Anda di halaman 1dari 1

SEKOLAH KEBANGSAAN BILIT

W.D.T 22
90200 KINABATANGAN, SABAH
Email : skbilit@yahoo.com
MENERAJUI TRANSFORMASI PENDIDIKAN
Kepada,
Tuan/ Puan,
Ibu Bapa / penjaga,
Murid-murid Tahun 1 hingga 6,
Sek. Keb. Bilit, Kinabatangan
Tuan/Puan,
JEMPUTAN SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI PERINGKAT SEKOLAH 2015
Dengan segala hormatnya, perkara di atas dirujuk.
02.
Sehubungan dengan itu, adalah dimaklumkan pihak kami akan mengadakan majlis
sambutan hari raya bagi tahun 2015. Oleh itu pihak kami menjemput pihak tuan/puan
untuk hadir memeriahkan majlis pada :Tarikh
Masa
Tempat
Pakaian

: 7 Ogos 2015 (Jumaat)


: 7.00 pg hingga 12.40 tgh
: Sk Bilit
: Baju melayu bersongkok (Murid Lelaki)
Baju kurung bertudung (Murid Perempuan)

03.
Adalah dengan ini, kami berharap supaya ibu bapa dapat MEMBAWA BERSAMA
JUADAH BAGI JAMUAN sambutan hari raya itu.Selain itu, murid-murid diminta untuk
membawa sendiri PINGGAN DAN CAWAN bagi jamuan tersebut.
04.
Segala
kerjasama dan keprihatinan tuan dalam menjayakan aktiviti sambutan ini adalah amat
dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian dan terima kasih.


BERKHDIMAT UNTUK NEGARA
Saya yang menurut perintah,

JUMAT YUSUMAN
Guru Besar ,
SK Bilit, Kinabatangan