Daim dan rakan rakannya pergi memancing ikan di sungai. Mereka berasa gembira kerana mendapat banyak ikan. Setelah puas memancing, Daim mengajak rakan- rakannya mandi di sungai itu. Rakan rakannya tidak mahu mandi. Mereka menasihati Daim. Daim tidak mahu mendengar nasihat rakan rakannya. Sedang Daim asyik mandi tiba tiba dia lemas. Daim menjerit meminta tolong. Seorang tua yang lalu di situ telah menolong Daim. Sejak kejadian itu, Daim tidak degil lagi.