Anda di halaman 1dari 9

1.

PENDAHULUAN

Pada masa kini, Pendidikan Khas di Negara kita telah berkembang di bawah kelolaan
Jabatan Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia semenjak di tubuhkan pada
bulan Oktober 1995 selaras dengan penstrukturan semula Kementerian Pelajaran
Malaysia. Jabatan ini bertanggung jawab ke atas hal-hal professional bagi semua
program pendidkan khas yang dilaksanakan termasuk program integrasi dan program
inklusif (Kementerian, Pendidikan. Malaysia 2004). Selain itu, Di Malaysia pendidikan
khas dalam konteks Kementerian Pelajaran Malaysia, dilaksanakan melalui sekolah
khas untuk murid-murid bermasalah penglihatan dan bermasalah pendengaran.
Manakala

program

pendidikan

khas

integrasi

disediakan

untuk

murid-murid

berkeperluan khas bermasalah pelajaran pembelajaran, pendengaran dan penglihatan.


Program tersebut diwujudkan di sekolah harian biasa rendah dan menengah
serta sekolah menengah teknik atau vokasional yang mengunakan pendekatan
pengajaran dan pembelajaran secara pengasingan dan separa inklusif. Perkhidmatan
dan kemudahan pendidikan khas terhadap golongan berkeperluan khas seperti yang
dijelaskan di atas adalah tertakluk kepada Akta Pendidikan 1996, Peraturan-peraturan
Pendidikan (Pendidikan Khas 1997 Bahagian II 3(2). Akta ini menjelaskan bahawa
Seseorang murid dengan keperluan khas adalah boleh di didik, jika dia mampu untuk
mengurus diri sendiri tanpa bergantung kepada orang lain. Seseorang murid dengan
keperluan khas itu perlu di sahkan oleh panel yang terdiri daripada pegawai perubatan,
pegawai Kementerian Pelajaran dan pegawai Jabatan Kebajikan mengikut program
pendidikan kebangsaan layak untuk menghadiri program pendidikan khas.
Kanak-kanak

berkeperluan

khas

adalah

merupakan

kanak-kanak

yang

berhadapan dengan kebatasan keupayaan dengan sendirinya bagi memperoleh


keperluan biasa dan untuk hidup dengan masyarakat disebabkan had fizikal dan
mentalnya. Kanak-kanak ini juga sememangnya mempunyai pelbagai tingkah laku yang
pelbagai dan semestinya memerlukan beberapa kaedah yang berkesan bagi mengurus
tingkah laku yang tidak diingini. Menurut G. Miltenberger (2001) tingkah laku adalah
sesuatu yang dilakukan, cara untuk bertindak dan bagaimana tindakbalas seseorang
terhadap persekitaran.

Tambahan lagi, mengikut Kirk (1993), pendidikan khas ialah kanak-kanak yang
berbeza daripada kanak-kanak sederhana ataupun biasa dalam ciri-ciri menta,
keupayaan deria, ciri-ciri saraf dan otot ataupun fizikal, tingkah laku sosial ataupun
emosi, keupayaan komunikasi ataupun pelbagai kekurangan sehingga memerlukan
amalan-amalan

sekolah

yang

diubahsuai

ataupun

memerlukan

perkhidmatan-

perkhidmatan pendidikan khas, supaya ia dapat berkembang sehingga kemampuan


yang maksimum.
Dengan

itu, sebagai seorang guru haruslah mempunyai kemahiran untuk

menilai dan memahami murid-murid yang berkeperluan khas. Kanak-kanak khas


disefinisikan sebagai kanak-kanak yang berbeza daripada kanak-kanak biasa dengan
aspek ciri-ciri mental, keupayaan sensori, keupayaan komunikasi, tingkah laku social,
ataupun ciri-ciri fizikal. Kanak-kanak berkeprluan khas terdiri daripada masalah
pembelajaran, masalah penglihatan, masalah pendengaran, masalah komunikasi,
bahasa dan pertuturan, dan masalah kesihatan atau fizikal. Oleh itu, di sini saya akan
jelaskan mengenai kanak-kanak berkeperluan khas dari segi masalah pembelajaran
iaitu kanak-kanak bermasalah ADHD.

