Anda di halaman 1dari 8

PENGENALAN

Permainan gasing adalah permaian yang popular di Semenanjung Malaysia. Ia bukan sahaja
boleh dimainkan oleh kanak-kanak malahan orang dewasa juga gemar bermain gasing.
Gasing merupakan sejenis permainan yang boleh berputar pada paksinya, sambil
mengimbang pada satu titik. Gasing merupakan permainan tradisional orang-orang Melayu
sejak dahulu lagi. Biasanya dimainkan selepas musim menuai. Permainan gasing
dipertandingkan antara kampung. Pemenang dikira berdasarkan tempoh masa gasing mampu
berputar.
Membuat Gasing
Kayu yang paling sesuai dari spesis merbau, seperti merbau tanduk, merbau darah, merbau
johol dan merbau keradah, ianya mudah dilarik tetapi tidak mudah serpih. Selain itu kayu
leban tanduk, limau, bakau, koran, sepan, penaga, keranji juga menjadi pilihan. Jenis kayu
yang mudah didapati seperti manggis, jambu batu, ciku atau asam jawa sering digunakan
untuk membuat gasing.
Kayu tersebut dilarik menggunakan alat pelarik, mengikut saiz dan bentuk gasing yang telah
ditetapkan. Sebelum kerja melarik dimulakan besi paksi dibenamkan ke dalam kayu tersebut
agar keseimbangan dari segi bulatnya dapat dilakukan ketika melarik.
Setelah gasing disiapkan maka kerja-kerja terakhir dilakukan, seperti melilitkan timah pada
kepak gasing tadi agar menambah berat lagi gasing itu hingga seberat lima kilogram dan juga
tak mudah serpih. Untuk menambah indah rupa parasnya maka tanduk kerbau dipasangkan
dibahagian kepala gasing serta dikilatkan dengan varnis. Ini terdapat pada gasing leper atau
untuk gasing uri sahaja.
Tali gasing dibuat daripada kulit pokok bebaru. Tapi sekarang tali gasing dibuat daripada tali
nilon. Panjang tali gasing biasanya bergantung kepada panjang tangan seseorang. Biasanya
1 meter panjang. Minyak kelapa digunakan untuk melicinkan pergerakan tali gasing.

Sejarah dan asal usul gasing


Asal Usul Perkataan Gasing
Menurut sumber dari Terengganu, gasing berasal daripada permainan memusing buah
berembang. Buah berembang berbentuk bulat, licin dan agak leper. Buah yang mudah
ditemui di pesisir pantai ini selalu digunakan oleh ahli silat sebagai satu latihan untuk
menguatkan tangan. Di sesetengah tempat, buah berembang juga dikenali sebagai buah
perepat (sonneratia alba).
Buah berembang ini juga dijadikan sebagai permainan. Dalam permainan buah berembang,
buah ini akan dipusingkan dengan menggunakan tangan. Buah berembang yang berpusing
paling lama dan paling ligat dikira paling gah dan pemusingnya dianggap sebagai pemenang.
Gasing dicipta berdasarkan bentuk buah berembang. Perkataan gasing berasal daripada
gabungan dua perkataan iaitu gah berpusing. Gah dalam istilah permainan gasing
bermaksud berpusing dengan ligat dan tegak.
Gasing Berasal Daripada Permainan Laga Telur
Sumber dari Kedah ada menyatakan bahawa permainan gasing berasal daripada permainan
laga telur ayam. Permainan memusing dan melagakan telur ayam ini menjadi permainan
kegemaran kanak-kanak pada masa dahulu. Kemudian barulah timbul idea untuk
menghasilkan gasing mengikut rupa bentuk telur. Paksi ditambah agar gasing berputar
dengan laju dan tegak. Gasing yang diputar dengan tangan kurang ligat berputar dan
pusingannya tidak tahan lama. Oleh itu tali digunakan supaya dapat memusingkan gasing
dengan lebih ligat dan lama.
Gasing Berasal Daripada Peralatan Memburu Binatang
Pemain gasing veteran dari Sungai Pahang menyatakan bahawa gasing dahulunya
merupakan senjata untuk memburu binatang. Gasing yang berbentuk leper dan bulat akan
berputar dengan ligat apabila dilemparkan ke badan binatang buruan. Idea permainan gasing
dikatakan datang daripada aktiviti masa lapang para pemburu, yang pada mulanya bertujuan
menguji kecekapan melempar gasing ke sasaran.

