Anda di halaman 1dari 1

B4

THE BRUNEI TIMES | Saturday, 6 September, 2014

EDU@BT

Buli: fenomena sosial yang harus dibendung

Raghadah Agus
BANDAR SERI BEGAWAN

ULI, ianya bukan satu hal yang


biasa namun ianya merupakan
satu fenomena sosial yang sangat
membimbangkan
terjadi
di
kalangan masyarakat kini. Tidak
terkecuali di negara kita sendiri. Siapa kata
kes buli di Brunei ini tidak begitu membimbangkan?
Masalah buli ini sering kita dengar, lihat
dan baca melalui media semasa, surat
akhbar, berita dan juga dari rakan mahupun
saudara. Buli juga tidak mengenal siapa dan
dimana, ianya terjadi di merata tempat mau
itu di alam pekerjaan, persekolahan
mahupun di rumah sendiri.
Sesuatu hal yang membuatkan seseorang itu merasa sakit hati, marah, merasa
tersisih, terhina, terluka dan jauh hati ini
lah tanda-tanda mereka yang di buli, jelas
seorang kaunseling yang bertugas di salah
sebuah sekolah kerajaan.
Buli boleh berlaku dalam dua bentuk
iaitu secara langsung (fizikal) yang dapat
didefinikan sebagai masalah yang meliputi
kegiatan seperti memeras ugut, memukul,
mengasari yang lemah dan secara tidak
langsung (mental) yang melibatkan katakata iaitu verbal termasuklah dihina, diejek
mahupun dutertawakan dan lain-lain yang
boleh mengakibatkan tekanan kepada
mangsa buli tersebut.
Siapa yang selalu menjadi mangsa buli
ini? Siapa pula yang menjadi si pembuli?
Lain orang mempunyai berlainan
pendapat mengenai isu sebegini, ada yang
berkata kebanyakkan mangsa buli ini
mereka yang suka berdiam diri, tidak suka
bergaul dan ada juga yang mengatakan bahawa disebabkan penampilan dan fizikal
seseorang itu boleh menyebabkan masalah
buli ini berlaku.
Gejala buli pada masa kini semakin menjadi-jadi, dalam seminggu mahupun sebulan sering kita dengar masalah sebegini
berlaku di sini. Oleh itu, peranan pelbagai
pihak-pihak tertentu termasuk kita sendiri
untuk sama-sama mengatasi masalah ini
adalah sangat diharapkan dan digalakkan.
Buli di sekolah, di tempat kerja, di jalan
raya, buli dalam media sosial atau lebih

(Atas) Dua orang pelakon melakonkan sketsa bertajuk buli untuk mengajar murid-murid
sekolah rendah dari membuli satu sama lain di sekolah. (Bawah) Kanak-kanak Indonesia
memegang sepanduk anti-buli di Jakarta. Gambar-gambar: Fail BT, EPA

dikenali sebagai cyber bully dan pelbagai


jenis buli yang lain hendaklah segera
dibendung dan diatasi sebelum ianya marak
merosak
bangsa
dan
kesejahteraan
masyarakat kini.
Apa penyebab buli ini boleh terjadi?
Jika tidak kerana angin masakan pokok
boleh bergoyang, itulah ungkapan yang
sering digunakan untuk menjelaskan sesuatu yang mana setiap permasalahan yang
berlaku itu tentu mempunyai punca masalahnya begitu juga masalah buli.
Jangan anggap buli ini satu perkara yang
remeh, terkadang hanya disebabkan hal
yang kecil boleh menjadi besar dan serius
sehingga terjadinya perkelahian, ini yang
harus kita elakkan. Pelbagai punca yang
mendorong kepada masalah buli ini salah
satunya adalah dendam, rasa tidak puas
hati mahupun hanya sekedar mahu berseronok, terang Jailani Hj Kula, ayah kepada
lima orang anak ini kepada The Brunei
Times.

Di dalam zaman saya sendiri iaitu


zaman persekolah saya dulu kira-kira dalam
tahun 80an memang gejala buli ini ada dan
saya sendiri pernah melihat dengan mata
saya sendiri, walau bukan saya yang menjadi mangsa buli namun saya tahu apa yang
mereka rasakan ketika itu, malu, takut dan
tertekan, tambah beliau lagi.
Salah seorang guru dari sekolah kerajaan
memberikan pendapat beliau mengenai
punca permasalahan ini yang mana menurut beliau ianya terkadang berpunca dari
individu itu sendiri antaranya kekurangan
penghayatan nilai-nilai murni dan agama
yang ada pada seseorang itu yang mana
mereka sanggup melibatkan dirinya dalam
kes buli sebegini.
Terkadang mereka sanggup berbuat demikian hanya untuk mendapatkan perhatian orang lain dan menunjukkan

kekuatannya kepada yang lain. Mereka semakin ketandusan nilai kemanusiaan.


