Anda di halaman 1dari 2

Faedah Media Massa

Dalam kehidupan masyarakat yang sentiasa mengejar arus pembangunan,


media massa memainkan peranan yang cukup penting untuk merealisasikan impian
masyarakat ke arah kehidupan yang lebih moden dan sejajar dengan Wawasan
2020. Media massa seperti surat khabar, radio, siaran televisyen dan Internet telah
dikatakan mampu mendidik rakyat serta mampu menentukan arah kehidupan
masyarakat Malaysia. Pada era ledakan maklumat ini, fasa demi fasa perubahan
telah berlaku di seantero dunia sebagaimana yang digambarkan oleh peribahasa
lain Bengkulu lain Semarang, lain dahulu lain sekarang. Revolusi media massa
yang ke arah yang sofistikated te;ah memberikan banyak faedah sekiranya
penggunaannya dikuasai dengan baik.
Sebagaimana yang telah diketahui, media massa merupakan penyebar
saluran maklumat yang utama di Malaysia, terutamanya dalam penyebaran isu
semasa. Kepentingannya sebagai saluran maklumat yang unggul terbukti dengan
wujudnya 'Teknologi Maklumat'.Contohnya, Internet digunakan dengan meluas
dinihari kerana kebolehannya memberikan maklumat yang cepat dan padat, melalui
mesin pencari web seperti Google, Baidu, Bing dan Yahoo. Selain itu, maklumat juga
dapat diperolehi melalui cabang-cabang media massa yang lain seperti televisyen,
radio, akhbar, majalah dan sebagainya. Terutamanya, Isu-isu semasa seperti banjir,
ataupun tentang keadaan jerebu yang terkini dapat diperolehi melalui media massa
yang sering dikemaskinikan maklumatnya. Bertitik tolak dari situlah, media massa
mampu meningkatkan taraf sosial seseorang individu melalui penerimaan
maklumat terkini dan penggunaan peralatan morden dan terkini. kelebihan media
cetak ialah media ini mampu menghasilkan analisis berita yang lebih kritis
berbanding media yang lain. Situasi ini wujud kerana ciri media cetak yang
berlandaskan penulisan mampu menghasilkan satu penulisan kritis yang
menyebabkan pembaca mampu melihat sesuatu peristiwa yang berlaku itu dengan
lebih mendalam. Media cetak mengupas semua isu yang berlaku daripada pelbagai
sudut sehingga menyebabkan fenomena yang berlaku itu difahami oleh
amsyarakat. Jelaslah, media cetak mampu menghasilkan satu generasi masyarakat
yang memiliki minda yang kritis apabila membicarakan sesuatu topik. Justeru itu,
sudah terang lagi bersuluh bahawa media massa dapat memastikan masyarakat
mendapat maklumat tentang isu semasa dengan tepat dan cepat.
Satu daripada peranan media massa ialah sebagai sumber maklumat yang
amat penting kepada masyarakat. Media massa boleh dijadikan alat yang
berpengaruh dalam bidang pendidikan, penyebaran ilmu pengetahuan dan
maklumat berkaitan ekonomi dan sukan serta dapat membantu proses minat
membaca. Melalui media, orang ramai memperoleh pengetahuan dan mengenai
apa-apa jua yang berlaku di dalam dan di luar negara. Sebagai contoh, bagi
seseorang ahli perniagaan, maklumat terkini tentang bidang perniagaan akan dapat
membantu ahli perniagaan tersebut untuk membuat perancangan syarikat dan
menyusun strategi serta dapat mengelakkan syarikat daripada mengalami kerugian.
Maklumat tentang bidang ilmu pengetahuan pula dapat mendedahkan masyarakat
kepada pemikiran baru dan membuka minda seseorang. Pepatah menyatakan
membaca kunci pengetahuan. Rakyat seperti ini akan dapat membantu proses

pembangunan negara dengan cepat . Pada hakikatnya,e-pendidikan yang menggunakan


grafik dan carta-carta dapat membantu pelajar menerap pengetahuan dengan lebih efektif.
Selain itu, Internet telah membantu pelajar-pelajar menjimatkan masa dan tenaga untuk
mencari sesuatu maklumat, berbanding dengan cara tradisional, iaitu mencari dalam buku.
Keadaan ini bak kata sambil menyelam minum air, kerana telah menyenangkan pelajar
belajar dan pada masa yang sama, memperolehi lebih banyak ilmu pengetahuan.

Faedah media massa dikatakan bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Media
massa