Anda di halaman 1dari 17

ADAT ISTIADAT MERUPAKAN LAMBANG IDENTITI BANGSA

Dalam menjalani kehidupan sudah tentu kita tidak lepas dari mengamalkan
sesuatu yang kemudiannya menjadi suatu kebiasaan bagi sesebuah masyarakat
ataupun bangsa. Dapat kita lihat bahawa adat istiadat Melayu terserlah ketika
melakukan upacara adat istiadat semasa melahirkan dan membesarkan anak,
berkhatan, perkahwinan dan banyak lagi. Selain itu, amalan hidup dari segi
pemakanan, pakaian, perubatan, hiasan rumah dan seni kraf juga termasuk dalam
adat istiadat yang menonjolkan jati diri bangsa sesebuah negara itu. Dari berbagai
upacara adat istiadat dan amalan hidup yang dijalankan itu setentunya ia akan
melambangkan identiti sesebuah bangsa itu sendiri dan membezakan satu bangsa
itu dengan bangsa yang lain.

Istilah adat adalah diambil daripada bahasa Arab Adah yang bermaksud kebiasaan.
Secara umum perkataan adat itu bererti keseluruhan bentuk kelakuan yang diwarisi turuntemurun oleh satu kumpulan. Menurut Surojo, adat merupakan cermin sahsiah bagi
sesuatu bangsa, dan juga merupakan salah satu penjelmaan daripada jiwa bangsa
berkenaan dari zaman ke zaman. Maka, setiap bangsa di dunia ini memiliki adat
kebiasaaan yang tersendiri dan berbeza antara satu sama lain. Kerana itu adat dianggap
unsur yang sangat penting untuk mengidentifikasikan bangsa berkenaan (Abdullah
Siddik, 1975:3-4). Terdapat juga pendapat lain mengenai maksud adat ini iaitu menurut
Mohd. Yusof menghuraikan adat itu sebagai pembentukan suatu peraturan yang disukai,
disenangi, dipercayai, diamalkan, diikuti dan dihormati itu dipraktikkan oleh masyarakat

itu hingga ke keturunan yang mewarisinya, itulah yang kita akui sebagai adat sesuatu
masyarakat atau bangsa (1988:17).

Manakala definisi bagi istiadat pula ialah kegunaan dan cara sesuatu adat itu diguna
pakai. Ia boleh juga diertikan sebagai suatu tatacara atau cara-cara melakukan sesuatu
yang sudah menjadi kebiasaan. Oleh yang demikian dapatlah difahamkan bahawa
pengertian adat istiadat itu secara ringkasnya ialah penampilan keseluruhan bentuk
kelakuan yang diwarisi turun-temurun oleh sesuatu kumpulan.

Kemudian kita lihat pula apa dia identiti itu? Menurut kamus dewan identiti membawa
maksud sifat-sifat (ciri-ciri) yang terdapat pada seseorang atau sesuatu yang sebagai suatu
keseluruhan memperkenalkannya atau mengasingkannya daripada yang lain. Jadi
bolehlah difahami bahawa identiti bangsa itu adalah gambaran yang mencerminkan
sesuatu atau sifat bagi sesebuah masyarakat.

Dalam konteks Brunei Darussalam, adat istiadat merupakan aturan ataupun perbuatan
yang sudah lazim diamalkan oleh orang Brunei selari dengan konsep Melayu Islam
Beraja yang secara langsung atau tidak langsung telah membentuk identiti orang Brunei.
Umpamanya, adat berpusing naga dalam adat perkahwinan. Adat ini dilakukan oleh
pengantin lelaki yang diarak ke rumah pengantin perempuan yang diapit oleh penunda di
sebelah kiri, seorang pembawa payung di belakangnya dan seorang lagi tukang kiap.
Sebelum pengantin lelaki melangkah masuk ke dalam rumah pengantin perempuan, dia
akan dibawa berjalan dalam bentuk bulatan sebanyak tiga kali oleh penunda yang terdiri

daripada orang tua. Perbuatan inilah yang dikenali dengan berpusing naga. Menurut
kepercayaan masyarakat melayu tradisional, adat seumpama ini adalah bertujuan untuk
melindungi pengantin lelaki daripada niat jahat dan hasad dengki orang-orang tertentu.
Pada kebiasaannya, orang tua yang memimpin pengantin lelaki berkenaan merupakan
orang yang mempunyai ilmu penangkis perbuatan jahat dan digalati. Adat ini masih lagi
dikekalkan hingga sekarang. Apabila selesai melakukan adat berpusing naga, pengantin
lelaki pun masuk ke dalam rumah pengantin perempuan. Ketika kedua-dua mempelai
duduk di atas pelamin, seorang tua dari pihak pengantin perempuan akan membaca doa
selamat sebagai tanda kesyukuran di atas kesempurnaaan majlis pada hari tersebut.

adat istiadat yang berunsurkan lambang identiti bangsa dari segi kesenian atau seni
kraf itu?

