Anda di halaman 1dari 1

PERISTIWA PEMBUKAAN MELAKA

Ketika

di

Sungai

Bertam,

Parameswara

berburu

bersama-sama

para

pembesarnya. Beliau berehat dan menyandar pada pokok yang rending.


Semasa berehat, Parameswara melihat peristiwa luar biasa. Tiba-tiba muncul
seekor pelanduk utih dan dikejar oleh anjing-anjing perburuan baginda. Baginda amat
terkejut apabila meliha pelanduk putih tersebut menentang anjing buruan bagianda
sehiigga jatuh ke dalam sungai.
Dalam pada masa yang sama, Parameswara kagum melihat keberanian
pelanduk putih itu menendang anjing perburuannya. Peristiwa ini dianggap luar biasa
kerana pelanduk kecil dapat menewaskan anjing yang besar.
Oleh yang demikian, peristiwa tersebut memberi ilham kepada Parameswara
bahawa negeri yang kecil boleh menjadi hebat jika Berjaya dibangunkan. Parameswara
mengarahkan para pengikutnya mendirikn negeri di situ dan menamakan negeri
tersebut Melaka sempena nama pokok tempat Parameswara bersandar.