambah dan tolak serta menentukan nilai yang patut ditolak. Murid
melakukan penolakan di mana nilai yang kecil tolak nilai yang besar. Rajah 2
menunjukkan kesilapan yang dilakukan oleh murid.

20

Rajah 2. Murid tidak dapat membuat perkaitan ayat matematik.

Masalah yang dikenalpasti juga ialah murid mengabaikan anu dan membuat
pengiraan secara terus. Murid tidak tahu langkah yang betul untuk menyelesaikan
soalan ini. rajah 3 menunjukkan kesilapan yang dibuat oleh murid.

Rajah 3. Murid melakukan pengiraan terus dan mengabaikan anu.

21

Pemerhatian
Pengkaji

telah menggunakan kaedah pemerhatian dalam tinjauan ini yang

melibatkan enam orang murid yang telah dipilih. Pemerhatian ini dibuat semasa
proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Pemerhatian ini dibuat
dengan melihat pada reaksi dan tingkah laku murid apabila mendapat soalan
penambahan sebarang dua nombor yang melibatkan anu.

Temu bual
Pengkaji juga akan menggunakan kaedah temu bual dalam kajian ini. Temu bual
dibuat terhadap enam murid yang telah dipilih. Temu bual dijalankan untuk
mendapatkan maklumat dan maklum balas daripada murid berkaitan dengan
penambahan dua nombor yang melibatkan anu. Tambahan pula, temu bual dijalankan
untuk mengenalpasti punca murid gagal untuk menyelesaikan penambahan dua
nombor yang melibatkan anu ini.
Jenis temu bual yang akan dijalankan ialah temu bual separa berstruktur.
Soalan yang diberikan adalah seperti berikut:
1) Adakah kamu suka menyelesaikan penambahan melibatkan anu? Kenapa?

22

Rajah 4. Carta pai punca murid tidak suka soalan penambahan melibatkan an
Melalui soalan yang disediakan dan temubual yang telah dijalankan, jawapan dan
maklumbalas dipindahkan ke dalam bentuk carta pie seperti di bawah.

Refleksi Isu Kajian


Melalui data awal yang dikumpul oleh pengkaji, pengkaji mendapati bahawa
responden menghadapi masalah semasa menambah sebarang dua nombor yang
melibatkan anu. Berdasarkan analisis data awal juga membolehkan pengkaji
mendapatkan punca yang dihadapi oleh responden. Responden gagal untuk
menjawab soalan penambahan melibatkan anu ini kerana responden tidak
mengetahui langkah-langkah untuk menjawab soalan seperti itu. Responden tidak
tahu bagaimana soalan seperti itu perlu diselesaikan.

23

OBJEKTIF KAJIAN

Mengenalpasti sama ada kaedah Ops-Matematik dapat membantu murid dalam


menyelesaikan penambahan sebarang dua nombor yang melibatkan anu.

SOALAN KAJIAN

Adakah kaedah Ops-Matematik dapat membantu murid dalam menyelesaikan


penambahan sebarang dua nombor yang melibatkan anu?

24

KUMPULAN SASARAN

Kajian ini dijalankan di dalam kelas 5 Zamrud (5Z) di Sekolah Kebangsaan


Sungai Limau, Yan, Kedah. Sekolah ini merupakan sekolah harian yang
menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Sekolah ini juga merupakan
sekolah harian satu sesi. Semua murid di sekolah ini adalah berbangsa Melayu.
Kelas 5Z ini terdiri daripada 37 orang murid yang berumur 11 tahun.
Pencapaian murid di dalam kelas ini adalah pada tahap tinggi dan sederhana.
Daripada 37 orang murid 5Z ini, 6 orang terlah dipilih oleh pengkaji sebagai
responden dalam kajian ini. Keenam-enam murid ini berada tahap yang sederhana di
mana mereka gagal menjawab soalan penambahan dua nombor yang melibatkan anu
dengan betul.

