Anda di halaman 1dari 11

PROGRAM KESIHATAN

KESIHATAN GIGI DI SEKOLAH KONSEP & MATLAMAT


Diperkenalkan pada tahun 1985.
Bertujuan utk memastikan murid-murid sekolah mempunyai kesihatan mulut yang baik
apabila mereka tamat zaman persekolahan.
Jururawat pergigian bertanggungjawab memeriksa dan merawat murid-murid tersebut
di bawah penyeliaan dan pengawasan doktor pergigian.
3 cara bagaimana perkhidmatan ini dilaksanakan: a) Klinik pergigian sekolah b)
Pasukan pergigian bergerak c) Klinik pergigian bergerak
4 jenis gigi : a) Gigi taring b) Gigi seri c) Gigi garaham kecil d) Gigi garaham
a) GIGI TARING Gigi taring adalah gigi yang memilki satu akar dan memiliki fungsi
untuk mengoyak makanan atau benda lainnya.
b) GIGI SERI Gigi seri adalah gigi yang memiliki satu akar yang berfungsi untuk
memotong dan mengerat makanan atau benda lainnya.
c) GIGI GARAHAM KECIL Gigi geraham kecil adalah gigi yang punya dua akar yang
berguna / berfungsi untuk menggilas dan mengunyah makanan atau benda lainnya. d)
GIGI GARAHAM Gigi geraham adalah gigi yang memiliki tiga akar yang memiliki fungsi
untuk melumat dan mengunyah makanan atau benda-benda lainnya.
STRUKTUR GIGI
a) GIGI KANAK-KANAK Bermula sebelum lahir lagi. Seawal-awal 4 bulan, gigi susu,
atau gigi yang akan berganti, akan tumbuh. Biasanya, ke semua 20 batang gigi susu
ini akan tumbuh pada umur 3 tahun, sungguhpun perkembangan dan susunannya
berbeza. Gigi kekal mula tumbuh sekitar umur 6 tahun. Proses ini akan berterusan
sehingga lebih kurang umur 21 tahun.
PENYAKIT-PENYAKIT MULUT
a) ULSER DLM MULUT Sebahagian besar rakyat Malaysia mengalami ulser aftus
berulang. Ulser aftus boleh dibahagikan kepada tiga iaitu:- Ulser aftus bertulang
minor. Ulser aftus bertulang major Ulser aftus bertulang herpetiform
b) BENGKAK-BENGKAK DLM MULUT Keadaan ini merupakan lesi-lesi (perubahan tuar
biasa) yang berpedunkel (bertangkai) atau sesil (tidak bertangkai). Granuloma piogen
Granuloma set raksaksa periferi Polip fibro-epitelium Hiperplasiadentur
c) KANSER MULUT Penyakit mulut yang meliputi bibir, lantai mulut, bahagian dalam
pipi, lidah dan gusi. Ia mengganggu fungsi seseorang untuk makan, bercakap, bernafas,
menelan dan menanggung kesakitan Lebih 90% kes kanser mulut melibatkan pada
lapisan luar mukosa mulut.

D) PUNCA PENYAKIT Tabiat menyunyah sirih bercampur pinang atau tembakau


Tabiat mengunyah tembakau sahaja Merokok Minum minuman keras Penghidap HIV
dan siflis Mereka yang berumur 40 tahun ke atas Genetik
KAEDAH PENCEGAHAN Berus gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari Berus gigi
selepas sarapan dan sebelum tidur Berus gigi menggunakan teknik yang betul
Lakukan sekurang-kurangnya dua ke tiga minit
CARA-CARA MENCEGAH NAFAS BERBAU Berus gigi sekurang- kurangnya dua kali
sehari Gunakan alat khas untuk membersihkan lidah Kunyah dengan gula-gula getah
tanpa gula Gunakan ubat kumur yang bersesuaian dengan keperluan anda Berhenti
merokok dan kurangkan pengambilan minuman beralkohol Lakukan pemeriksaan
kesihatan pergigian setiap enam bulan
DEMAM DENGGI
PENGENALAN
Disebabkan oleh jangkitan virus Denggi (genus Flavivirus) yang disebar oleh nyamuk
Aedes betina.
Tersebar melalui gigitan nyamuk aedes orang yang berpenyakit virus denggi kepada
orang yang sihat.
Virus Denggi akan terpendam di dalam badan pesakit selama 3 - 14 hari (purata 4
hingga 6 hari) sebelum menunjukkan tanda-tanda.
Pesakit mungkin akan mengalami demam mengejut diikuti dengan berbagai-bagai
tanda dan gejala tidak khusus
TANDA & GEJALA
a) Peringkat permulaan Demam denggi bermula dengan demam mengejut sakit
kepala sakit di belakang bebola mata sakit sendi dan otot (myalgias dan arthralgias)
sakit pinggang yang teruk Peringkat radang Bintik-bintik merah terang &
berkemungkinan terdapat gastritis Pesakit juga boleh mendapat radang hati, radang
otak (lebih pada kanak-kanak) dan juga dalam kes luarbiasa radang otot jantung
(cardiomyopathy). Demam denggi klassik berlarutan selama enam hingga tujuh hari
dengan demam kembali memuncak pada akhir demam (dikenali sebagai pola biphasic).
Bilangan sel darah pembeku (platelet) akan turun sehingga hilang demam Kehilangan
bendalir plasma darah dari salur darah ke dalam tisu perantara atau ruang ke tiga (third
space loss di antara selaput paruparu, ruang peritoneum dan sebagainya) Pesakit
terdedah kepada renjatan dan risiko perdarahan.
2 jenis denggi yang paling berat iaitu
a) Demam Hemoragik Denggi (DHF) b) Sindrom Kejutan Denggi (DSS). Kes DHF juga
menunjukkan demam tinggi, fenomena pendarahan, trombositopenia
(thrombocytopenia) dan haemoconcentration. Sebahagian kecil kes membawa
kepada sindrom kejutan denggi (dengue shock syndrome) atau DDS yang
mempunyai kadar kematian yang tinggi. DIAGNOSIS Diagnosis denggi

