Anda di halaman 1dari 6

BAHASA MALAYSIA TAHUN 3

PEMAHAMAN

NAMA :
Baca petikan dibawah, kemudian jawab soalan berikutnya.

Kawan Saya
Nama saya Muhammad Ali bin Abu Saya tinggal di Taman
Melur, Kuala Lumpur. Saya ada seorang kawan. Namanya
Muhammad Arif. Dia berumur 9 tahun. Arif tinggal di Taman
Seri Mawar, Kuala Lumpur. Arif mempunyai 3 orang adikberadik. Abanganya bernama Asraf manakala adiknya pula
bernama Julia. Bapa Arif bernama Asri dan ibunya pula
bernama Mariam.
Arif seorang budak yang baik dan rajin. Dia juga seorang budak
yang cerdik. Semua orang suka berkawan dengannya. Sukan
kegemarannya ialah bola sepak. Dia selalu bermain bola sepak
di padang. Kami selalu bermain bersama-sama. Kami juga
selalu mengulangkaji pelajaran bersama-sama. Saya berasa
gembira kerana mendapat seorang kawan seperti Arif.

Soalan 1 hingga 5
Bulatkan jawapan yang betul
1. Siapakah nama penuh kawan penulis?
A.

Muhammad Ali bin Abu

Muhammad Arif bin Asri

Muhammad Asraf bin Asri

2. Di manakah Arif tinggal?


1

A
B
C

Taman Melur, Kuala Lumpur


Taman Seri Mawar, Kuala Selangor
Taman Seri Mawar, Kuala Lumpur

3. Mengapakah semua orang suka berkawan dengan Arif?


A
B
C

Arif seorang budak yang baik, rajin dan cerdik.


Arif seorang budak yang pandai bermain bola sepak.
Arif seorang budak yang kacak.

4. Siapakah nama ibu Arif?


A
B
C

Julia
Mashitah
Mariam

5. Apakah sukan kegemaran Arif?


A

Badminton

Bola sepak

Bola tampar
(5 markah)

Soalan 6 hingga 10
Isi tempat kosong dengan perkataan berimbuhan yang betul.
6. Rumah Devi tidak ___________________ rumah Lisa.
( tercantik , secantik )
7. Puan Lina sedang ____________________ anaknya yang sedang
menangis.
( mendukung , pendukung )
2

8. Adik menangis kerana ____________________ dari katil.


( berjatuh , terjatuh )
9. Ramu lari ketakutan kerana _______________ anjing.
( terkejar , dikejar )
10. Anis dan Intan ________________________ ke rumah Mei Ling
pada Tahun Baru Cina. ( kunjungan , berkunjung )
(5 markah)

Soalan 11 hingga 20
Padankan dengan perkataan seerti.
11. bijak
gembira

12. mudah
terang

13. susah
kawan

14. benar
sayang

15. rakan
yakin

16. seronok
cantik

17. indah
pandai

18. cinta
betul

19. percaya
sukar

20. cerah
senang

(10 markah)

Soalan 21 hingga 30.


Isikan tempat kosong dengan kata hubung yang diberikan.
dan

tetapi

atau

21. Ali _______________ Abu bermain bola di padang.

22. Dia kaya _______________ kedekut.

23. Cikgu Maisarah sangat bangga dengan sikap Ramlah


_______________ Hasnah.

24. Kita hendaklah meminta izin sama ada daripada bapa


_______________ ibu jika
hendak keluar bermain.

25. Saya makan sebiji epal _______________ sepotong tembikai


sebagai pencuci mulut.

26. Walaupun dia miskin _______________ dia seorang yang rajin.

27. Mungkin saya akan bertolak ke Kuala Lumpur pada hari


Selasa _______________
Rabu.
28. Amira _______________ Rahayu berkawan baik sejak kecil.

29. Rumahnya besar _______________ sayang kawasannya kotor.

30. Saya berjanji akan belajar dengan tekun _______________


bersungguh-sungguh.
(10 markah)

Soalan 31 hingga 35
Lengkapkan ayat di bawah dengan kata ganti nama yang
sesuai.
Saya

mereka

kita

dia

awak

31. Hanani seorang murid yang cerdik. _____________ ada ramai


kawan.

32. Siapakah nama _______________ ?


5

33. ________________ akan bertolak pada pukul 8.00 pagi, kata


Ali kepada kawan-kawannya.

34. Nama _______________ Abdul Halim bin Sani.

35. Jika ________________ tidak faham sesuatu perkara, mereka


kan bertanya kepada guru.
(10 markah)
Soalan 36 hingga 40
Tuliskan perkataan berlawan.
36. hitam lawannya _________________________

37. gemuk lawannya _________________________

38. masin lawannya __________________________

39. sayang lawannya ________________________

40. murah lawannya _________________________


(10 markah)

Anda mungkin juga menyukai