25

TINDAKAN

Prosedur Tindakan
Kaedah Ops Matematik merupakan satu intervensi yang akan digunakan
oleh pengkaji dalam kajian. Intervensi ini digunakan untuk memperbaiki amalan
pengajaran guru dan membantu murid menyelesaikan penambahan dua nombor yang
melibatkan anu. Rajah 5 merupakan alat yang dipanggil Jalur Operasi yang
digunakan untuk menentukan operasi dalam kaedah ini.

Jalur Operasi pada Rajah 5 dibina dibahagikan kepada dua bahagian iaitu
bahagian

kiri dan bahagian kanan. Bahagian kiri merupakan operasi asal yang

bermaksud operasi yang diberikan dalam soalan. Bahagian kanan pula merupakan
operasi yang akan dilakukan yang bermaksud operasi yang akan digunakan semasa
pengiraan sebenar.

Langkah-langkah kaedah Ops-Matematik adalah seperti berikut:


Langkah 1: Membaca soalan

+ 43 747=147 442

26

Langkah 2: Menggunakan Jalur Operasi untuk menentukan operasi

Langkah 3: Menentukan nilai kecil (K) dan nilai besar (B)

Langkah 4: Bina ayat matematik baru

147 44243 747=

Langkah 5: Melakukan pengiraan menggunakan bentuk lazim

1474 42

437 47
1 03 6 9 5

27

Langkah 6: Semak semula

1 03 6 9 5

437 47
1474 42

Kaedah Ops-Matematik ini membantu responden untuk menyelesaikan penambahan


dua nombor melibatkan anu.

Cara Pengumpulan Data


Pengumpulan data adalah amat penting dalam kajian tindakan. Melalui
pengumpulan data, pengkaji dapat menilai sama ada kaedah Ops-Matematik yang
digunakan adalah berkesan dalam membantu responden yang dipilih dalam
menyelesaikan penambahan dua nombor yang melibatkan anu. Tiga kaedah
pengumpulan data yang digunakan oleh pengkaji dalam kajian ini ialah temu bual,
kaedah pemerhatian dan analisis dokumen. Trigulasi digunakan adalah untuk
meningkatkan kesahan dan kebolehpercayaan data kualitatif (Rosinah, 2011). Rajah
6 merupakan trigulasi kaedah pengumpulan data.

28

Temu Bual

Pemerhatian

Analisis Dokumen

Rajah 6. Tringulasi pengumpulan data

Melalui tringulasi pengumpulan data, pengkaji memilih instrumen yang


sesuai untuk mengumpul data tersebut. Jadual 1 menunjukkan instrumen yang
digunakan oleh pengkaji.

Jadual 1
Kaedah penggunaan data dan instrument kajian yang digunakan.

Kaedah

Instrumen / Alat Kajian

Pemerhatian

Senarai Semak Pemerhatian

Analisis Dokumen

Lembaran Kerja

Temu Bual

Soalan Temu Bual

29

Analisis Data
Temu Bual
Empat soalan terbuka berstruktur disediakan oleh pengkaji untuk
menjalankan temu bual dengan responden. Tujuan temu bual diterangkan dengan
jelas sebelum temu bual dijalankan. Responden diminta untuk memberikan maklum
balas dengan jujur dan ikhlas. Empat soalan temu bual adalah seperti berikut :
a) Adakah anda suka menggunakan kaedah Ops-Matematik untuk
menyelesaikan penambahan dua nombor melibatkan anu? Kenapa?
b) Bagaimana kaedah Ops-Matematik ini membantu anda untuk
menyelesaikan soalan penambahan dua nombor yang melibatkan anu?
c) Apakah masalah yang anda hadapi semasa menyelesaikan soalan
penambahan dua nombor melibatkan anu dengan menggunakan kaedah
Ops-Matematik?
d) Adakah kamu lebih berkeyakinan semasa menjawab soalan penambahan
melibatkan anu dengan menggunakan Ops-Matematik?
Setiap responden ditemubual secara individu di tempat yang disediakan.
tempoh temubual adalah antara 5 minit hingga 10 minit bagi setiap responden.
Sepanjang temubual ini, pengkaji mencatat respon yang diberikan oleh murid. hasil
catatan pengkaji semasa proses temu bual tadi dipindahkan ke dalam transkrip temu
bual. Transkrip temu bual disediakan dalam jadual di Lampiran D. Isi kandungan
temu bual bersama responden telah dianalisis ke dalam bentuk carta bar.