SENI KRAF
Kesenian merupakan cabang kebudayaan iaitu menghasilkan bentuk-bentuk yang
menyenangkan jiwa yang mana kesenian ini diserapkan kedalam adat budaya sesuatu
bangsa. Seni bererti halus dan dalam peradaban Melayu dan kesenian mencerminkan
sesuatu yang indah dan menarik. Kesenian juga merupakan satu perlakuan yang
mempunyai nilai intelektual. Untuk menghasilkan sesuatu ciptaan seni kita harus berfikir,
berusaha dan mempertajamkan bakat. Contoh-contoh kesenian seperti seni bunyi
(muzik), seni gerak (seni tari, seni silat), seni rupa (ukiran, kraftangan, anyaman,
tenunan). Kesenian ini merupakan lambang identiti bangsa dalam beberapa aspek yang
dapat dikaitkan dengan cara kehidupan orang-orang Melayu Brunei.

Seni bunyi
Seni bunyi yang dimaksudkan di sini ialah muzik yang mempunyai bunyi-bunyian hasil
daripada suatu alat atau gabungan beberapa alat seperti guling tangan, tawak-tawak,
gendang, gong, gambus, seruling dan berbagai-bagai lagi. Guling tangan ialah satu alat
muzik yang popular, dimainkan ketika sesuatu acara seperti pertunjukkan, pertandingan
dan sesuatu acara yang ritual. Warisan Adat Istiadat Diraja yang masih terpelihara ialah
Naubat Kebesaran Diraja yang masih dipakai oleh Sultan-Sultan Brunei sejak dahulu kala
hingga sekarang, mempunyai tiga jenis titir atau lagu yang tertentu iaitu `Naubat Biasa,
`Naubat Iskandar dan `Naubat Ibrahim. Alat-alat yang digunakan dalam mengual titir
atau lagu itu adalah terdiri dari sebuah Naraka, dua buah Gandang Labik dan sebuah
Serunai. Naubat Kebesaran Diraja ini dimainkan ketika adanya acara atau majlis adat
beristiadat seperti pengurniaan gelaran, adat istiadat perkahwinan dan sebagainya.

Seni gerak
Seni gerak dalam kesenian Melayu akan diterangkan iaitu mengenai seni tari dan seni
silat. Seni gerak tarian memaparkan keindahan gerakan tubuh badan yang melibatkan
gerakan tangan, badan, kaki, mata serta anggota badan yang lain. Tarian Melayu
membayangkan kehalusan gerak langkah lemah gemalai menurut rentak bunyi muzik.
Seperti tarian asli Brunei adai-adai, alus jua dendang, qaum oh ya qaum, dang mengalai
dan sebagainya. Seni gerak silat merupakan ilmu membela diri yang berkaitan dengan
kesenian orang Melayu. Ilmu ini telah wujud lama sebelum kedatangan bangsa asing.
Sebagai satu seni gerak, pencak silat Melayu mempunyai daya esterika yang

membayangkan sifat lemah-lembut dan bersopan-santun. Di Alam Melayu ada berbagaibagai jenis pencak silat dan ini bergantung kepada aliran yang diperkenalkan oleh guru
silat dan masing-masing. Kumpulan silat yang ada di Brunei seperti Gerak 41 dan
Cempaka 12.

