Anda di halaman 1dari 1

PANDUAN LATIHAN MENGOSONGKAN BANGUNAN,

SK ST JOHN 1, BUKIT NANAS, KUALA LUMPUR

Apabila murid mendengar loceng berbunyi panjang TANPA


BERHENTI latihan mengosongkan bangunan telah bermula.
Semua murid hendaklah:
berhenti daripada membuat semua kerja.
berdiri dengan tenang.
membuat barisan dengan serta-merta dan berjalan menuju ke tempat
berkumpul dengan cepat, senyap, tanpa kekecohan, tidak berlari-lari
atau bertolak-tolak antara satu sama lain.
mengikut jalan yang telah ditetapkan dalam pelan.
guru atau ketua kelas adalah orang terakhir meninggalkan kelas dan
bertanggungjawab untuk menutup suis dan lampu serta semua pintu.
semua penghuni diberi 3 minit untuk mengosongkan bangunan.
Bagi murid dan guru serta kakitangan yang berada di Bilik Sains,
mereka dinasihatkan untuk menutup/mematikan ibu sawat
elektrik/injap gas sebelum meninggalkan Bilik Sains.
Murid-murid dinasihatkan supaya jangan membawa beg sekolah
apabila meninggalkan kelas. Hanya dokumen yang penting seperti
kad pengenalan/dompet perlu diambil.
Guru yang mengajar pada masa itu perlu mengarahkan murid ke
tempat selamat yang telah ditetapkan dengan kadar segera.
Guru dan ketua kelas perlu mengawal murid, menjaga disiplin dan
ketenteraman murid dalam pergerakan menyelamatkan diri.
Bagi murid -murid yang tidak berada di dalam bilik darjah ketika
loceng kecemasan dibunyikan (seperti berada di dalam bilik air atau
kantin) hendaklah serta-merta pergi ke tapak selamat seperti yang
ditetapkan untuk bersama-sama dengan murid yang lain.
Apabila sampai di tapak selamat, murid-murid hendaklah beratur
mengikut kedudukan seperti yang telah ditetapkan.
Guru kelas akan memastikan semua murid berada di tapak selamat
berpandukan buku Jadual Kedatangan Murid. Ketua kelas perlu
menolong guru kelas untuk mengira murid-murid yang telah tiba di
tempat yang ditentukan.
Jika terdapat murid yang tidak terdapat di tempat perhimpunan,
maka guru kelas hendaklah serta-merta melaporkan nama murid
tersebut kepada AJK Keselamatan.

Pihak pentadbir, kakitangan pejabat, staf sokongan dan semua warga


SK St.John 1 juga harus berada di tapak selamat.
Kakitangan pejabat akan membawa semua buku kedatangan murid
ke tapak selamat.
Tidak seorang pun dibenarkan masuk ke dalam bangunan untuk
mengambil barang-barang yang tertinggal.
Guru-guru dan kakitangan sekolah mesti mengikut laluan yang
ditetapkan.
Sekiranya semua berjalan dengan lancar dan tiada masalah muridmurid boleh balik ke kelas.

TUGAS GURU KELAS

Mengawal pergerakan murid meninggalkan bangunan.


Mengenalpasti kehadiran murid pada waktu pertama pada hari
latihan.
Mengambil kehadiran murid semasa latihan berlangsung berdasarkan
buku kedatangan murid.
Menolong mengawal disiplin murid semasa di berada di tapak
selamat.

TUGAS GURU YANG SEDANG MENGAJAR

Berhenti mengajar dan mengarahkan murid meninggalkan kelas dan


menuju ke tapak selamat
Mengawal disiplin murid semasa perjalanan ke tapak selamat

TUGAS GURU YANG BERADA DI BILIK DARJAH / KANTIN DAN


BILIK-BILIK KHAS

Arahkan semua murid keluar dari tempat-tempat tersebut dengan


tenang.
Tutup semua suis elektrik dan pintu.
Iringi murid ke tapak selamat.

Anda mungkin juga menyukai