Anda di halaman 1dari 2

Karangan Berita : Kejadian Banjir

Kejadian banjir telah berlaku di tempat tinggal


kamu. Tulis berita mengenai kejadian banjir
tersebut.
Kemaman, Ahad Kejadian banjir telah melanda
daerah Kemaman baru-baru ini. Beberapa
kawasan telah dinaiki air setinggi antara 1 meter
hingga 2 meter.
Kejadian banjir ini berlaku disebabkan
hujan lebat turun tidak berhenti-henti selama
beberapa hari. Hal ini menyebabkan banyak
kawasan rendah dinaiki air dengan cepat.
Masalah longkang yang tersumbat juga telah
memburukkan keadaan.
Pihak berkuasa telah mengarahkan
semua penduduk yang terlibat dengan banjir
perpindah ke pusat pemindahan. Beberapa pusat
pemindahan telah dibuka di kawasan yang
terlibat dengan banjir. Di pusat perpindahan,
mangsa-mangsa banjir dibekalkan dengan
makanan, pakaian dan selimut.
Selepas beberapa hari, banjir mulai
surut. Beberapa pusat pemindahan telah ditutup.
Mangsa banjir telah dibenarkan pulang ke rumah
masing-masing. Mereka membersihkan rumah
yang dipenuhi lumpur dan sampah sarap.
Pihak kerajaan negeri dan kerajaan
pusat memberi bantuan kepasa mangsa-mangsa

banjir. Antara bantuan yang diberikan ialah wang


tunai dan makanan. Bantuan ini dapat membantu
meringankan beban mangsa banjir.
Mangsa banjir sangat bersyukur atas
bantuan yang diberikan oleh pihak kerajaan.
Mereka berharap banjir besar seperti tahun ini
tidak akan berulang.