Anda di halaman 1dari 2

Karangan Ceramah : Kepentingan Amalan Nilai-nilai Murni.

Yang Dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Puan Zaitun binti Ibrahim, Pengetua SMK
Jalan Reko, guru-guru dan hadirin yang dihormati sekalian. Assalamualaikum, Salam Sejahtera
dan Salam 1 Malaysia.
Berdirinya saya di sini adalah untuk menyampaikan sebuah ceramah yang bertajuk
Kepentingan Amalan Nilai-nilai Murni. Sebagai permulaan bicara, ingin saya jelaskan definisi
perihal kepentingan. Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, kepentingan bermaksud, suatu
perkara yang penting demi kebaikan. nilai bermaksud sifat ketinggian. Manakala murni
bermaksud tidak mengandungi unsur-unsur asing yang mencemarkan. Frasa Amalan pula
membawa maksud, suatu yang dilakukan sebagai kebiasaan. Pendek kata, Kepentingan Amalan
Nilai-nilai Murni ialah suatu kebiasaan yang dilakukan tidak mempunyai unsur-unsur asing yang
mencemarkan.
Hadirin yang dihormati sekalian,
Kepentingan amalan nilai-nilai murni boleh menjadikan kita sebagai insan yang dipandang
tinggi dalam kalangan masyarakat. Hal ini dikatakan demikian kerana nilai-nilai murni yang
diamalkan mewujudkan suasana baik. Sebagai contohnya, nilai bantu membantu sesama insan yang
memerlukan. Secara tidak langsung, kita akan dihormati dan disegani dengan perlakuan yang baik.
Bak kata peribahasa, buat baik dibalas baik.
Selain itu, kita akan disayangi dalam keluarga. Hal ini dikatakan demikian kerana sebagai
anak, kita mestilah ringan tulang untuk membantu ibu dan bapa dalam urusan seharian. Contohnya,
pada waktu cuti hujung minggu. Kita boleh membantu ibu di dapur dan membantu ayah membasuh
kenderaan. Dengan cara ini, kita akan disayangi dan dihargai dalam keluarga.
Hadirin yang dihormati sekalian,
Bukan itu sahaja, kita juga akan senang untuk mendapat ramai kawan. Hal ini dikatakan
demikian kerana perlakuan kita disenangi oleh semua orang yang berada di sekeliling kita. Sebagai
contoh, kita sering bertukar-tukar pendapat dan melakukan belajar secara berkumpulan. Keadaan
ini akan menjadikan kita mudah untuk didekati sekali gus dihargai oleh rakan-rakan.

Sebagai penggulung bicara di atas, nilai-nilai murni sememangnya elok untuk diamalkan
dalam kehidupan seharian kita. Oleh itu, marilah kita menyeru semua insan dari segenap pelosok
negara untuk mengamalkan nilai-nilai murni lantas nama negara akan terus disanjung sebagai
sebuah negara yang aman dan harmoni.

FORMAT KARANGAN

A. BAHAGIAN PENGENALAN
Selamat sejahtera dan salam muhibah saudara dan saudari sekalian,
kata)
Terima kasih diucapkan kepada tuan pengerusi majlis
Tujuan saya berdiri di sini

{ (Pembuka

{ (Pembuka kata)
{ (Tujuan ucapan)

Sebelum saya meneruskan ucapan pada hari ini, saya ingin mendefinisikan
tajuk..
{ (Beri definisi tajuk)
B. BAHAGIAN ISI.
i. masukkan isi dengan huraian dan bukti untuk meyakinkan pendengar

Manusia tidak akan berjaya jika tidak disusuli dengan usaha yang
gigih. Pepatah ini menyatakan

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,

{ (Contoh memulakan isi 1)

{ (Kata penghadapan)

ISI 2
Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,

{ (Kata penghadapan)

ISI 3

C. PENUTUP
Simpulkan, ulas atau rumus semula ucapan di atas secara ringkas.
Akhiri ucapan dengan memohon maaf atas kesilapan dan ucapkan terima kasih { (Penutup)
*Contoh-contoh panggilan untuk kata sambutan.

Pangkat/ Gelaran
Yang Di Pertuan Agong
Yang Dipertua Negeri
Raja Muda/ Tengku Mahkota
Perdana Menteri Malaysia
Timbalan Perdana Menteri
Menteri Besar / Ketua Menteri
Menteri/ Timbalan
Wakil Rakyat/Adun
Ahli Dewan Negara/ Senator
Pegawai Tinggi Kerajaan Negeri

Cara Menggunakan Panggilan


Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka
baginda Yang Dipertuan Agong
Tuan Yang Terutama
Duli Yang Teramat Mulia
Yang Amat Berhormat
Yang Amat Berhormat
Yang Amat Berhormat
Yang Amat Berhormat
Yang Berhormat
Yang Berhormat Senator
Yang Berhormat

Setiausaha Kerajaan Negeri


Pegawai Kewangan Negeri
Penasihat Undang-Undang
Ketua Hakim Negara
Pengetua/Guru Besar

Yang Amat Arif Tun/ Tan Sri Datuk


Yang Berusaha

Anda mungkin juga menyukai