Anda di halaman 1dari 3

1) RESEPI AYAM PERCIK KELANTAN

(4-5 Orang)
Bahan-bahan:

1 ekor ayam berat 1kg


3 ulas bawang putih
20 gram halia (1 inci)
1 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil serbuk kunyit

Cara-cara:
1. Ayam di belah 2 dan di bersihkan.
2. Tumbuk halia dan bawang putih sehingga hancur dan satukan dengan garam dan
serbuk kunyit.
3. Lumur bahan tadi pada ayam dan perap sekejap dalam 30 minit. (nak perap lama
pun boleh, lagi sedap)
4. Sambil menunggu ayam di perap sediakan kuah percik seperti dibawah.
Bahan-bahan Untuk Kuah Percik:
200 ml santan pekat dalam tin
400 ml air (agak2 ni)
7 biji cili kering
3 batang serai
20 gram halia / 1 inci
70 gram bawang merah / 5 biji
2 ulas bawang putih
1 keping asam gelugor / asam keping
1 sudu kecil gula (ikut citarasa anda)
1 sudu kecil garam (ikut citarasa anda)
perasa jika suka
Cara-cara:
1. Cili kering dibuang biji dan di rebus sekejap sampai lembut.
2. Buang air rebusan cili dan bilas dengan air paip sehingga air jernih.
3. 2 batang serai dihiris nipis.
4. Kisar cili kering, serai, halia, bawang putih dan bawang merah dengan sedikit air
sehingga hancur.
5. Panaskan 2 sudu besar minyak masak.
6. Tumis bahan kisar sehingga wangi / agak garing bawangnya.
7. Masukkan santan dan air.
8. Kemudian ketuk 1 batang serai dan masukkan ke dalam kuah bersama asam
keping.
9. Kacau sentiasa sehingga naik minyak dan kuah pekat.
10. Masukkan gula, garam dan perasa.
11. Seimbangkan rasa pedas, masin dan masam. Keluarkan asam keping jika kuah
sudah cukup rasa masam.
12. Bila kuah dah cantik naik minyak boleh tutup api.
13. Kemudian boleh bakar ayam. Alas aluminium foil di atas tray oven. Lipat keliling
aluminium foil setinggi 2cm sebanyak 2 kali lipat. Ini untuk mengelakkan air ayam
mengalir di atas tray.
14. Sapu rata minyak masak di atas permukaan aluminium foil.
15. Letak ayam di atas aluminium foil dan titikkan minyak di atas ayam supaya tidak
kering.
16. Bakar dengan suhu 220 degree selama 15-20 minit. Kemudian terbalikkan ayam
dan bakar lagi selama 10 minit.
17. Kemudian lumurkan / curah kuah percik di atas ayam dan bakar lagi dengan suhu
230 degree selama 10 minit.

18. Terbalikkan ayam dan lumurkan kuah percik pada bahagian satu lagi. Bakar
selama 10 minit supaya kuah meresap ke dalam ayam.
19. Semasa menghidang curahkan lebihan kuah ke atas ayam. Sedia di makan
bersama nasi putih, nasi minyak, nasi beriyani atau apa sahaja nasi pun boleh.
Selamat mencuba dari E-na Lovely Kitchen.
2) Ayam Percik Ala Kelantan
Bahan-bahan A:
1 ekor ayam sederhana besar (saya belah 8)
5 biji bawang merah
1 biji bawang putih
sedikit halia
2 batang serai
Bahan-bahan B:
2 cawan santan pekat
3 sudu besar cili kisar
5 biji bawang merah
1 biji bawang putih
3 batang serai
1 sudu kecil ketumbar kisar
1/2 sudu kecil jintan kasar
sedikit halia
3 hiris asam keping
garam
gula
Cara-caranya:
Bahan A dikisar halus dan digaul bersama ayam. Perapkan selama 1 jam. Lagi lama lagi
sedap. Bahan B pula, bawang merah, bawang putih 2 batang serai dan halia dikisar halus.
Campur bahan2 yang dikisar tadi dengan cili kisar, ketumbar, jintan kasar dan santan di
dalam periuk. Masukkan asam keping.
Masak dengan api sederhana. Masukkan juga asam keping dan ayam serta bahan
perapannya td. Masak sehingga ayam agak empuk. Rasakan masin, masam dan
manisnya. Alaskan periuk serbaguna dengan aluminium foil dan panaskan di atas api
sederhana. Keluarkan ayam dan susun di atas periuk. Terbalikkan dan renjis dengan kuah
yang lebih tadi dengan sebatang serai yang dititik. Buat 2 hingga 3 kali sampai masak
sambil direnjis dengan lebihan kuah tadi. Kuah yang lebih tadi dimasak lagi hingga pekat.
Lebih kurang macam ini lah cara masakannya. Saya ni kalau masak jarang ikut sukatan.
Selalunya pakai campak-campak je. He he.. Janji sedap dan yang pasti boleh dimakan.
3) Bahan-bahan ( 4 orang )
1 sekor ayam yang dipotong 4
1 1/2 cawan santan pekat
2 biji bawang putih
1 labu bwg besar
2 cm halia
2 batang serai
1 camca kecil ketumbar
1/2 camca kecil jintan putih
1/2 cawan tepung beras
sedikit air asam jawa@asam keping
cili kering (optional... kalau nak kuah merah)
garam dan gula secukup rasa
Cara-cara
1. Blend bawang,halia,serai,ketumbar,jintan...pastu peraplah dlm 1/2 jam.

2. masukkan ayam diperap bersama tepung beras yang digaul sekali ngan santan
beserta bahan lain ke dlm periuk dan masak sehingga ayam agak2 3 suku masak
dan kuah agak pekat.
3. angkat ayam bersama sedikit kuah dan masukkan dlm loyang pembakar.
4. bakar dlm oven dengan suhu 200 darjah dlm 1/2 jam atau agak keperangan.
5. hidangkan ayam yang dicelup dengan kuah lebihan tadi...hiaslah ikut selera
masing2

Anda mungkin juga menyukai