Anda di halaman 1dari 5

DOA-DOA UNTUK PELAJAR CEMERLANG, IN SYA ALLAH

1) Doa agar dikurniakan kefahaman yang baik dan ingatan yang sempurna (ketika mengulangkaji pelajaran) :
lk

Wahai Tuhanku, kurniakanlah kami kefahaman para Nabi dan hafazan para Rasul, serta ilham daripada para
Malaikat yang hampir dengan-Mu, kurniakanlah kami kesihatan wahai Tuhan yang Maha Pengasih.
2) Doa selepas mengulangkaji pelajaran :


Ya Allah! Sesungguhnya aku menitip apa yang aku baca, faham dan hafal kepadaMu. Maka kembalikanlah ia
kepadaku ketika aku memerlukannya. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala sesuatu.
3) Doa sebelum masuk ke dalam dewan peperiksaan :


Ya Allah, persiapkanlah kami akan urusan kami dengan petunjuk-Mu.
4) Doa apabila terlupa ketika menjawab soalan :



.
Maha Suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lupa. Wahai Tuhanku, ingatkanlah daku apa-apa yang
kulupa.
5) Doa memohon kejayaan cemerlang :




Ya Allah, kami memohon daripada-Mu kejayaan dalam setiap ketentuan, tempat para syuhada, dan kehidupan
mereka yang bahagia serta kemenangan ke atas musuh.
6) Doa ketika menerima kertas soalan :

. .. ..

Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku. Dan mudahkanlah bagiku tugasku. Dan lepaskanlah simpulan
daripada lidahku, supaya mereka faham perkataanku.
7) Doa ketika sukar untuk menjawab soalan :


Wahai Tuhan yang maha hidup lagi maha berdiri dengan sendirinya. Dengan rahmatMu aku bermohon
pertolongan.

HiMpunaN DoA-Doa PeLajaR...


Assalamualaikum kepada teman-teman sekalian....
kali ini aku cuba melampirkan beberapa doa-doa ketika belajar yang boleh dijadikan amalan kita bersama....semoga ilmu
yang kita pelajari mudah difahami , dimengerti dan berkekalan...
1. surah al-fatihah- doa pembuka segala urusan( nasihat dari ustaz Syed Abdillah Al-Jufri)

2. SURAH AL ALAK (Ayat 1 5) - Anak kunci segala ilmu


(Nasihat dari Ustaz Syed Abdillah Al Jufri)

3. SURAH ASY-SYARH Untuk melapangkan and melegakan hati


(Nasihat dari Ustaz Syed Abdillah Al Jufri dan Ustaz T.M. Fouzy Jumat)

4. SELAWAT NABI S.A.W Doa terang hati


Dibaca 11 kali dikala hendak ke sekolah.
(Nasihat dari Allahyarham Habib Muhammad Bin Saleem Al Atas dan Allahyarham Syed Abdullah Assogoff)

5. SELAWAT NABI S.A.W. Doa terang hati

Ya Allah restulah dan sejahterakanlah junjugan kami Muhammad hambamu dan pesuruhmu yang ummi dan di atas
keluarga dan sahabat baginda semuanya.
(Nasihat dari Ustaz T.M. Fouzy Jumat)

6. SELAWAT NABI S.A.W Pembuka pintu hati Kesejahteraan kemuliaan seluruh bulan sekelilinginya beribu-ribu di
atas junjugan pesuruh yang amat tinggi.

Ya Allah Ya Allah. Wahai Pembuka segala ilmu. Wahai Yang Maha Mengetahui segala ilmu. Ya Allah engkau bukakanlah
pintu hati kami dengan pembukaan yang sepenuhnya.
(Nasihat oleh Ustaz T.M. Fouzy Jumat)
7. WIRID SUPAYA ALLAH REDHA DENGAN USAHA KITA
Mudah-mudahan tidak menjadi seorang muslim professional yang munafiq, tidak terikut-ikut sikap orang Nasrani dan
Yahudi (Nasihat dari Prof. Ustaz Hashim Yahya, Mufti Selangor)

Radiitu billahi rabba, wabii islaami diina, wabi muhammadin sallallaahu alaihi wasallaam nabiyan wa rasulla.
Telah bersabda Rasul: Barangsiapa yang berkata ketika petang (zikir yang tersebut) Allah tetap akan meredhakannya
(Riwayat Tarmizi)
(Nasihat dari Ustaz Syed Abdillah Al Jufri)
8. 8. DOA MUDAH FAHAM DAN MUDAH HAFAL

Allahummarzuqna ya Rabbi fahman-nabiyin, wa-hifzal-mursalin, wa-ilhamal-mala-ikatil-muqarrabin fi-afiatin ya


Ya Allah! Kurniakanlah kami fahaman para nabidan hafalan para rasul serta mendapat ilham para malaikat yang hampir
denganMu juga kurniakanlah kami kesihatan wahai Yang Amat Mengasihani.
(Nasihat dari Ustaz Syed Abdillah Al Jufri)
9. DOA SUPAYA MENJADI PAKAR TENTANG SESUATU PERKARA

Allahummaftah alaya futuuhal arifiin. Wa faqqihni fiiddiin.


