Anda di halaman 1dari 81

BAHASA MALAYSIA

TAHUN 4

TAHUN DITERBITKAN:

2007

TAHUN DISIARKAN:

2008

BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN

NEGERI SARAWAK

KANDUNGAN
Bil.

Perkara
Pendahuluan

Muka Surat
i

Tajuk Rancangan
1.

Beraya Di Rumah Datuk

1-5

2.

E-mel Ibu Kepada Anaknya

6-13

3.

Maafkan Saya, Cikgu

14-18

4.

Berambeh Di SK Siol Kanan

19-23

5.

Pandu Cermat Jiwa Selamat

24-27

6.

Pameran Makanan Tradisional

28-31

7.

Meranto Di Batang Sadong

32-37

8.

Tokoh Atlet Muda

38-41

9.

Muzium Teh

42-46

10.

Membalas Jasa

47-53

11.

Jenayah Alam

54-57

12.

Minyak Gamat

58-61

13.

Akibat Menonton Televisyen

62-66

14.

Pantun Pelajar Cemerlang

67-71

15.

Syair Bawang Merah

72-76

Penghargaan

77

PENDAHULUAN
Bahasa Malaysia Tahun Empat ini mengandungi 15 tajuk yang
meliputi aspek-aspek tatabahasa, kefahaman, puisi dan dan
sebagainya. Rancangan ini diterbitkan untuk kegunaan tambahan
dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia di sekolah.
Nota Guru yang disediakan ini mengandungi tajuk dan objektif
rancangan yang sesuai dengan pengajaran dan pembelajaran di
sekolah. Aktiviti sebelum, dan selepas siaran serta kandungan
rancangan semasa siaran di sediakan untuk memudahkan guru
menyediakan bahan untuk aktiviti murid. Guru hendaklah bersamasama murid semasa siaran.
i)

Sebelum Siaran
Sebelum mendengar sesuatu rancangan, guru hendaklah
membuat persediaan yang membolehkan murid-murid
mengikuti sesuatu rancangan dengan teratur dan berkesan.

ii)

Semasa Siaran
Guru mesti mengetahui isi kandungan rancangan semasa
siaran seperti sinopsis dan urutan rancangan.

iii)

Selepas Siaran
Aktiviti selepas siaran dicadangkan kepada guru bagi tujuan
pengukuhan dan guru juga boleh menambah aktiviti lain
yang bersesuaian.

Pihak kami mengalu-alukan sebarang cadangan daripada semua

pihak dalam meningkatkan mutu dan prestasi rancangan ini .

Dayang Rosnani Abang Ariff

Penerbit
Bahasa Malaysia Tahun 4

Selamat mengikuti siri ini dan selamat maju jaya.

i

Pelajaran 1
Tema

Kekeluargaan

Tajuk

Beraya Di Rumah Datuk

Objektif:
Selepas mendengar siaran ini, murid-murid dapat:
1.

menjawab soalan pemahaman berdasarkan cerita

didengar secara lisan.

2.

membina ayat majmuk dengan menggunakan kata

hubung dan, tetapi kerana.

3.

menulis ayat tanya berdasarkan topik yang diberikan.

Hasil Pembelajaran:
Fokus Utama:
1.1

Berbual tentang sesuatu perkara berkaitan kehidupan

seharian dengan menggunakan kata, ungkapan, ayat,
sebutan, intonasi dan nada yang sesuai.

Aras 2:
i.

Menggunakan kata panggilan dan kata ganti nama diri

yang sesuai mengikut situasi dalam perbualan.

Fokus Sampingan:
8.1

Menggunakan pelbagai jenis ayat dan wacana dalam

penulisan.

Aras 1:
i.

Menulis perkataan dan pelbagai jenis ayat berdasarkan

topik yang diberikan.

Sistem Bahasa:
Morfologi

Kata hubung
Ayat tanya

Sinopsis:
Nauffal dan keluarganya berkunjung ke rumah datuk mereka.
Semasa di rumah datuk, terjadi beberapa insiden yang
memaparkan tingkah laku yang kurang elok dilakukan oleh
Nauffal. Ayahnya telah menegur perbuatan Nauffal itu.
Sebelum Rancangan:
1.

Guru berbual dengan murid-murid tentang beberapa

adab semasa berkunjung ke rumah orang, menjadi
tetamu dan tuan rumah.

2.

Guru menyuruh murid-murid menyediakan pensel dan

buku nota untuk mencatat isi-isi penting.

Semasa Rancangan:
Murid-murid mendengar siaran Radio Pendidikan bertajuk
Beraya Di Rumah Datuk
Selepas Rancangan:
1.

Guru bersoal jawab secara lisan dengan murid-murid

tentang perbualan yang disiarkan.

2.

Murid membuat latihan bertulis

lembaran kerja yang disediakan.

Aktiviti:
Lampiran I dan Lampiran II

menggunakan

Pengisian Kurikulum:
Ilmu

Pendidikan Moral,
pendidikan Islam

Nilai Murni

Kasih sayang, hormatmenghormati

Kemahiran Bernilai Tambah

Kontekstual

Kemahiran Berfikir

Menyenarai

Refleksi:
Diisi oleh guru selepas sesi pengajaran dan pembelajaran.

Lampiran I
Bina ayat majmuk berdasarkan kata hubung di bawah ini.
1. dan
i)

_________________________________________
_________________________________________

ii)

_________________________________________
_________________________________________

2. kerana
i)

_________________________________________
_________________________________________

ii)

_________________________________________
_________________________________________

3. tetapi
i)

_________________________________________
_________________________________________

ii)

_________________________________________
_________________________________________

Lampiran II
Bina ayat tanya berdasarkan cerita di dengar.
1.

___________________________________________

Pelajaran 2
Tema

Kesejahteraan Hidup

Tajuk

E-mel Ibu Kepada Anaknya

Objektif:
Selepas mendengar siaran ini murid-murid dapat:
1.

menjawab soalan secara lisan dengan menggunakan

bahasa yang gramatis.

2.

membina ayat dengan menggunakan perkataan yang

diberi.

3.

menyusun langkah-langkah menulis e-mel mudah

mengikut urutan yang betul.

Hasil Pembelajaran:
Fokus Utama:
8.1

Membina dan menulis perkataan ayat tunggal dan

ayat majmuk.

Aras 1:
Menulis perkataan dan pelbagai jenis ayat berdasarkan topik
yang diberikan.
Fokus Sampingan:
1.2

Bertanya dan menjawab tentang sesuatu perkara

secara bertatasusila.

Aras 3:
Bersoal jawab untuk membuat rumusan dan keputusan.

Sistem Bahasa:
Morfologi
Sintaksis

Kata kerja
Ayat tunggal

Sinopsis:
Seorang ibu merungut kerana pennya kehabisan dakwat
untuk menulis surat kepada anaknya yang belajar di Jordan.
Anak bongsunya mencadangkan agar beliau menulis
menggunakan e-mel kerana lebih cepat. Dia mengajar ibunya
cara-cara menulis e-mel melalui talian internet.
Sebelum Rancangan:
1.