30

Rajah 7. Carta bar sebab murid suka menggunakan kaedah Ops-Matematik

Berdasarkan hasil temu bual yang telah dijalankan mendapati bahawa


keenam-enam

responden

suka

menggunakan

kaedah

Op-Matematik

untuk

menyelesaikan soalan penambahan dua nombor melibatkan anu. Lima daripada enam
responden suka menggunakan kaedah Ops-Matematik kerana kaedah ini mudah atau
senang untuk mendapatkan jawapan. Satu daripada enam responden pula iaitu
Responden R6 memberi respon bahawa dia tidak tahu kenapa dia suka menggunakan
kaedah Ops-Matematik ini.

31

Rajah 8. Carta bar penggunaan kaedah Ops-Matematik dalam membantu murid menyelesaikan so
Melalui temu bual juga mendapati bahawa tiga daripada enam responden
berpendapat kaedah Ops-Matematik membantu mereka untuk menyemak semula
jawapan. Selepas mendapat jawapan, mereka boleh menyemak jawapan mereka sama
ada betul atau salah. Dua daripada enam responden pula menyatakan bahawa mereka
ingat langkah-langkah untuk mendapatkan jawapan. Responden

R2

berpendapat

bahawa dengan mengingat langkah-langkah kaedah Ops-Matematik membantu


responden untuk mendapatkan jawapan. Bagi Responden R4 menyatakan bahawa
penggunaan jalur opersi membantu dalam menentukan operasi yang terlibat.

32

Rajah 9. Carta bar masalah murid semasa menggunakan kaedah Ops-Matematik

Rajah 9 adalah hasil temu bual responden mengenai masalah yang mereka
hadapi semasa menggunakan kaedah Ops-Matematik. Responden R4 menyatakan
bahawa dia tidak ingat langkah Ops-Matematik menyebabkan dia menghadapi
masalah untuk menyelesaikan soalan tersebut. Dua daripada enam responden iaitu
Responden R1 dan R2 menghadapi masalah untuk membezakan nombor besar dan
nombor kecil. Dua daripada enam responden iaitu Responden R5 dan R6 pula
menyatakan bahawa mereka menghadapi masalah semasa menggunakan jalur
operasi. Manakala, Responden R3 tidak menghadapi masalah semasa menggunakan
kaedah Ops-Matematik.

33

Rajah 10. Carta bar keyakinan murid semasa menggunakan kaedah Ops-Matematik

Rajah 10 adalah hasil temu bual dengan responden mengenai keyakinan


murid semasa menggunakan kaedah Ops-Matematik semasa menjawab soalan
penambahan melibatkan anu. Empat daripada enam responden menyatakan bahawa
mereka

yakin

menggunakan

kaedah

Ops-Matematik

untuk

menyelesaikan

penambahan dua nombor melibatkan anu. Manakala, dua daripada enam orang
responden menyatakan bahawa mereka tidak yakin menggunakan kaedah OpsMatematik semasa menjawab soalan.

34

Pemerhatian
Satu jadual senarai semak pemerhatian (Lampiran A) disediakan dalam kajian
ini untuk merekod langkah-langkah dalam kaedah Ops-Matematik. Pengkaji akan
tanda ( / ) pada jadual senarai semak pemerhatian langkah-langkah murid dalam
menyelesaikan masalah tersebut. Rajah 11 menunjukkan responden semasa
menjawab soalan yang diberikan menggunkan kaedah Ops-Matematik.

Rajah 11. Penggunaan kaedah Ops-Matematik oleh Responden R2 dan R5


Jadual 2 merupakan aspek-aspek untuk menganalisis senarai semak
pemerhatian. Aspek-aspek dalam senarai semak pemerhatian disediakan adalah
berdasarkan

langkah-langkah

penggunaan

kaedah

Ops-Matematik

dalam

menyelesaikan penambahan dua nombor melibatkan anu. Pemerhatian dilakukan


terhadap responden dengan menggunakan senarai semak yang disediakan.

