Assignment P.moral Sem.7

Anda mungkin juga menyukai

Anda di halaman 1dari 5

Mata pelajaran Pendidikan Moral memainkan peranan yang penting dalam

usaha melahirkan insan yang bermoral. Mengikut Ruslin (1996), Pendidikan Moral
dikira sebagai satu mata pelajaran yang agak baru diperkenalkan pada tahun 1983
dalam Kurikulum Baru Sekolah Rendah dan 1989 dalam Kurikulum Bersepadu
Sekolah Menengah.

Ini bermaksud bahawa matapelajaran Pendidikan Moral telah

diperkenalkan sebagai satu mata pelajaran formal dalam kurikulum Baru Sekolah
Rendah pada tahun 1983 kepada semua murid bukan Islam di darjah satu.
Manakala murid tingkatan satu mula belajar Pendidikan Moral pada tahun 1989 dan
bermula menjadi matapelajaran peperiksaan di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia
pada tahun 1993.
Di peringkat sekolah rendah, Pendidikan Moral merupakan subjek yang
mengajar murid tentang penerapan nilai-nilai murni dalam diri untuk diaplikasikan
dalam kehidupan seharian.

Walaubagaimanapun, terdapat beberapa masalah

utama dalam pelaksanaan pengajaran Pendidikan Moral di sekolah. Antara


masalah-masalah tersebut adalah masalah kekurangan kemahiran dan minat guruguru terhadap subjek Pendidikan Moral, terutamanya guru yang mengajar
Pendidikan Moral itu sendiri.

Guru Pendidikan Moral tidak begitu menyedari

kepentingan subjek ini dan hanya meng anggap ia sebagai satu subjek yang diajar.
Tidak ramai guru yang mengajar Pendidikan Moral di sekolah saya
memandangkan hanya beberapa orang murid bukan beragama Islam dan ini
menyebabkan Pendidikan Moral tidak begitu dipentingkan.

Selain daripada itu,

aktiviti yang berkaitan dengan Pendidikan Moral juga tidak semeriah aktiviti
berbanding aktiviti yang oleh subjek-subjek. Oleh itu, murid yang belajar Pendidikan
Moral juga tidak mengetahui kepentingan dan keseronokan belajar subjek ini.
Motivasi untuk guru-guru Pendidikan Moral perlu ditingkatkan agar kesedaran
bahawa pentingnya penerapan nilai murni dalam Pendidikan Moral amat penting
dalam kehidupan murid-murid.
Kekurangan bahan pengajaran serta kelemahan penilaian dalam bidang
moral juga menyebabkan subjek ini tidak begitu diminati. Misalnya, kajian oleh Zarin
Ismail (1990) menunjukkan bahawa guru Pendidikan Moral di daerah Hulu Langat
masih kabur tentang istilah penting dalam mata pelajaran tersebut. Kursus yang
berkaitan dengan Pendidikan Moral amat jarang diadakan, oleh itu guru-guru akan
semakin tidak meminati subjek ini dan mengajar sambil lewa sahaja.

Selain

daripada itu, bengkel-bengkel untuk menghasilkan bahan bantu mengajar juga tidak

diadakan dikalangan guru Pendidikan Moral. Ini terbukti berbanding dengan subjeksubjek lain seperti Bahasa Melayu atau Matematik yang seringkali mengadakan
bengkel membina bahan bantu mengajar bagi subjek tersebut. Sekali lagi, Panitia
Pendidikan Moral perlu menyedari peranan dan tanggungjawab mereka untuk
meningkatkan kemahiran mereka dan seterusnya menimbulkan minat murid belajar
Pendidikan Moral dengan lebih mendalam.
Penaakulan moral yang matang adalah penting kerana pemikiran yang
rasional memudahkan pembelajaran dan penerapan nilai-nilai murni di kalangan
kanak-kanak dan remaja (Loganathan 1995).