Guru berbincang dengan murid tentang alat-alat

perhubungan dan memberi contoh penggunaannya.

2.

Guru meminta murid-murid menyediakan pensel dan

buku nota untuk mencari perkataan yang susah atau
yang tidak pernah didengar.

Semasa Rancangan:
Murid-murid mendengar siaran Radio
E-mel Ibu Kepada Anaknya

Pendidikan bertajuk

Selepas Rancangan:
1.

Guru bersoal jawab secara lisan tentang murid-murid

tentang cerita yang diperdengarkan.

2.

Membina ayat menggunakan perkataan yang diberikan

oleh guru.

3.

Langkah-langkah menulis e-mel berpandukan grafik

yang diberi.

Aktiviti:
Lampiran I dan Lampiran II

Pengisian Kurikulum:
Ilmu

Kasih sayang

Nilai Murni

Tolong-menolong

Kemahiran Berfikir

Menjana Idea

Refleksi:
Diisi oleh guru selepas sesi pengajaran dan pembelajaran.

Lampiran I
Latihan 1
Membina ayat dengan menggunakan perkataan yang diberi.
1.

Kreatif
____________________________________________
____________________________________________

2.

Bingkai
____________________________________________
____________________________________________

3.

E-mel
____________________________________________
____________________________________________

4.

Klik
____________________________________________
____________________________________________

5.

Papan kekunci
____________________________________________
____________________________________________

Lampiran II
Latihan 2
Susun cara-cara menulis e-mel mudah mengikut langkahlangkah yang betul berpandukan grafik di bawah.

Karang e-mel dalam kotak

yang disediakan

Hantar mesej kepada

penerima

Buka e-mel menggunakan

kata laluan

Daftar dengan mengisi

borang maklumat peribadi.

1.

10

Lampiran II

2.

11

Lampiran II

3.

12

Lampiran II

Pelajaran 3

4.

13

Tema

Sekolah

Tajuk

Maafkan Saya, Cikgu

Objektif:
Selepas mendengar siaran ini murid-murid dapat:
1.

menjelaskan makna empat daripada enam perkataan

mengikut konteks berpandukan kamus.

2.

menulis empat daripada enam maksud berlawanan bagi

perkataan yang diberi dengan bantuan guru.

3.

membina lima ayat berpandukan gambar dengan

bantuan guru.

Hasil Pembelajaran:
Fokus Utama:
8.4

Membina dan menulis ayat topik berdasarkan sesuatu

perkara.

Aras 1:
i.

Mengenal pasti isi yang sesuai dengan tajuk.

Fokus Sampingan:
5.1

Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan

dan intonasi yang betul dan memahami perkara yang
dibaca.

Aras 3:
ii.

Menjelaskan makna perkataan mengikut konteks

14

Sistem Bahasa:
Morfologi
Sintaksis

Tatabahasa (Antonim)
Membina ayat

Sinopsis:
Mengisahkan seorang pelajar bernama Lobo, yang sering
merosakkan harta benda sekolah. Amirah yang bertugas
sebagai pengawas acapkali menegur dan menasihatinya
tetapi tidak diendahkan malah Amirah pula menjadi mangsa
ugutannya. Pada suatu hari, sedang Amirah menegur Lobo
yang sedang bermain batang penyapu terkena cermin tingkap
dan jatuh menimpa kepala Lobo. Kepala Lobo cedera dan
dia dikejarkan ke klinik. Kejadian itu telah menginsafkan
Lobo. Lobo meminta maaf kepada Cikgu Malek dan Amirah.
Sebelum Rancangan:
1.

Guru berbincang serta bersoal jawab secara spontan

dengan murid-murid tentang harta benda sekolah
serta kepentingan menjaga harta benda sekolah.

2.

Guru meminta murid menyediakan pensel dan kertas

untuk mencatat isi-isi penting dalam petikan yang
akan diperdengarkan.

Semasa Rancangan:
Murid-murid mendengar siaran radio pendidikan bertajuk
Maafkan Saya, Cikgu
Selepas Rancangan:
1.

Murid-murid menyenaraikan perkataan yang mereka

perolehi daripada cerita di papan tulis. Berbincang
bersama-sama guru untuk mencari maksud
perkataan mengikut konteks.

2.

Murid-murid
membuat
latihan
menggunakan
lembaran kerja yang disediakan oleh guru.

15

Aktiviti:
Lampiran I dan Lampiran II
Pengisian Kurikulum:
Ilmu

Pendidikan Moral

Nilai Murni

Hormat-menghormati,
kasih sayang

Kemahiran Bernilai Tambah

Pembelajaran
kontekstual, membuat
keputusan

Refleksi:
Diisi oleh guru selepas sesi pengajaran dan pembelajaran.

16

Lampiran I
Cari maksud dan perkataan berlawanan bagi setiap perkataan
berikut mengikut konteks cerita yang diperdengarkan.

BIL.

BERLAWANAN
(ANTONIM)

PERKATAAN

1.

Peduli

2.

Menjaga

3.

Lapor

4.

Tolong

5.

Bergegas

6.

Insaf

17

Lampiran II
Bina lima ayat yang lengkap berpandukan gambar di bawah.

1.

____________________________________________
____________________________________________

2.

____________________________________________
____________________________________________

3.

____________________________________________
____________________________________________

4.

____________________________________________
____________________________________________

5.

____________________________________________
____________________________________________

18

Pelajaran 4
Tema

Minggu Kokurikulum

Tajuk

Berambeh Di Sekolah Kebangsaan Siol

Kanan

Objektif:
Selepas mendengar siaran ini, murid-murid dapat:
1.

melengkapkan dialog ringkas

2.

menyenaraikan perkataan
semasa proses jual beli.

dan

istilah

yang

betul

Fokus Utama:
1.6

Menyatakan sesuatu kemahuan semasa menjalankan

transaksi dalam urusan harian untuk mendapatkan
barangan dan perkhidmatan.

Aras 1:
ii.

Menggunakan ayat yang sesuai untuk mendapatkan

barangan dan perkhidmatan

Aras 2:
i.

Menggunakan kata dan istilah yang betul semasa

berurusan.

Fokus Sampingan:
8.4

Membina dan menulis ayat topik dan ayat huraian

berdasarkan sesuatu perkara.

Aras 2:
i.

Mengemukakan hujah dan alasan yang sesuai dalam

perenggan.

19

Sistem Bahasa:
Morfologi
Sintaksis

Kata bilangan
Ayat majmuk

Sinopsis:
Sekolah Kebangsaan Siol Kanan mengadakan Hari Pasaria
bagi mengumpul dana untuk membina dewan sekolah.
Pelbagai gerai telah diwujudkan bagi memeriahkan suasana
berambeh itu. Empat orang sahabat berbual semasa Hari
Pasaria itu.
Sebelum Rancangan:
1.

Guru berbual dengan murid-murid tentang makna

perkataan berambeh.

2.

Guru menyuruh murid-murid menyediakan pensel dan

buku nota untuk mencatat isi-isi pelajaran.

Semasa Rancangan:
Murid-murid mendengar siaran Radio Pendidikan bertajuk
Berambeh Di Sekolah Kebangsaan Siol Kanan
Selepas Rancangan:
1.

Guru bersoal jawab dengan murid-murid tentang

suasana hari pasaria yang telah diperdengarkan.

2.

Murid membuat kerja bertulis menggunakan lembaran

kerja yang disediakan.

Aktiviti:
Lampiran I dan Lampiran II

20

Pengisian Kurikulum:
Ilmu

Kemahiran Hidup

Nilai Murni

Kerajinan

Kemahiran Bernilai Tambah

Kontekstual

Kemahiran Berfikir

Menghubung kait

Refleksi:
Diisi oleh guru selepas sesi pengajaran dan pembelajaran.

21

Lampiran I
Lengkapkan dialog berkaitan urusan jual beli berpandukan
gambar di bawah.

1.

Guru

Murid

2.

Bapa

Anak

22

Lampiran II
Isikan istilah-istilah yang betul digunakan semasa proses
jual beli
BERATUR

SUKAN

BERLARI

SYER

MODAL

MENYANYI

UNTUNG

PEMBELI

RUGI

LETIH

JUAL BELI

DISKAUN

KAKI

Bil.

Istilah Jual beli

1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.

23

PENGGUNA

MAIN

Pelajaran 5
Tema

Keselamatan

Tajuk

Pandu Cermat Jiwa Selamat

Objektif:
Selepas mendengar siaran ini, murid-murid dapat:
1.

memberi makna beberapa perkataan daripada cerita

yang didengar dengan merujuk kamus.

2.

mengisi borang pengurusan yang disediakan dengan

ayat yang sesuai.

Hasil Pembelajaran:
Fokus Utama:
1.1

Berbual tentang sesuatu perkara berkaitan kehidupan

seharian dengan menggunakan kata, ungkapan, ayat,
sebutan, intonasi, dan nada yang sesuai.

Aras 1:
i.

Berbual tentang sesuatu perkara yang dialami atau

dilihat atau yang dibaca.

Fokus Sampingan:
8.4

Membina dan menulis ayat topik dan ayat huraian

berdasarkan sesuatu perkara.

Aras 2:
i.

Mengemukakan hujah dan alasan yang sesuai dalam

perenggan.

24

Sistem Bahasa:
Morfologi
Sintaksis

Kata hubung
Ayat tanya

Sinopsis:
Anis dan Haniza menaiki sebeuah bas ke Stampin. Bas yang
mereka naiki dipandu oleh seorang pemandu yang tidak
berdisiplin ketika memandu. Dalam perjalanan, terjadi
kemalangan yang hampir meragut nyawa mereka. Pemandu
bas itu telah didenda oleh polis peronda.
Sebelum Rancangan:
1.

Guru berbual dengan murid-murid tentang beberapa

ciri keselamatan jalan raya.

2.

Guru menyuruh murid-murid menyediakan kertas dan

pensel untuk mencatat isi-isi penting.
Semasa Rancangan:
Murid-murid mendengar siaran Radio Pendidikan bertajuk
Pandu Cermat Jiwa Selamat
Selepas Rancangan:
1.

Guru bersoal jawab secara lisan dengan murid

tentang perbualan yang telah diperdengarkan.

2.

Murid membuat kerja bertulis menggunakan lembaran

kerja yang disediakan.

Aktiviti:
Lampiran I

25

Pengisian Kurikulum:
Ilmu

Sivik dan
Kemasyarakatan

Nilai Murni

Semangat
bermasyarakat dan
mematuhi peraturan

Kemahiran Bernilai Tambah

Kontekstual

Kemahiran Berfikir

Menghubung kait

Refleksi:
Diisi oleh guru selepas sesi pengajaran dan pembelajaran.

25

Lampiran I
Latihan 2
Borang Pengurusan Grafik
Faktor:
Setiap hari di dada-dada akhbar, televisyen dan radio kita
melihat, menonton dan mendengar tentang kemalangan jalan
raya yang melibatkan kenderaan dan pengguna jalan raya itu
sendiri. Banyak jiwa telah terkorban dalam trajedi ini. Di
antara faktor-faktor yang menyebabkan kemalangan itu
berlaku ialah manusia, kenderaan, jalan raya dan cuaca.
Huraikan secara ringkas faktor-faktor yang menyebabkan
kemalangan berlaku.

FAKTOR

HURAIAN

MANUSIA

KENDERAAN

JALAN RAYA

27

Pelajaran 6
Tema

Warisan

Tajuk

Pameran Makanan Tradisional

Objektif:
Selepas mendengar siaran ini, murid-murid dapat:
1.

menjawab soalan secara lisan dengan menggunakan

bahasa yang ayat yang gramatis.

2.

mengecam dan menyatakan fakta yang terdapat dalam

bahan berbentuk grafik.

Fokus Utama:
1.5

Memberikan penjelasan tentang sesuatu perkara yang

tersurat dan tersirat

Aras 1:
i.

Menyatakan fakta yang terdapat dalam bahan.

Fokus Sampingan:
1.2

Bertanya dan menjawab tentang sesuatu perkara

secara bertatasusila.

Aras 1:
i.
Mendengar dan mengecam intonasi soalan tanpa kata
tanya.
Sistem Bahasa:
Morfologi
Sintaksis

Kata kerja
Ayat tunggal

28

Sinopsis:
Rombongan guru dan pelajar Sekolah Kebangsaan Bandar
Baru Semariang telah mengadakan lawatan ke Pameran
Makanan Tradisional. Perbualan berlaku di hadapan gerai
kuih tradisional Sarawak di antara pelajar dan penjaja gerai
tersebut. Perbualan berkisar mengenai jenis-jenis dan bahanbahan yang diperlukan untuk membuat kuih tradisional
tersebut.
Sebelum Rancangan:
1.

Guru berbual dengan murid-murid tentang

tradisional yang terdapat di tempat mereka.

kuih

2.

Guru menyuruh murid-murid menyediakan kertas dan

pensel untuk mencatat isi-isi penting.

Semasa Rancangan:
Murid-murid mendengar siaran Radio Pendidikan bertajuk
Pameran Makanan Tradisional
Selepas Rancangan:
1.

Guru bersoal jawab secara lisan dengan murid tentang

perbualan yang telah diperdengarkan.

2.

Murid membuat kerja bertulis menggunakan lembaran

kerja yang disediakan.

Aktiviti:
Lampiran I

29

Pengisian Kurikulum:
Ilmu

Kajian Tempatan

Nilai Murni

Hemah Tinggi

Kemahiran Berfikir

Menghubung kait

Refleksi:
Diisi oleh guru selepas sesi pengajaran dan pembelajaran.

30

Lampiran I
Padankan ramuan bahan-bahan
membuat kuih tradisional di bawah.

yang digunakan untuk

Kuih Tepung Pasung

contoh

Beras Pulut
Kelapa Parut

Kuih Lepat Pisang

Tepung Gandum
Tepung Pulut
Daun Pisang
Kuih Serimuka

Gula Pasir
Santan Kelapa
Gula Merah

Kuih Bidara

31

Pelajaran 7
Tema

Pengalaman

Tajuk

Meranto Di Batang Sadong

Objektif:
Selepas mendengar siaran ini, murid-murid dapat:
1.

mengemukakan soalan dengan kata tanya secara lisan

bagi mendapatkan maklumat.

2.

melengkapkan silangkata dengan perkataan yang

terdapat dalam cerita yang diperdengarkan.

Hasil Pembelajaran:
Fokus Utama:
1.3

Bertanya dan menjawab tentang sesuatu perkara

secara bertatasusila.

Aras 1:
ii.

Mengemukakan soalan dengan kata tanya dan tanpa

kata tanya untuk mendapatkan maklumat.

Fokus Sampingan:
5.1

Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan

dan intonasi yang betul dan memahami perkara yang
dibaca.

Aras 3:
ii.
Menjelaskan makna perkataan mengikut konteks.

32

Sistem Bahasa:
Morfologi
Sintaksis

Kata tanya
Ayat majmuk

Sinopsis:
Pengalaman pertama Jemat, seorang anak nelayan yang
mengikut ayahnya menangkap ikan di Sungai Batang Sadong
dari petang hingga ke awal pagi esoknya. Pengalaman ini
telah menyedarkan Jemat betapa susahnya menjadi seorang
nelayan.
Sebelum Rancangan:
1.

Guru
berbual
dengan
murid-murid
tentang
pengalaman masing-masing secara ringkas.

2.

Guru menyuruh murid-murid menyediakan pensel dan

buku nota untuk mencatat perkataan yang baru bagi
mereka.

Semasa Rancangan:
Murid-murid mendengar siaran Radio Pendidikan bertajuk
Meranto di Batang Sadong
Selepas Rancangan:
1.

Guru bersoal jawab secara lisan dengan murid-murid

tentang cerita yang telah diperdengarkan.

1.

Murid membuat kerja bertulis menggunakan lembaran

kerja yang disediakan.

2.

Guru bertanya maksud beberapa perkataan daripada

cerita yang diperdengarkan.

Aktiviti:
Lampiran I

33

Pengisian Kurikulum:
Ilmu

Kemahiran Hidup

Nilai Murni

Kebersihan dan
Bersyukur

Kemahiran Bernilai Tambah

Kajian masa depan

Kemahiran Berfikir

Menerangkan sebab
dan akibat

Refleksi:
Cadangan Guru/Murid:
Diisi oleh guru selepas sesi pengajaran dan pembelajaran.

34

Lampiran I
Latihan 1
Lengkapkan ayat-ayat di bawah dengan kata tanya yang
betul.

1. ______________ kah yang telah mengikut ayahnya

ke laut?

2. _______________ kah Jemat akan ke Sungai Batang

Sadong?

3. Harga ikan terubuk yang besar ini ___________?

4. Ayah Jemat sedang buat ____________?

5.

_________________kah Jemat ingin mengikut ayahnya

ke laut?

35

Lampiran I
Latihan 2
Lengkapkan silang kata di bawah ini
9
1

3
E

E
2

10

I
4

U
N

PETUNJUK
Melintang
1.

Hampir berhenti atau keadaan mulai berkurang (cuaca)

2.

Barang/tulisan yang dianggap mempunyai sakti/tangkal

untuk mencegah penyakit.

3.

Jaring besar dan panjang untuk menangkap ikan.

4.

Sesuatu yang dilarang melakukannya (menurut adat

atau kepercayaan)

5.

Bahagian yang dalam di sungai, laut atau telaga.

36

6.

Kenderaan laut yang menggunakan enjin.

7.

Terasa sakit/sakit hati/dukacita

Ke bawah
8.

Bekas untuk menyimpan barang diperbuat daripada

rotan.

9.

Sesuatu yang membawa keuntungan/ bahan keperluan

untuk hidup.

10.

Ikan yang mempunyai banyak tulang.

37

Pelajaran 8
Tema

Sukan

Tajuk

Tokoh Atlet Muda

Objektif:
Selepas mendengar siaran ini, murid-murid dapat:
1.

menjawab soalan secara lisan dengan menggunakan

bahasa yang gramatis.

2.

mencari makna perkataan yang diberi dengan merujuk

kamus.

3.

menyesuaikan gambar jaguh sukan dengan jenis sukan

yang diceburi.

Hasil Pembelajaran:
Fokus Utama:
6.5

Membaca pantas secara imbasan untuk mendapatkan

maklumat khusus.

Aras 1:
i.

Menyatakan fakta yang relevan dengan perkara yang

dikehendaki dalam teks.

Fokus Sampingan:
1.2

Bertanya dan menjawab tentang sesuatu perkara

secara bertatasusila .

Aras 3:
i.

Bersoal jawab untuk membuat rumusan dan keputusan.

38

Sistem Bahasa:
Morfologi
Sintaksis

Kata sapaan
Ayat tunggal

Sinopsis:
Situasi semasa penyampaian hadiah Hari Sukan peringkat
sekolah. Daeng dinobatkan sebagai Olahragawan Sekolah
Kebangsaan Iboi/Pelandok.
Natrah, seorang wartawan
majalah sekolah telah menemu ramah Daeng tentang
kejayaannya.
Di dalam temu ramah tersebut Natrah
bertanyakan mengenai perasaan, pendorong, pencapaian,
dan harapan serta nasihat Daeng kepada mereka yang ingin
mengikuti jejak kejayaannya.
Sebelum Rancangan:
1.

Guru berbual dengan murid-murid tentang tokoh-tokoh

sukan tanah air.

2.

Guru menyuruh murid-murid menyediakan pensel dan

buku nota untuk mencari perkataan yang susah atau
yang tidak pernah didengar.

Semasa Rancangan:
Murid-murid mendengar siaran Radio Pendidikan bertajuk
Tokoh Atlet Muda.
Selepas Rancangan:
1.

Guru bersoal jawab secara lisan dengan murid-murid

tentang cerita yang telah diperdengarkan.

2.

Murid mencari makna perkataan yang diberi oleh guru.

3.

Memadankan jenis-jenis sukan dengan

sesuai.

39

gambar yang

Aktiviti:
Lampiran I
Pengisian Kurikulum:
Nilai Murni

Rajin

Kemahiran Bernilai Tambah

Mengkategorikan

Peraturan Sosiobudaya

Kesantunan bahasa

Refleksi:
Diisi oleh guru selepas sesi pengajaran dan pembelajaran.

40

Lampiran 1
Latihan 1
Cari makna perkataan di bawah dengan merujuk kamus.
Perkataan

Makna

Berbaloi
Olahragawan
Anugerah
Dorongan
Intensif
Latihan 2
Suaikan gambar jaguh-jaguh sukan di bawah ini dengan jenis
sukan yang diceburi.

Bina Badan
Renang
Nicole Ann David

Skuash

Daniel Bego

Badminton
Olahraga

Hafiz Hashim

Sazali Samad

41

Pelajaran 9
Tema

Pertanian

Tajuk

Muzium Teh

Objektif:
Selepas mendengar siaran ini, murid-murid dapat:
1.

memberi makna perbendaharaan kata dengan merujuk

kamus.

2.

menjawab soalan pemahaman

3.

menyenaraikan
pertanian

hasil

keluaran

daripada

sumber

Hasil Pembelajaran:
Fokus Utama:
6.1

Merujuk pelbagai sumber untuk mendapatkan

maklumat bagi tajuk yang sedang dikaji termasuk
maklumat daripada internet.

Aras 1:
i.

Merujuk kepada kamus untuk mencari makna dan

meneliti ejaan yang tepat mengikut susunan perkataan.

Fokus Sampingan:
4.1

Mengemukakan idea, pandangan, dan pendapat

tentang sesuatu perkara secara terperinci, tepat dan
tersusun.

Aras 2:
i.

Mengemukakan pendapat
tentang isu perbincangan.

42

bagi

menjelaskan

idea

Sistem Bahasa:
Morfologi
Sintaksis

Kata sinonim
Ayat tunggal

Sinopsis:
Temu ramah antara wakil majalah Sekolah Kebangsaan
Teruntum, Aina dengan Encik Fuad selaku Pengurus Stesen
MARDI Tanah Tinggi Cameron mengenai Muzium Teh yang
terdapat di Tanah Tinggi Cameron. Penerangan mengenai
pembukaan Muzium Teh yang asalnya dari sebuah kilang teh
yang dibina oleh British.
Di dalam muzium tersebut
mengandungi peralatan yang pernah digunakan untuk
memproses teh.
Sebelum Rancangan:
1.

Guru bersoal jawab dengan murid tentang penanaman

teh yang terdapat di Tanah Tinggi Cameron.

2.

Guru meminta murid menyediakan pensel dan buku

nota untuk mencatat isi-isi penting.

Semasa Rancangan:
Murid-murid mendengar siaran Radio Pendidikan bertajuk
Muzium Teh
Selepas Rancangan:
1.

Guru bersoal jawab secara lisan dengan murid-murid

pengajaran
yang
didapati
dari
cerita
yang
diperdengarkan.

2.

Murid membuat latihan bertulis menggunakan lembaran

kerja yang disediakan.

Aktiviti:
Lampiran I dan Lampiran II

43

Pengisian Kurikulum:
Ilmu

Kajian Tempatan

Nilai Murni

Kesyukuran

Kemahiran Bernilai Tambah

Kemahiran Berfikir

Kemahiran Berfikir

Mengelaskan

Refleksi:
Diisi oleh guru selepas sesi pengajaran dan pembelajaran.

44

Lampiran I
Latihan 1
Beri maksud kata nama di bawah berdasarkan
penggunaannya dalam temu ramah yang diperdengarkan.
1.

Proses

________________________________

2.

Mengingati -

________________________________

3.

Ekonomi

________________________________

4.

Sumber

________________________________

5.

Peralatan

________________________________

Latihan 2
Bina ayat tunggal daripada perkataan dalam latihan 1 di atas.
1.

Proses

________________________________

2.

Mengingati -

________________________________

3.

Ekonomi

________________________________

4.

Sumber

________________________________

5.

Peralatan

________________________________

45

Lampiran II

Cari perkataan-perkataan yang terdapat di dalam senarai di

bawah. Bulatkan jawapannya.

DAUN

PENGUNJUNG

MARDI

PROSES

SEJARAH

MESIN

TEH

BRITISH

OPERASI

KILANG

ZAMAN

JASA

INDIA

STESEN

PERALATAN

BENTUK

MAJALAH

ASAL

MUZIUM

PENERANGAN

D S D P E N G U N J U N G G A S A L C X
A M P P W Q S S T

B U V X Z

U M U G K L M E L

R C V B S S N T

N L D Z O E O J

E M M P I
K A J

P P W T

U U A S T S S W L

R A U A R A I

W W I

P G L M P
I

A P P N L R
G J

K D M A

R G A U I

E R P S O U M A W S Y K R Z

T E

G S T

N L

A S A

B D O S H Y H H W H W O W A Y A N R T T
I

H E L

A G W Q R T

G K L S P Q L T

P W M T

G E R E A

E H R E S A S N B L S N

W R D F G S Y A Q D F

R R N W Q W J

N I

A Q D W M Y B N P

S E M T Y K J

L L

M N P B P X W X A F

S F

P E N E R A N G A N M I

46

E P

P M K L

Q W S D F

C C G

PELAJARAN 10
Tema

Cerita Teladan

Tajuk

Membalas Jasa

Objektif:
Selepas mendengar siaran ini, murid-murid dapat:
1.

menyusun lima daripada tujuh perenggan

berkaitan dengan petikan dengan bantuan guru.

2.

menamakan simpulan bahasa berpandukan grafik.

yang

Hasil Pembelajaran:
Fokus Utama:
11.3

Mengulas karya bukan sastera yang mudah secara

umum dari aspek tema dan persoalan, watak dan
perwatakan, nilai dan pengajaran dan gaya bahasa.

Aras 2:
i.

Menyusun peristiwa yang terdapat dalam teks.

Fokus Sampingan:
7.1

Membaca dan menerangkan maksud kandungan teks

yang tersurat dan tersirat.

Aras 2:
i.

Menjelaskan maksud tersurat dan tersirat berdasarkan

bahan yang dibaca/didengar.

47

Sistem Bahasa:
Morfologi

Tatabahasa (Simpulan Bahasa)

Sinopsis:
Gajah menolong kancil yang tersepit kakinya di celah akarakar pokok. Namun perbuatannya tidak disukai oleh harimau
yang berniat hendak makan kancil. Gajah terjatuh ke dalam
lubang perangkap harimau namun diselamatkan oleh kancil.
Sebelum Rancangan:
1.

Guru bersoal jawab spontan dengan murid-murid

tentang gajah dan kebaikannya kepada manusia.

2.

Guru meminta murid-murid menyediakan pensel dan

buku nota untuk mencatat simpulan bahasa yang
terdapat dalam petikan yang akan diperdengarkan
nanti.

Semasa Rancangan:
Murid-murid mendengar sambil mencatat bahasa yang
terdapat dalam petikan.
Selepas Rancangan:
1.

Murid-murid menyenaraikan simpulan bahasa yang

mereka peroleh dari cerita yang telah diperdengarkan
di papan tulis.
Berbincang bersama-sama guru
untuk mencari maksud simpulan bahasa mengikut
konteks.

2.

Murid membuat menyusun

perenggan
mengikut urutan dengan bantuan guru.

Aktiviti:
Lampiran I , Lampiran II dan Lampiran III

48

cerita

Pengisian Kurikulum:
Ilmu

Pendidikan Moral

Nilai Murni

Kerjasama/Keinsafan

Kemahiran Berfikir

Menilai

Refleksi:
Diisi oleh guru selepas sesi pengajaran dan pembelajaran.

49

Lampiran I
No.

Simpulan Bahasa

1.

Putih hati

2.

Terhutang budi

3.

Cakap besar

4.

Ringan mulut

5.

Angkat kaki

6.

Minta diri

Maksud

Panduan Guru:
1.

Edar lampiran 1.

2.

Murid-murid dibentuk 5 kumpulan.

3.

Setiap kumpulan melantik seorang ketua.

4.

Kumpulan akan berbincang mencari maksud simpulan

bahasa.

5.

Bentang di hadapan kelas.

50

Lampiran II
Susun peristiwa berikut supaya menjadi sebuah karangan.

Sejak hari itu, harimau telah mencari jalan untuk

mengenakan gajah. Dia telah menggali lubang dan
meletakkan makanan di atas lubang tersebut. Gajah
yang tidak tahu muslihat harimau telah terperosok ke
dalam lubang itu. Harimau berasa sangat gembira.

Gajah sangat terkejut apabila melihat suara yang

meminta tolong itu ialah Sang Kancil dan
menyelamatkan Sang Kancil.
Sang Kancil
mengucapkan terima kasih kepada Gajah kerana
menolongnya.

Selepas Sang Kancil beredar, Sang Harimau keluar

menemui Sang Gajah. Harimau sangat marah kerana
Gajah telah menyelamatkan Kancil. Harimau sengaja
membiarkan Kancil tersepit kerana mahu menunggu
masa untuk makan Kancil. Harimau mengugut hendak
membalas dendam atas tindakan gajah itu.

Seekor gajah sedang berjalan-jalan di dalam sebuah

hutan. Gajah ingin mencari makanan kerana dia berasa
lapar.

Sang Kancil yang tahu hal itu, menyamar sebagai

pemburu lalu menjerit untuk menembak harimau.
Harimau terkejut dengan jeritan itu, terlompat masuk ke
dalam lubang. Kancilpun menyelamatkan Gajah.
Harimau sangat takut. Sang Harimau menyesal atas
perbuatannya serta berjanji akan mendengar nasihat
Sang Gajah dan Sang Kancil.

Ketika Sang Gajah asyik mencari makanan, tiba-tiba

Gajah terdengar bunyi suara meminta tolong. Tanpa
membuang masa Gajah berusaha mencari arah
datangnya suara tersebut.

51

Nota:
1.

Guru perdengarkan sekali lagi cerita kepada murid.

2.

Edar lampiran II.

kelas.

3.

Murid-murid menyusun cerita mengikut urutan.

Murid-murid baca petikan secara

52

Lampiran III
Namakan simpulan bahasa di bawah ini berpandukan grafik.

2.

1.

3.

4.

5.

6.

7.

8.

9.

10.

53

Pelajaran 11
Tema

Alam Sekitar

Tajuk

Jenayah Alam

Objektif:
Selepas mendengar siaran ini, murid-murid dapat:
1.

menyatakan dan seterusnya mencatat beberapa punca,

kesan, dan cara mengatasi pencemaran air.

2.

menjawab soalan berdasarkan cerita yang didengar.

Hasil Pembelajaran:
Fokus Utama:
2.2

Melaporkan sesuatu perkara dengan bahasa yang

sesuai dan tepat.

Aras 3:
i.

Mengemukakan cadangan untuk menyelseaikan

masalah berdasarkan sesuatu perkara dengan ayat
yang jelas.

Fokus Sampingan:
11.1 Menyatakan pandangan tentang perkara yang menarik
dalam sesebuah karya.
Aras 2:
i.

Menyatakan pendapat tentang perkara yang menarik.

54

Sistem Bahasa:
Morfologi
Sintaksis

Kata adjektif
Ayat majmuk`

Sinopsis:
Empat orang pelajar iaitu Malek, Jemat, Farid dan Sidek telah
pergi ke hutan untuk mencari tumbuhan dan serangga
sebagai kajian sains. Di hutan, mereka telah terserempat
dengan sekmpulan penjenayah alam sekitar yang sedang
membuang sisa toksik. Perbuatan mereka telah dilaporkan
oleh empat sekawan itu kepada Jabatan Alam Sekitar dan
akhirnya penjenayah tersebut diberkas.
Sebelum Rancangan:
1.

Guru berbual dengan murid-murid tentang cara-cara

memelihara alam sekitar.

2.

Guru menyuruh murid-murid menyediakan pensel dan

buku nota untuk mencatat isi-isi penting.

Semasa Rancangan:
Murid-murid mendengar siaran Radio Pendidikan bertajuk
Jenayah Alam.
Selepas Rancangan:
1.

Guru bersoal jawab secara lisan dengan murid-murid

tentang kisah yang disiarkan.

2.

Murid membuat latihan bertulis menggunakan lembaran

kerja yang disediakan.

Aktiviti:
Lampiran I

55

Pengisian Kurikulum:
Ilmu

Pendidikan Alam Sekitar

dan Sains

Nilai Murni

Semangat
bermasyarakat/Kasih
sayang

Kemahiran Bernilai Tambah

Kajian Masa Depan

Kemahiran Berfikir

Menerangkan sebab dan

akibat

Refleksi:
Cadangan Guru/Murid:

Diisi oleh guru selepas sesi

pengajaran dan pembelajaran.

56

Lampiran I
Latihan 1

Secara berkumpulan, cari isi-isi penting tentang pencemaran

air berdasarkan perkara di bawah.
PENCEMARAN AIR

Punca

Kesan

57

Cara Mengatasi

Pelajaran 12
Tema

Keajaiban Alam

Tajuk

Minyak Gamat

Objektif:
Selepas mendengar siaran ini, murid-murid dapat:
1.

menjawab soalan secara lisan dengan menggunakan

bahasa yang gramatis.

2.

mencari makna perkataan yang diberi dengan merujuk

kamus.

3.

membina ayat dengan menggunakan perkataan yang

diberi.

Hasil Pembelajaran:
Fokus Utama:
6.1

Merujuk pelbagai sumber untuk mendapatkan

maklumat bagi tajuk yang sedang dikaji termasuk
maklumat daripada internet.

Aras 1:
i.

Merujuk kepada kamus untuk mencari makna dan

meneliti ejaan yang tepat mengikut susunan perkataan.

Fokus Sampingan:
1.2

Bertanya dan menjawab tentang sesuatu perkara

secara bertatasusila.

Aras 1:
i.

Mendengar dan mengecam intonasi soalan tanpa kata

tanya.

58

Sistem Bahasa:
Morfologi
Sintaksis

Kata kerja
Ayat tunggal

Sinopsis:
Fendi seorang anak kampung nelayan ingin tahu mengenai
hidupan laut seperti gamat. Pada mulanya, Fendi tidak
mengenali gamat kerana dia hanya mengetahui tentang ikan
sahaja. Setelah mendapat penerangan yang panjang lebar
daripada Pak Leman, barulah Fendi mengetahui tentang
gamat dan khasiatnya kepada kesihatan manusia.
Sebelum Rancangan:
1.