kebiasaannya dibuat secara klinikal. Gambaran klasik adalah demam tanpa


sumber jangkitan tempatan, bintik-bintik gatal dengan thrombocytopenia dan
kemungkinan leukopenia. Kajian serologi dan PCR (polymerase chain reaction)
digunakan bagi mengesahkan diagnosa denggi sekiranya diperlukan secara klinikal.
RAWATAN
Rawatan utama adalah terapi sokongan. Pesakit digalakkan untuk mengekalkan
makan, terutamanya minum air. Sekiranya pesakit tidak mahu / mampu minum,
tambahan melalui cecair intravena mungkin diperlukan Pemindahan darah mungkin
diperlukan sekiranya bilangan platelet turun dengan banyaknya.
KAWALAN DAN PENCEGAHAN
Pengawasan vector
a) Pengawasan vektor bertujuan untuk mengawasi jumlah dan juga paras kepadatan
nyamuk Aedes.
b) Di setiap rumah semua bekas di dalam dan di luar rumah diperiksa sama ada
terdapat air dan jentikjentik atau tidak.
Kawalan ketika berlaku wabak Demam Denggi
a) Semburan kabus racun serangga
b) Tujuan semburan untuk membunuh nyamuk Aedes dewasa yang membawa virus
denggi.
c) Jenis semburan:
i. Apabila berlaku satu kes demam denggi, semburan kabus dijalankan seluas 200
meter sekeliling rumah pesakit dengan mesin 'Thermal Fogger'.
ii. Apabila berlaku wabak denggi, seluruh lokaliti berkenaan dibuat semburan kabus
dengan menggunakan mesin ' Ultra Low Volume' yang diletakkan di atas kenderaan.
d) Masa semburan i. Semburan dijalankan pada awal pagi dan petang
e) Kekerapan semburan i. Semburan kabus pertama dilakukan dalam masa 24 jam
selepas dikesan. ii. Semburan kedua pada hari ke 7-10 berikutnya.
Langkah yang perlu diambil semasa aktiviti semburan:
a) Semburan kabus 'thermal'
i. Semasa proses penyemburan penghuni hendaklah mengosongkan premis mereka
termasuklah binatang peliharaan.
ii. Menutup semua tingkap dan pintu yang menghala keluar kecuali pintu hadapan.
iii. Membuka semua pintu bilik dalam rumah.
iv. Menutup atau menyimpan bahan makanan dalam peti sejuk atau almari.

v. Mematikan api dapur gas dan menutup balang gas atau apaapa bahan yang mudah
terbakar.
b) Semburan kabus 'ultra low volume'
i. Elakkan diri dari terdedah dan menyedut kabus semburan.
ii. Jaga kebersihan diri dengan mencuci tangan, membasuh muka dan menukar
pakaian jika perlu.
iii. Dapatkan rawatan perubatan jika disyaki mengalami keracunan oleh racun
serangga.
Memusnahkan tempat pembiakan nyamuk
a) Memusnahkan atau mengurangkan sebanyak mungkin berbagai-bagai bekas dan
tempat vektor menetap dan berkembang biak.
b) Mengurang atau mengelakkan menyimpan air dalam takungantakungan seperti
tong deram, tempayan, kolam simen dan lainlain.
c) Mencampurkan Abate ke dalam semua bekas yang digunakan untuk menyimpan air.
d) Membersihkan rumput, lalang dan semak di tanah-tanah lapang akan memusnahkan
tempat nyamuk menetap dan berehat.
Undang-undang dan akta
a) Akta Pemusnah Serangga Pembawa Penyakit telah disahkan pada tahun 1975.
b) Jika mahkamah mendapati pemilik atau penghuni bersalah pada kali pertama,
denda maksimum RM1000 atau penjara maksimum 3 bulan atau keduaduanya sekali.
Pada kesalahan kedua, denda maksimum sebanyak RM 2000 atau hukum penjara
maksimum 1 tahun atau keduaduanya sekali.
PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH RANCANGAN KESIHATAN SEKOLAH
Rancangan Kesihatan Sekolah (RKS) dilancarkan pada tahun 1968. Merupakan satu
rancangan kebangsaan yang bersepadu di antara Kementerian Pendidikan dan
Kementerian Kesihatan. Objektif RKS: Menilai dan menafsir taraf kesihatan murid
Rawatan penyakit/ kecemasan kepada murid Kerjasama yang erat antara sekolah dan
masyarakat Menggalakkan hidup sihat Mencegah dan mengawal penyakit-penyakit
berjangkit Mengendalikan pendidikan kesihatan dan pemakanan Aktiviti RKS:
Pendidikan Kesihatan Hidup Sihat Di Sekolah Kerjasama Antara Sekolah dan
Masyarakat Untuk Kesihatan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) Kantin Sekolah.
PROGRAM BERSEPADAU SEKOLAH SIHAT Pengenalan Malaysia secara khusus telah
mengalami banyak perubahan dari aspek kesihatan dan tren penyakit. 1996, ( KKM )
dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia telah melaksanakan projek "
Health Promoting School" ( HPS ) di enam buah negeri iaitu Johor, Kedah, Melaka,
Sarawak, Selangor dan Terengganu. Persidangan " HPS " yang telah diadakan pada
bulan Disember 1996 di antara Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kementerian
Pendidikan Malaysia telah mencadangkan supaya RKS sedia ada diberi nafas baru,

