Anda di halaman 1dari 12

SMK PERLIS

TEKS PENGACARA MAJLIS


PERASMIAN MESYUARAT AGUNG
PIBG
KALI KE-42
2015
DISEMPURNAKAN OLEH :
TN HJ ROOSLEE B ISMAIL
PENGARAH PENDIDIKAN
NEGERI PERLIS
31 JANUARI 2015 ( SABTU)

EN AZRIL RIZAL AHMAD


PN AQILAH BT AHMAD ZAILANI
1 Mesyuarat Agung PIBG kali ke 42

Assalamualaikum w.b.tSalam Sejahtera.


Pengumuman :
Sukacita saya ingin memaklumkan tentang perjalanan
program perasmian Mesyuarat Agung PIBG yang akan
berlangsung sebentar lagi.
1. Tuan/Puan diminta untuk memastikan telah melakukan
pendaftaran di kaunter yang telah disediakan.
2. Majlis kita akan dibahagikan kepada 2 slot iaitu :
Slot 1 : Majlis Perasmian
Slot 2 : Mesyuarat Agung PIBG
3. Majlis mengharapkan kerjasama daripada semua ibu bapa
untuk dapat bersama-sama sehingga mesyuarat Agung kita
selesai
4. Para hadirin dipersilakan mengambil tempat. Majlis juga
memohon kerjasama daripada hadirin sekalian meletakkan
telefon bimbit dalam mod senyap sebaik sahaja majlis bermula.
5. Sesungguhnya kehadiran tuan/puan pada hari ini sangat
dihargai dan disanjung tinggi.

Sekian, harap maklum. Kerjasama tuan/puan sangat dihargai dan


diucapkan ribuan terima kasih.

2 Mesyuarat Agung PIBG kali ke 42

TEKS PENGACARA MAJLIS


PERASMIAN MESYUARAT AGUNG PIBG SMK PERLIS KALI
KE-42
PENYAMPAI
En Azril
Rizal

PERISTIWA
Ketibaan
tetamu
khas

Nyanyian
lagu
En Azril
Rizal
En Azril
Rizal

Tetamu
duduk

BUTIRAN PENYAMPAI
Mengumumkan ketibaan:
Tn Hj Rooslee b Ismail
Pengarah Pendidikan, Negeri Perlis
Diiringi Yang DiPertua PIBG, Tuan
Pengetua dan tetamu-tetamu
jemputan.
Para hadirin dipohon untuk berdiri.
Kita mulakan majlis dengan
nyanyian lagu Negaraku.
Para hadirin diminta bersedia.
( Nyanyian lagu dimainkan)
Para jemputan dan hadirin
dipersilakan duduk
Kasihnya ibu membawa ke syurga
Kasihnya ayah berkorban nyawa
Kasihnya guru mencurah ilmu
Pemacu segala pelita dan lampu
Alur kesetiaan mengalirkan
nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan
segala umat
Menjalankan tugas dengan
amanah
Untuk mendapat redha illahi dan
keberkatan
Seribu tahun menjadi hikmat
Assalamualaikum wbt, salam
sejahtera, salam keilmuan dan
salam Satu Malaysia.
Yang Berbahagia,

3 Mesyuarat Agung PIBG kali ke 42

CATATAN

Tn Hj Rooslee b Ismail
Pengarah Pendidikan Negeri
Perlis
Yang dihormati,
Cik Lim Fong Yee, Pegawai
Angkat Akademik SMK perlis,
Sektor Pengurusan Akademik
JPN Perlis
Yang ..........................,
Inspektor Wong Jnm Linm,
Penolong Pegawai
Perhubungan Sekolah
Yang Berusaha,
Pn Kang Lee Lee
Pengetua, SMK Perlis
Yang Berusaha,
EN Leong Weng Onn
Yang Dipertua PIBG SMK Perlis
Barisan Kepimpinan
Ahli Jawatankuasa PIBG SMK Perlis
sesi 2013/2014
Yang Dihormati lagi dikasihi,
Saf Kepimpinan Penolong Kanan,
Yang dikasihi
Guru-guru, para ibu bapa,
dan hadirin sekalian
SELAMAT DATANG KE
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI
KE-42 SMK PERLIS BAGI
TAHUN 2015

