Anda di halaman 1dari 16

CATATAN REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

( Minggu pertama 30 Mac hingga 03 April 2015 )

1. Isu / Perkara yang difokus


Saya telah memulakan Program Internship Program Pensiswazahan Guru
(PPG) pada 30 Mac 2015 iaitu pada hari Isnin. Pada minggu pertama ini
saya memulakan langkah dengan penuh semangat dengan harapan ianya
dapat memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan. Saya di amanahkan
untuk mengajar kelas 2 Cekap iaitu kelas ketiga dalam aliran darjah 2.
Murid yang terlibat dalam kelas 2 Cekap ini adalah seramai 19 orang murid
yang mempunyai pelbagai latarbelakang dan keluarga yang berbeza-beza.
Oleh itu tahap penguasaan di dalam kelas ini agak baik dan murid-murid ini
kurang menimbulkan masalah disiplin kepada sekolah.
Saya memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran bertajuk Solat
Fardhu. Selepas melaksanakan fasa persediaan, saya meminta murid
menyebut nama solat fardhu dan bilangan rakaat solat fardhu secara kelas,
kumpulan dan individu. Kemudian saya meminta murid menyebut secara
berulang-ulang sehingga mereka ingat. Hampir kesemua murid dapat
menyebut nama solat fardhu dan bilangan rakaat solat fardhu. Setelah
kesemua murid menyebut nama solat dan bilangan rakaat, saya meminta
murid untuk menghafaz nama solat dan bilangan rakaat solat fardhu.

2. Analisis isu / perkara yang difokus


Setelah semua murid berjaya menyebut dengan betul saya meminta murid
untuk menghafaz nama dan bilangan rakaat solat dalam masa yang
ditetapkan. Dalam masa yang sama saya melakukan pemerhatian terhadap
murid-murid ini dan saya dapati ada murid yang bersungguh-sungguh dan

ada juga sebilangan yang melakukannya sambil lewa. Apabila saya melihat
situasi

tersebut,

saya

meminta

murid

untuk

menghafaz

secara

berpasangan di mana apabila murid A menghafaz murid B akan menyemak


hafazan tersebut begitu juga sebaliknya apabila murid B menghafaz murid
A akan menyemak hafazan tersebut. Apabila masa yang ditetapkan untuk
menghafaz tamat saya meminta setiap murid menyebut nama solat dan
bilangan rakaat yang mereka ingat. Hampir 50% murid berjaya menghafaz
dan 50% lagi didapati tidak menghafaz bersama saya. Apabila diselidiki
masalah murid yang tidak dapat mengingati nama dan bilangan rakaat,
saya dapati mereka sering bertukar nama solat dengan bilangan rakaat
yang sepatutnya.
2.1 Kekuatan
Murid-murid kelas 2 Cekap terdiri daripada kumpulan murid yang pandai
dan sederhana. Semasa menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran
saya telah menyemak dan membetulkan sebutan kesemua murid. Kesemua
murid juga mudah faham dengan apa yang telah saya sampaikan. Muridmurid ini juga mudah faham dengan arahan yang diberikan, bersemangat
dan kuat berusaha untuk belajar.

2.2 Kelemahan
Semasa melakukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran saya tidak
menggunakan bahan bantu mengajar yang sesuai dan yang menarik minat
para pelajar. Saya juga tidak memberi tumpuan kepada murid yang lemah
menghafaz kerana memberi tumpuan kepada murid yang telah berjaya
menghafaz semingga murid-murid yang lemah terabai.
3. Cadangan penambahbaikan.

Untuk sesi pengajaran dan pembelajaran yang akan datang saya perlu
memberi tumpuan yang lebih kepada kemampuan dan tahap pencapaian
murid. Walaupun murid-murid ini berada di dalam kelas yang baik, tidak
kesemua murid mampu menguasai matapelajaran pendidikan islam dengan
baik. Saya juga akan menyediakan bahan bantu mengajar berbentuk carta
untuk membantu murid menyebut nama dan menghafaz bilangan rakaat
solat fardhu dengan betul.
CATATAN REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
( Minggu kedua 6 April hingga 10 April 2015 )
1. Isu / Perkara yang difokus
Saya telah memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran dengan tajuk
Solat Fardhu yang memberi fokus kepada nama-nama solat fardhu dan
bilangan rakaat solat fardhu yang mesti diketahui oleh semua murid.
Murid-murid saya iaitu 2 Cekap sentiasa mahu belajar dan menunjukkan
minat yang mendalam untuk mengetahui sesuatu pelajaran yang baru.
Pada minggu yang kedua ini saya telah menggunakan kaedah
pengajaran saya iaitu Talaqqichart.