Ya Allah, terangkanlah hatiku seperti terangnya hati-hati orang yang arif. Fahamkan aku perkara agama ku.

10. DOA MENDAPAT ILHAM ATAU IDEA YANG BAIK

Allahumma alhimni rusydii wa aidznii min syarri nafsi.


Ya Allah, berilah aku ilham petunjuk (kecerdasan) dan lindungilah aku dari kejahatan nafsuku.
11. DOA KETIKA HENDAK BERSYARAH ATAU BERBAHAS

Rabbisy rahli sadri wa yassirli amri wahlul uqdatan min lisani yafqahu qauli.
Ya Allah! Lapangkanlah dadaku, mudahkanlah pekerjaanku (urusanku) dan lancarkanlah lidahku agar mereka faham
pembicaraanku.
12. DOA MOHON DITAMBAH ILMU DAN KEFAHAMAN

Rabbi zidnii ilman warzuqni fahman


Ya Tuhanku, tambahkanlah kepadaku ilmu dan berilah aku kefahaman (pengertian yang baik dan fahaman).
13. WIRID UNTUK MENDAPAT ILMU DENGAN HIKMAH
Ya Aliimu Ilman Hikmah
Wahai Tuhan Yang Maha Mengetahui Ilmu Yang Berhikmah

14. WIRID UNTUK PELAJAR


Dibaca selepas solat (7 kali) supaya diberi petunjuk, ilmu, kepakaran yang nyata.

Ya Haadii Ya Aliimu Ya Khabiru Ya Mubiin.


Wahai Tuhan Yang Maha Memberi Petunjuk, Wahai Tuhan Yang Maha Mengetahui, Wahai Tuhan Yang Maha Waspada
Wahai Tuhan Yang Nyata
15.Wirid ini adalah sebahagian dari wirid susunan Ahmad Asrory Al Ishaqy.
Ya Aliimu Allimni Hikmah

Wahai Tuhan Yang Maha Mengetahui, ajarkanlah aku hikmah.


(Nasihat dari Ustaz T.M. Fouzy Jumat)

16. DOA KETIKA KEGELAPAN FIKIRAN (mental block)


Dibaca sewaktu menduduki peperiksaan

Ya Haadi, ihdinii.
Wahai Tuhan Yang Memberi Petunjuk, tunjuki aku
Imam Ahmad bin Ali Albunni mengatakan, Nama Allah ini adalah lafaz zikir malaikat Israfil. Apabila kita berada dalam
kegelapan fikiran, kita baca doa tersebut, insya-Allah seketika itu juga kita akan memperoleh petunjuk. Boleh juga dibaca
seketika sesat jalan
17. WIRID UNTUK MENJADI BIJAK PANDAI
Ya Rasyidu Dibaca sebanyak mungkin selepas solat

Wahai Tuhan Yang Maha Pandai


Jika kita ingin menjadi orang yang bijak pandai, di samping kuat belajar dan menuntut ilmu pengetahuan dan
mengembangkan bakat masing-masing, eloklah bermohon kepada Allah dengan berulangkali berzikir kalimah di atas
sebanyak mungkin, semoga akan berjaya.
18. WIRID UNTUK MELIHAT YANG DI RAHSIAKAN

Alaa Yalamu Man Khalaq Wahuwal Lathiiful Khabiir


Tidakkah Dia mengetahui apa yang Dia ciptakan, sedangkan Dia Maha Halus lagi Maha Mengetahui.
Jika dibaca 9 kali ketika hendak tidur dan beristiqamah dengannya, insya-Allah ia akan bermimpi dan melihat dalam
tidurnya akan sesuatu yang dikehendakinya. Jika diamalkan selalu insya-Allah akan didorongkan untuk belajar perkara
yang akan disoalkan dalam sesuatu peperiksaan. Boleh juga dibaca ketika mengalami suatu masalah dalam pelajaran atau
projek.