dengan mewujudkan Program Bersepadu Sekolah Sihat ( PBSS ) Rasional Terdapat


beberapa program kesihatan sekolah sedia ada yang perlu diselaraskan di bawah satu
program bersepadu Hasrat untuk mewujudkan satu program kesihatan yang mampu
melahirkan rasa kekitaan dan komitmen di kalangan warga sekolah Keperluan untuk
mewujudkan satu program bersepadu yang menghasilkan impak serta dapat dinilai
keberkesanannya Satu usaha untuk meningkatkan kesefahaman dan kerjasama
diwujudkan antara sekolah dan masyarakat dalam menangani isu kesihatan Matlamat
Melahirkan warga sekolah dan persekitaran yang selamat, sihat dan berkualiti ke arah
pencapaian wawasan negara. Misi Sekolah sebagai institusi yang mempromosikan
kesihatan. Visi Generasi yang berilmu, sihat dan progresif. Objektif Memelihara
dan meningkatkan persekitaran sekolah yang bersih, ceria , selamat dan sihat.
Membina satu persekitaran sosial sekolah yang menggalakkan amalan cara hidup sihat
Meningkatkan kerjasama dan penglibatan komuniti di dalam program kesihatan
sekolah Menilai taraf kesihatan murid Menggalakkan bimbingan dan kaunseling
berdasarkan keperluan dan masalah kesihatan murid Memberi penjagaan / rawatan
kecemasan terhadap penyakitpenyakit di sekolah Teras utama Polisi Kesihatan
Sekolah sebagai sumber mempromosikan kesihatan Persekitaran Fizikal Sekolah
Persekitaran Sosial Sekolah Penglibatan Komuniti Kemahiran Kesihatan Diri
Perkhidmatan Kesihatan Sekolah Perlaksanaan PBSS hendaklah melibatkan seluruh
warga sekolah dan masyarakat setempat. Dalam pelaksanaan PBSS, pendidikan
kesihatan hendaklah dilaksanakan secara formal atau tidak formal. Pemantauan dan
penilaian Untuk menentukan kejayaan dan kemajuan PBSS dalam mencapai
objektifnya, pemantauan dan penilaian yang berterusan perlu dijalankan. Antara
kaedah yang digunakan : a) Rekod Kesihatan Murid b) Rekod Rancangan Makanan
Tambahan c) Laporan Bulanan d) Laporan Tahunan e) Pengiktirafan kepada Kelas
Terbersih PENGLIBATAN KOMUNITI Peranan Guru Besar/Guru: Mengambil ukuran
berat, tinggi dan membuat pengesanan awal screening penglihatan murid. Mengenal
pasti murid yang mempunyai masalah kesihatan serta menunjukkan mereka kepada
pihak berkenaan untuk mendapatkan rawatan. Memastikan kebenaran diperolehi
daripada ibu bapa/penjaga sebelum pasukan kesihatan memulakan
pemeriksaan/membuat penilaian. Melengkapkan butir-butir berkenaan dalam buku
rekod kesihatan murid. Menyediakan bilik bagi menjalankan pemeriksaan penilaian
kesihatan. Peranan PIBG: Menyokong rancangan kesihatan sekolah.
Mencari/mengumpul dana bagi menampung perbelanjaan kos pelaksanaan.
Mempunyai ahli jawatankuasa yang sentiasa bersedia dan berminat untuk menjayakan
program-program sekolah. Memberi persetujuan sebelum pasukan kesihatan
memulakan pemeriksaan/membuat penilaian. Mengawas murid ketika
pemeriksaan/penilaian kesihatan dijalankan oleh pasukan kesihatan. Peranan Pusat
Kesihatan: menilai dan mendaftar ubatubat dan kosmetik sebelum dibenarkan untuk
pasaran. perkhidmatan maklumat ubat dan penerbitan. membuat pemeriksaan
mengejut ke atas mana-mana sekolah. Peranan Balai Polis: Mengumpul,
mengkaji,menaksir dan menyebar maklumat berkaitan masalah-masalah kesihatan.
Melaksanakan programprogram dan seminar. Menyimpan rekod dan statistik.
KEMAHIRAN KESIHATAN DIRI Amalan gaya hidup sihat Kunci untuk sihat sepanjang
hayat a) Pemakanan siha t b) Tidak merokok c) Lakukan aktivit i fizika l d) Belajar
menangan i stres Faedah gaya hidup sihat: a) Meningkatkan status kesihatan anda b)
Mengurangkan risiko anda mendapat pelbagai penyakit seperti diabetes, serangan
jantung, strok (angin ahmar) dan tekanan darah tinggi. c) Membuat anda kelihatan dan