Talaqqichart adalah satu teknik

mengajar menggunakan carta yang menarik minat murid terutama murid


yang lemah. Kad-kad berbentuk buah yang berwarna warni telah dicipta
dan ditulis nama-nama solat dan bilangan rakaat solat fardhu. Kad-kad itu
akan diedarkan kepada murid-murid dan murid-murid akan menyebut nama
solat dan bilangan rakaat secara berulang kali sama ada mengikut bacaan
murid atau menyebut beramai-ramai.

Kemudian kad-kad tersebut akan

ditampal seorang demi seorang pada carta yang berbentuk pohon dan
murid-murid lain akan menyebut nama solat dan bilangan rakaat solat
fardhu.

Seterusnya murid diberi masa untuk mengingati nama dan

bilangan solat fardhu.

Guru akan membuat penilaian dengan menyoal

seorang demi seorang murid.

2. Analisis isu / perkara yang difokus


Setelah semua murid berjaya menyebut dan mengingati nama dan bilangan
rakaat solat fardhu, saya telah melakukan pemerhatian.

Antaranya saya

dapati murid berminat dengan teknik yang saya gunakan dan mereka
berlumba-lumba unutuk menjawab persoalan saya. Saya berharap mereka
dapat mempertingkatkan pemahaman dan pengetahuan tentang solat
dengan lebih baik lagi.

2.1 Kekuatan
Murid-murid kelas 2 Cekap terdiri dari murid yang aktif dan suka bertanya.
Alhamdulillah saya dapat mengawal disiplin mereka ketika sesi pengajaran
dan pembelajaran berjalan. Semuanya mengikut perancangan yang telah
ditetapkan dan objektif pengajaran saya tercapai.
2.2 Kelemahan
Murid-murid berebut-rebut untuk menjawab soalan guru dan ketika guru
meminta menampal kad pada carta yang disediakan di hadapan kelas.
Mereka seolah-olah teruja untuk menunjukkan ilmu yang mereka dapat
pada hari ini.

Saya cuba menyabarkan mereka dan memberi peluang

kepada semua murid untuk keluar ke hadapan.


3. Cadangan Penambahbaikan
Pada sesi pengajaran dan pembelajaran yang akan datang, saya akan cuba
untuk memberi peluang kepada semua murid dan akan lebih menyediakan
aktiviti yang mampu memberi kepuasan kepada diri murid-murid.

Di

samping itu, saya juga akan menggunakan masa dengan aktiviti yang
memberangsangakan minda murid-murid.

CATATAN REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


( Minggu ketiga 13 April hingga 17 April 2015 )
1. Isu / Perkara yang difokus
Pada minggu yang ketiga, saya mula menggunakan teknik carta untuk
murid-murid mendalami dan mengingati lagi tentang solat dan bilangan
rakaat solat fardhu.

Di sini saya telah mengubah sedikit dengan

mengedarkan kad-kad nama solat dan bilangan rakaat solat fardhu kepada
setiap murid.

Saya telah meminta setiap murid yang memegang kad

tersebut menyebut satu persatu sambil murid-murid lain mengikut sebutan


kawan mereka.

Kemudian saya meminta mereka menghafaz nama dan

bilangan rakaat secara beransur-ansur.


2. Analisis isu / perkara yang difokus
Setelah semua murid berjaya menyebut dan mengingati nama dan bilangan
rakaat solat fardhu, saya telah melakukan pemerhatian.

Antaranya saya

dapati murid lebih teruja untuk menjawab persoalan saya tanpa sebarang
kesangsian. Saya berharap mereka dapat mempertingkatkan pemahaman
dan pengetahuan tentang solat dengan lebih baik lagi.

2.1 Kekuatan
Sememangnya murid-murid sukakan pujian terutama ketika mereka dapat
menjawab soalan dengan betul.

Saya telah mengambil inisiatif dengan

memberi mereka sedikit tanda mata sebagai pendorong untuk murid lain
mennyebut dan menghafaz nama solat dan bilangan rakaat solat fardhu
dengan betul dan lancar.

