Anda di halaman 1dari 2

Irama beralun gendang dipalu

Langkah diayun berpasang-pasangan


58 tahun telah berlalu
Malaysia megah menyambut kemerdekaan
Assalamualaikum dan salam sejahtera, salam sehati sejiwa.
Yang Berusaha______, Pengetua SMK ______.
Yang Dihormati _______, Guru Penolong Kanan Tadbir & Kurikulum
________, Guru Penolong Kanan HEM
________, Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum

Guru-guru dan rakan-rakan sekalian.


Sedar tak sedar Malaysia kini sudah menjangkau usia 58 tahun. Banyak perubahan maju yang
boleh kita saksikan terhadap negera ini dari semasa ke semasa. Namun, kita harus akui
kejayaan dan transformasi pada hari ini bukanlah datang dalam sekelip mata. Hakikatnya, ianya
berlaku atas usaha gigih pemimpin-pemimpin terdahulu yang banyak berkorban jiwa dan raga.
Jika kita imbas kembali sejarah kemerdekaan Tanah Melayu, negara kita mungkin tidak boleh
merdeka kalau rakyatnya sendiri tidak bersatu-padu. Dasar pecah dan perintah oleh penjajah
telah menyebabkan rakyat berpecah-belah. Melayu sama Melayu, Cina sama Cina dan India
sama India.
Tapi atas perjuangan Tunku Abdul Rahman, Tun Tan Cheng Lock dan Tun V.T Sambanthan kita
semua disatukan. Maka wujudlah bangsa 1Malaysia yang ada pada hari ini. Sebagai rakyat
Malaysia, hendaklah kita bersyukur dengan kemerdekaan negara kita dan mempertahankan
kemakmuran, keharmonian, dan keselesaan yang sedia ada sekarang.

Hadirin sekalian,
Majlis kini diteruskan dengan persembahan daripada pelajar-pelajar Tingkatan 4

Persembahan yang begitu menarik. Berikan mereka tepukan yang gemuruh.

Seterusnya, majlis diteruskan dengan

Hadirin sekalian, sebelum mengakhiri majlis kita pada pagi ini, diminta para guru dan pelajar untuk
berdiri dan menyanyikan lagu Sehati Sejiwa, Jalur Gemilang, dan Tanggal 31.

Dengan berakhirnya nyanyian tadi, maka berakhirlah majlis kita pada pagi ini. Tahniah kepada
warga SMK ______ kerana dapat bersama-sama meraikan majlis sambutan ambang
kemerdekaan kita pada pagi ini. Saya akhiri dengan sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai