Anda di halaman 1dari 10

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS DARULAMAN
06000 JITRA, KEDAH

LAPORAN PELAKSANAAN
1 MURID 1 SUKAN

NAMA

: SITI HAJAR BINTI AHMAD


(820418-02-5090)
: UMMI SAKINAH BT ULOL AZMI
(870820-02-5502)
: SOFIAH BINTI YUSUF
(890531-02-5758)

PROGRAM

: DPLI J-QAF (SR) MOD LPBS

KUMPULAN

: PENDIDIKAN ISLAM PENDIDIKAN KHAS

NAMA

: TUAN HAJI ABDUL RAHMAN BIN ZAKARIA

PENSYARAH

Sekapur Sireh
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh,

Bersyukur kami ke hadrat illahi kerana dengan limpah kurnia dan izinnya,
dapat kami menyiapkan tugasan Laporan Pelaksanaan 1 murid 1 sukan yang
diberikan. Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada pensyarah iaitu Tuan
Haji Abdul Rahman Bin Zakaria kerana banyak membantu dan memberikan tunjuk
ajar bagi memudahkan lagi untuk kami menyelesaikan tugasan yang diberikan.
Banyak cabaran dan dugaan yang kami hadapi bagi menyiapkan tugasan
ini,namun dengan bantuan dan sokongan rakan-rakan seperjuangan yang banyak
memberikan motivasi serta bimbingan serta perkongsian maklumat secara
berterusan juga banyak membantu kami dalam menyiapkan tugasan ini.
Jutaan terima kasih juga kepada keluarga yang tersayang, ibu bapa yang
tidak jemu memberikan sokongan serta iringan doa agar kami tidak mudah patah
semangat serta jemu dalam meneruskan perjuangan dalam pembelajaran ini.
Semoga Allah jua yang membalasnya dengan kebaikan.
Sekian terima kasih

1. Pendahuluan
Dasar 1 murid 1 sukan telah dilancarkan pada 2 Julai 2011 oleh Timbalan
Perdana Menteri Malaysia iaitu YAB Tan Sri Dato Haji Muhyiddin bin Mohd Yassin
merangkap Menteri Pelajaran Malaysia pada ketika itu. Dasar ini diwujudkan supaya
kegiatan sukan di sekolah disemarak dan diperkasakan. Bagi merealisasikannya,
pelbagai program kecerdasan fizikal telah dirancang dan dilaksanakan bermula di
peringkat sekolah hingga ke peringkat kebangsaan. Program-program tersebut
dijalankan sepanjang tahun dengan mengoptimumkan penyertaan semua pelajar
untuk membudayakan sukan sebagai gaya hidup sihat.
Walaubagaimanapun, dasar 1 Murid 1Sukan (1M1S) mewajibkan setiap murid
menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah. Dasar ini menyokong
pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat untuk melahirkan
insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Justeru dengan
dasar ini, setiap murid akan melibatkan diri secara aktif dengan menyertai aktiviti
sukan sekolah sepanjang tahun. Dasar ini adalah selaras dengan Dasar Sukan
Negara untuk membudayakan sukan di kalangan masyarakat dan hendaklah
dimulakan di peringkat sekolah melalui dua strategi iaitu Sukan Untuk Semua dan
Sukan Untuk Kecemerlangan.
Aktiviti sukan di bawah Sukan Untuk Semua adalah sangat penting dalam
membina kesihatan, sahsiah dan kesejahteraan ke semua murid. Bagi Sukan untuk
Kecemerlangan, prestasi murid yang berbakat dan berpotensi hendaklah terus
dibangunkan di bawah Program Kecemerlangan Bakat Muda, Sukan Prestasi Tinggi
Sekolah serta sukan lain yang mampu ditawarkan oleh pihak sekolah. Oleh yang
demikian, penyertaan setiap murid dalam sukan adalah amat penting sebagai satu
landasan mendokong aspirasi 1 Malaysia yang sihat, cergas, dinamik dan bersatu
padu. Dasar ini selaras dengan hasrat YAB Perdana Menteri dalam mendokong
semangat 1 Malaysia.

