Anda di halaman 1dari 2

PersatuanIbubapadan Guru,

SK DesaAmanpuri, PersiaranPerdana,
52100 Kepong, Selangor
__________________________________________________________________
RujKami :Bil ( 1 ) dlm SKDA 100-2/1
Tarikh : 24 Mac 2015
Kepada,
Yayasan Pelajaran MARA
Tingkat 17 dan 18, Menara MARA
No.232 Jalan Tunku Abdul Rahman
50100 Kuala Lumpur
(U/P : Tuan Hj Ahmad bin Adnan)
Tuan,
MEMOHON SUMBANGAN UNTUK PROGRAM KECEMERLANGAN SUKAN BOLA
BALING SEKOLAH
Perkara di atas adalah dirujuk.
2.
Untuk makluman pihak tuan, Pasukan Bola Baling SK Desa Amanpuri telah berjaya
menjuarai Kejohanan Bola Baling Bawah 12 Tahun MSSD Gombak 2015. Bagi mengekalkan
prestasi dan mencari pelapis, pihak sekolah telah merancang satu Program Kecemerlangan untuk
Sukan Bola Baling. Sehubungan dengan perkara itu, PIBG SK DESA AMANPURI ingin
memohon sumbangan sebanyak RM 2000 (Ringgit Malaysia : Dua Ribu Sahaja) untuk
melancarkan program ini.
3.
Sumbangan tersebut boleh dibayar melalui cek atas nama PERSATUAN IBU BAPA
GURU SK DESA AMANPURI. No akaun Public Bank bernombor 3982667301.Untuk
sebarang pertanyaan dan makluman bolehlah melalui En Dzulkifli bin Hasim (Penolong Kanan
Kokurikulum) di talian 011-28331600.
4.
Adalah diharapkan agar pihak tuan dapat mempertimbangkan permohonan ini.
Keprihatinan dan kerjasama pihak tuan amat diharapkan dan didahului dengan ucapan terima
kasih.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
....................................................
(NORHAFIZAH BT MOHD YUSOF)
Setiausaha Kehormat PIBG 2015/2016,
S K Desa Amanpuri.
Sk

1.
2.

Fail PIBG.
Fail Sekolah