Anda di halaman 1dari 2

Tuliskan beberapa nilai/ pengajaran yang boleh kamu peroleh daripada petikan di

bawah. Panjang karangan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan.
Tuliskan jawapan kamu dalam satu perenggan.

PETIKAN 1
Pada pagi itu Kamal tergopah-gapah untuk ke sekolah kerana terlewat bangun. Oleh itu dia tidak
sempat bersarapan. Selepas bersalam dengan ibu, dia terus berjalan kaki menuju ke rumah
Kumar yang terletak tidak jauh dari rumahnya. Mereka telah bercadang untuk pergi bermandi di
sungai. Oleh itu mereka telah menuju ke sebatang sungai yang terletak jauh dari rumah mereka.
Mereka menukar pakaian lalu bermandi di sungai itu. Setelah puas bermandi, mereka berasa
lapar. Dengan itu mereka mencuri buah rambutan di sebuah dusun buah-buahan yang
berhampiran dengan sungai itu. Apabila sampai waktu tengahari, Kamal dan Kumar pulang ke
rumah bersama kawan-kawan lain yang balik dari sekolah.
Pengajaran
1. Kita tidak boleh menipu ibu bapa.
2. Ponteng sekolah akan merugikan diri sendiri
3. Jangan melakukan kerja yang tidak berfaedah.
4. Tertinggal dalam pelajaran akan merugikan kita.
5. Jangan mencuri harta benda orang.
6. Masa depan akan menjadi gelap jika tertinggal dalam pelajaran.
Contoh jawapan
Sebagai seorang murid yang bertanggungjawab mestilah bangun awal untuk pergi ke sekolah.
Menipu ibu bapa adalah perbuatan yang tidak baik. Jika ponteng sekolah kita akan tertinggal
dalam pelajaran. Masa depan kita akan menjadi gelap jika kita tidak mementingkan pelajaran.
Mencuri harta benda orang lain adalah amalan yang tidak baik. Perbuatan sedemikian akan
mencemarkan nama baik keluarga.
Contoh 2
Pada hari minggu, keluarga Faridah sibuk dengan aktiviti masing-masing. Ibubapanya menghadiri
satu majlis perkahwinan. Mereka berpesan kepada Faridah agar menjaga adik-adiknya yang
seramai tiga orang di rumah. Di rumah, Faridah terpaksa mengemas rumah, memasak,
menyiram pokok bunga, memandikan adik-adik dan memberi mereka makan. Faridah melakukan
semua pekerjaan itu dengan penuh rasa tanggungjawab. Adik-adiknya sangat patuh kepada

arahan kakak mereka. Ketiga-tiga adik Faridah juga rajin menolong meringankan beban Faridah.
Faridah mengucapkan terima kasih kepada adik-adiknya kerana sudi meringankan
tanggungjawabnya pada hari itu. Dia bersyukur kerana dikurniakan dengan ibubapa yang baik
dan adik-adik yang ringan tulang.
JAWAPAN
1. Menurut/ patuh arahan ibu bapa.
2. Rajin membantu dan ringan tulang
3. Pandai menguruskan rumah
4. Bertanggungjawab terhadap semua pekerjaan yang diamanahkan.
5. Budaya mengucapkan terima kasih.
6. Bersyukur.
Contoh 3
Tema : Murid yang bersikap negative
Jamil murid Tahun 4 Hijau. Setiap hari dia datang ke sekolah dengan pakaian yang kotor dan tidak
kemas. Setiap hari dia sampai ke sekolah setelah loceng berbunyi. Apabila ditegur oleh guru
kelas, dia asyik memberi pelbagai alasan. Semasa guru-guru mengajar, dia tidak menumpukan
perhatian malah mengganggu murid-murid yang lain. Latihan yang diberi oleh guru tidak
disiapkan. Murid-murid dalam kelasnya selalu mengadu barang-barang mereka hilang. Apabila
disiasat, Jamil tidak pernah mengakui bahawa dia yang melakukannya. Dia juga berani melawan
guru. Walaupun beberapa kali telah didenda oleh guru disiplin. Murid-murid dalam kelasnya tidak
suka berkawan dengannya. Mereka takut pada Jamil.
JAWAPAN
1. Kita perlu menepati masa
2. Mesti memberi tumpuan terhadap pelajaran
3. Tidak mengganggu dan membenci orang lain
4. Mesti bersikap jujur dan amanah
5. Mesti menghormati guru

Anda mungkin juga menyukai