2. Laporan Pelaksanaan Dasar 1 Murid 1 Sukan


Sekolah Kebangsaan Permatang To Kandu adalah merupakan sebuah
sekolah yang sangat aktif dalam bidang kokurikulum. Ini termasuklah dalam aktiviti
sukan dan permainan seperti olahraga, bola sepak, sepak takraw, bola tampar, bola
jaring, hoki dan banyak lagi. Ianya dapat dilihat serta diukur melalui pelbagai
pencapaian dan kejayaan yang telah diraih samada di peringkat daerah, negeri,
kebangsaan dan antarabangsa.
Bagi Sekolah Kebangsaan Permatang To Kandu, banyak program pengisian
yang

telah

dirancang

dan

dilaksanakan

pada

tahun-tahun

sebelum

yang

kemudiannya diteruskan hingga sekarang. Antaranya adalah Kejohanan Merentas


Desa, Temasya Sukan, Bulan Kecergasan, Karnival Sukan serta lain-lain. Dalam
program karnival sukan, pertandingan futsal dan pertandingan hoki telah diadakan
dengan jayanya dalam usaha untuk menjayakan pelaksanaan dasar 1 murid 1 sukan
bersesuaian dan bertepatan dengan kehendak pihak kerajaan melalui Kementerian
Pendidikan Malaysia sekarang.
Matlamat karnival sukan ini diadakan adalah untuk melahirkan sumber
manusia yang celik elemen kecergasan fizikal sebagai satu gaya hidup sihat dalam
masyarakat Malaysia, Sumber manusia yang dimaksudkan ini termasuklah di
kalangan murid-murid, semua kakitangan sekolah seperti guru dan staf sokongan,
masyarakat sekeliling dan juga seluruh warganegara Malaysia.
Objektifnya pula adalah untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim
sesama warga sekolah dan diantara warga sekolah dengan masyarakat sekeliling,
membudayakan sukan dan permainan sebagai gaya hidup sihat ke arah mencapai
kesihatan keseluruhan, mengenegahkan budaya sihat dan nilai universal merentas
kurikulum dalam kehidupan kumpulan sasaran. Selain itu, ianya juga bertujuan untuk
membuka peluang dan ruang yang secukupnya kepada murid-murid yang
berkemampuan dengan bakat dan kelebihan yang dimiliki untuk diketengahkan
dalam pembangunan bakat-bakat baru selaras dengan dasar semasa kerajaan.

Pelaksanaan program telah diatur dan disusun dengan baik apabila ianya
dilaksanakan menerusi pertandingan liga satu kumpulan menerusi pemilihan pemain
terlebih dahulu yang diuruskan oleh pengurus rumah sukan masing-masing.
Hasilnya, pertandingan futsal telah diadakan dengan melibatkan semua rumah sukan
yang terdapat di sekolah iaitu rumah merah, rumah hijau, rumah kuning dan rumah
biru. Ianya lebih tertumpu kepada penyertaan murid-murid lelaki sahaja bermula
daripada tahun 3 hingga tahun 5.
Bagi

murid-murid

perempuan

pula,

ketetapan

telah

dibuat

untuk

melaksanakan pertandingan hoki yang juga melibatkan keempat-empat rumah


sukan. Penyertaan dan penglibatan murid hanya dikalangan murid-murid tahun 3
sehingga tahun 5 sahaja. Ini bermakna, murid-murid tahun 1 dan tahun 2 hanya
terlibat sebagai penyokong setia rumah sukan masing-masing manakala murid-murid
tahun 6 mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran seperti biasa bagi
memperkasakan lagi tahap penguasaan mereka sebagai persediaan awal untuk
menghadapi peperiksaan UPSR kelak.
Berikut adalah keputusan rasmi perlawanan futsal dan bola baling yang telah
diperolehi serta dicapai oleh setiap kontinjen rumah sukan dalam karnival 1 murid 1
sukan yang telah diadakan dengan jayanya.
FUTSAL TAHUN 3
BIRU
MERAH
KUNING
HIJAU
P
M
S
K