Stoll dan Beller melaporkan bahawa

sekolah-sekolah kini sedar bahawa sesuatu harus dilakukan untuk mengajar nilainilai murni dan lebih penting lagi adalah mengajar pelajar cara menaakul tentang
sesuatu nilai (Loganathan 1995). Wilson (1973) memang telah menjelaskan bahawa
penaakulan moral merupakan suatu kemahiran yang boleh diajar dan dipelajari.
Peranan guru Pendidikan Moral adalah menerapkan sikap positif dan minat
terhadap subjek ini agar murid-murid akan menyedari kepentingan mempelajari
Pendidikan Moral.
Salah satu sebab yang mungkin menyebabkan pelajar berpersepsi negatif
terhadap guru Pendidikan Moral adalah kualiti dan mutu perkhidmatan guru
Pendidikan Moral. Guru Pendidikan Moral di sekolah saya mengaku bahawa antara
masalah yang dihadapi adalah mereka kekurangan pengetahuan tentang falsafah,
psikologi serta pedagogi yang khusus untuk mengajar Pendidikan Moral. Dalam
konteks ini, latihan dan kelengkapan guru Pendidikan Moral perlu diberi perhatian
oleh Kementerian Pendidikan.
Masalah yang telah dikenalpasti dan di setiap sekolah pastinya sama iaitu
masalah strategi pengajaran yang tidak betul oleh para guru di Malaysia. Tidak
semua guru dilengkapkan dengan pengetahuan tentang strategi pengajaran
Pendidikan Moral yang betul. Guru-guru yang mengajar Pendidikan Moral
tidak berupaya dalam melaksanakan pendekatan pengajaran yang betul dalam
pengajaran matapelajaran tersebut. Kefahaman guru tentang konsep-konsep asas
dalam mata pelajaran Pendidikan Moraladalah tidak sama tentang kemoralan dan
Pendidikan Moral. Mengikut Puka (1976), kalau kita tidak tahu apa itu kemoralan,
kita tidak boleh mengajarnya; tetapi kalau kita mengajar tanpa pemahaman, pelajarpelajar tidak dapat menghayati nilai-nilai murni dalam Pendidikan Moral.

Maka,

pemahaman guru adalah amat penting kerana matlamat guru adalah untuk
membentuk pemahaman pada orang lain.
Dalam konteks ini, pengetahuan guru Pendidikan Moral menjadi asas kepada
pemahamannya. Kajian mendapati bahawa seorang guru yang efektif memerlukan
tiga jenis pengetahuan iaitu pengetahuan tentang matapelajaran yang diajar
(Content Knowledge), pengetahuan tentang strategi instruksi am (Pedagogical
Content ) dan pengetahuan tentang strategi spesifik untuk pengajaran sesuatu
kandungan matapelajaran (Pedagogical Content Knowledge). Strategi pengajaran
Pendidikan Moral di negara kita juga lebih berfokus kepada cara hafalan. Kohn
(1997) menjelaskan bahawa majoriti program pendidikan perwatakan mengandungi
peringatan dan hafalan terarah.

Sebagai seorang guru yang mengajar subjek

Bahasa Inggeris dan bukannya Pendidikan Moral, kini saya menyedari betapa
pentingnya Pendidikan Moral ini diajar dan difahami bukan saja oleh murid tetapi
guru itu sendiri.
Menyanjung tinggi dan menyokong semua aspirasi Negara juga merupakan
tanggungjawab penting semua guru, termasuk Guru Pendidikan Moral. Selain kod
etika perguruan, aspirasi negara lain yang dikemukakan untuk pembangunan negara
perlu ditititberatkan oleh semua guru dalam usaha melaksanakan tanggungjawab
mereka disekolah. Guru berkenaan harus menjadi teladan dalam mempraktikkan
prinsip yang positif di samping menyebarkan mesej yang diingini kepada
pelajar-pelajar.
Dunia tanpa sempadan menyebabkan Negara kita menghadapi kemelut
sosial. Kebanjiran maklumat, akses yang mudah, keadaan dunia hiburan,layaran
mudah bahan-bahan lucah atau porno melalui Internet, melayari alam siber yang
menjadi trend masyarakat dan juga program tv banyak menyiarkan filem-filem,
drama yang berunsur ganas dan lucah baik di tv percuma mahupun swasta serta
yang menjadi kegilaan ramai sekarang ini iaitu facebook menyebabkan berlakunya
gejala negatif di masyarakat kini. Kebimbangan terhadap generasi pelajar masa ini
telah tercetus akibat fenomena negatif ini. Ramai murid yang masih di sekolah
rendah sudah mula membawa telefon mudah alih ke sekolah dan masalah murid
mula menonton video-video yang tidak sepatutnya menjadi tontonan mereka
bersama rakan-rakan mereka. Perbuatan seperti ini secara tidak langsung akan
mempengaruhi pemikiran dan pertimbangan murid untuk mencuba sesuatu yang
tidak baik. Ini akan mula meruntuhkan moral mereka seawal usia mereka.

.Gengsterisme adalah sejenis tingkah laku yang sudah lama wujud


dikalangan pelajar dan masih berterusan hingga kini. Keadaan menjadi bertambah
serius apabila pelajar perempuan dan murid sekolah di kesan terlibat dengan gejala
samseng yang dikenali sebagai gengsterisme.

Sebagai satu kumpulan yang

mempunyai ciri-ciri seperti mengikut tingkah laku yang sama, perjumpaan secara
bersemuka, gerakan secara berunit, konflik dan mempunyai perancangan.
Perbuatan seperti ini adalah disebabkan masalah keluarga. Kegagalan ibu bapa
memberikan bimbingan dan perhatian terhadap anaknya, kesibukan mereka mencari
rezeki untuk menampung keluarga serta kadangkala terdapat juga ibu bapa yang
menyerahkan sepenuhnya tanggungjawab mendidik kepada guru dan pihak sekolah
menyebabkan murid suka bergaul dengan rakan-rakan mereka yang dirasakan
dapat berkongsi masalah serta meluahkan perasaan sunyi mereka.
Selain daripada masalah keluarga, pengaruh rakan

sebaya menunjukkan

kuatnya pengaruh rakan sebaya yang sebilangan kecil menjurus kepada


pembentukan atau geng samseng-membawa pembentukan gaya sendiri dalam
kalangan mereka.

