Anda di halaman 1dari 4

Istilah kurikulum kali pertama digunakan dalam dunia olahraga pada zaman Yunani kuno.

Kurikulum berasal daripada perkataan curere. Pada masa tersebut kurikulum didefinisikan
sebagai jarak yang dilalui oleh seorang pelari. Kemudiannya, kurikulum digunakan dalam dunia
pendidikan. Tafsiran tentang konsep kurikulum adalah berlainan antara seorang tokoh dengan
tokoh yang lain. Namun, dalam perbezaan tersebut terdapat persamaan iaitu kurikulum berkaitan
dengan usaha mengembangkan potensi pelajar dengan berdasarkan tujuan yang ingin dicapai.
Pendidikan berfungsi membantu mengembangkan potensi murid secara keseluruhan
termasuk kemampuan dan keperibadian seseorang. Bagi memudahkan pemahaman dan
penggambaran, tokoh-tokoh pendidikan mengelompokkan kemampuan dan keperibadian
tersebut ke dalam domain-domain tertentu. Menurut Bloom, tujuan pengajaran terbahagi kepada
tiga domain iaitu kognitif yang merujuk kepada pemikiran seseorang, domain afektif yang
merujuk kepada aspek rohani dan emosi serta domain psikomotor yang merujuk kepada tingkah
laku seseorang.
Sebelum membentuk sesebuah kurikulum, seseorang tokoh dalam kurikulum akan
mengenalpasti aspek objektif bagi seseorang individu. Mengenalpasti objektif boleh menjadi
faedah kepada guru-guru yang seharusnya dapat membuat pilihan tentang bahan-bahan
pengajaran yang akan digunakan dalam sesi pengajaran yang akan dijalankan. Model kurikulum
termasuk dalam pelbagai isu-isu teori dan praktikal. Dalam laporannya yang bertajuk The Eightyear Study, Giles menggunakan istilah komponen bagi menunjukkan hubungan antara empat
perkara asas dalam kurikulum. Komponen yang digunakan oleh Giles bagi membentuk
kurikulum ialah matlamat atau objektif; isi kandungan; kaedah, pengalaman belajar (termasuk
strategi, kaedah dan bahan pengajaran; serta penilaian. Model Giles ini digambarkan dalam
bentuk seperti yang berikut:

OBJECTIVE

METHOD AND
ORGANISATION
(LEARNING

SUBJECT MATTER

EVALUATION

(Giles, McCutchen & Zechiel, 1942)