Biru
#
3-1
2-1
1-2

Merah Kuning
1-3
1-2
#
0-0
0-0
#
0-0
1-2

Hijau
2-1
0-0
2-1
#

P
3
3
3
3

M
1
1
2
0

S
0
2
1
1

: Pertandingan
: Menang
: Seri
: Kalah

KEDUDUKAN / KEPUTUSAN AKHIR


JOHAN RUMAH KUNING
NAIB JOHAN RUMAH MERAH
KETIGA RUMAH BIRU
KEEMPAT RUMAH HIJAU

K
2
0
0
2

Jaringan
4
3
4
2

Mata
3
5
7
1

FUTSAL TAHUN 4
BIRU
MERAH
KUNING
HIJAU
P
M
S
K

Biru
#
3-0
1-1
1-0

Merah Kuning
0-3
1-1
#
1-0
0-1
#
1-3
2-1

Hijau
0-1
3-1
1-2
#

P
3
3
3
3

M
0
3
0
2

S
1
0
1
0

K
2
0
2
1

Jaringan
1
7
2
4

Mata
1
9
1
6

K
2
0
1
1

Jaringan
2
5
3
3

Mata
1
5
6
4

: Pertandingan
: Menang
: Seri
: Kalah

KEDUDUKAN / KEPUTUSAN AKHIR


JOHAN RUMAH MERAH
NAIB JOHAN RUMAH HIJAU
KETIGA RUMAH KUNING
KEEMPAT RUMAH BIRU

FUTSAL TAHUN 5
BIRU
MERAH
KUNING
HIJAU
P
M
S
K

Biru
#
2-2
2-0
2-0

Merah Kuning
2-2
0-2
#
2-0
0-2
#
1-1
0-1

Hijau
0-2
1-1
1-0
#

P
3
3
3
3

M
0
1
2
1

S
1
2
0
1

: Pertandingan
: Menang
: Seri
: Kalah

KEDUDUKAN / KEPUTUSAN AKHIR


JOHAN RUMAH KUNING
NAIB JOHAN RUMAH MERAH
KETIGA RUMAH HIJAU
KEEMPAT RUMAH BIRU

HOKI TAHUN 3
BIRU
MERAH
KUNING
HIJAU
P
M
S
K

Biru
#
2-1
0-4
0-1

Merah Kuning
1-2
4-0
#
1-1
1-1
#
0-0
1-0

Hijau
1-0
0-0
0-1
#

P
3
3
3
3

M
2
1
0
1

S
0
2
1
1

K
1
0
2
1

Jaringan
6
3
1
1

Mata
6
5
1
4

K
2
2
1
0

Jaringan
4
5
7
7

Mata
1
1
6
9

: Pertandingan
: Menang
: Seri
: Kalah

KEDUDUKAN / KEPUTUSAN AKHIR


JOHAN RUMAH BIRU
NAIB JOHAN RUMAH MERAH
KETIGA RUMAH HIJAU
KEEMPAT RUMAH KUNING

HOKI TAHUN 4
BIRU
MERAH
KUNING
HIJAU
P
M
S
K

Biru
#
2-2
2-1
2-1

Merah Kuning
2-2
1-2
#
1-5
5-1
#
4-2
1-0

Hijau
1-2
2-4
0-1
#

P
3
3
3
3

M
0
0
2
3

S
1
1
0
0

: Pertandingan
: Menang
: Seri
: Kalah

KEDUDUKAN / KEPUTUSAN AKHIR


JOHAN RUMAH HIJAU
NAIB JOHAN RUMAH KUNING
KETIGA RUMAH MERAH
KEEMPAT RUMAH BIRU

HOKI TAHUN 5
BIRU
MERAH
KUNING
HIJAU
P
M
S
K

Biru
#
0-3
1-1
1-1

Merah Kuning
3-0
1-1
#
0-2
2-0
#
7-0
1-1

Hijau
1-1
0-7
1-1
#

P
3
3
3
3

M
1
0
1
1

S
2
0
2
2

: Pertandingan
: Menang
: Seri
: Kalah

KEDUDUKAN / KEPUTUSAN AKHIR


JOHAN RUMAH HIJAU
NAIB JOHAN RUMAH BIRU
KETIGA RUMAH KUNING
KEEMPAT RUMAH MERAH

K
0
3
0
0

Jaringan
5
0
4
9

Mata
5
0
5
5

3. Penutup
Sebagaimana yang diketahui dasar 1Murid 1Sukan banyak manfaatnya,
antaranya termasuklahlah murid-murid dapat mengisi masa lapang mereka dengan
aktiviti yang berfaedah. Hal ini demikian kerana murid-murid yang melibatkan diri
dalam aktiviti sukan dapat mengelakkan diri daripada melakukan perkara yang tidak
berfaedah dan terlibat dalam gejala negatif. Sebagai contohnya, murid-murid dapat
menyertai aktiviti sukan atau permainan seperti bola sepak, badminton, sepak
takraw, bola tampar, bola keranjang, dan sebagainya. Aktiviti yang dilakukan itu
memang memberikan manfaat yang banyak kepada mereka. Jadi, dengan mengikuti
program ini, murid-murid dapat menggunakan masa dengan berkesan dan dapat
mengelakkan diri daripada aktiviti yang kurang sihat.
Dasar