Nampaknya cara saya ini membuahkan hasil

yang baik kerana kebanyakan murid telah dapat menyebut dan menghafaz
nama dan bilangan rakaat solat fardhu dengan betul.
2.2 Kelemahan
Namun begitu, di sebalik kejayaan saya menarik minat murid untuk
menyebut dan menghafaz nama dan bilangan rakaat solat fardhu, terdapat
seorang dua murid yang masih nampak dalam kebingungan.

Mereka

seolah-olah tidak memahami apa yang saya ajar selama ini. In Sha Allah,
saya akan cuba yang terbaik untuk menarik minat mereka dalam
mempelajari rukun Islam yang kedua ini.
3. Cadangan Penambahbaikan
Saya bercadang untuk melakukan aktiviti yang melibatkan semua murid
terutama murid yang lemah tadi. Saya akan menggunakan daya tarikan
yang menarik minat murid tersebut seperti menjadikan kawan-kawan
mereka sebagai rakan pembimbing yang akan membantu mereka untuk
mengingati dan menghafaz nama dan bilangan rakaat solat fardhu.

CATATAN REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


( Minggu keempat 20 April hingga 24 April 2015 )
1. Isu / Perkara yang difokus
Pada minggu yang terakhir ini, saya telah menggunakan sepenuhnya
Talaqqichart untuk memastikan semua murid 2 Cekap dapat mencapai
objektif

pengajaran dan pemebelajaran.

Pada awal permulaan sesi

pengajaran dan pembelajaran, saya telah meminta beberapa orang murid


menyebut nama dan bilangan rakaat solat fardhu yang telah mereka
pelajari pada minggu lepas. Saya begitu bangga kerana sebilangan besar
murid dapat menyebut dan menghafaz dengan betul dan lancar, tetapi
malangnya masih terdapat beberapa orang yang tidak mampu mengingati
semua nama dan bilangan rakaat solat fardhu yang telah dipelajari.
Saya telah mengulangi teknik yang sama dengan sedikit pengubahsuaian
dimana kad-kad nama dan bilangan rakaat solat fardhu diedarkan kepada

semua murid.

Murid-murid yang memegang kad-kad tersebut diminta

menyebut seorang demi seorang sehinggalah habis semua waktu solat.


Kemudian semua murid diminta mengikut sebutan rakan mereka satu
persatu.

Selepas itu murid-murid yang memegang kad-kad tersebut

dikehendaki menampal kad-kad itu pada carta yang telah disediakan sambil
murid-murid lain menyebut nama solat dan bilangan rakaat solat yang
mereka tampal. Setelah selesai, guru mengulang semula sambil semua
murid menyebut beramai-ramai.
Beberapa kumpulan dibentuk. Setiap kumpulan dikehendaki menulis nama
solat dan bilangan rakaat yang mereka tahu.dan ingat.
segala usaha saya membuahkan hasil yang baik.

Alhamdulillah,

Mereka telah dapat

menghafaz nama dan bilangan rakaat solat fardhu dengan betul dan lancar.
Setiap ahli kumpulan memberi kerjasama yang baik dan masing-masing
dapat mengingati nama solat dan bilangan rakaat solat fardhu.

2. Analisis isu / perkara yang difokus


Penilaian yang saya buat berdasarkan penyoalan terhadap nama dan
bilangan rakaat solat fardhu yang mereka ingat.

Saya juga menilai

pemahaman mereka dengan aktiviti lembaran kerja.


2.1 Kekuatan
Kebanyakan murid-murid kelas 2 Cekap adalah terdiri daripada murid yang
sangat lemah.

Mereka sebenarnya kurang fasih untuk membaca tulisan

jawi tetapi dalam sesi pengajaran dan pembelajaran yang saya lakukan ini,
semuanya menggunakan tulisan jawi.

Alhamdulillah, mereka dapat

menyebut nama solat pada kad yang dibuat dengan baik.


2.2 Kelemahan

Selain ada yang tidak dapat membaca jawi dengan lancar, satu lagi sikap
yang tidak dapat dihindari ialah sikap malas.