JENIS-JENIS GASING
Jenis gasing yang terdapat di Malaysia termasuk gasing jantung, gasing piring atau leper,
gasing kelamar, gasing telur, gasing berembang, gasing Melayu, gasing Cina, gasing buku
benang dan gasing pinang.

BAHAGIAN-BAHAGIAN TUBUH GASING

Paksi
berupa logam yang dipasakkan pada patak untuk meligatkan gasing dan juga

berfungsi sebagai sangga tuas.

Patak
di antara tubuh dengan paksi gasing.

Labu
antara bahu dengan patak untuk lilitan gasing.

Kepala

atas tubuh gasing yang bulat dan kecil.

Leher
lekuk di antara kepala dengan bahu untuk melekatkan hujung tali gasing.

Bahu
atas tubuh gasing sebagai tempat melilit tali.

Pemotek
Hiasan kepala gasing uri daripada sebarang logam atauplastik yang dilekapkan

pada kepala gasing uri.

Turap
Dipasang pada kepala gasing untuk menjaga bahagian kepala supaya tidak

retak, tanggal dan mengelakkan dari pecah.

FUNGSI GASING

Gasing hiasan
Dibuat hanya untuk dijadikan hiasan. Pereka gasing jenis ini tidak memilih kayu

dan tidak mementingkan fungsi berpusing.

Gasing permainan
Bukan bertujuan untuk kecantikan tetapi sesuai untuk permainan.
Gasing pangkah

Pembuat perlu memilih jenis kayu yang sesuai mendapat berat yang
betul, memastikan imbangan yang baik dan mendapat keligatan yang
baik supaya tahan urinya walaupun setelah dipangkah.

Gasing permainan

Gasing yang dibuat untuk pertandingan diberi nama gasing uri.

Ianya bukan untuk pangkah memangkah tetapi untuk pertandingan


urinya sahaja. Ianya popular di pantai timur sahaja.

CARA BERMAIN GASING


Ada lima langkah utama dalam permainan gasing, iaitu melilit tali, melilit gasing, memusing
gasing, memangkah, dan mengangkat gasing.
1. Melilit tali
Melilit tali merupakan langkah yang paling penting. Tali yang tidak diikat dengan kemas akan
terurai dan berkemungkinan gasing tidak dapat berpusing dengan ligat. Terdapat dua cara
melilit tali iaitu:
Melilit di lengan

Melilit di jari kelingking


2. Melilit gasing
Lilitan gasing akan dibuat pada bahagian leher gasing. Gasing boleh dililit menggunakan dua
cara, sama ada dililit pada bahagian lengan dan kemudian dililit pada gasing ataupun melilit
tali pada pokok dan kemudian dililit pada gasing.
3. Memusing gasing
Biasanya pemain gasing mempraktikkan gaya permainan secara pusingan sorong tarik atau
pusingan sentap. Bagi pusingan sorong dan tarik, gasing perlu sentiasa berada dalam
keadaan mengiring. Pemain akan menumpukan perhatian pada sasaran di hadapan dan
badan dibongkokkan kira-kira 45 darjah. Gasing akan diayunkan dan semasa ayunan dibuat,
gasing akan ditegakkan. Pusingan secara sentap pula dilakukan untuk menghasilkan
pusingan yang ligat. Pemain akan berdiri dalam keadaan tegak dengan tangan yang
memegang gasing menghala ke atas. Tangan pemain berada kira-kira 30 darjah dari paras
lengan. Ketika gasing diayunkan, pemain akan menyentap sedikit tali supaya gasing menjadi
lebih ligat dan mampu berpusing lama.
4. Memangkah gasing
Pemain yang ingin memangkah gasing pihak lawan, perlu menumpukan perhatian tepat
mengenai sasaran supaya gasing dapat berpusing dengan lama dan menghasilkan uri yang
ligat. Terdapat empat gaya ketika memangkah, iaitu pangkah totok, pangkah hentak, pangkah
layang, dan pangkah tebang.
5. Mengangkat gasing
Gasing akan diangkat ketika masih berpusing. Tujuannya adalah untuk memastikan pusingan
gasing dapat bertahan dengan lebih lama. Semasa gasing masih ligat berpusing, pemain
akan cuba mengangkat gasing dan memastikan gasing tersebut tidak berhenti ketika
diangkat. Sebelum gasing diangkat, pemain terlebih dahulu menentukan liuk gasing. Liuk
gasing adalah pusingan terendah bahagian patak dengan bumi. Arah pusingan badan juga
perlu ditentukan untuk disesuaikan dengan arah pusingan gasing. Gasing akan diangkat
menggunakan tali dan cokok. Untuk memastikan gasing berpusing ligat, mengangkat gasing
perlu dibuat berhati-hati dan gasing perlu berada dalam keadaan tegak serta tali yang
digunakan perlu tegang.