Guru berbual dengan murid-murid tentang keajaiban

alam flora dan fauna.

2.

Guru menyuruh murid-murid menyediakan pensel dan

buku nota untuk mencatat isi-isi penting.

Semasa Rancangan:
Murid-murid mendengar siaran Radio Pendidikan bertajuk
Minyak Gamat
Selepas Rancangan:
1.

Guru bersoal jawab secara lisan dengan murid-murid

tentang cerita yang telah diperdengarkan.

2.

Murid mencari makna perkataan yang diberi oleh guru.

3.

Membina ayat menggunakan perkataan yang diberi

oleh guru.

Aktiviti:
Lampiran I

59

Pengisian Kurikulum:
Ilmu

Sains Perubatan

Nilai Murni

Menghormati, menepati
masa

Kemahiran Bernilai Tambah

Kecerdasan
interpersonal

Kemahiran Berfikir

Menyelesaikan masalah

Refleksi:
Cadangan Guru/Murid:

Diisi oleh guru selepas sesi

pengajaran dan pembelajaran.

60

Lampiran I
Latihan 1
Cari makna perkataan di bawah dengan merujuk kamus.
PERKATAAN

MAKNA

Tangkapan
Bersyukur
Manfaat
Merawat
Keajaiban
Latihan 2
Bina ayat dengan menggunakan perkataan yang diberi.
1.

Rezeki
___________________________________________

2.

Lembut
____________________________________________

3.

Pelik
____________________________________________

4.

Turun-temurun
____________________________________________

61

Pelajaran 13
Tema

Sains dan Teknologi

Tajuk

Akibat Menonton Televisyen

Objektif:
Selepas mendengar siaran ini, murid-murid dapat:
1.

mencatat isi yang sesuai dengan tajuk berdasarkan

pelbagai sumber.

menyatakan kebaikan dan

televisyen secara bertulis.

3.

menggunakan teknik pita minda bagi mengkonstruk

ayat topik dan ayat huraian.

keburukan

menonton

Hasil Pembelajaran:
Fokus Utama:
8.2

Membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk

dalam sesuatu penulisan teks tentang sesuatu tajuk.

Aras 1:
i.

Membina ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan

tajuk.

Fokus Sampingan:
6.1

Merujuk pelbagai sumber untuk mendapatkan maklumat

bagi tajuk yang sedang dikaji termasuk maklumat
daripada internet.

Aras 2:
i.

Meneliti halaman kandungan dan sinopsis prakata

untuk mendapatkan maklumat.

62

Sistem Bahasa:
Morfologi
Sintaksis

Kata kerja
Ayat majmuk

Sinopsis:
Cerita ini mengisahkan Amirul yang tertidur di dalam kelas.
Ini disebabkan oleh perbuatannya yang telah menonton
televisyen hingga larut malam. Sikapnya telah ditegur oleh
ibu bapa dan guru kelasnya. Ekoran dari perbuatannya itu,
mendorong gurunya mengajar penulisan karangan bertajuk
Kebaikan dan Keburukan Menonton Televisyen.
Sebelum Rancangan:
1.

Guru bersoal jawab dengan murid tentang rancangan

televisyen yang sesuai untuk tontonan mereka.

2.

Guru menyuruh murid-murid menyediakan pensel dan

buku nota untuk mencatat isi-isi penting.

Semasa Rancangan:
Murid-murid mendengar siaran Radio Pendidikan bertajuk
Akibat Menonton Televisyen
Selepas Rancangan:
1.

Guru bersoal jawab secara lisan dengan murid-murid

tentang isi-isi perbualan.

2.

Murid membuat latihan bertulis

lembaran kerja yang disediakan.

Aktiviti:
Lampiran I dan Lampiran II

63

menggunakan

Pengisian Kurikulum:
Ilmu

Sains

Nilai Murni

Rasional

Kemahiran Bernilai Tambah

Konstruktivisme

Kemahiran Berfikir

Menjana Idea

Refleksi:
Cadangan Guru/Murid:

Diisi oleh guru selepas sesi

pengajaran dan pembelajaran.

64

Lampiran I
Nyatakan kebaikan dan keburukan televisyen.

TELEVISYEN

KEBAIKAN

KEBAIKAN

1. __________________

1. __________________

__________________

__________________

2. __________________

2. __________________

__________________

__________________

3. __________________

3. __________________

__________________

__________________

65

Lampiran II
Bina ayat tunggal dan ayat majmuk menggunakan teknik peta
minda.
Tajuk:

Akibat Menonton Televisyen

Contoh:
Selalu lewat datang ke sekolah.

66

Pelajaran 14
Tema

Pendidikan

Tajuk

Pelajar Cemerlang

Objektif:
Selepas mendengar siaran ini, murid-murid dapat:
1.

mengemukakan teguran positif berdasarkan maklumat

yang diperolehi.

2.

menjawab empat daripada lima soalan pemahaman

berdasarkan teks yang dibaca dengan bantuan guru.

3.

menulis lima daripada enam ayat bedasarkan

perkataan yang diberi dengan bantuan guru.

Hasil Pembelajaran:
Fokus Utama:
8.1

Membina dan menulis perkataan, ayat tunggal dan ayat

majmuk.

Aras 1:
i.

Menulis perkataan dan pelbagai ayat berdasarkan topik

yang diberikan.

Fokus Sampingan:
5.2

Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebuatan

dan intonasi yang betul dan lancar serta memahami
perkara yang dibaca.

Aras 3:
i.

Menjawab soalan pemahaman berdasarkan teks yang

dibaca.

67

Sistem Bahasa:
Tatabahasa
Sintaksis

Kata hubung
Ayat majmuk

Sinopsis:
Beberapa nasihat yang berguna kepada murid-murid untuk
menjadi pelajar cemerlang, gemilang dan terbilang dalam
bentuk pantun nasihat.
Sebelum Rancangan:
1.

Guru bersoal jawab dengan murid-murid mengenai ciriciri pelajar cemerlang.

Semasa Rancangan:
Murid-murid mendengar siaran Radio Pendidikan bertajuk
Pantun Pelajar Cemerlang
Selepas Rancangan:
1.

Murid-murid menjawab empat daripada lima soalan

kefahaman yang diberi oleh guru berpandukan pantun
yang telah diperdengarkan dengan bantuan guru.

2.

Murid membina ayat majmuk berpandukan kata hubung

yang diberikan dengan bantuan guru.

Aktiviti:
Lampiran I

68

Pengisian Kurikulum:
Ilmu

Kajian Tempatan

Nilai Murni

Kesyukuran

Kemahiran Bernilai Tambah

Kecerdasan pelbagai

Kemahiran Berfikir

Menyatakan sebab
dan akibat

Refleksi:

Diisi oleh guru selepas sesi pengajaran

dan pembelajaran.

