Anda di halaman 1dari 3

PENGHAYATAN MAULIDUR RASUL DENGAN MENYEMARAKKAN RASA CINTA KEPADA RASUL

Oleh: Mohamad Safwandi Bin Su’aidi (PPISMP MT/BI/BM Semester 2)

Bulan Rabiul Awal merupakan bulan bersejarah bagi seluruh umat Islam. Kedatangan bulan

yang mulia ini juga sentiasa di nanti dan di ingati seluruh masyarakat Islam di Malaysia khasnya

dan seluruh dunia umumnya. Hal ini kerana, dalam bulan inilah junjungan besar Nabi Muhammad

SAW dilahirkan. Hari peringatan inilah yang disambut oleh masyarakat Islam sebagai Sambutan

Maulidur Rasul. Sambutan ini bertujuan untuk mensyukuri rahmat Allah yang telah menurunkan

seorang pemimpin yang agung lagi terpuji untuk mengubah suasana dan keadaan hidup manusia

dari kegelapan aqidah, syariah dan akhlak kearah cahaya kerahmatan Islam dan Iman. Walaupun

Nabi Muhammad SAW telah meninggalkan kita sejak kira-kira 1,421 yang lalu, tetapi dengan cinta

kasih kita kepada baginda serta sunnah baginda, maka kita merasakan seolah-olah baginda masih

hidup berada bersama kita. Di sini, penulis ingin memuntahkan sedikit idea dan perkongsian bagi

menjelaskan aspirasi objektif dan tema program Sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini bagi

menjadi santapan yang bertujuan sebagai serampang dua mata; untuk membuka minda masyarakat

dan sekaligus mengeluarkan pendapat daripada terus dibiarkan menjadi pekasam dalam fikiran.

Seperti yang diketahui umum, Nabi Muhammad SAW telah dilantik oleh Allah SWT sebagai

rasul yang terakhir dan telah dikurniakan oleh Allah SWT dan diberikan mukjizat untuk menjadi bukti

kerasulan baginda. Nabi Muhammad SAW merupakan seorang yang paling kita junjung. Kita

mencintai baginda kerana baginda merupakan seorang rasul yang mempunyai sifat peribadi yang

tidak ada tolak bandingnya. Rasa cinta kita kepada baginda tidak cukup jika kita lahirkan dengan

kata-kata dan majlis sambutan Maulidur Rasul, tetapi mesti juga dilahirkan dengan mencontohi jejak

langkah terutama sifat-sifat keperibadian baginda yang mulia lagi terpuji. Daripada sifat-sifat yang

mulia inilah, Nabi Muhammad SAW disanjung tinggi bukan sahaja oleh umat baginda tetapi juga

dipuji dan dimuliakan oleh penciptanya yang Maha Kuasa. Sifat-sifat dan peribadi mulia inilah Nabi

Muhammad SAW dapat memandu manusia dan mengubah suasana kehidupan manusia kearah

yang lebih cemerlang dan lebih bahagia bukan sahaja didunia bahkan diakhirat, iaitu tempat yang

paling kekal abadi. Diantara sifat-sifat Nabi Muhammad SAW yang patut kita hayati dan
mencontohinya ialah bersifat siddiq (benar), bersifat amanah (jujur), bersifat tabligh (menyampaikan)

dan bersifat fatanah (bijak). Dengan mencontohi sifat sebegini, Insyaallah kita akan mendapat

syafaat daripada Nabi Muhammad SAW di akhirat kelak.

Bertitik tolak dari situ, mencintai Nabi Muhammad SAW juga adalah dengan mentaati

keseluruhan perintah Allah SWT dan perintah baginda. Hal ini kita boleh lihat melalui firman Allah

SWT sepertimana yang termaktub dalam surah An-Nissa ayat 59, mafhumnya:

“Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada

Rasulullah…”

Bukti penegasan “Taatlah kepada Rasulullah” ini terdapat dalam kalimah syahadah. Kalimah ini

mensyaratkan bahawa seseorang tidak boleh menganut agama Islam jika tidak mengakui kerasulan

Nabi Muhammad SAW. Pada masa yang sama juga kita mencintai Allah SWT adalah wajib dan

menjadi tulang belakang kepada keteguhan aqidah. Selari dengan ikrar yang kita lafazkan dalam

syahadah, ajaran al-Quran dan sunnah Nabi Muhammad SAW hendaklah dipatuhi dan diamalkan.

