Anda di halaman 1dari 1

Nur Shuhada binti Zonkifli

Guru KAP Sk Panglima Adnan


71050 Si Rusa,
Port Dickson, Negeri Sembilan.
3732696
Pn. Saniah Bt Abd Samad
Guru Besar SK Panglima Adnan
71050 Si Rusa,
Port Dickson, Negeri Sembilan.
2015

013-

01 Oktober

Puan,
MEMOHON KEBENARAN UNTUK MURID TAHUN 5 YANG MENGAMBIL UPKK
PULANG AWAL
Dengan hormatnya, saya Nur Shuhada binti Zonkifli selaku guru Kelas Agama
Petang(KAP) Sk Panglima Adnan dengan ini memohon jasa dari guru besar serta
pihak pentadbiran sekolah untuk membenarkan murid tahun 5 yang mengikuti kelas
kap pulang awal dari waktu sesi persekolahan.
2.
Ini kerana, murid tahun 5 akan mula menduduki Ujian Penilaian Kelas
Kafa(UPKK) mulai 05 hingga 08 Oktober 2015(Isnin hingga Khamis). Sehubungan
dengan itu, diharapkan agar pihak sekolah dapat memberi kebenaran kepada murid
tahun 5 seramai 54 orang untuk pulang awal dan membuat persiapan serta
persediaan bagi menghadapi ujian pada sebelah petang.
3.
Saya berharap agar pihak sekolah dapat mempertimbangkan permohonan
saya dan memberi kebenaran untuk murid pulang awal pada tarikh ujian dijalankan.
Segala kerjasama dan keprihatinan dari pihak sekolah saya hargai dan dahului
dengan ucapan terima kasih.
Sekian,
............................................
(Nur Shuhada Binti Zonkifli)
Guru Kap Tahun 5
SK Panglima Adnan

Anda mungkin juga menyukai