2.0

Definisi Kanak-Kanak ADHD

ADHD dikenali sebagai kanak-kanak tanpa hiperaktif dan juga kanak-kanak hiperaktif. Di
mana mereka ini bersifat kurang tumpuan terhadap sesuatu benda. Lambat menyiapkan
sesuatu tugasan, tidak boleh duduk diam, impulsive dan sebagainya. Banyak juga
masalah yag melibatkan ADHD seperti masalah sosial dan juga masalah keluarga. Oleh
itu, bagi mengatasi masalah ini, guru perlu tahu apa yang mereka minat. Contohnya,
dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, ia mestilah aktiviti yang menyeronokkan
untuk menarik perhatian murid tersebut.
Berdasarkan pendapat

Kasmini Kassim (1992), beliau menyatakan sindrom

hiperkinesis iaitu Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) digunakan untuk


menerangkan tingkah laku kanak-kanak yang tidak boleh duduk diam, kurang tumpuan
perhatian, terlalu lasak, impulsif, resah, suka merosakkan harta benda, dan mudah
mengalihkan perhatian terhadap sesuatu perkara. Selain itu, Attention Deficit Hyperactif
2

Disorder (ADHD) merupakan istilah perubatan yang digunakan kepada kanak-kanak dan
remaja yang mempunyai masalah daripada segi tingkah laku dan kognitif dalam aspek
penting kehidupan mereka seperti dalam keluarga dan hubungan peribadi di sekolah
dan di tempat kerja.

3.0

Ciri-Ciri Kanak-Kanak ADHD

Kanak-kanak yang mengalamai masalah ADHD ini mempunyai ciri-ciri tingkah laku yang
agak membimbangkan dan boleh mengangu proses pengajaran dan pembelajaran di
sekolah. Menurut Sousa (2001) seperti yang dilaporkan oleh Tileston (2004), terdapat
tiga ciri khusus Ketidakupayaa Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) iaitu tidak dapat
memberi tumpuan, hiperaktif dan impulsif. Manakala, menurut Bailey (2006), terdapat
lapan ciri-ciri kanak-kanak yang tidak dapat memberi tumpuan. Antara ciri-ciri itu ialah
kanak-kanak sering gagal memberi tumpuan yang teliti terhadap sesuatu perkara, tidak
mematuhi arahan guru, mempunyai masalah untuk mengatur tugas dan aktiviti, berasa
ingin cepat menyelesaikan sesuatu tugasan, dan tumpuan mudah bertukar. Menurut
American Psychiatric Association (1994), terdapat enam ciri-ciri bagi kanak-kanak
hiperaktif. Antara ciri-ciri itu ialah kanak-kanak yang selalu gelisah dengan tangan dan
kaki atau tidak boleh berada di tempat duduk, selalu meninggalkan tempat duduk dalam
kelas atau dalam situasi yang diperlukan dan selalu lari atau memanjat dalam situasi
yang tidak sesuai.
Kanak-kanak ADHD ini dikatakan lebih kurang 1 hingga 25 orang kanak-kanak
mengalami masalah ADHD dan diandaikan ADHD dialami oleh sekurang-kurangnya
seorang kanak-kanak di setiap bilik darjah. ADHD lebih kerap didiagnosa pada kanakkanak lelaki berbanding dengan kanak-kanak perempuan. Kanak -kanak hiperaktif
mempunyai ciri -ciri tingkah laku seperti tumpuan perhatian yang singkat , sentiasa
resah dan tidak boleh duduk diam. Dia tidak mengendahkan arahan ibu bapa atau
gurunya dan menunjukan kedegilanya serta susah dikawal dan displinkan. Oleh itu ,
kanak -kanak hiperaktif sering mengalami masalah pembelajaran di sekolah kerana
tabiatnya yang suka merayau -merayau , tidak boleh duduk di tempatnya dan tidak
mendengar arahan guru.