4 Mesyuarat Agung PIBG kali ke 42

Pn Aqilah

Ucapan
aluan
pengerusi
majlis

Jejaran mengkudu berbias kesuma


Di celah angsana di Tanah Jawa
Ucapan Aluan pembuka bicara
Di Arena bicara kita bersua
Lenggang bertapak seni
memandang
Silat sendeng menyusun jari
Salam sembah selamat datang
Sudi tuan ke majlis kami
Pada majlis yang penuh bermakna
ini, marilah kita memanjat syukur
ke hadrat ilahi kerana dengan izin
serta limpah rahmat-Nya kita
diberikan kekuatan untuk
berhimpun di Dewan Arena Bicara
bagi menjayakan Majlis Mesyuarat
Agung PIBG kali ke-42
Majlis juga berbesar hati mengalualukan kehadiran tetamu
kehormat kita Yang Berbahagia Tn
Hj Rooslee b Ismail, Pengarah
Pendidikan Negeri Perlis, tetamutetamu jemputan serta semua
hadirin kerana sudi menghadirkan
diri dalam majlis yang amat besar
maknanya ini.

En Azril
Rizal

Bacaan
doa

Bagi memberkati majlis kita pada


pagi ini, marilah sama-sama kita
menadah tangan memohon
keberkatan Illahi, agar segala

5 Mesyuarat Agung PIBG kali ke 42

urusan mendapat rahmat. Untuk


itu, majlis dengan hormatnya
menjemput Al-Fadhil Ustaz Abd
Samad b Said untuk memimpin
bacaan doa. Dipersilakan.
Pn Aqilah

Pn. Aqilah

Selesai
bacaan
doa

Amin..Amin.. Ya Rabbal Alamin..

Ucapan
aluan
Pengetua

Tuan-tuan dan puan-puan yang


dihormati,

Majlis merakamkan ucapan terima


kasih kepada AL- Fadzil Ustaz
Abd Samad b Said atas
pimpinan bacaan doa itu tadi.
Semoga kalimah doa ini diberkati
hendaknya hasrat yang direncana.
Insyallah.

Kepimpinan diteladani,
Program dirancang dan direalisasi,
Muafakat kata menjadi paksi
Kejayaan pasti menjelma bukan
umpama mimpi dalam mimpi
Majlis pada pagi ini dimulakan
dengan dengan mempersilakan
Yang Berusaha Puan Kang Lee
Lee,Pengetua SMK Perlis
merangkap Penasihat PIBG untuk
menyampaikan ucapan alu-aluan.
Dipersilakan.

En Azril
Rizal

Selesai
ucapan
Pengetua

Demikian tadi ucapan alu-aluan


oleh Yang Berusaha Tuan
Pengetua. Majlis mengucapkan
ribuan terima kasih.

En Azril
Rizal

Ucapan
aluan YDP
PIBG

Aturcara majlis diteruskan dengan


mempersilakan
Yang Berusaha, En Leong

6 Mesyuarat Agung PIBG kali ke 42

Weng Onn, Yang Dipertua


PIBG SMK Perlis untuk
mengungkap bicara ucapan
beliau. Dipersilakan..
Pn Aqilah

Selesai
ucapan
YDP PIBG

Pn Aqilah

Ucapan
Perasmian

Majlis merakamkan ucapan terima


kasih kepada En Leong Weng
Onn, Yang DiPertua PIBG SMK
Perlis atas ucapan yang
disampaikan sebentar tadi.
Sidang hadirin yang budiman,
Kalau tuan pikat kenari,
Jangan patahkan batang jerami;
Kepada tuan ruang diberi,
Mohon rasmikan majlis kami
Majlis dengan sukacita dan penuh
takzim mempersilakan Yang
Berbahagia, Tuan Hj Rooslee b
Ismail,
Pengarah Pendidikan Negeri
Perlis bagi menyampaikan
ucaptama dan seterusnya
menyempurnakan Majlis
Perasmian Mesyuarat Agung PIBG
ke-42, Smk Perlis bagi tahun 2015
Dengan segala hormatnya,
dipersilakan.

En Azril
Rizal

Selesai
ucapan
perasmian

Setinggi-tinggi penghargaan dan


terima kasih diucapkan kepada
Yang Berbahagia, Tuan Hj
Rooslee b Ismail,
Pengarah Pendidikan Negeri
Perlis atas ucapan perasmian
sebentar tadi.
Dengan ini, maka rasmilah sudah
Mesyuarat Agung PIBG kali ke -42
SMK Perlis bagi tahun 2015

7 Mesyuarat Agung PIBG kali ke 42

Bercabang tiga si gunung daik


Di kakinya subur pohon meranti
Budi luhur dibalas baik
Dalam ingatan tersimpul mati
Terima kasih tuan.
Hadirin yang dihormati,

En Azril
Rizal

Kini tibalah atur cara seterusnya


iaitu pemberian cenderamata
kepada Ahli jawatankuasa PIBG
yang telah mengembeling tenaga
dalam meneraju persatuan PIBG
SMK Perlis bagi tahun 2013 hingga
2014.
Sehubungan dengan itu majlis
mempersilakan Puan Kang Lee,
Pengetua SMK Perlis mengiringi
Yang Berbahagia Tn Hj Rooslee b
Ismail menyempurnakan upacara
penyampaian cenderamata
Dipersilakan.