Mereka malas untuk

membuka mulut mengikut sebutan guru apatah lagi untuk menghafaz


nama solat dan bilangan rakaat solat fardhu. Terdapat seorang dua yang
bersikap sedemikian.

Sewajarnya mereka ini memerlukan motivasi dan

sokongan yang yang kuat daripada pihak guru mahupun keluarga,


3. Cadangan Penambahbaikan
Kaedah yang saya gunakan ini boleh diperbaiki lagi memandangkan saya
dapati penggunaan carta boleh menarik minat murid untuk sesi pengajaran
dan pembelajaran. Mungkin kad-kad yang disediakan itu diperbesarkan lagi
dan warna yang menarik digunakan. Kad-kad yang saya gunakan itu agak
kecil.dan bentuknya kurang sesuai. Di samping itu, penggunaan masa
dengan aktiviti yang dijalankan seharusnya sesuai. Tidak terlalu lama dan
tidak terlalu cepat. Masa yang ada hendaklah digunakan dengan sebaikbaiknya, penuh dengan aktiviti yang menarik minat murid-murid.

LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP


NAMA PELAJAR

WAN SUHAIZA BINTI WAN SULONG

NO KAD PENGENALAN :

720319-11-5180

PROGRAM

INTERNSHIP

NAMA SEKOLAH

SK SENTUL 2, KUALA LUMPUR.

NAMA PROJEK

KEMAHIRAN MENYEBUT DAN MENGHAFAZ


NAMA DAN BILANGAN RAKAAT SOLAT FARDHU

TEMPOH PELAKSANAAN:
1. OBJEKTIF

30 MAC 2015 24 APRIL 2015

Kaedah Talaqqichart (Solatchart) ini adalah untuk mengurangkan


kekeliruan di kalangan murid dalam menyebut dan menghafaz nama
dan bilangan rakaat solat fardhu. Kaedah ini juga sesuai digunakan
untuk topik matapelajaran Pendidikan Islam yang lain seperti Sirah,
Adab, al-Quran, Jawi dan sebagainya.
2. STRATEGI PELAKSANAAN
Untuk permulaan, murid diberi penerangan tentang solat yang wajib
dilakukan oleh semua umat Islam.

Kemudian guru menyampaikan

nama-nama dan bilangan rakaat solat yang wajib diketahui dan


disempurnakan.

Murid-murid ditunjukkan kad-kad berwarna-warni

yang ditulis nama-nama solat.

Guru menyebut nama-nama solat

sambil diikuti oleh murid beramai-ramai.

Murid-murid melakukan

latih tubi menyebut nama solat berulangkali.


Seterusnya, guru menyoal beberapa orang murid tentang nama
solat yang mereka tahu. Setiap murid diberi masa untuk menghafaz
nama-nama solat fardhu,
Selepas itu, guru menerangkan bilangan rakaat setiap solat
fardhu tersebut.

Guru menyebut nama-nama solat fardhu diikuti

dengan bilangan rakaat solat fardhu berkenaan.

Bilangan rakaat

solat fardhu juga ditulis di atas kad-kad berwarna-warni. Murid-murid


diminta mengikut sebutan guru berulang-ulang kali sehingga mereka
dapat menyebut nama dan bilangan rakaat solat fardhu dengan betul.
Kemudian kad-kad tersebut diedarkan kepada semua murid dan
mereka menyebut sambil diikuti oleh rakan-rakan mereka.
Kemudian guru meminta murid-murid yang memegang kad-kad
tadi menampal pada carta yang telah disediakan.

Murid-murid

menampal sambil menyebut nama dan bilangan rakaat solat fardhu


tersebut. Selesai menampal semua kad-kad itu, guru menyebut lagi

sambil meminta semua murid menghafaz nama solat dan bilangan


rakaat solat fardhu tersebut.
Setelah itu, guru meminta murid-murid membentuk beberapa
kumpulan kecil di mana mereka dikehendaki menulis nama dan
bilangan rakaat solat fardhu. Setiap ahli kumpulan diminta menulis
nama dan bilangan rakaan solat fardhu yang mereka ingat.