35

Jadual 2
Kod langkah-Langkah Penggunaan Kaedah Ops-Matematik
Kod
1
2
3
4
5

Langkah Penggunaan Kaedah Ops-Matematik


Menentukan operasi dengan betul.
Menghasilkan ayat matematik dengan baru.
Menukar ayat matematik dengan betul.
Melakukan pengiraan dengan betul.
Semak semula.

Pemerhatian terhadap langkah-langkah penggunaan kaedah Ops-Matematik


telaj dijalankan semasa responden menjawab soalan lembaran kerja. Pemerhatian
ditandakan dalam senarai semak yang telah disediakan. Jadual 3 menunjukkan hasil
pemerhatian bagi setiap responden. Tanda ( / ) dalam jadual menunjukkan responden
dapat menunjukkan langkah penggunaan kaedah Ops-Matematik dengan betul
manakala ( X ) menunjukkan responden gagal menjalankan langkah dengan betul.

36

Jadual 3
Hasil Pemerhatian Semasa Murid Menjawab Soalan dalam Lembaran Kerja
Responden

Pemerhatian Langkah

Ulasan Keseluruhan

Penggunaan Kaedah
1
R1

Ops-Matematik
2
3
4
5
/

Dapat menguasai penggunaan kaedah


tetapi melakukan kesilapan semasa

R2

membuat pengiraan.
Dapat menguasai penggunaan kaedah
tetapi melakukan kesilapan semasa

R3

membuat pengiraan.
Dapat menguasai penggunaan kaedah
tetapi tidak dapat menghasilkan ayat

R4

matematik yang baru dengan betul.


Dapat menguasai semua langkah tetapi
tidak menulis ayat matematik yang baru
dengan betul dan melakukan kesilapan

R5

semasa membuat pengiraan.


Dapat menguasai semua langkah tetapi
tidak menulis ayat matematik yang baru
dengan betul dan melakukan kesilapan

R6

semasa membuat pengiraan.


Dapat menguasai semua langkah tetapi
tidak menulis ayat matematik yang baru
dengan betul dan melakukan kesilapan
semasa membuat pengiraan.

37

Berdasarkan Jadual 3, keenam-enam responden berjaya menyelesaikan soalan


lembaran yang diberikan. Bagi Responden R1 dan R2, responden tidak menghadapi
masalah bagi aspek 1, 2, 3 dan 5 tetapi menghadapi masalah pada aspek 4 iaitu murid
dapat membuat pengiraan dengan betul. Responden R1 dan R2 melakukan sedikit
kesilapan atau kecuaian semasa proses pengiraan menyebabkan responden tidak
dapat menjawab soalan dengan betul. Bagi Responden R3, responden dapat
menguasai aspek 1, 3, 4 dan 5. Responden R3 tidak dapat menguasai aspek 2 iaitu
murid dapat menghasilkan ayat matematik yang baru dengan betul. Responden R3
gagal untuk menghasilkan ayat matematik yang baru dengan betul tetapi tidak
mengganggu proses responden untuk mendapat jawapan yang betul. Bagi Responden
R4, R5 dan R6 pula, mereka gagal untuk memenuhi aspek 2 dan aspek 4. Aspek 2
ialah murid dapat menghasilkan ayat matematik yang baru dengan betul dan aspek 4
ialah murid dapat membuat pengiraan dengan betul. Bagi aspek 2, Responden R4, R5
dan R6 tidak menulis ayat matematik pada lembaran kerja. Bagi aspek 4 pula,
responden melakukan kesilapan semasa proses pengiraan dan tidak dapat mendapat
jawapan yang betul.