69

Lampiran I
Latihan 1
Jawab soalan-soalan berikut berpandukan petikan yang telah
diperdengarkan.
1.

Apakah satu ciri pelajar yang hebat?

____________________________________________

2.

Selain daripada berusaha dan sabar, apakah lagi yang

perlu dilakukan oleh seseorang pelajar yang ingin
menjadi pelajar cemerlang?
____________________________________________

3.

Nyatakan maksud perkataan matlamat mengikut

konteks pantun?
____________________________________________

4.

Mengapakah kita mesti mendengar dan mengikuti

segala nasihat guru di sekolah?
____________________________________________

5.

Pada pendapat anda, dapatkah seseorang pelajar

cemerlang berbakti kepada negara? Nyatakan alasan
anda.
____________________________________________

70

Lampiran I
Latihan 2
Bina sekurang-kurangnya lima perkataan lain daripada setiap
perkataan di bawah.

1.

CEMERLANG

2.

GEMILANG

Contoh : cela

Contoh : gelang

a. _____________

a. _____________

b. _____________

b. _____________

c. _____________

c. _____________

d. _____________

d. _____________

3.

TERBILANG

Contoh Jawapan :
1. Cemerlang
a. cemar
b. gelam
c. celar
d. lereng
e. lemang

Contoh : bil
a. _____________
b. _____________

3. Terbilang
a. tebing
b. belang
c. terang
d. gari

c. _____________
d. _____________

71

2.
a.
b.
c.
d.

Gemilang
mi
lima
geli
gali

Pelajaran 15
Tema

Kemasyarakatan

Tajuk

Syair Bawang Merah

Objektif:
Selepas mendengar siaran ini, murid-murid dapat:
1.

melafazkan syair dengan sebutan dan intonasi yang

betul.

2.

mencari makna perkataan dengan merujuk kepada

kamus.

3.

menjawab soalan pemahaman secara lisan.

Hasil Pembelajaran:
Fokus Utama:
5.2

Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan

dan intonasi yang betul dan lancar serta memahami
perkara yang dibaca.

Aras 1:
i.

Membaca lancar bahan sastera dan bukan sastera

dengan dengan sebutan dan intonasi yang betul.

Fokus Sampingan:
11.1 Menyatakan pandangan tentang perkara yang menarik
dalam sesebuah karya.
Aras 2:
i.

Menyatakan pendapat tentang perkara yang menarik.

72

Sistem Bahasa:
Tatabahasa
Sintaksis

Kata antonim
Ayat majmuk

Sinopsis:
Syair ini mengisahkan sebuah cerita tentang nasib Bawang
Merah yang telah kehilangan kedua orang tuanya. Dia selalu
didera oleh ibu dan saudara tirinya. Untuk menghiburkan hati
yang sedih, dia pergi ke hutan berbuai dan menyanyi.
Nyanyiannya telah didengari oleh anak raja. Bila menyedari
kehadiran anak raja tersebut, Bawang Merah segera
menyembunyikan diri tetapi berjaya dikesan oleh baginda.
Anak raja terpikat kepada Bawang Merah. Akhirnya mereka
berkahwin dan bahagia selamanya.
Sebelum Rancangan:
1.

Guru bersoal jawab dengan murid-murid tentang syair.

2.

Guru mengedarkan senikata syair dan menulisnya di

papan tulis.

Semasa Rancangan:
Murid-murid mendengar siaran Radio Pendidikan bertajuk
Syair Bawang Merah
Selepas Rancangan:
1.

Guru dan murid bersoal jawab tentang cerita dalam

syair yang telah diperdengarkan.

2.

Murid-murid membuat latihan menggunakan lembaran

kerja yang disediakan.

Aktiviti:
Lampiran I dan Lampiran II

73

Pengisian Kurikulum:
Ilmu

Pendidikan Moral

Nilai Murni

Kasih sayang

Kemahiran Bernilai Tambah

Kecerdasan pelbagai

Kemahiran Berfikir

Merumuskan

Refleksi:

Diisi oleh guru selepas sesi pengajaran dan

pembelajaran.

74

Lampiran I
Lafazkan semula syair di bawah dengan sebutan, nada, dan
gaya yang betul.
Tersebutlah kisah di sebuah desa,
Perihal Bawang Merah empunya cerita,
Yatim piatu lagi menderita,
Hati sentiasa gundah-gulana
Sedihnya hati tiada terperi,
Mengenangkan nasib diri sendiri,
Setiap hari didera dan dicaci,
Oleh ibu dan saudara tiri.
Suatu hari Bawang Merah ke hutan,
Untuk menghibur hati yang rawan,
Menyanyilah dia di atas buaian,
Sambil menangis tersedu-sedan.
Tiba-tiba nyanyian terhenti,
Bawang Merah mendengar bunyi,
Anak raja tegak berdiri,
Bawang Merah segera sembunyi.
Anak raja segera menahan,
Hati baginda sudah tertawan,
Majlis perkahwinan pun dijalankan,
Bahagialah Bawang Merah sepanjang zaman.

75

Lampiran II
Latihan 1
Cari perkataan berlawanan bagi perkataan di bawah.
1.

dicaci

2.

rawan

3.

tertawan

4.

desa

5.

perihal

6.

gundah-gulana

Latihan 2
Bina ayat majmmuk dengan perkataan di bawah.
1.

dicaci
___________________________________________

2.

rawan
____________________________________________

3.

tertawan
___________________________________________

4.

desa
____________________________________________

76

PENGHARGAAN
Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sarawak
Mengucapkan

Setinggi-tinggi Penghargaan
dan

Terima Kasih
1.

2.

3.

Kepada
Pegawai Pelajaran Gabungan Kuching
Panel Penilaian Skrip
Azman Alli Rajah

SK (A) Datuk Hj. Abdul Kadir Hassan,

Kuching

Faridah bt. Rasit

SK. Muara Tebas, Kuching.

Yati Norlehan bt. Anis

SK. Semerah Padi, Kuching.

Dayang Radzipah Bt. Awang

Umar

Bahagian Teknologi Pendidikan

Negeri Sarawak.

Mohd. Harani Bin Hj. Anu

Bahagian Teknologi Pendidikan

Negeri Sarawak.

Balan ak Muling

Bahagian Teknologi Pendidikan

Negeri Sarawak.

Bahagian Teknologi Pendidikan

Negeri Sarawak.

Hashim bin Kipli

Christopher Cheong
Juruteknik

Bahagian Teknologi Pendidikan

Negeri Sarawak.

Maglynette Ak. Maurice

Bahagian Teknologi Pendidikan

Negeri Sarawak.

Raymond Melana Ak. Denu

Bahagian Teknologi Pendidikan

Negeri Sarawak.

Jurutaip
Habibah Bt. Bujang

4.

5.

Pereka

yang telah sama-sama menyumbang dan menjayakan penulisan

skrip/Nota Guru Bahasa Malaysia Tahun Empat

77

Anda mungkin juga menyukai