Anda di halaman 1dari 2

PIBG SMA ATTARBIAH AL ISLAMIAH BATU PAHAT

No. 31 Jalan Lim Yew Leong 83000 Batu Pahat Johor


Tel 07- 4346475 Faks 07- 4332712
Email : smabtpahat@gmail.com

Ruj. kami
Tarikh

: PIBG/SMATBP/08/01/002(04)
: 21 Julai 2013

Faiza Marketing Sdn. Bhd. (442060-U)


Lot 15-11 & 15-12, Blok B, Kompleks Kilang SME Bank
No 15, Jalan Wawasan Utama, Kaw. Industri Sri Gading II
83000 Batu Pahat, Johor, Malaysia
Puan,

MEMOHON SUMBANGAN UNTUK MAJLIS KHATAM AL-QURAN DAN


PELAJAR MISKIN 2013 SEKOLAH MENENGAH AGAMA ATTARBIAH AL
ISLAMIAH SEMPENA IHYA RAMADHAN
Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.
2.

Adalah dimaklumkan bahawa Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) SMA

Attarbiah Al Islamiah telah bersetuju untuk bekerjasama dengan Unit MAKDIS SMA
Attarbiah Al Islamiah mengadakan program sebagaimana ketetapan berikut :

3.

Nama Program :

IHYA RAMADHAN

Tarikh

01 OGOS 2013 ( KHAMIS )

Masa

5 petang hingga 8.30 malam

Tempat

SMA Attarbiah Al Islamiah Batu Pahat

Antara pengisian di dalam program Ihya Ramadhan Sekolah Menengah

Agama Attarbiah Al Islamiah 2013 ialah Majlis Khatam Al-Quran, Ceramah Perdana,
Iftar Jamaie dan sumbangan kepada pelajar-pelajar miskin.Matlamat program ini
diadakan adalah untuk meningkatkan kesedaran pelajar terhadap budaya beramal
ibadat di bulan Ramadhan Al - Mubarak disamping menyahut seruan Rasulullah
S.A.W . mengenai keutamaan memberi makan orang yang berpuasa dan beramal
sedekah bagi mereka yang ingin berbuat demikian.

4.

Sehubungan itu, besarlah harapan agar pihak tuan dapat menghulurkan

sumbangan seperti dalam ketetapan berikut:


BIL

ITEM

KUANTITI

1.

Beras Basmathi

4 beg

2.

Rempah baryani

4 kilo

Semoga dengan sumbangan ini, dapat membantu pihak kami mengadakan


program tersebut dengan lebih baik dan lancar.
5.

Pihak kami terlebih dahulu mengucapkan jutaan terima kasih atas segala

sumbangan yang bakal dihulurkan oleh pihak tuan.Sebarang pertanyaan sila


hubungi Ustaz Nor Azam bin Sobikin di talian 0137323558.
Sekian, terima kasih.

Yang benar,
.
( MOHD RAHMAT BIN ABDULLAH )
Naib Yang Dipertua
Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG)
SMA Attarbiah Al Islamiah Batu Pahat

Anda mungkin juga menyukai