Anda di halaman 1dari 6

KERTAS KERJA

PROGRAM BIJAK SIFIR

TARIKH
5 OKTOBER HINGGA 9 OKTOBER 2015

TEMA
SIFIR, MAGIC 9

TEMPAT
SEKOLAH KEBANGSAAN KAMUNTING

ANJURAN BERSAMA
PANITIA MATEMATIK SKK

KERTAS KERJA
PROGRAM BIJAK SIFIR

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha


Mengasihani
Firman Allah SWT di dalam surah An-Nahl:125, mafhumnya:-

Ajaklah mereka ke jalan Tuhanmu dengan hikmah dan contoh teladan


yang terbaik dan berhujah lah dengan kata-kata yang baik.

PENGENALAN
Alhamdulillah, segala pujian dan syukur buat al-Khaliq
yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang di atas segala rahmat.
Selawat dan salam kasih untuk junjungan mulia Nabi Muhammad
S.A.W, para sahabat seterusnya mata rantai agama Allah yang
mengikut sunnah Baginda S.A.W sehingga hari Qiamat.
Mata pelajaran Matematik merupakan satu mata pelajaran
yang penting dalam kehidupan anak-anak hari ini. Maka, ia perlu
diberi penekanan yang serius oleh pihak sekolah. Kemahiran
mengingati

sifir

amat

penting

bagi

setiap

murid

untuk

menguasai mata pelajaran Matematik kerana sifir sentiasa


digunakan dalam kehidupan seharian.
Program ini akan diadakan selama seminggu, di mana
murid-murid yang terlibat akan diperkenalkan penggunaan

kaedah Magic 9 dalam meningkatkan penguasaan sifir 1


hingga 9. Penggunaan kaedah Magic 9 fungsinya hampir sama
dengan kaedah petak sifir. Kaedah ini bukanlah satu kaedah
pengiraan mental ataupun hafalan, sebaliknya ia adalah satu
kaedah yang melibatkan bahan manipulatif dalam membantu
murid mencari jawapan sifir. Jesteru murid yang terlibat dalam
program ini akan diberikan petak sifir Magic 9.

2.0

MATLAMAT
Program ini bertujuan untuk memupuk semangat belajar
murid khususnya dalam subjek Matematik dan meningkatkan
kemahiran

mengingati

meningkatkan

minat

sifir.

dan

Di

samping

motivasi

murid

itu,

ia

terhadap

mampu
subjek

Matematik.
3.0

OBJEKTIF
1 Menguasai kemahiran mengingati sifir.
2 Memberi kesedaran pentingnya penguasaan Matematik dalam
kehidupan.
3 Persediaan menghadapi ujian-ujian akademik.
4 Mendisiplinkan

diri

dengan

sikap

bertanggungjawab,

berdedikasi dan berbudi pekerti mulia.


5 Memupuk nilai-nilai murni dalam diri murid-murid.

4.0 NAMA PROGRAM


PROGRAM BIJAK SIFIR

5.0

TEMA
SIFIR, MAGIC 9

6.0

ANJURAN
Panitia Matematik SKK

7.0

TARIKH

5 Oktober hingga 9 Oktober 2015


8.0

TEMPAT
Sekolah Kebangsaan Kamunting (SKK)

9.0

KUMPULAN SASARAN
Murid-murid Tahun 5

10.0 AHLI JAWATANKUASA


JAWATANKUASA
PENAUNG

: En. Zulkifli Bin Yaacob


Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Kamunting.

PENGERUSI

: En. Suhaimi Bin Ismail

Guru Penolong Kanan Pentadbiran,


Sekolah Kebangsaan Kamunting.
NAIB PENGERUSI

: Pn. Norazizah
Ketua Panitia Matematik,
Sekolah Kebangsaan Kamunting.

SETIAUSAHA

: Muhammad Arif Bin Alias

DOKUMENTASI

: Muhammad Arif Bin Alias

12.0 KOS PROGRAM

Bil

Perkara

Kos

Alat Tulis

RM10.00

Kertas A4

RM25.00

Jumlah

RM35.00

13.0 PENUTUP
InsyaAllah, kami amat mengharapkan agar program ini dapat
dilaksanakan

seperti

yang

dicita-citakan.

Semoga

Allah

memberkati niat murni kami ini dan seluruh pihak yang terlibat
dalam menjayakannya. Wassalam.

Disediakan oleh,
----------------------------(MUHAMMAD ARIF BIN ALIAS)
Setiausaha
Program Bijak Sifir,
Sekolah Kebangsaan Kamunting.

Disokong oleh,
----------------------------(PN. NORAZIZAH)
Naib Pengerusi
Program Bijak Sifir,
Sekolah Kebangsaan Kamunting.

Diluluskan oleh,
----------------------------(EN. ZULKIFLI BIN YAACOB)
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Kamunting.

Anda mungkin juga menyukai