Adakalanya , kanak -kanak hiperaktif juga mempamerkan ciri -ciri perkembangan


bahasa yang lambat. Kesemuanya ini akan menyebabkan dia tidak digemari oleh kanak
-kanak lain dan dia sering berasa terasing. Adakalanya , kanak -kanak hiperaktif ini
mempunyai keupayaan intelek yang baik tetapi oleh kerana sikap resah dan perangai
impulsifnya , dia sukar dikawal di dalam suasana sekolah biasa. Kanak -kanak serti
inimemerlukan latihan khas berbentuk modifikasi tingkah laku untuk meningkatkan
tumpuan perhatiannya serta latihan yang menggunakan pendekatan satu dengan satu
( one -to -one opproach ). Guru-guru perlu sering memberikan peringatan kepada murid
ini sama ada melalui isyarat atau mengetuk meja untuk mendapatkan perhatianya dari
semasa kesemasa. Selain itu juga, kanak-kanak ADHD ini mempunyai tingkah laku
impulsive yang mana kanak-kanak ini seringkali memberi jawapan sebelum soalan
lengkap diajukan. Kurang sabar dan hadapi masalah ketika menunggu giliran. Serta
Sering mengganggu atau mencelah perbualan atau aktiviti orang lain. Bahkan kerapkali
membuat pertimbangan yang salah dan mudah mengalami kemalangan.
Terdapat 3 kategori, iaitu A, B, dan C. Kanak-kanak yang mempunyai ADHD
akan menunjukkan lebih 6 gejala dari kategori A atau B. Kategori A ialah kanak-kanak
yang mempunyai daya tumpuan yang singkat. Sekiranya mereka mempunyai lebih
daripada 6 maka mereka boleh dikatakan mempunyai masalah ADHD. Antaranya ialah
mempunyai masalah untuk mengingat, contohnya membuat kesilapan semasa membuat
kerja sekolah ataupun aktiviti yang lain. Selain itu, mereka kerap mengalami masalah
untuk mengatur tugas dan aktiviti-aktiviti seta selalu mengelak dan tidak suka
melakukan sesuatu tugas dimana memerlukan tumpuan yang lama seperti membuat
kerja sekolah mahupun kerja rumah. Kanak-kanak ini juga sering lupa dan mudah
kehilangan barang seperti pensil, pemadan, buku atau tugasan rumah dan sebagainya.
Daya tumpuan mereka cepat bertukar dari satu aktiviti kepada aktiviti yang lain
walaupun seseorang itu sedang bercakap dengan mereka.

Manakala, bagi katerogi B pula, kanak-kanak ini mempunyai tingkahlaku yang


hiperaktif iaitu kerap menggoyang-goyangkan tangan dan kakinya serta selalu mengeliat
dan tidak selesa di tempat duduknya sendiri. Mereka akan meninggalkan kerusinya di
kelas walaupun tempat duduknya di situ. Kanak-kanak ini akan berlari serta memanjat
secara berlebihan dan selalu bising pada waktu bermain. Selalunya, mereka ini banyak

bercakap. Kategori C pula ialah kanak-kanak yang menurut kata hati atau kanak-aknak
impulsif. Ciri-ciri mereka menunjukkan mereka suka menjawab secara spontan
walaupun soalan belum habis. Mereka seorang yang kurang kesabaran contohnya
semasa menunggu giliran. Mereka akan mengganggu kanak-kanak yang lain semasa
bermain atau bercakap.
Kesemua ciri-ciri ADHD ini dapat dikesan sebelum kanak-kanak berumur 7 tahun
lagi. Bagi memastikan kanak-kanak tersebut mengalami masalah ini, ciri-ciri ini mestilah
melebihi tempoh 6 bulan. Mereka tidak mempunyai masalah kesihatan atau
tumbesaran. Kebiasaanya, ADHD wujud bersama dengan Gejala Tentangan dan
Bantahan (Oppositional Defiant Disorder) iaitu kanak-kanak ini berkelakuan degil, keras
kepala dan pemarah dan bersikap pembangkang. Mereka mempunyai masalah harga
diri kerana kesusahan di sekolah, rumah dan rakan-rakan. Masalah pembelajaran biasa
terjadi disebabkan kanak-kanak tidak dapat memberi tumpuan semasa belajar.