Seni rupa
Terdapat berbagai-bagai jenis seni rupa yang dihasilkan oleh masyarakat Melayu seperti
ukiran, kraftangan, anyaman dan tenunan. Sejak zaman dahulu kebolehan masyarakat
Melayu dalam seni ukir telah mendapat penghargaan orang ramai dan masyarakat. Zaman
dahulu para pengukir mendapat pengalaman bidang ukir ini di istana raja. Lalu mereka
dapat mengembangkan bakat ciptaan mereka dan disegani oleh masyarakat. Segala
ciptaan mereka dapat dilihat dalam hasil rekaan mereka di istana raja Melayu, seperti
dinding, tingkap, tiang, tangga, bumbung dan sebagainya. Contoh air mulih iaitu lambang
kesenian ukiran Melayu. Sekarang digunakan sebagai `conis di rumah. Kraftangan iaitu
hasil kerja tangan seperti memburis perahu, diamalkan di kampong Ayer manakala seni
tenunan pula contohnya tenunan kain songket dipercayai berkembang di istana raja-raja
dengan tenunan kain benang emas. Kain Jongsarat yang ada di Brunei ialah seperti `corak
bunga betabur, `corak bunga ceteria bersiku keluang (Ceteria), `corak bunga berputar
kembang bertatah (Menteri Kabinet dan Timbalan Menteri Kabinet), `bunga butang arab
gegati (Pehin-pehin Berciri). Seni anyaman iaitu menggunakan bahan-bahan yang
diperolehi di sekeliling seperti akar, lidi, rotan, buluh dan sebagainya. Seni anyaman di
Brunei seperti takiding, nyiru, bakul, topi seraung dan tudung saji. Sekarang seni
anyaman masing dipraktikkan tetapi bahan-bahannya ada yang diganti dengan alat-alat

moden seperti tali plastik. Dari sini, cara kehidupan orang-orang Melayu Brunei yang
berunsurkan kesenian dapat dikenalpasti ianya adalah merupakan lambang identiti
sesuatu bangsa tersebut.

Adat Istiadat Brunei dapat dibahagikan kepada dua bahagian iaitu adat istiadat yang
bersifat kolektif dan adat istiadat yang bersifat individu. Adat istiadat Brunei yang
bersifat kolektif ini dapat dipecahkan kepada dua bahagian iaitu adat istiadat diraja dan
adat istiadat orang kebanyakan (umum).

Adat istiadat diraja dan adat istiadat orang kebanyakan sememangnya mempunyai
perbezaan. Umpamanya, adat istiadat perkahwinan bagi orang kebanyakan. Adat
perkahwinan orang kebanyakan adalah bersumberkan daripada adat perkahwinan diraja
yang memiliki beberapa adat istiadat di dalamnya seperti istiadat berjarum-jarum, istiadat
bersuruh, istiadat menghantar tanda pertunangan dan sebagainya. Namun terdapat
perbezaan dari segi perlaksanaannya, rupa bentuk pakaian dan peralatan yang digunakan.
Malah telah dimaklumi bahawa adat perkahwinan orang kebanyakan tidak boleh melebihi
istiadat perkahwinan diraja yang dijalankan oleh pihak diraja.

Perbezaan yang dapat dilihat dalam perkahwinan orang kebanyakan ialah pada adat
membasuh kaki yang dilakukan oleh puak Tutong. Semasa melakukan adat ini, air,
parang dan batu pengasah diletakkan di antara kedua-dua pengantin. Kaki kanan
pengantin perempuan akan memijak parang dan batu pengasah sementara kaki kanan

pengantin lelaki memijak kaki pengantin perempuan (dalam hal ini kasut bagi kedua-dua
pengantin itu dibuka). Bagi memulakan adat ini, salah seorang daripada pihak pengantin
lelaki (keluarga yang terdekat) menyiram kaki kedua-dua pengantin itu dan kemudiannya
diikuti oleh keluarga kedua-dua pihak secara bergilir-gilir. Apabila setiap seorang ahli
keluarga selesai menyiram kaki pengantin, masing-masing akan menghadiahkan wang
atau pun barang kemas kepada pengantin. Adat ini dicipta dan dilakukan (diikut) kerana
berdasarkan kepercayaan orang-orang tua adalah demi mengelakkan pengantin dari
terkena musibah atau kecelakaan. Pengantin juga dilarang keluar rumah selama 40 hari.
Adat ini juga merupakan adat istiadat yang sememangnya diamalkan oleh masyarakat
Brunei (khasnya puak Tutong). Memandangkan ianya sentiasa diamalkan dan diwarisi
turun temurun sehinggakan ianya menajadi lambang identiti bangsa Brunei itu sendiri.
Perbezaan adat di antara puak dan dari satu kampung dengan kampung yang lain,
tidaklah sampai menghalang keharmonian dan perpaduan masyarakat brunei dari
mengamalkan adat masing-masing.