Pn Aqilah

Senarai Ahli Jawatankuasa PIBG


2013/2014 dimulakan dengan...
Rujuk edaran senarai nama AJK
PIBG 2013/2014

En Azril
Rizal

Selesai
upacara
Penyampaian

En Azril
Rizal

Penyampaian
cenderamata

Majlis merakamkan setinggi-tinggi


penghargaan dan terima kasih
kepada yang berbahagia, Tuan Hj
Rooslee b Ismail kerana sudi
menyempurnakan upacara
penyampaian cenderamata itu
tadi.
Anak haruan berlima-lima
mati ditimpa punggur berdaun

8 Mesyuarat Agung PIBG kali ke 42

kepada vip

budi tuan kami terima


jadi kenangan bertahun-tahun
Sebagai tanda penghargaan dan
terima kasih yang tidak terhingga,
majlis mempersilakan Yang
Berusaha Puan Kang Lee Lee,
untuk menyampaikan
cenderamata kepada tetamu
jemputan kita pada hari ini.

En Azril
Rizal

En Azril
Rizal

Dipersilakan,
1. Yang Berbahagia , Inspektor
Wong Jnm Linm, Penolong
Pegawai perhubungan
Sekolah

Cenderamata
Perasmi

2. Yang dihormati, Cik Lim Fong


Yee, Pegawai Angkat
Akademik, Sektor
Pengurusan Akademik JPN
Perlis.
Sebagai tanda terima kasih atas
kesudian Yang Berbahagia Tn
Hj Roslee b. Ismail, Pengarah
Pendidikan Negeri Perlis atas
penyempurnaan majlis perasmian
sebentar tadi, majlis dengan
sukacita dan berbesar hati untuk
memberikan cenderamata tanda
kenang-kenangan junjungan kasih
kami terhadap Yang berbahagia
tuan. Dengan segala hormatnya
dipersilakan
Burung nuri burung merpati
Hinggap di beranda hinggap
ditangan ,
cenderamata diberi seikhlas hati
Sebagai tanda buat kenangan

9 Mesyuarat Agung PIBG kali ke 42

Pn. Aqilah

Selesai
penyampaian
cenderamata
kepada vip

Terima kasih diucapkan kepada


Puan Kang Lee Lee atas kesudian
menyampaikan cenderamata
sebentar tadi.
Pihak majlis turut merakamkan
penghargaan dan ucapan terima
kasih atas kesudian tuan/puan
hadir ke majlis kami.
Sesungguhnya kesudian
tuan/puan hadir pada hari ini
menyuntik semangat buat kami
semua.

Pn Aqilah

Penutup

Sidang dewan yang dimuliakan,


Dengan berakhirnya penyampaian
cenderamata itu tadi, maka
tibalah masanya untuk kami
selaku pengendali majlis
mengundurkan diri.
Seandainya, terdapat kekhilafan
dan kesalahan dari segi tutur kata,
lengok bicara atau renungan mata
sepuluh jari disusun, seribu
kemaafan dipohon.
Pihak majlis juga ingin
merakamkan setinggi-tinggi
ucapan terima kasih kepada
tetamu kehormat, para jemputan
dan para hadirin yang hadir.

10 Mesyuarat Agung PIBG kali ke 42

Tidak dilupakan kepada semua


yang terlibat secara langsung atau
tidak langsung dalam
mengendalikan Majlis Perasmian
Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke42 PIBG SMK Perlis bagi tahun
2015

En Azril
Rizal

Sebelum mesyuarat agung


diteruskan, dijemput dengan
segala hormatnya Puan Pengetua
mempersilakan dan mengiringi
Yang Berbahagia Tn Hj Rooslee
meninggalkan majlis .

En Azril
Rizal

Seterusnya saya menyerahkan


majlis kepada pengerusi
mesyuarat untuk memulakan
Mesyurat Agung PIBG

En Azril
Rizal

Dijemput guru-guru penolong


kanan dan dan ketua-ketua bidang
mengambil tempat di kerusi
hadapan

En Azril
Rizal

Sekian, wabillahitaufiq
walhidayah,
Assalamualaikum warahmatullahi
wabarokatuh.

11 Mesyuarat Agung PIBG kali ke 42

12 Mesyuarat Agung PIBG kali ke 42