Murid

diberi masa untuk menyiapkannya. Kemudian wakil setiap kumpulan


tampil ke hadapan dan membaca nama dan bilangan rakaat solat
fardhu yang ditulis.
Kemudian, guru meminta setiap murid munyebut nama dan
bilangan rakaat solat fardhu yang mereka hafaz.
kebanyakan

murid

telah

mencapai

objektif

Alhamdulillah,

pengajaran

dan

pembelajaran guru.
Akhir

sekali,

sebagai

penilaian,

lembaran kerja kepada murid-murid.

guru

telah mengedarkan

Mereka diminta memadankan

nama dan bilangan rakaat solat fardhu dengan betul.

3. REFLEKSI
a) Kekuatan projek
Masalah yang dihadapi oleh murid-murid dalam tajuk ini iaitu
nama dan bilangan rakaat solat fardhu ialah mereka mudah
tertukar bilangan rakaat dengan solat yang sepatutnya.
Murid yang lemah akan menganggap tajuk ini sangat sukar dan
mereka akan bosan untuk belajar dengan lebih mendalam lagi.
Mereka tidak akan ambil tahu dan memandang remeh tentang
solat fardhu.

Tambahan lagi, mereka didapati tidak berminat

dengan Pendidikan Islam. Dengan itu, mereka akan mengabaikan


penerangan yang diberi oleh guru. Untuk menarik minat murid ini
kembali, guru perlulah mencari kaedah pengajaran yang sesuai.

Bilangan murid yang ramai di dalam kelas juga menyumbang


kepda ketidakfahaman murid.

Di tambah pula dengan murid-

murid yang kurang berminat untuk belajar dan sering membuat


bising serta kurang menumpukan perhatian.

Ini menyebabkan

tumpuan rakan-rakan yang ingin belajar terganggu.


Setelah ditinjau masalah yang dihadapi oleh murid-murid ini
maka saya sebagai guru telah menganalisis masalah yang
dihadapi oleh anak murid saya.

Sebagai jalan penyelesaian

masalah berkenaan, saya telah mendapat idea untuk membantu


murid-murid saya yang ingin belajar ini di samping menarik minat
muird-murid yang sedikit nakal itu. Maka terciptalah kaedah atau
teknik pengajaran yang saya namakan Talaqqichart (Solatchart).
Pada pendapat saya, kaedah atau teknik ini mampu membantu
menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh murid-murid saya.
Sebelum

sesi

pengajaran

dan

pembelajaran,

melakukan soal selidik tentang solat.

saya

telah

Saya telah bertanyakan

mengenai solat yang pernah mereka lakukan.

Namun jawapan

mereka sangat menghampakan kerana kebanyakan mereka tidak


pernah solat walaupun di rumah.

Mungkin kerana tidak ada

kesedaran atau didikan daripada ibu bapa di rumah.


Oleh itu, saya mengambil inisiatif untuk menarik minat muridmurid dalam menjalankan solat fardhu dengan menerangkan
dahulu tentang nama-nama dan bilangan rakaat solat fardhu
dengan cara yang menarik. Banyak kekuatan dalam penggunaan
kaedah ini. Antaranya ialah penggunaan kad-kad yang berwarnawarni ini dapat menarik minat murid di samping menggalakkan
murid-murid untuk menyebut nama-nama dan bilangan rakaat
solat fardhu. Mereka akan menyebut nama dan bilangan rakaat
solat kerana jika mereka tidak dapat menyebut mereka tidak

berpeluang untuk menampal kad-kad tersebut pada carta yang


telah disediakan.
Cekap

ini

Tidak dapat dinafikan murid-murid tahun 2

sukakan

aktiviti

yang

memerlukan

pergerakan.

Tambahan pula carta yang saya sediakan itu berbentuk sepohon


pokok yang mana kad-kad nama dan bilangan rakaat berbentuk
buah-buahan.
Selain itu, set induksi yang saya lakukan tadi iaitu tayangan
video lagu tentang solat lima waktu. Mereka nampak gembira dan
menyanyi bersama-sama.

Apa yang saya lihat di sini, mereka

boleh mengingati nama-nama solat sambil menyanyi. Malah saya


diminta memainkan semula video berkenaan berulang-ulang kali.
Sambil

mendengar

lagu,

saya

meminta

mereka

menyanyi

berpandukan carta di hadapan.


Kekuatan yang seterusnya ialah kaedah atau teknik ini amat
senang digunakan dan difahami. Ia dapat menyelesaikan masalah
muird yang kurang daya ingatan dengan menyebut berulang-ulang
kali menggunakan kad-kad yang berwarna-warni.