38

Rajah 12. Carta bar hasil pemerhatian berdasarkan aspek dalam kaedah Ops-Matematik

Rajah 12 menunjukkan hasil pemerhatian yang dibuat berdasarkan aspek


yang ingin diperhatikan semasa pengguanaan kaedah Ops-Matematik. Bagi aspek 1,
semua responden dapat memenuhi aspek ini di mana responden perlu menentukan
operasi yang terlibat. Bagi aspek 2, hanya dua orang responden iaitu Responden R1
dan R2 sahaja yang dapat menghasilkan ayat matematik yang baru dengan betul.
terdapat responden tidak menulis ayat matematik yang baru ini pada lembaran kerja.
Bagi aspek 3 pula, responden tidak menghadapi sebarang masalah untuk menukar
ayat matematik kepada bentuk lazim dengan betul. Bagi aspek 4, murid hanya
seorang responden iaitu Responden R3 sahaja yang boleh membuat pengiraan
dengan betul bagi semua soalan. Kebanyakkan responden melakukan kesilapan
semasa proses pengiraan dan menyebabkan responden tidak dapat menjawab semua
soalan dengan betul. Bagi aspek 5, semua responden tidak menghadapi masalah
untuk membuat semak semula jawapan. Responden menunjukkan semak semula
dilakukan walaupun jawapan adalah salah.

39

Analisis Dokumen
Analisis dokumen adalah satu prosedur yang sistematik untuk mengkaji atau
menilai dokumen. Seperti kaedah analitikal lain dalam penyelidikan kualitatif,
analisis

dokumen

memerlukan

pemeriksaan

serta

pentafsiran

data

untuk

mendapatkan makna yang tersirat serta mendapat pengetahuan empiric (Corbin dan
Strauss, 2008). Dalam kajian ini, lembaran kerja responden akan dikumpul. Jadual 4
menunjukkan keputusan lembaran kerja yang telah dijawab oleh responden dan
disemak oleh pengkaji. Tanda ( / ) menunjukkan responden dapat menjawab soalan
dengan betul mengikut penggunaan kaedah Ops-Matematik. Tanda (X) menujukkan
responden galgal menjawab soalan dengan betul.

Jadual 4
Keputusan Lembaran Kerja
Responden
R1
R2
R3
R4
R5
R6

1
/
/
/
/
/
/

2
/
/
/
/
/
X

Soalan Lembaran Kerja


3
4
X
/
/
/
/
/
X
X
/
X
/
X

5
X
/
/
/
/
/

6
/
X
/
/
/
/

40

Berdasarkan Jadual 4, hanya Responden R3 dapat menjawab semua soalan


dengan betul. Bagi Responden R1, R2 R4, R5 dan R6, responden tidak mendapat
menjawab soalan dengan betul kerana reponden melakukan kesilapan semasa proses
pengiraan.

Rajah 13. Lembaran kerja Responden R1

Rajah 13 menunjukkan satu contoh jawapan lembaran kerja bagi Responden


R1. Responden R1 berjaya untuk menentukan operasi yang terlibat, menghasilkan
ayat matematik yang baru dan menukarkan ayat matematik tersebut kepada bentuk
lazim. Akan tetapi, Responden R1 melakukan kesilapan semasa melakukan
pengiraan. Kesilapan ini berlaku disebabkan kecuaian murid semasa melakukan
penolakkan melibatkan pengumpulan semula. Selain Responden R1, Responden R4
juga melakukan kesilapan yang sama bagi soalan yang sama.

41

Rajah 14. Lembaran kerja Responden R3

Rajah 14 menunjukkan lembaran kerja bagi Responden R3 bagi soalan 3.


Responden

R3 mendapat jawapan yang betul bagi soalan ini. Responden

menggunakan langkah-langkah dalam kaedah Ops-Matematik dengan betul.


Responden dapat menentukan operasi yang terlibat menggunakan jalur operasi,
seterusnya berjaya menghasilkan ayat matematik yang baru dengan betul. Responden
juga berjaya menukar ayat matematik tersebut kepada bentuk lazim dan
menyelesaikan penambahan tersebut dengan betul. Semak semula juga dijalankan
oleh Responden R3 untuk memastikan jawapan yang diperoleh adalah betul. Di
samping itu, Responden R2, R5 dan R6 jugadapat menjawab soalan ini dengan betul
dengan menunjukkan langkah penggunaan kaedah Ops-Matematik dengan betul.

42

Anda mungkin juga menyukai