Di samping itu juga, adat berambilan-ambilan juga mampu menunjukkan identiti bangsa
melayu brunei, dimana, adat ini diamalkan oleh puak melayu brunei. Adat ini dilakukan
di sebelah malam (lazimnya selepas solat fardhu Isyak) iaitu selepas majlis persandingan
di siang harinya.

Dalam majlis ini, pengantin lelaki akan menjemput pengantin

perempuan ke pelaminan untuk upacara bersanding. Tujuan adat ini dilakukan ialah
untuk memberi peluang kepada kaum kerabat pengantin untuk menyaksikan
persandingan kedua pengantin kerana berkemungkinan mereka tiada berkesempatan
menyaksikannya pada siang harinya. Selain itu, ianya juga bertujuan mewujudkan gurau

senda dan usik mengusik kepada pengantin oleh sanak saudara dan para jemputan yang
hadir. Pada ketika inilah suasana menjadi riuh rendah dengan kata-kata yang melucukan
dan menyeronokkan. Selepas itu, kedua-dua pengantin tersebut akan menikmati jamuan
dengan cara bersuap-suapan diantara satu sama lain. Di sini, pengangun akan menjadi
juruarah supaya kedua-dua pengantin itu makan bersuap-suapan dan seterusnya
pengantin akan menziarahi keluarga dan jemputan yang hadir.

Dapat juga dilihat pada adat yang diamalkan oleh masyarakat Brunei, umpamanya
Mandi Belawat. Pada kebiasaannya, Mandi Belawat ini diadakan dalam satu majlis bagi
menyambut kelahiran anak sulung. Adat ini masih lagi diamalkan oleh masyarakat
Melayu Brunei sehingga sekarang. Menurut infoman dari Malaysia, adat seumpama ini
hanya dapat mereka saksikan di Negara Brunei Darussalam sahaja. Oleh yang demikian,
ini menunjukkan bahawa adat Mandi Belawat ini sudah merupakan adat yang
melambangkan identiti bangsa Brunei itu sendiri.

Tadi Rabeah ada menyatakan adat istiadat itu terbahagi kepada 2 iaitu adat istiadat
diraja dan adat istiadat orang kebanyakkan. Bagi Dk. Rafidah, bagaimana adat
istiadat diraja itu boleh dikatakan melambangkan identiti bangsa itu?

ADAT ISTIADAT DIRAJA


Memang tidak dapat dinafikan bahawa kita masih masih mewarisi adat yang begitu unik
iaitu adat istiadat diraja kerana adat inilah yang menggambarkan bagaimana usul sesuatu

bangsa bahkan juga keunggulan negara serta kedaulatannya. Sungguhpun adat istiadat
diraja ini banyak, sini akan menyentuh kepada adat istiadat didalam majlis Diraja.

Adat istiadat dalam majlis diraja


Adat yang ada di Brunei memang sudah lama dipraktikkan dan diwarisi secara turuntemurun sehingga kini. Termaktub juga dalam adat istiadat istana bahawa apabila ada
suatu upacara atau majlis yang beristiadat seperti hari keputeraan baginda (sultan) dan
adat perkahwinan diraja, pakaian yang akan dipakai juga melambangkan identiti bangsa
terutamanya bangsa Melayu. Pada waktu siang, para jemputan akan memakai pakaian
yang berwarna hitam manakala pada malam pula mereka akan memakai pakaian yang
berwarna putih. Pakaiannya yang dipakai adalah berbentuk formal yang berteraskan
kemelayuan dan Islam seperti bagi lelaki ada cara melayu, memakai sinjang bertapih,
berdastar dan bersongkok mengikut gelaran atau darjat masing-masing. Manakala bagi
perempuan pula memakai baju kurung, kain jongsarat atau sebagainya.

Dari segi tempat duduk juga berbeza di dalam suatu majlis yang penuh adat istiadat
samaada ia bertempat di Lapau mahupun di Istana, setiap orang yang pernah diberi
gelaran akan duduk mengikut taraf kedudukannya atau kebesarannya. Bahkan mereka
yang bergelar ini akan menyembah alu-aluan kepada Sultan berbeza-beza mengikut
kebesarannya.