Ini mampu

mengekalkan ingatan murid tentang apa yang telah disebut dan


mudah untuk menghafaz.
Kekuatan yang terakhir ialah kaedah atau teknik ini sesuai
untuk semua tajuk-tajuk yang lain seperti al-Quran, Jawi,

Adab

Islamiah dan sebagainya.


b) Kelemahan Projek
Kelemahan projek ini ialah ia memerlukan masa yang lama dalam
pengajaran dan pembelajarn kerana guru haruslah memastikan
semua

murid

dapat

memahami

pelajaran

yang

diajar

dan

tercapainya objektif guru. Mereka sepatutnya menghafaz seorang


demi seorang agar guru dapat mengesan murid yang lemah dan
tidak dapat menyebut dan menghafaz nama solat dan bilangan
rakaat solat fardhu dengan betul.

Kelemahan yang kedua ialah terdapat murid yang tidak dapat


meyebut nama dan bilangan rakaat solat fardhu dengan betul.
Mereka masih keliru dengan bilangan rakaat solat yang betul.
Kelemahan yang ketiga ialah mungkin kad-kad nama dan
bilangan rakaat yang kecil yang menyebabkan mereka tidak dapat
mengamati perkataan tersebut dengan baik.
Kelemahan yang terakhir ialah murid-murid sendiri yang tidak
ada kemahuan untuk mendalami tentang solat memandangkan
mereka tidak mendapat sokongan dan kurangnya perhatian ibu
bapa di rumah. Ibu bapa seolah-olah menyerahkan hal pendidikan
kepada guru semata-mata.

4. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Penggunaan masa akan cuba diuruskan dengan sebaik mungkin agar
tidak mengambil masa yang terlalu lama untuk memahaminya. Murid
akan diajar tentang nama-nama solat terlebih dahulu.

Jika mereka

telah dapat menyebut dan menghafaz nama-nama solat, barulah


mereka akan diajar bilangan rakaat solat fardhu pula.
Penambahbaikan yang kedua ialah penggunaan kad yang lebih
menarik dan ceria lagi. Ini mampu menyumbang kepada pemahaman
murid yang lebih jauh berbanding penggunaan kad yang ada
sekarang. Guru sepatutnya menyediakan kad-kad berbentuk kartun
yang diminati oleh murid-murid seperti Spongebob, Ironman dan lainlain lagi.
Seterusnya penambahbaikan yang ketiga ialah cara guru
berinteraksi dengan murid. Mungkin murid-murid sukakan guru yang

bercakap lemah lembut dan tidak kasar. Guru yang lebih memahami
jiwa kanak-kanak amat diharapkan ketika menjalani sesi pengajaran
dan

pembelajaran.

Kanak-kanak

amat

sukakan

pujian

dan

pemberian.
5. KESIMPULAN
Projek inovasi yang dijalankan akan terus dibuat penambahbaikan
agar semua murid akan dapat memahami kaedah penggunannya.
Jika murid dapat memahaminya, maka kekeliruan tentang nama dan
bilangan rakaat solat fardhu akan dapat diatasi.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Penggunaan masa akan cuba diuruskan dengan sebaik mungkin agar
tidak mengambil masa yang terlalu lama untuk memahaminya. Murid
akan diajar tentang nama-nama solat terlebih dahulu.

Jika mereka

telah dapat menyebut dan menghafaz nama-nama solat, barulah


mereka akan diajar bilangan rakaat solat fardhu pula.
Penambahbaikan yang kedua ialah penggunaan kad yang lebih
menarik dan ceria lagi. Ini mampu menyumbang kepada pemahaman
murid yang lebih jauh berbanding penggunaan kad yang ada
sekarang. Guru sepatutnya menyediakan kad-kad berbentuk kartun
yang diminati oleh murid-murid seperti Spongebob, Ironman dan lainlain lagi.
Seterusnya penambahbaikan yang ketiga ialah cara guru
berinteraksi dengan murid. Mungkin murid-murid sukakan guru yang
bercakap lemah lembut dan tidak kasar. Guru yang lebih memahami
jiwa kanak-kanak amat diharapkan ketika menjalani sesi pengajaran

dan

pembelajaran.

pemberian.

Kanak-kanak

amat

sukakan

pujian

dan

Anda mungkin juga menyukai