berasa lebih baik d) Membolehkan anda memiliki stamina dan keupayaan lebih untuk
menikmati kehidupan. Pengjagaan kesihatan diri di rumah Jika demam makan ubat
paracetamol mengikut dos yang disyorkan. Patuhi arahan pada label ubat.Dapatkan
nasihat pusat perubatan tentang ubat yang disarankan, sukatan yang sesuai, kesan
sampingan ubat dan bila pengambilan perlu dihentikan. Berehat secukupnya.
Sekiranya mengalami tandatanda kecemasan segera dapatkan rawatan doktor.
Pastikan pengudaraan yang baik di rumah (contohnya membuka tingkap di bilik, dapur,
tandas dan bilik mandi). Panduan menilai kesihatan diri di rumah: Secara amnya,
demam selesema boleh sembuh dengan sendiri. Namun begitu, anda perlu
mendapatkan rawatan SEGERA di hospital jika anda mengalami mana-mana tanda dan
gejala berikut : a) Masalah pernafasan : sesak nafas, semput, warna bibir bertukar
menjadi biru/ungu b) Batuk berdarah atau kahak berdarah c) Sakit dada berterusan d)
Cirit-birit atau muntah yang kerap e) Demam berterusan melebihi 3 hari ataupun
demam berulang selepas tiga hari pulih f)Berkelakuan tidak normal, keliru, kurang
responsif kepada rangsangan atau sawan g) Rasa pening apabila berdiri Pengjagaan
mental Langkah-langkah mudah pengjagaan mental: a) Mengamalkan cara hidup sihat
b) Berpandukan Kenyataan (Be Realistic) i. Mengenali kekuatan dan kelemahan diri
anda. ii. Menyasarkan matlamat yang boleh dicapai. iii. Belajar menerima apa yang
anda tidak boleh ubah. c) Berfikir dengan positif i. Mengamalkan bercakap positif pada
diri sendiri seperti: Saya akan, saya boleh, saya akan cuba,saya juara, saya disayangi,
saya menarik dsb. d) Buat keputusan secara bijak i. Ketahui fakta-fakta yang
berkaitan. ii. Buat pertimbangan antara kebaikan dan keburukan. iii. Libatkan orang lain
yang terlibat dalam membuat keputusan. PERKHIDMATAN KESIHATAN SEKOLAH
Tujuan: Mewujudkan kesedaran mengenai status kesihatan sendiri dan menggalakkan
amalan mendapatkan penilaian kesihatan di kalangan murid-murid. Mengesan
masalah kesihatan seawal yang mungkin serta membuat rujukan mendapatkan
rawatan bagi murid-murid yang berkenaan. Mengawal penyakit-penyakit berjangkit.
Aktiviti: Rawatan penyakit-penyakit (cacing, kutu dan lain-lain) Rawatan kecemasan
Kawalan penyakit yang berjangkit Penilaian kesihatan/pemeriksaan perubatan: Ukuran berat badan dan tinggi - Ujian awal penglihatan - Taraf pertumbuhan Tabiat, kelakuan Imunisasi (Tahun I - VI) - B.C.G., Polio - Rubella (pelajar perempuan)
Rujukan, rawatan dan susulan Perkhidmatan RMT PROGRAM SUSU SEKOLAH
PERGIGIAN AMALAN KEBERSIHAN SEKOLAH OBJEKTIF: Membina perlakuan amalan
kebersihan sebagai budaya hidup yang berterusan dalam menjalani hidup seharian
Meningkatkan keperihatinan dan komitmen warga sekolah terhadap kebersihan,
keindahan dan kecerian, serta menghargai kemudahan yang disediakan Melaksanakan
aktiviti amalan kebersihan bagi mencapai kebersihan maksimum AMALAN: Amalan
merupakan satu perbuatan atau perlakuan yang menjadi kebiasaan dan sentiasa di
praktikkan Amalan juga bermaksud perbuatan yang baik yang menjurus ke arah
kebaikan KEBERSIHAN: Kebersihan adalah keadaan bebas dari kotoran seperti
debu,sampah, dan bau. Kebersihan juga bererti bebas dari virus, bakteria, patogen,
dan bahan kimia berbahaya. MATLAMAT: KEBERSIHAN Menyemai sifat cinta akan
kebersihan sekolah dengan mengadakan gotong-royong membersihan persekitaran
sekolah dengan aktiviti rondaan kelas bertugas Mengubah cara pemikiran murid
tentang kebersihan melalui pendidikan Meningkatkan rasa tanggungjawab murid
terhadap kebersihan Meningkatkan tahap kebersihan sekolah dengan mengadakan
jadual tugas untuk murid dan guru Memantau dan menilai keberkesanan program
kebersihan pengadilan yang dibuat berpandukan Borang Penilaian Kebersihan