ini

membolehkan

guru-guru

mencungkil

bakat

murid

dalam

bidang sukan atau permainan. Melalui sukan yang disertai oleh murid, bakat mereka
dapat disuburkan dengan bimbingan dan latihan daripada guru kerana kalau tidak
dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Murid yang telah dilatih itu boleh
mewakili sekolah sebagai pemain bola sepak, hoki, badminton, squash, boling,
olahraga, dan sebagainya. Murid-murid dapat membuktikan bakat dan potensi
mereka itu dan berlatih dengan gigih untuk mencapai kemenangan. Perkara itu
membuktikan bahawa dasar ini dapat mengembangkan bakat murid-murid dalam
sukan atau permainan yang diminati oleh mereka.
Selain itu, program ini dapat mewujudkan budaya yang mementingkan
kesihatan dalam kalangan murid sekolah. Perkara ini penting kerana murid yang aktif
dalam aktiviti sukan akan menyebabkan badan mereka sihat dan cergas. Apabila
badan mereka sihat, otak mereka akan cerdas dan murid-murid akan mudah untuk
menerima pelajaran dan seterusnya mencapai kecemerlangan dalam bidang
akademik. Dengan perkataan lain, murid-murid yang sihat dan cerdas ini akan dapat
menjawab soalan dalam pelajaran dengan cemerlang. Hal ini membuktikan bahawa
melalui program ini, murid akan sihat dan cergas serta mencapai kejayaan yang
cemerlang dalam peperiksaan.

Seterusnya, dasar ini berupaya untuk menggalakkan penyertaan setiap murid


dalam aktiviti sukan atau permainan. Hal ini demikian kerana setiap murid
berpeluang untuk melibatkan diri dalam bidang permainan atau sukan yang diminati
oleh mereka. Selain itu, perkara ini menunjukkan bahawa tidak ada murid yang
diabaikan atau dipinggirkan daripada melibatkan diri dalam permainan atau sukan
yang diminatinya. Jadi, dengan cara itu pihak sekolah berupaya untuk melibatkan
semua murid dalam aktiviti sukan atau permainan. Oleh itu, jelaslah bahawa dasar
ini dapat menggalakkan penyertaan dan penglibatan murid-murid dalam aktiviti
sukan atau permainan yang diminati oleh mereka.
Melalui dasar ini, usaha untuk memupuk semangat kesukanan dan perpaduan
kaum dalam kalangan murid akan menjadi realiti. Dengan melibatkan diri dalam
aktiviti sukan atau permainan tertentu, murid-murid akan menghayati semangat
kesukanan ketika melibatkan diri dalam sesuatu permainan atau sukan. Sebagai
contohnya, murid-murid turut berpeluang untuk bergaul dengan murid yang berbilang
kaum seperti kaum Melayu, Cina, India, Iban, dan Kadazan dalam sesuatu
permainan atau sukan. Perkara ini membolehkan murid-murid berinteraksi dengan
lebih erat dengan rakan-rakan sepasukan yang terdiri daripada berbagai-bagai
kaum. Tegasnya, dasar tersebut dapat membentuk murid yang menghayati
semangat kesukanan dan perpaduan kaum di negara ini.
Jelaslah di sini bahawa dasar 1Murid 1Sukan ini merupakan satu tranformasi
baharu yang banyak manfaatnya dalam sistem pendidikan di negara kita. Oleh itu,
ibu bapa dan semua pihak yang terlibat perlu memahami dan menyokong usaha
murni ini. Sekiranya usaha ini tidak mendapat kerjasama daripada semua pihak,
sudah tentu hasrat murni tersebut tidak akan tercapai. Jadi, semua pihak perlu
bekerjasama untuk merealisasikan perkara ini, ibarat bulat air kerana pembetung,
bulat manusia kerana muafakat. Dengan usaha yang bersepadu itu, kita berharap
agar murid-murid lebih aktif dan bersemangat dalam bidang sukan demi kemajuan
dan kecemerlangan sukan negara.

Anda mungkin juga menyukai