4.0

Faktor-Faktor Kanak-Kanak ADHD

Masalah ADHD ini adalah berkaitan dengan masalah sosial individu. Kanak-kanak yang
kerap disisihkan dan tidak dihiraukan oleh rakan-rakan sebaya mereka sendiri. Kanakkanak seperti ini juga berhadapan dengan masalah akademik. Perkara ini terjadi
disebabkan mereka kurang memberi tumpuan didalam kelas dan mereka selalu bermain
dengan tingkahlaku yang terlampau aktif. Selain itu juga, kanak-kanak ini berhadapan
dengan masalah keluarga. Mereka kerap menimbulkan masalah kepada mereka yang
tinggal serumah dengan mereka atau mereka yang berinteraksi dengannya sehingga
menimbulkan keadaan tegang. Ibu bapa sering menyalahkan diri mereka kerana tingkah
laku anak-anak mereka. Antara punca penyebab berlakunya ADHD ini kepada kanakkanak kita iaitu :

i.

Faktor Neurologik

Insiden hiperaktif yang lebih tinggi didapatkan pada bayi yang lahir dengan
masalah-masalah prenatal seperti lamanya proses persalinan, distres fetal,
persalinan dengan cara ekstraksi forcep, toksimia gravidarum atau eklamsia
5

dibandingkan dengan kehamilan dan persalinan normal. Di samping itu faktorfaktor seperti bayi yang lahir dengan berat badan rendah, ibu yang terlalu muda,
ibu yang merokok dan minum alkohol juga meninggikan insiden hiperaktif .
Terjadinya perkembangan otak yang lambat. Faktor etiologi dalam bidang
neuoralogi yang sampai kini banyak dianut adalah terjadinya disfungsi pada
salah satu neurotransmiter di otak yang bernamadopamin. Dopamin merupakan
zat aktif yang berguna untuk memelihara proses konsentrasi . Beberapa studi
menunjukkan terjadinya gangguan perfusi darah di daerah tertentu pada anak
hiperaktif, iaitu di daerah striatum, daerah orbital-prefrontal, daerah orbital-limbik
otak, khususnya sisi sebelah kanan.

ii.

Faktor Genetik

Berdasarkan pada pendapat Ryan (1998) seperti yang dilaporkan oleh Silver dan Hagin
(2002), Ketidakupayaan Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) mempunyai
komponen genetik yang berkaitan dengan keluarga dan kembar iaitu ditafsirkan sebagai
kepelbagaian warisan genetik. Kepelbagaian dalam gen mengawal reseptor dopamin
khusus dalam neurotransmitter yang dikenal pasti dalam peratusan yang tinggi bagi
ketagihan dan Ketidakupayaan Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD).
Sebanyak 50% orang dewasa dan 70% kanak-kanak yang mempunyai Genetic
Resistance dan hormon tiroid mengalami Ketidakupayaan Attention Deficit Hyperactivity
Disorder (ADHD). Apabila kanak-kanak mempunyai sejarah keluarga yang mengalami
Ketidakupayaan

Tiroid,

secara

tidak

langsung

mereka

berisiko

mengalami

KetidakupayaanAttention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD). Oleh itu, berdasarkan


kepada sebab genetik, saya merumuskan bahawa kanak-kanak yang mempunyai
sejarah keluarga yang mengalami Ketidakupayaan Attention Deficit Hyperactivity
Disorder (ADHD) berpeluang untuk mengalami ketidakupayaan tersebut,
iii.

Kekurangan Zat makanan

Bayi yang kekurangan zat makanan akan mempunyai masalah tingkah laku yang
seterusnya menjadi punca kepada Ketidakupayaan Attention Deficit Hyperactivity

Disorder (ADHD). Sesetengah kajian mendapati terdapat kaitan antara kekurangan asid
lemak tertentu dengan Ketidakupayaan Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD).
Corak pemakanan terutama makanan dan minuman yang mengandungi
kandungan gula yang tinggi seperti Yogurt, Vitagen dan Yakult membawa risiko kepada
kanak-kanak

untuk

Disorder (ADHD).
mempengaruhi

mengalami

Minuman

Ketidakupayaan Attention

yang

kanak-kanak

untuk

berkafein

seperti

mengalami

Deficit

nescafe

dan

Hyperactivity
kopi

Ketidakupayaan Attention

juga
Deficit

Disorder (ADD) dan Ketidakupayaan Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD).