Melaksanakan tindakan susulan melalui program penambahbaikan. KECERIAAN


Menimbulkan kesedaran di kalangan murid-murid, warga sekolah, ibu bapa melalui
publisiti yang meluas tentang pentingnya mewujudkan persekitaran yang ceria
disekolah. Melatih murid-murid menyayangi dan menghargai alam sekitar.
Menimbulkan sifat ingin tahu di kalangan murid-murid berkaitan nama pokok dalam
panggilan biasa dan saintifik serta niali perubatan yang terkandung. Melahirkan
murid-murid yang cinta akan sekolah Menceriakan kawasan sekolah dengan membina
tapak semaian dan menjalankan kerja-kerja keceriaan Melahirkan rasa cinta akan
sekolah disamping menerapkan bertanggungjawab. KESIHATAN: Memastikan murid
peka terhadap isu-isu kesihatan dan menjaga kesihatan masing-masing dengan cara
yang betul Menyedarkan murid tentang bahaya penyakit seperti AIDS, Hepatitis B dan
penyakit berbahaya yang lain Merancang dan melaksanakan program kesihatan
seperti lawatan, ceramah dan pameran Menjalankan aktiviti suntikan Anti-Tetanus
kepada murid-murid Tingkatan Tiga Mewujudkan sistem maklumat kesihatan yang
lengkap dan terkini. PENGURUSAN: Pengurusan bermaksud satu proses
mendapatkan penyertaan, kerjasama, dan campurtangan ahli untuk mencapai objektifobjektif organisasi atau kumpulan, gerak kerjanya termasuk proses merancang,
mengelola, memimpin, mengarah dan mengawal. PERLAKSANAAN: Jadual Kebersihan
Kelas Takwin - Gotong-royong - Jawatankuasa AKTIVITI: Amali cara mencuci tangan
oleh rakan sekolah Penyampaian maklumat kesihatan mengenai denggi Amali cari
dan musnah tempat pembiakan nyamuk Aedes PERANAN SEKOLAH: Merancang dan
melaksana aktiviti tahunan sekolah mengikut jadual yang telah di tetapkan
Mewujukan iklim sekolah yang kondusif Membuat peraturan sekolah berkaitan
kebersihan kawasan sekolah Pemantauan Kebersihan Bilik Darjah PERANAN GURU:
Menggalakkan serta membantu murid mewujudkan tabiat kebersihan yang baik
Menggalakkan murid menilai perlakuan sendiri dan bertanggungjawab
memperbaikinya. Menggiatkan pengalamanpengalaman hidup dengan pendidikan
kesihatan. Merancang program dan kempen kebersihan yang menyeluruh dan
komprehensif. PAKEJ PERKHIDMATAN: Perkhidmatan Kesihatan Sekolah
Perkhidmatan Pergigian Sekolah Perkhidmatan Alam Sekitar Sekolah TUJUAN:
Mengekalkan tahap kesihatan murid di paras paling optima melalui promosi kesihatan,
pencegahan penyakit, rawatan dan rujukan. Mengesan masalah-masalah kesihatan
yang boleh menghalang pencapaian akademik murid di sekolah dan seterusnya
membuat rujukan awal bagi membolehkan intervensi awal dan penempatan murid
dalam sistem pendidikan khas. Menggalakkan penglibatan masyarakat bagi
membentuk sekolah sebagai institusi yang sihat dan selamat bagi membolehkan
pembelajaran yang berkesan BUKU REKOD KESIHATAN MURID: Buku Rekod Kesihatan
Murid (RKM1) adalah dokumen yang mencatatkan semua maklumat kesihatan yang
diperolehi semasa alam persekolahan. Mencatatkan proses pertumbuhan dan
perkembangan murid semasa alam persekolahan. Buku ini di beri secara percuma
oleh Kementerian Pelajaran Malaysia bagi setiap murid sekolah semasa tahun 1
persekolahan. Ibu bapa dikehendaki mengisi maklumat murid di dalam buku tersebut
dan mencatitkan kebenaran untuk petugas kesihatan menjalankan pemeriksaan
kesihatan dan memberi pelalian kepada anak mereka. Adalah penting untuk IBU BAPA
dan PENJAGA memahami kandungan yang terdapat dalam RKM 1 sebagai panduan
penjagaan kesihatan anak mereka sepanjang masa persekolahan. Buku ini disimpan
oleh pihak sekolah bagi memudahkan pengawasan kesihatan murid dan akan diberikan
kepada murid sekiranya mereka hendak bertukar sekolah atau menaiki sekolah