Jika kita mengabaikan pelaksanaan perintah-perintah Allah dan suruhan Rasul-Nya, maka Allah

akan jauh daripada kita. Hal ini bererti iman kita mulai lemah dan kelemahan iman ini memberi ruang

kepada musuh Allah dan syaitan mendekati bahkan mempengaruhi kita dalam membuat keputusan.

Setiap tahun umat Islam menyambut Maulidur Rasul dalam pelbagai bentuk. Kadangkala

sambutan yang dibuat itu mendapat kritikan hebat kerana kualiti keberhasilan natijahnya iaitu sejauh

mana sambutan ini dapat menjana peningkatan dalam penghayatan dan ketaatan dalam

melaksanakan ajaran yang di bawa oleh Rasulullah SAW. Program Maulidur Rasul ini pada

dasarnya adalah sebahagian daripada aktiviti dakwah. Ia bertujuan untuk mentarbiyah, membimbing

dan memperingatkan umat Islam agar menghargai apa yang dikurniakan oleh Allah SWT. Salah

satu pengajaran itu ialah memperingati perjuangan Nabi Muhammad SAW sebagai seorang pesuruh

Allah yang paling berjaya menegakkan ajaran Allah, Rasul terakhir, tokoh teragung sepanjang abad

di dunia dan akhirat kerana membawa perubahan besar kepada lanskap akidah seluruh juzuk hidup

manusia di dunia. Malah hingga ke hari ini peribadi suci Nabi Muhammad SAW masih dikagumi oleh
orang Islam mahupun musuh-musuh Islam, seolah-olah baginda masih hidup walaupun hampir satu

setengah alaf telah meninggalkan kita.

Hal yang sedang singgah di benak fikiran penulis ialah apakah jenis instrumen yang menjadi

kayu ukur bahawa kita tergolong dalam orang islam yang mencintai Nabi Muhammad SAW?

Muktahir ini, Ramai orang mengakui cinta kepada Rasulullah tetapi tidak tahu bentuk dan

hakikatnya. Cinta yang jujur akan menggerakkan seluruh perasaan dan kelakuan manusia untuk

membuat sesuatu sebagai cermin kehidupannya yang selari dengan ajaran Islam. Penulis berasa

sangat kesal jika sambutan yang diadakan setiap tahun ini, tidak di hayati sepenuhnya dengan

pengisian yang tepat oleh umat Islam. Bahkan lebih menyedihkan lagi ialah pada satu masa kita

mengagungkan Nabi Muhammad SAW dan pada masa yang lain pula kita bersifat talam dua muka,

bertukar rupa dengan melakukan perkara yang dilarang oleh Nabi Muhammad SAW. Kita boleh

mencontohi bagaimana para sahabat dalam membuktikan kecintaan mereka kepada Rasulullah dan

sunnahnya telah sanggup berkorban nyawa, rela kehilangan harta kekayaan, anak-anak, ibubapa

dan status diri, demi mempertahankan perjuangan suci bersama Nabi Muhammad SAW. Dengan

semangat Maulidur Rasul bagi tahun ini, penulis berpendapat agar umat islam semua agar kita

bersama-sama menghayati sepenuhnya Sambutan Maulidur Rasul bagi tahun ini dengan

Menyemarakkan rasa cinta kepada Nabi Muhammad SAW dengan menterjemahkan peribadi Rasul

kedalam diri kita.

Secara tuntasnya, bagi menentukan sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini memberi

keberhasilan yang menyeluruh kepada umat Islam, diharap umat Islam sekalian hendaklah

bersama-sama mengembleng tenaga bagi membimbing semua masyarakat dalam

mempertingkatkan kasih sayang dan mencintai Rasulullah SAW supaya generasi Islam terus subur

berpegang akidah dan berpegang kuat kepada ajaran Islam. Kita juga hendaklah memiliki semangat

untuk bekorban dalam merealisasikan aspirasi objektif sambutan Maulidur Rasul di mana ianya

menjadi medium bagi perjuangan menegakkan kalimah Allah SWT di muka bumi ini.Pengorbanan

adalah amat penting bagi menjayakan perjuangan ini. Jika takut dengan pengorbanan, usah disebut

tentang perjuangan.

Anda mungkin juga menyukai