1

Menentukan objektif merupakan aspek pertama yang perlu ditekankan dalam Model
Giles ini. Objektif harus merujuk kepada tujuan yang ingin dicapai dalam menggambarkan arah
pendidikan yang ingin dituju serta apa yang seharusnya pelajar dapat sepanjang melalui
kurikulum tersebut. Dengan merujuk kepada objektif tersebut, sumber-sumber yang boleh
dijadikan rujukan termasuk para ahli pendidikan, murid itu sendiri dan masyarakat serta keadaan
sekeliling dimana kurikulum tersebut digunakan. Tujuan kurikulum Giles menekankan pada
perkembangan keperibadian seseorang (student centered) iaitu keupayaan untuk memperbaiki
masyarakat.
Aspek yang kedua dalam model kurikulum Giles ialah pengalaman belajar. Pengalaman
belajar merujuk kepada aktiviti dan interaksi murid dalam masyarakatnya atau reaksi murid
terhadap masyarakatnya. Pengalaman belajar tidak terbatas dalam isi pelajaran namun secara
tidak langsung pengalaman belajar telah mencakupi isi pelajaran yang ingin diajar. Terdapat
beberapa prinsip yang perlu dilihat dalam menentukan pengalaman belajar iaitu:
1) Harus sesuai dengan isi yang ingin diajar
2) Setiap pengalaman sesuai dengan perkembangan murid
3) Setiap rancangan perlu melibatkan murid secara maksimum
4) Satu pengalaman belajar boleh mencapai lebih daripada satu objektif
Mengorganisasi pengalaman belajar tersebut juga perlu diberikan perhatian dalam Model
Giles ini. Pengalaman belajar boleh ditentukan dalam bentuk subjek atau mata pelajaran. Namun,
pengorganisasian pengalaman belajar boleh berlaku dalam bentuk vertical atau horizontal.
Secara vertical bermaksud satu pengalaman belajar boleh dilakukan dalam beberapa aras kelas
yang berbeza. Dengan kata lain pengalaman tersebut boleh berulang dalam kelas yang berlainan.
Manakala pengalaman secara horizontal merujuk kepada menghubungkan pengalaman belajar
dalam sesuatu subjek dengan pengalaman belajar subjek yang lain namun masih dalam kelas
yang sama. Tiga prinsip dalam mengorganisasi pengalaman belajar supaya lebih berkesan iaitu
kesinambungan, urutan isi dan integrasi. Kesinambungan bermaksud ada pengulangan secara
berterusan terhadap pengalaman belajar untuk membentuk kemampuan dalam diri murid. Urutan
isi bermaksud terdapat penambahan dalam bahan yang digunakan sesuai dengan perkembangan
dan tahap murid yang mencakupi dari aras mudah kepada yang lebih sukar. Manakala integriti
bermaksud terdapat isi pelajaran yang boleh dikaitkan dengan mata pelajaran lain sehinggan
mewujudkan pemahaman secara holistik.
Penilaian (evaluation) merujuk kepada ukuran sejauh mana objektif telah tercapai.
Kriteria dalam penilaian boleh dilihat melalui perubahan yang berlaku kepada murid sesuai
dengan objektif yang ingin dicapai. Penilaian sebaiknya dilakukan dalam pelbagai cara
contohnya seperti melakukan pre test dan post test bagi melihat perubahan sebelum dan selepas
sesuatu isi pelajaran disampaikan kepada murid. Fungsi penilaian pula bermaksud melihat tahap
pencapaian murid dalam menguasai pembelajaran (sumatif) dan sejauh mana keberkesanan
proses pembelajaran dalam mencapai objektif tersebut (formatif).
Kandungan dalam komponen yang dirancang dalam kurikulum merupakan pengertian
bagi rekabentuk kurikulum. Walaupun kebanyakan rancangan kurikulum mengandungi keempatempat elemen di atas, kebanyakan rancangan tersebut tidak mempunyai rekabentuk yang sama.
2

Tujuan pendidikan adalah untuk menjadi fokus dan sasaran utama semua kegiatan pendidikan
termasuk rekabentuk kurikulum. Dalam pembentukan kurikulum, tujuan pendidikan masih
bersifat umum iaitu tujuan institusi pengajian dikembangkan kepada tujuan-tujuan yang lebih
khusus iaitu tujuan kurikulum dan kemudian dikembangkan lagi kepada tujuan instruksional atau
objektif pengajaran. Tujuan umum menggambarkan nilai-nilau, kepentingan dan harapan
daripada masyarakat. tujuan ini perlu dikembangkan lagi dalam tujuan yang lebih khusus, lebih
kukuh dan spesifik bagi menggambarkan pengajaran dan pembelajaran yang akan berlaku.
Menurut Giles, empat komponen yang saling berhubungan mempunyai perkaitan yang
mana setiap keputusan yang diambil bagi setiap komponen adalah bergantung kepada komponen
yang lain. Sebagai contoh, isi kandungan dalam kurikulum bergantung kepada objektif
kurikulum tersebut. Manakala objektif pula mempunyai kaitan dengan pengalaman pembelajaran
dan penilaian. Oleh yang demikian, model Giles boleh juga dinamakan sebagai model objektif
kerana objektif merupakan unsur utama dalam pembentukan kurikulumnya. Selain itu, makna
dan cara penyususnan komponen-komponen pada model kurikulum ini disebut sebagai
rancangan kurikulum. Walaupun kebanyakan mdoel mempunyai empat komponen ini, ia kadangkala menjadi tidak seimbang. Selalunya isi atau bahan pengajaran menjadi fokus utama dalam
kurikulum tetapi kadang kala sekolah menekankan objektif dan penilaian. Walau bagaimanapun,
terdapat beberapa model yang mengutamakan pengalaman belajar dan aktiviti yang dijalankan
oleh pelajar semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

RUJUKAN
3

Giles, McCutchen & Zechiel, (1942). Exploring the Curriculum. New York: Harper, 2
McNeil. J.D. (1990), Curriculum: A Comprehensive Introduction. Illinois: Scott Foresman and
Company.
Miller J.P, dan Seller W. (1985). Curriculum Perspective and Practice. New York: Longman
Taba (1962). Curriculum Development, Theory and Practice. New York: Harcourt Brace
Tyler (1949). Basic Principles of Curriculum and Instruction. Chicago: University of Chicago
Press.