menengah. Seterusnya buku ini perlu di serah kepada sekolah yang baru untuk
simpanan. Ibu bapa boleh minta buku ini dari pihak sekolah sekiranya ingin melihat
rekod kesihatan anak mereka. PENDIDIKAN KESIHATAN: Pendidikan kesihatan di
sekolah terbahagi kepada pendidikan kesihatan secara berkelompok dan individu.
Pendidikan kesihatan secara berkelompok adalah pendidikan kesihatan yang dijalankan
melalui kempen atau kem-kem kesihatan di sekolah. Murid-murid mendapat
pengetahuan melalui pameran, ceramah dan tunjuk cara oleh anggota kesihatan.
Pendidikan kesihatan secara berkelompok mengutamakan masalah kesihatan awam
yang berkaitan dengan golongan murid sekolah contohnya saringan talasemia, 'tak nak
merokok' dan gaya hidup sihat. Pendidikan kesihatan individu diberi sebagai khidmat
nasihat dan kaunseling semasa sesi pemeriksaan kesihatan. Isu-isu yang lazim didapati
adalah berkaitan dengan pemakanan, penyakit kulit, kebersihan diri dan lainlain
Antara masalah-masalah kesihatan yang di kesan di kalangan murid sekolah adalah:
Obesiti Ketajaman penglihatan Rabun warna Tulang rangka yang tidak normal
Jangkitan cacing Kudis buta Kurang pendengaran PENDEKATAN BERSEPADU
SEKOLAH SIHAT PENDEKATAN PBSS: Enam teras utama telah digariskan Bagi
mewujudkan satu pendekatan Bersepadu di antara warga sekolah. PIBG, sektor
awam, sector swasta, Badan bukan kerajaan serta Masyarakat setempat ke arah
Melahirkan sekolah yang sihat POLISI KESIHATAN SEKOLAH 6 teras : Persekitaran
Fizikal Sekolah yang sihat dan selamat Persekitaran Sosial Sekolah yang sihat dan
selamat Penglibatan Komuniti Kemahiran Kesihatan Diri Perkhidmatan Kesihatan
Sekolah Teras-teras ini hendaklah diterjemahkan kepada strategistrategi dan kaedah
pelaksanaan yang lebih khusus agar ianya mudah difahami dan dapat dilaksanakan
oleh semua warga sekolah Ciri-ciri promosi kesihatan, penerapan nilai-nilai kesihatan
secara menyeluruh yang merangkumi aspek fizikal, mental, psiko-sosial dan kerohanian
adalah di antara ciriciri yang diberikan penekanan dan penelitian bagi membangun dan
membentuk satu model sihat dan amalan gaya hidup sihat PBSS memberi ruang
untuk tindakan bersepadu yang mengambil kira: Kurikulum sekolah Keadaan fizikal
dan sosial sekolah Perkhidmatan kesihatan sekolah Peraturan dan garis panduan
yang memberi impak kepada kesihatan. Penglibatan semua warga sekolah termasuk
pentadbir sekolah, guru, pelajar, pekerja dan masyarakat setem MATLAMAT & FOKUS
PBSS Melahirkan warga sekolah dan persekitarannya yang sihat, selamat dan
berkualiti ke arah pencapaian wawasan negara. Memberi pengetahuan serta
memupuk sikap dan amalan kesihatan yang baik agar setiap warga sekolah lebih
bertanggungjawab terhadap penjagaan kesihatan diri, keluarga dan
masyarakatmenyediakan perkhidmatan kesihatan sekolah dari aspek: Penilaian taraf
kesihatan murid Khidmat rawatan (termasuk rawatan kecemasan), rujukan, bimbingan
dan kaunseling Pengawalan dan pencegahan kejadian penyakit Mengenal pasti,
merujuk dan membantu dalam penempatan kanakkanak kurang upaya OBJEKTIF PBSS
Memastikan agar setiap sekolah dapat: Menetapkan polisi kesihatan sekolah.
Memelihara dan menigkatkan persekitaran sekolah yang bersih, ceria dan selamat.
Membina satu persekitaran sosial sekolah yang menggalakkan amalan cara hidup sihat.
Meningkat kerjasama dan penglibatan komuniti di dalam program kesihatan sekolah
KEPENTINGAN PBSS Ia mempergunakan model kesihatan holistik yang merangkumi
aspek fizikal,mental, sosial dan persekitaran. Mempastikan satu persekitaran sekolah
yang sihat terbentuk dan membuka peluang kepada kanak-kanak untuk mengamalkan
tabiat kesihatan yang baik Ia menggalakkan penglibatan keluarga dalam
perkembangan pengetahuan dan kemahiran kesihatan kanak-kanak. Ia juga memberi

penekanan kepada pentingnya persekitaran fizikal seperti bangunan, sanitasi, bekalan