Kaedah
Gasing dimainkan dengan dua cara, iaitu sebagai:
i.
ii.

gasing pangkah atau


gasing uri
Gasing pangkah, dimainkan dengan melemparkannya supaya mengetuk gasing
lawan.
Gasing uri dipertandingkan untuk menguji ketahanannya berpusing.

Pertandingan Gasing
Pertandingan gasing uri berbeza dengan gasing pangkah.
Gasing uri lebih bersifat individu, manakala gasing pangkah bersifat kumpulan.

PERATURAN PERMAINAN GASING


1. Mencari gasing yang paling lama berputar

Pertandingan gasing jenis ini biasanya dilakukan oleh tiga orang. Permainan dimulai dengan
memainkan gasing secara serentak. Selanjutnya akan dipilih gasing yang paling lama
berputar. Bagi gasing yang lebih dahulu berhenti selanjutnya dinamai hulu (artinya ia bermain
sebagai rakyat). Gasing yang berhenti berikutnya dinamai menteri (bermain sebagai menteri),
dan gasing yang paling lama berputar dinamai raja (bermain sebagai penguasa).

Pada kondisi tertentu, jika para pemain sama-sama terampil, gasing akan berhenti bersamasama. Kondisi ini disebut orang Kutai dengan baturai atau seri. Untuk itu permainan harus
diulang dari awal, yaitu memainkan gasing secara serentak lagi. Pada kondisi lain, salah satu
gasing berhenti lebih dahulu, sementara yang dua berhenti bersamaan. Untuk itu gasing yang
berhenti lebih dahulu dinamai hulu, dan dua gasing yang berhenti bersamaan harus
mengulang untuk dimainkan secara serentak lagi. Intinya harus anda yang menjadi hulu,
menteri dan raja. Urutan ini ditujukan untuk membuat aturan pada permainan model kedua.

2.

Mencari gasing yang tidak berhenti berputar ketika dipukul dengan gasing yang lain
Jika peran hulu, menteri dan raja sudah dipastikan, maka pada model permainan kedua ini,
yang pertama kali memainkan gasingnya adalah yang mendapat peran hulu. Selanjutnya
yang

mendapat

peran menteri memainkan

gasingnya.

Gasing

dimainkan

dengan

melemparkan (memukul) ke gasing hulu. Jika gasing hulu terpukul dan berhenti, maka
jabatannya tetap. Jika gasing hulu tetap berputar dan gasing menteri berhenti, maka
gasing menteri kalah. Namun jika gasing hulu berhenti danmenteri berputar, maka dilanjutkan
dengan gasing raja untuk memukul gasing menteri. Begitulah seterusnya hingga permainan
berakhir. Satu hal yang perlu diperhatikan dalam permainan gasing adalah urutan dari hulu,
menteri hingga raja tidak boleh ditukar-tukar.
Permainan ini akan terus berlanjut hingga didapatkan pemenangnya. Perhitungan kalah
menang akan ditentukan oleh jumlah hulu. Pemain yang paling banyak berperan
menjadi hulu itu yang ditetapkan kalah. Sedangkan pemenangnya adalah yang paling banyak
menjadi menteri dan raja.

Anda mungkin juga menyukai