Jika murid semakin leka bergaul dengan rakan-rakan yang

difikirkan lebih mengambil berat terhadap mereka, prestasi mata pelajaran mereka
akan semakin merosot dan murid juga akan menjadi semakin lemah.
sosial juga akan semakin menjadi-jadi.

Masalah

Perhatian dan galakan harus diberikan

kepada murid-murid ini agar mereka rasa disayangi serta kebajikan mereka juga
akan diambil berat seterusnya mereka akan lebih terdorong untuk ke sekolah dan
tidak melencong ke mana-mana yang mereka rasakan lebih baik dari sekolah.
Vandalisme

boleh

didefinisikan

sebagai

perbuatan

ataupun

perlakuanmerosakkan, memusnahkan, mengotorkan benda-benda serta peralatan


yang bukan kepunyaan sendiri yang seterusnya telah menggugat kesejahteraan
hidup orang lain. Sejak berpindah ke bangunan sekolah yang baru, murid-murid di
sekolah saya telah mula melakukan perbuatan ini secara tidak disedari. Murd-murid
sudah mula menconteng sekitar bangunan sekolah seperti dinding kelas dan
merosakkan tandas sekolah, merosakkan kerusi, meja, papan hitam dan lain-lain
yang merupakan kepunyaan sekolah serta barang keperluan seseorang pelajar.
Perbuatan vandalisme ini biasanya dilakukan oleh golongan remaja ataupun
generasi

muda

dalam

lingkungan

usia

13

tahun

hingga

24

tahun.

Walaubagaimanpun, jika perbuatan murid-murid di sekolah rendah ini tidak


dibendung dan dikawal sejak dari kecil, mereka akan mula melakukan perbuatan

merosakkan atau mengotorkan tempat-tempat awam. Mereka juga akan menjadi


orang yang tidak bertimbangrasa dan merosakakan keindahan sesebuah tempat..
Hal ini seterusnya telah merosakkan keindahan sesebuah tempat.
Salah satu langkah yang perlu diambil untuk membendung masalah ini adalah
dengan menekankan pendidikan moral dan agama sejak di bangku sekolah lagi. Bak
kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Perkara ini amat penting
sekali agar apabila mereka dewasa nanti, mereka akan mempraktikkan nilai-nilai
murni yang telah diajar sejak kecil lagi dalam kehidupan seharian. Pihak sekolah
juga harus bertindak menghukum sesiapa sahaja yang telah ditangkap melakukan
perbuatan vandalisme. Selain itu, pihak ibu bapa sepatutnya mengamalkan budaya
sayang anak tangan-tangankan. Berkat kerjasama dari pihak sekolah dan ibu bapa,
langkah ini dapat diibaratkan sebagai serampang dua mata.
Ada diantara murid sekolah rendah yang telah mula merokok dan jika
perbuatan ini tidak diberi perhatian sewajarnya, ia akan menjadi bertambah parah
dan melibatkan diti dengan penyalahgunaan dadah.

Murid yang terlibat harus

diberikan pendedahan awal tantang bahaya merokok dan diberikan kaunseling agar
mereka menyedari bahayanya perbuatan merokok tersebut. Murid-murid di sekolah
rendah yang terdedah dengan perbuatan merokok daripada ahli keluarga mereka
akan terdorong untuk merokok. Mereka perlu tahu akan kesan buruk perbuatan
tersebut kerana kini segala informasi tentangnya mudah diperolehi. Malah pada
kotak rokok itu sendiri pun turut ditulis amaran bahaya merokok serta gambargambar kesan daripada asap rokok tersebut.
Sebagai kesimpulannya, jelas bahawa faktor pengajaran kurang memberi
kesan terhadap penaakulan moral berbanding dengan factor pembelajaran yang
dibawa oleh murid itu sendiri. Selain itu, keperluan guru Pendidikan Moral untuk
meningkatkan lagi fahaman asas guru Pendidikan Moral terhadap proses
perkembangan moral murid serta kemahiran guru mengamalkan pendekatan
mengajar Pendidikan Moral. Sikap terhadap pembelajaran Pendidikan Moral juga
telah dikenalpasti sebagai peramal utama penaakulan moral murid.

Salah satu

sebab yang menyebabkan sikap negatif murid adalah pandangan bahawa


Pendidikan kurang penting berbanding dengan mata pelajaran lain.

Guru-guru

Pendidikan Moral perlu sentiasa menegaskan kepentingan dan faedah belajar


Pendidikan Moral. Usaha ini memerlukan kerjasama dan sokongan daripada pihak
pentakbir, seluruh masyarakat sekolah dan masyarakat luar.

Anda mungkin juga menyukai