air dan padang permainan kanakkanak yang mempengaruhi kesihatan kanak-kanak.
Ia juga mengenal pasti kepentingan iklim sosial sekolah di dalam membantu suasan
pembelajaran yang positif Ia menghubungkaitkan sekolah dengan perkhidmatan
kesihatan daerah dan kawasan bagi menyelesaikan masalah kesihatan tertentu di
kalangan kakan-kanak. Ia memberi penekanan kepada penglibatan pelajar secara aktif
di dalam kurikulum formal untuk membentuk satu siri pengetahuan dan juga
kemahiranberkaitan kesihatan OBJEKTIF UMUM: Ia memperkemaskan perseimbangan
di antara pendidikan dan kesihatan di dalam meningkatkan keupayaan kesihatan bagi
kanak-kanak perempuan dan wanita dalam komuniti. Ia memberikan satu persekitaran
kerja yang menggalakkan dan positif kepada warga sekolah. Ia memberi kesempatan
kepada sekolah dan masyarakat setempat bagi bekerjasama dalam Inisiatif kesihatan
yang membawa faedah kepada pelajar, keluarga dan anggota masyarakat OBJEKTIF
KHUSUS Pada akhir program, peserta seharusnya dapat: Mewujudkan warga sekolah
yang faham dan melaksanakan aspek-aspek kesihatan fizikal iaitu kebersihan diri (gigi,
kuku, rambut dan Pakaian) dan Makanan yang sihat PERANAN GURU Guru
merupakan penggerak utama untuk memastikan kejayaan program ini. Penerangan
yang jelas mengenai konsep PBSS hendaklah diberi bagi membolehkan perancangan
dan pelaksanaan berkesan aktiviti PBSS Menjadi contoh kepada murid dalam
mengamalkan cara hidup sihat. Menggalakkan murid menyertai aktiviti PBSS dengan
aktif. Memberi penerangan kepada Ibu bapa dan mesyarakat setempat mengenai
PBSS. PROSTAR PENGENALAN PROSTAR - Program Sihat Tanpa AIDS untuk Remaja.
Diperkenalkan oleh KKM dalam usaha menangani masalah HIV/AIDS di kalangan
remaja. Idea penubuhan PROSTAR telah dicetuskan pada tahun 1995 hasil
perbincangan KKM dengan pelbagai agensi kerajaan dan bukan kerajaan. Pelancaran
program ini telah disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri pada 24 November,
1996 di Dataran Merdeka, KualaLumpur. KONSEP: Oleh Remaja, Melalui Remaja,
Untuk Remaja Program ini menggerakkan remaja Malaysia yang berumur 13 ingga 25
tahun sebagai Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) ke arah hidup sihat tanpa AIDS
Menjalankan pelbagai aktiviti yang melibatkan pendidikan HIV/AIDS kepada remaja
KUMP SASARAN: Remaja berumur 13 hingga 25 tahun yang terdiri daripada pelajar
sekolah menengah, pelajar institusi penggajian tinggi, remaja lepasan sekolah.
OBJEKTIF: Meningkatkan kesedaran serta pengetahuan remaja akan bahaya jangkitan
HIV, cara pencegahan dan pengawalannya. Menyemai sikap positif di kalangan remaja
agar prihatin akan masalah HIV yang dikaitkan dengan gejala sosal yang melada
remaja masa ini. Menggalakkan remaja mengamalkan cara hidup yang sihat, serta
menghindari tingkahlaku berisiko tinggi kepada jangkitan HIV. Membentukkan
segolongan PRS bagi mempengaruhi remaja ke arah cara hidup sihat dan
menggerakkan remaja agar turut dalam usaha menentang ancaman AIDS. Melahirkan
segolongan PRS yang berperanan sebagai sukarelawan khidmat sosial dalam memberi
khidmat sokongan kepada remaja. TUJUAN: Memastikan semua Guru Bimbingan dan
Kaunseling di sekolah dapat melaksanakan perkhidmatan bimbingan dan kaunselinng
STRATEGI: Pengukuhan jaringan kerjasama pelbagai agensi. Pendekatan komunikasi
secara intensif Promosi Kelab PROSTAR Rangkaian kelab PROSTAR Pengerusan
kelab Rumah kelab AKTIVITI: Aktiviti-aktiviti pendidikan AIDS seperti ceramah,
pameran, kempen kesedaran AIDS dan kem-kem motivasi di sekolah dan kilang. Sesi
kaunseling remaja. Latihan PRS PROSTAR Menerbit dan mengedarkan newsletter.
Lain-lain aktiviti promosi seperti Laman Web PROSTAR, Kedai PROSTAR (salun, keropok

