Anda di halaman 1dari 6

JANGKAUAN MELUNJUR

Ujian dijalankan bagi mengukur fleksibiliti murid tahun 4 hingga tingkatan 5.


Alatan dan kemudahan:
1. Alat pengukur jangkauan
2. Borang Skor
Pengurusan dan organisasi:
1. Ujian dilakukan menggunakan alat pengukur jangkauan yang disediakan.
Prosedur:
1. Ujian dimulakan dengan murid duduk melunjur tanpa kasut. Tumit kaki diletakkan di
belakang penanda 23 cm.
2. Kedua-dua kaki hendaklah lurus sepanjang masa ujian. Rakan dibenarkan memegang lutut
murid.
3. Tapak tangan kanan ditindih di atas belakang tapak tangan kiri. Dagu pastikan rapat ke
dada. Jangkaukan tangan perlahan-lahan sejauh yang boleh atas pita pengukur.
4. Jangkauan hendaklah dikekalkan selama 2 saat tanpa menyentap.
5. Murid diberi tiga kali percubaan berturut-turut. Percubaan terbaik akan diambil kira sebagai
skor. Bacaan dikira pada cm yang terhampir.

UJIAN TEKAN TUBI


Ujian dijalankan bagi menilai keupayaan daya tahan dan kekuatan otot tangan serta otot
bahu murid tahun 4 hingga tingkatan 5.
Alatan dan kemudahan:
1. Kawasan lapang dan rata
2. Span (5cm x 15cm x 10cm)
3. Rakaman/Metronome
Pengurusan dan organisasi:
1. Ujian dilaksanakan secara berpasangan.
2. Murid A melakukan ujian dan murid B sebagai pencatat.
3. Sediakan rakaman/metronome rentak 40 detik seminit.
Jantina:
Lelaki
Prosedur:

1. Ujian dimulakan dengan kedudukan sokong hadapan dengan berat badan disokong oleh
tangan yang lurus dan jari-jari kaki. Badan diluruskan.
2. Lakukan pergerakan mengikut rentak rakaman/metronome dengan kadar 40 detik seminit.
3. Turunkan badan dengan membengkokkan siku sehingga dada menyentuh span.
4. Luruskan tangan seperti kedudukan sedia.
5. Setiap dua detik adalah kiraan satu lakuan.
6. Tekan tubi diteruskan sehingga murid tidak berupaya meneruskannya.
7. Ujian akan ditamatkan sekiranya murid :1. Tidak dapat mengikut rentak rakaman/metronome.
2. Tidak dapat mengekalkan teknik tekan tubi dengan sempurna untuk dua ulangan
bertutur-turut (4 detik metronome) setelah ditegur oleh guru.
Jantina:
Perempuan
Prosedur:
1. Ujian dimulakan dengan kedudukan sokong hadapan dengan berat badan disokong oleh
tangan yang lurus dan lutut yang bengkok. Kaki bersilang. Badan diluruskan.
2. Lakukan pergerakan mengikut rentak rakaman/metronome dengan kadar 40 detik seminit.
3. Turunkan badan dengan membengkokkan siku sehingga dada menyentuh span.
4. Luruskan tangan seperti kedudukan sedia.
5. Setiap dua detik adalah kiraan satu lakuan.
6. Tekan tubi diteruskan sehingga murid tidak berupaya meneruskannya.
7. Ujian akan ditamatkan sekiranya murid :1. Tidak dapat mengikut rentak rakaman/metronome.
2. Tidak dapat mengekalkan teknik tekan tubi dengan sempurna untuk dua ulangan
bertutur-turut (4 detik metronome) setelah ditegur oleh guru.

NAIK TURUN BANGKU


Ujian dijalankan selama 3 minit bagi menilai daya tahan kardiovaskular murid tahun 4
hingga tingkatan 5.
Alatan dan kemudahan:
1. Bangku - Ketinggian 30.5 cm
2. Jam Randik
3. Borang Skor
4. Rakaman/Metronome
Pengurusan dan organisasi:
1. Ujian dilaksanakan secara berpasangan.
2. Bangku diletakkan di atas lantai yang rata dan selamat. (Pastikan bangku tidak bergerak
semasa ujian dijalankan)
3. Sediakan rakaman/metronome rentak 96 detik seminit.
Prosedur:
1. Ujian dijalankan dengan murid memakai kasut sukan yang sesuai.
2. Murid berdiri tegak dengan kaki kanan diletakkan di atas bangku.
3. Penguji akan memberi isyarat 'mula'.
4. Murid akan melakukan pergerakan naik dan turun (kaki kiri naik, kaki kanan turun diikuti kaki
kiri turun, kemudian kaki kanan naik dan seterusnya).
5. Murid melakukan pergerakan mengikut rentak rakaman/metronome dengan kadar 96 detik
seminit selama 3 minit.

6. Selepas tamat, murid dikehendaki duduk serta merta.


7. Selepas 5 saat, kadar nadi dikira.
8. Kadar nadi diambil dalam jangkamasa 1 minit.

RENGKUK
Ujian dijalankan selama 1 minit bagi menguji daya tahan dan kekuatan otot abdomen
murid tahun 4 hingga tingkatan 5.
Alatan dan kemudahan:
1. Pita Pelekat bersaiz 2.5 cm
2. Pita Ukur
3. Rakaman/Metronome
4. Jam Randik
Pengurusan dan organisasi:
1. Lekatkan pita pelekat secara selari berjarak 10 cm pada lantai di kiri dan kanan.
2. Sediakan pita rakaman/metronome rentak 40 detik seminit.
Prosedur:

1. Ujian dijalankan dengan murid memakai kasut yang sesuai.


2. Murid A berbaring dengan lutut bengkok 90 darjah dan tumit kaki hendaklah sentiasa
menyentuh lantai.
3. Buka kaki seluas bahu.
4. Kedua-dua belah tangan lurus disisi dan hujung jari menyentuh bahagian luar pita pelekat
pertama.
5. Murid A mestilah melakukan pergerakan mengikut rentak rakaman/metronome dengan kadar
40 kali rengkuk seminit. Pada setiap lakuan rengkuk, bahu perlu diangkat supaya jari tengah
kedua-dua tangan menyentuh bahagian luar pelekat kedua.
6. Bahagian bawah/belakang badan hendaklah rata dan jari tengah pada kedudukan asal
(ulang prosedur 4) sebelum melakukan ulangan yang seterusnya.
7. Setiap dua detik adalah kiraan satu lakuan.
8. Murid B menjaga keselamatan dengan meletakkan kedua tapak tangan selari dengan lantai
tanpa memberi bantuan kepada murid A.
9. Murid B mengira ulangan perlakuan.
10. Ujian akan ditamatkan sekiranya murid A :1. Berasa tidak selesa.
2. Tidak dapat mengikut rentak rakaman/metronome.
3. Tidak dapat mengekalkan teknik rengkuk dengan sempurna untuk dua ulangan
bertutur-turut (4 detik metronome) setelah ditegur oleh guru.
4. Jari tidak menyentuh bahagian luar garisan pita pelekat kedua.
5. Tumit diangkat.

Anda mungkin juga menyukai