Adat perpuspaan

Selain itu juga, contohnya semasa hari perpuspaan Al-Marhum SOAS III, dilaksanakan
dengan penuh adat istiadat dimana ia dilengkapi dengan alat-alat kebesaran dan perhiasan
diraja. Bahkan jalan-jalan dihiasi dengan lampu-lampu atau dian-dian. Empat puluh hari
sebelum perpuspaan, sudah ada gendang berjaga-jaga secara rasminya. Bendera warna
kuning dan merah dikibarkan. Alat-alat kebesaran itu juga dipasang di sepanjang jalan
dari Istana hingga ke Lapau. Ini sudah melambangkan identiti bangsa Melayu kerana
hanya Brunei yang berbangsa Melayu sahaja mengamalkan adat istiadat ini dan ia dapat
dikesan jika dibandingkan dengan negara atau bangsa lain.

Sungguhpun berdepan dengan era globalisasi, ada perubahan dalam adat perpuspaan
diraja sebagaimana ia bermula sewaktu Sultan Brunei yang ke 29. Sewaktu perpuspaan
baginda ada berlakunya modifikasi yang moden dimana beliau diusung berjalan berarak
ke Bandar menggunakan roda iaitu kereta. Manakala sewaktu perpuspaan ayahandanya,
baginda di usung atau diangkat oleh orang-orang pengiran. Ini menunjukkan bahawa
walaupun ada berlakunya modifikasi permodenan dalam adat istiadat terutama terhadap
perlangsungan adat dari segi material, identiti bangsa Melayu itu masih lagi ada dan tidak
tumpah kemana, bahkan ia diperbaiki tanpa mengubah keasliannya.

Jadi dari sini bukan hanya adat istiadat orang kebanyakkan yang melambangkan
identiti bangsa bahlan adat istiadat diraja juga seperti apa yang telah Rafidah
nyatakn tadi. Tadi Masuria ada menyatakan kesenian atau seni kraf itu juga
merupakan adat istiadat yang berunsurkan lambang identiti bangsa. Jadi, bagi

10

pendapat Masuria adakah bahasa juga melambangkan identiti bangsa dan


bagaimana bahasa itu melambangkan identiti bangsa?

BAHASA
Bahasa ialah alat berkomunikasi, berinteraksi dan juga cara manusia bersosialisasi. Di
negara-negara lain menggunakan bahasa-bahasa mereka sendiri yang mana mereka
jadikan bahasa ibunda atau bahasa rasmi negara. Orang Cina dengan bahasa cina, orang
Arab dengan bahasa Arabnya dan sebagainya. Di Brunei, Malaysia dan Indonesia bahasa
rasminya ialah Bahasa Melayu tetapi mempunyai loghat Bahasa Melayu yang berbeza.
Bahasa ini boleh melambangkan identiti bangsa kerana orang-orang Melayu ialah
masyarakat yang berbudi bahasa dengan pertuturan yang bersopan santun dan beradab.
Masyarakat Melayu, apabila mereka bertemu antara satu dengan lain akan memberi
salam dengan tutur kata yang halus dan bertata tertib, menyapa seseorang dengan muka
yang manis dan bersikap peramah.

Orang Melayu apabila berjumpa dengan orang yang dikenalinya seperti saudara-mara
atau sahabat handai, di dalam ajaran agama Islam ucapan salam itu ialah
Assalamualalaikum dan dibalas atau menjawab dengan Waalaikumsalam. Konsep
memberi salam dan menjawab salam merupakan suatu kewajipan setiap muslim dan
mengandungi banyak hikmah. Dan ini melambangkan identiti Melayu Islam. Sementara
itu, adat berjabat tangan adalah merupakan adat kebiasaan orang Melayu apabila
berjumpa. Di Brunei diketahui mempunyai tujuh puak jati yang mana setiap puak-puak
itu terdapat perbezaan loghat dan bahasa mereka tersendiri. Bahasa dalam atau bahasa

11

istana melambangkan identiti sesebuah kerajaan Melayu. Contohnya bercemar duli,


mengadap, beradu, titah, santap, mengangkat sembah, bersiram dan sebagainya. Dapat
disimpulkan, maka dari sini terbukti seperti kata perpatah `Bahasa menunjukkan bangsa,
sesuatu bahasa yang digunakan akan menunjukkan bangsa seseorang.