dan cenderahati PRS PENGENALAN Pembimbing Rakan Sebaya ialah kelab dimana
seorang pelajar dilatih dalam bidang kemahiran asas kaunseling dan komunikasi. Ia
berfungsi sebagai seorang pembimbing yang berkesan kepada rakan sebaya, terutama
kepada mereka yang memerlukan pertolongan. Program ini telah diperkenalkan di
sekolah sekolah menengah seluruh Malaysia pada tahun 1987. TUJUAN: Memastikan
semua Guru Bimbingan dan Kaunseling di sekolah dapat melaksanakan perkhidmatan
bimbingan dan kaunselinng PRINSIP: Bersedia dan rela membantu rakan yang
memerlukan bantuan tanpa mengira agama, bangsa, jantina, kedudukan, perlakuan
dan fizikal. FALSAFAH: BANTU DIRI SUPAYA BERUPAYA MEMBANTU ORANG LAIN VISI:
Sistem pengurusan perkhidmatan Pembimbing Rakan Sebaya yang cemerlang dan
berkualiti MISI: Membentuk dan melahirkan insan yang seimbang dari aspek jasmani,
emosi, rohani, intelek dan cemerlang berdasarkan falsafah dan etika Pembimbing
Rakan Sebaya MATLAMAT: Membina budaya kasih mesra dan saling membantu di
kalangan pelajar. Membina pelajar yang yakin diri dan menghayati nilai-nilai murni
berasaskan kepada kepercayaan kepada Tuhan. Memupuk potensi/bakat
kepemimpinan dan menjadi individu yang peka, bertimbangrasa, rela,taat, menolong
dan berupaya hidup selesa dalam masyarakat majmuk. Melalui pengaruh positif dan
persepaduan dalam aktiviti lain, PRS dapat memainkan peranan membantu
mengurangkan masalah salahlaku di kalangan pelajar PERANAN: Menjadi rakan yang
peka kepada perasaan orang lain dan keadaan sekeliling. Sebagai khidmat sokongan,
PRS membantu menggerakkan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah.
Sebagai salah satu sumber kepada rakan untuk mendapat bantuan. Sebagai
penghubung kepada khidmat bimbingan dan kaunseling seperti membuat rujukan jika
perlu. Sebagai Role Model kepada pelajar lain. Menjadi fasilitator yang bersikap
terbuka, yakin dan percaya diri, berasa selesa dan berempati ETIKA: Amanah dan
menyimpan rahsia. Tahu batasan dan keupayaan diri. Menerima dan menghormati
rakan dan orang lain Mematuhi peraturan sekolah dan norma masyarakat dan agama.
Sentiasa berusaha meningkatakan diri dari pelbagai aspek Merujuk kes rumit kepada
Guru Bimbingan dan Kaunseling. Melapor kepada Kaunselor/Guru Bimbingan dan
Kaunseling tentang kes yang boleh merosakkan diri atau orang lain. PENILAIAN
BENTUK PENILAIAN: Rekod Kesihatan Murid Rekod Rancangan Makanan Rekod
Rawatan & Pemeriksaan Gigi Laporan Bulanan Laporan Tahunan Pengiktirafan
kepada kelas terbersih Kuiz kesihatan TUJUAN PENILAIAN: Mengekalkan tahap
kesihatan murid Promosi kesihatan Pencegahan penyakit Rawatan @ rujukan
Mengesan masalah-masalah kesihatan yang boleh menghalang pencapaian akademik
KAEDAH MENINGKATKAN TAHAP KESIHATAN MURID DI SEKOLAH: Pemberian
Immunasasi Saringan kesihatan Pencegahan penyakit Rawatan Ringan dan rujukan
ke klinik atau hospital RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN PENDAHULUAN Tidak
bermaksud untuk menggantikan makanan yang disampaikan kepada seorng murid
sekolah oleh Ibu bapa atau penjaganya RMT bermaksud memberi makanan tambahan
iaitu 1/4 1/3 daripada jumlah keperluan makanan harian bagi seorng murid harian
sekolah rendah sepenuhnya Merupakan satu usaha bersepadu dan selaras dengan
usaha-usaha lain yang berkaitan dengan kesihatan dan pemakanan OBJEKTIF:
Memberi makanan tambahan yang berzat dan seimbang kepada murid-murid yang
berkenaan untuk membantu mereka mengatasi masalah dari segi pertumbuhan badan
dan kekurangan tenaga Menyelenggarakan dan mengaplikasikan pendidikan
kesihatan dari segi pemakanan dan penjagaan kesihatan secara tidak lansung.
Memupuk budaya sopan, berdisiplin menjaga kebersihan diri makanan dan alam sekitar

Menggiatkan usaha sekolah dalam penjagaan pemakanan murid PEMILIHAN: Murid


yang menunjukkan tanda salah pemakanan (dipilih oleh pasukan perkhidmatan
ksihatan sekolah/guru dan diselaraskan oleh jawatan kuasa khas di peringkat sekolah)
Murid yang daripada keluarga berpendapatan rendah (400 ke bawah) dan keahlianya
ramai (6 orang dan ke atas). Rumah jauh dari sekolah PIHAK PENYEDIA: Guru
sekolah PIBG Pasukan badan sukarela Pekerja kontrak kantin Pekerja upahan
KESAN KEKURANGAN ZAT: Ganggun pertumbuhan fizikal dan mental Kurang tumpuan
Kemerosotan Keletihan Anda mungkin juga meminati: Perkhidmatan Kesihatan
Sekolah Program Bersepadu Sekolah Sihat ( PBSS ) Pengenalan Kepada Pendidikan
Jasmani dan Kesihatan Linkwithin penat menaip Zati DeNan tepat 09:43 Email This
BlogThis! Share to Twitter Share to Facebook Share to Pinterest Labels: PENDIDIKAN
KESIHATAN SEKOLAH (PKE3104)
Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu

Anda mungkin juga menyukai