Masih banyak lagi punca-punca kepada
masalah buli ini seperti kurangnya belaian
dan juga kasih sayang dan keprihatian kepada anak-anak yang menjadi antara puncanya kes buli ini terjadi. Ibu bapa yang
sibuk menguruskan hal duniawi telah
mengabaikan tanggungjawab mereka yang
diberikan Allah (SWT) mereka terhadap
anak-anak mereka.
Terpengaruh dengan tindakan rakan sebaya juga merupakan punca yang menjurus
kepada gejala buli ini. Seperti yang terjadi di
sekolah-sekolah seperti yang diketahui
mereka iaitu para pelajar yang masih muda
belia ini akan terpengaruh kepada rakan
mereka yang merupakan pembuli. Ini yang
harus di cegah supaya kelakuan sebegini
tidak menjadi-jadi.
Langkah-langkah yang perlu diambil
untuk mengatasi masalah ini
Menurut, Noridah Hj Zulkarnain, salah
sorang mahasiswi Institut Teknologi Brunei
(ITB) dalam jurusan Kejuruteraan Sivil, Sesuatu permasalahan itu memang ada jalan
penyelesaiannya, mungkin ianya tidak
mudah namun jika kita lakukannya secara
perlahan dan juga kerap, lambat-laun ianya
boleh
membendung
permasalahan
tersebut. Bak kata pepatah, tiada penyakit
yang tiada penyembuhnya.
Wanita 22 tahun ini berpendapat bahawa
didikan yang baik bermula dari rumah, iaitu
peranan ibu bapa dalam memberikan pelajaran mengenai keburukkan masalah buli
ini haruslah ditanai sedari anak itu kecil
lagi. Kasih sayang dan perhatian haruslah
diberikan kepada anak-anak ini supaya
mereka tidak merasa disisihkan.
Antara langkah drastik yang boleh dijalankan untuk membanteras kemelut ini
iaitu melalui pihak-pihak kerajaan seperti
kementerian pendidikan dan juga pihak
sekolah harus menitikberatkan isu kes buli
ini dalam pelajaran dengan melalui mata
pelajaran tertentu seperti pelajaran ugama,
sivik dan sebagainya.
Melalui ini, para pelajar akan menyedari
bahawa perbuatan buli ini merupakan satu
kesalahan dan pelajar juga didedahkan
dengan pelbagai matlumat tentang kesan
buruk daripada perbuatan membuli ini.
Jainatul Aishah Hj Md Sahat, seorang
pekerja di salah sebuah syarikat swasta di
Bandar Seri Begawan berkongsi salah satu
langkah yang boleh membantu mengurangkan masalah buli di Brunei ini, Melalui
ceramah atau kempen cegah buli
merupakan satu cara yang dapat kita usahakan dan kalau boleh ianya di adakan secara berterusan di setiap sekolah mahupun
pejabat-pejabat
bagi
memberikan
kesedaran agar kita dapat menjauhkan diri
daripada gejala buli ini.
Apa yang paling penting kita haruslah
bersatu dan bangun bersama-sama untuk
mencegah permasalahan sebegini dan memastikan impian negara kita yang ingin melahirkan satu bangsa yang bermartabat
mulia berpegang kepada falsafah Melayu
Islam Beraja dan berdaya maju akan tercapai.
Buli, isu ini tidak harus dipandang ringan
oleh kita dan disebabkan itu, semua pihak
haruslah sehilir semudik dan sehati sejiwa
dalam usaha menangani masalah kes buli
ini walau kita terpaksa mengharungi segala
rintangan dan juga liku-liku yang berada dihadapan kita yang dipenuhi dengan onak
duri realiti kehidupan.
Belajar untuk menjaga hati seseorang
dan bantulah mereka yang mempunyai sebarang dilema dan permasalahan sebegini.
Walau apa pun terjadi, dalam keadaan
apa sekalipun, dengarlah nasihat dan
patuhi lah orang tua kita, ibu bapa kita yang
sedari kecil mengajar kita erti kehidupan
sebenar ini dan sebelum kita lakukan sesuatu itu, kita fikirkan akan kesannya terhadap diri kita, keluarga kita, rakan dan
juga kepada mereka yang kita buli.
Semuanya ada dalam diri kita sendiri,
hanya kita yang dapat mengubahnya.
The Brunei Times

Anda mungkin juga menyukai