Beralih pula kepada Dk. Rafidah, selain adat istiadat diraja yang telah dinyatakan
tadi, bagaimna pula dengan adat kematian. Adakah adat kematian itu juga turut
melambangkan identiti sesuatu atau sesebuah bangsa?

ADAT KEMATIAN
Melayu
Memang tidak dapat dinafikan juga negara Brunei Darussalam adalah negara yang
bermajoritikan bangsa Melayu. Namun begitu ia mempunyai 7 puak yang termaktub
didalam perlembagaan tahun 1959. Bahkan 7 puak tersebut itu mempunyai adat-istiadat
yang berbeza jika menyentuhkan mengenai adat kematian. Oleh disebabkan Brunei
adalah negara Melayu Islam Beraja, majoriti bangsanya pun beragama Islam.

Cara dan adat kematian mereka juga bersandarkan kepada Islam. Sebagai contoh dimana
pengkaji telah mengkaji kg.Penabai, bahawa sekiranya ada seseorang meninggal dunia,
mereka akan meletakkan jasadnya dirumah sebelum dikuburkan dan membacakannya
ayat-ayat suci al-quran supaya ia rohnya dicucuri rahmat oleh Allah. Begitu juga
melaksanakan jenazah dengan memandikannya, mengapan, menyembahyangkan dan
menguburnya.

12

Adat kematian Melayu juga mempunyai pantang larang yang bersandarkan kepada
syarak; seperti tidak boleh makan selagi ada jenazah di rumah, keluarga si mati tidak
boleh menyikat rambut dan sebagainya. Semua pantang larang ini bertujuan untuk
menghormati jenazah tersebut. Apabila upacara adat kematian selesai, seperti biasa
keluarga si mati akan mengadakan majlis tahlil 3 hari, 7 hari, 40 hari, 60 hari dan 100
hari, ini dilakukan untuk mengingati pemergian si mati.

Berbanding dengan masyarakat Cina, jika dilihat dari sudut media massa ataupun secara
realitinya, mereka akan membakar mayat tersebut sehingga menjadi abu, dan abu itu
mereka simpan disuatu tempat seperti tajau kecil yang bertutup. Ini menurut adat yang
dipraktikkan oleh mereka.

Bagaimana pula Masuria ada tambahan contoh adat istiadat yang lain yang juga
merupakan lambang identiti bangsa?

ADAT MAKAN
Adat makan bagi orang-orang Melayu adalah sifat yang bersopan-santun dan duduk
bersila di lantai. Orang Melayu makan menggunakan tangan untuk menyuap makanan ke
mulut. Ini merupakan lambang identiti masyarakat Melayu. Walaubagaimana pun, Orang
India dan Arab pula menggunakan dengan tangan sama seperti orang-orang Melayu.
Berlainan dengan masyarakat orang Cina mereka makan dengan candas atau `chopstick,
manakala orang Inggeris menggunakan sudu dan garpu. Sekarang dunia telah menuju ke
era globalisasi, cara makan orang Melayu telah dipengaruhi oleh budaya Barat iaitu

13

menggunakan sudu dan garpu. Walaupun adanya perubahan seperti ini tetapi orang
Melayu masih mengamalkan cara makan menggunakan tangan.

Tadi Dk. Rafidah ada menyatakan tentang adat kematian yang juga melambangkan
identiti bangsa. Bagaimana pula dengan adat kematian bagi puak lain. Dan
bagaimana adat kematian bagi sesebuah puak itu melambangkan identiti bangsa?

Dusun
Bagi puak lain pula, saya akan menyentuh kepadal puak dusun kerana ia adalah
sebahagian daripada etnik dan bangsa Melayu di Brunei. Cuma mereka ini mempunyai
kepercayaan dan agama yang berbeza iaitu peribumi.

Berbanding dengan adat kematian masyarakat Islam, dalam puak Dusun apabila berlaku
kematian, bunyi tawak digendangkan, saudara-mara akan berkunjung dan membawa
makanan untuk dihidangkan kepada hadirin dan juga keluarga. Bagi dusun, mayat si mati
akan dimalamkan dan tidak dikubur pada hari ia mati. Dalam proses pengebumian, mayat
si mati akan dimandikan dan diberikan pakaian baru. Jadi ini sudah melambangkan
identiti bangsa, kerana ada perbedaan dalam perlaksanaan adat istiadat sebagaimana yang
telah dinyatakan tadi.