Sementara itu, zink memainkan peranan penting dalam metabolisma asid lemak
iaitu

menukarkan

kesan

dopamin

yang

melibatkan

neurotransmitters

dengan

Ketidakupayaan Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD). Dengan itu, sebagai


seorang ibu bapa perlu sentiasa memastikan anak-anak mereka mendapat zat makanan
yang diperlukan secukupnya sejak dari kecil lagi.

iv.

Pengaruh Persekitaran

Selain itu, persekitaran semasa ibu mengandung seperti persekitaran merokok turut
mempengaruhi anak dalam kandungan. Menurut Braun, Kahn, Froehlich, Auinger, dan
Lanphear (2006), sebanyak 270,000 kes Ketidakupayaan Attention Deficit Hyperactivity
Disorder (ADHD) bagi kanak-kanak berumur empat hingga lima belas tahun adalah
disebabkan oleh pendedahan kepada persekitaran merokok sebelum lahir. Berdasarkan
kepada

kajian

kes,

sebanyak

290,000

kes Attention

Deficit

Hyperactivity

Disorder (ADHD) antara kanak-kanak Amerika (AS) yang berumur empat hingga lima
belas tahun adalah berpunca daripada persekitaran.
Seterusnya, ibu yang mengandung yang terdedah kepada bahan beracun
seperti dioxins dan polychotinated biphenyls (PCBs) akan mempunyai risiko yang tinggi
melahirkan anak yang mengalami Ketidakupayaan Attention Deficit Hyperactivity
Disorder (ADHD). Di sini, kami dapat merumuskan bahawa pengaruh persekitaran
memberi

risiko

yang

tinggi

kepada

kanak-kanak

untuk

mengalami

Ketidakupayaan Attention Deficit Disorder (ADD) dan Ketidakupayaan Attention Deficit


Hyperactivity Disorder (ADHD) walaupun mereka tidak mempunyai sebab genetik atau
neurologi.
7

4.0

Penutup

Secara kesimpulan, apa yang saya dapat mengenai pemasalahan kanak-kanak ADHD
ini adalah kanak-kanak yang mengalami masalah kecelaruan hiperaktif dan kurang
upaya tumpuan ini memerlukan program rawatan yang tersendiri memandangkan
kekuatan dan kelemahan yang ada pada mereka. Sebagai tambahan untuk proses
merawat mereka, berikan latihan pengubahsuaian tingkah laku (behavioral modification
therapy), terapi makanan bagi mengurangkan keresahan mereka. Sebagai seorang
guru, ibubapa dan penjaga, perlu mempertingkatkan ilmu bagi membantu memudahkan
mereka memahami jiwa kanak-kanak. Dengan bantuan yang sewajarnya, kanak-kanak
ADHD akan mampu menangani masalah kurang tumpuan atau hiperaktif mereka
dengan lebih baik. Mereka juga dapat menyalurkan tingkah laku hiperaktif mereka dalam
suasana yang sesuai seperti latihan fizikal atau senaman. Oleh itu, ramai yang memilih
aktiviti atau pekerjaan yang memberikan mereka untuk kebebasan bergerak.

RUJUKAN

Abdul Rahim Talib. 2006. Pengenalan Pendidikan Kanak-kanak Masalah Pembelajaran


Open Universiti Malaysia (OUM). Kuala Lumpur: Unitem Sdn Bhd.

Chua Tee Tee, Koh Boh Boon.1992. Pendidikan Khas dan Pemulihan Bacaan Asas.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Jamila K.A Mohamed. 2008. Pendidikan Khas Untuk Kanak-Kanak Istimewa. Selangor:
PTS Professional Publishing Sdn Bhd.

K.A Razhiyah. 2005. Menjadi Guru Pendidikan Khas.Kuala Lumpur : PTS Professional
Publishing Sdn Bhd.

Rahil Mahyuddin. 2007. Psikologi Pendidikan untuk Perguruan Edisi Kedua. Selangor :
Karisma Publication Sdn Bhd

Anda mungkin juga menyukai