Apa yang kita warisi, hormati serta praktikkan itulah diakui sebagai adat sesuatu bangsa.
Sebab itu timbul pepatah biar mati anak, jangan mati adat. Jika adat itu dicemar,
dihakis, dibunuh, maka hilanglah adat yang dikatakan sebagai undang-undang

14

masyarakat yang tidak bertulis. Bahkan, suatu masyarakat itu akan hilang kawalan tanpa
adat. Dengan itulah adanya ketua negara atau sultan sebagai pemegang adat dan dialah
yang menurunkan dan menyebarkannya kepada masyarakat tertentu. Dengan adanya
sultan dan ketua inilah, terlestarilah suatu adat sebagai cermin identiti bangsa.

Apakah kesimpulan yang dapat anda berikan dari tajuk perbincangan yang anda
terangkan tadi?

KESIMPULAN
Nur Rabeah: Berdasarkan kepada apa yang telah diutarakan tadi, dapatlah disimpulkan
bahawa adat istiadat yang lazimnya diamalkan dan diwarisi turun temurun itu mampu
mencerminkan identiti sesuatu bangsa, walaupn mendiami rantau yang sama, sudah pasti
terdapat kelainan dalam melaksanakan sesuatu adat istiadat itu. Dan, inilah yang akan
membezakan identiti sesuatu bangsa itu di antara satu sama lain.

Masuria: Adat adalah sebagai satu faktor hidup yang dapat kita sifatkan sebagai
pengawal keperibadian dan kebudayaan bangsa. Apa yang dapat disimpulkan daripada
ialah apabila dibuat perbandingan dengan bangsa-bangsa atau masyarakat-masyarakat
lain seperti masyarakat Cina, India dan sebagainya. Sememangnya sesuatu adat itu atau
perlakuan ataupun keunikan sesuatu budaya merupakan lambang identiti sesuatu bangsa.
Identiti yang lazimnya menjadi tanda kenalan bagi sesuatu bangsa itu dapat diperhatikan
dari keadaan adat istiadat dan kebudayaan yang masyhur digunakan oleh sesuatu bangsa.
Ada juga orang menyatakan adat dan masyarakat tidak dapat dipisahkan seperti aur

15

dengan tebing, jika tidak maka akan lahirlah sebuah masyarakat yang pudar. Oleh kerana
itu, kita sebagai bangsa atau masyarakat hendaklah mengawal dan menghormati adat dan
mempertahankan kehormatan adat sebagai pengawal kebudayaan kepada sesuatu identiti
bangsa.

Dk.Norafidah: Dapat disimpulkan tadi dari adat istiadat raja itu bahawa ia adalah
diantara adat yang unik dan masih bertahan di Brunei. Dari segi pakaian dan tempat
duduk sudah melambangkan identiti bangsa kerana ia memperlihatkan kesopanan bangsa
Melayu sebagai bangsa yang berteraskan Melayu Islam Beraja. Walaupun serba sedikit
ada perubahan dalam adat istiadat disebabkan pengaruh Islam dan masa, ini tidak
bermaksud adat itu dibuang bahkan ia diperbaharui dan diperbaiki. Manakala adat
kematian pula, dapat disimpulkan bahawa majoriti bangsa Melayu Brunei itu beragama
Islam, adat kematian yang dilaksanakan juga adalah menurut Islam. Berlainan dengan
bangsa melayu Brunei yang segelintirnya adalah Melayu Dusun, mereka masih
berpegang dan menghormati adat mereka. Perbezaan perlaksanaan adat inilah dapat
menunjukkan identiti bangsa masing-masing.

Sebagai kesimpulannya, setiap bangsa dalam sesebuah masyarakat itu mempunyai


adat istiadat mereka yang tersendiri yang mana telah memperlihatkan identiti
mereka sebagai satu keunikan dan keunggulan peribadi setiap bangsa itu. Adat
istiadat itu telah membantu setiap bangsa atau puak untuk mereka melambangkan
identiti mereka yang tersendiri. Jadi melalui adatlah sesuatu bangsa itu dapat

16

dikenali dan nampak kepentingan adat istiadat sebuah bangsa itu kerana ia adalah
cara untuk mencerminkan identiti bangsa itu sendiri. Sekian Terima Kasih.

17

Anda mungkin juga menyukai