Anda di halaman 1dari 6

Soalan KBAT bahagian ibadah.

Tingkatan 1
1. Konsep Fardhu Ain Dan Fardhu Kifayah
Soalan :
Apakah faedah yang akan dicapai oleh negara jika fardhu kifayah dapat
dilaksanakan oleh umat Islam? Berikan hujah anda.
Jawapan :
Ekonomi negara bertambah mantap kerana lahirnya ramai pakar-pakar yang
mahir dalam pelbagai bidang (I) contohnya lahir ramai usahawan-usahawan dan
pelabur-pelabur yang terlibat secara langsung dalam ekonomi negara.(H) Oleh
itu, fardu kifayah memang sangat penting dalam usaha untuk membentuk
sebuah negara yang maju.(K)
2. Bersuci Asas Kebersihan
Soalan :
Kebersihan adalah separuh daripada iman. Pada pendapat anda, apakah usaha
yang perlu dilakukan untuk memupuk tabiat cintakan kebersihan di kalangan
pelajar sekolah.
Jawapan :
Mengadakan kempen kebersihan agar dapat memberi kesedaran kepada pelajar
tentang pentingnya kebersihan.(I) Contohnya mengadakan pertandingan
kebersihan dan keceriaan di antara kelas. (H) Dengan itu, tabiat cintakan
kebersihan dapat disemai dalam diri setiap pelajar.(K)
3. Solat
Soalan :
Adik anda sentiasa mengabaikan solat lima waktu sehari semalam. Apakah
tindakan yang seharusnya anda lakukan untuk membantu adik anda tersebut.
Jawapan :
Adik saya malas melakukan solat lima waktu. Sebagai seorang kakak yang
prihatin saya akan sentiasa menasihati adik saya supaya melaksanakan solat
setiap waktu (I) kerana orang yang mengabaikan solat hukumya berdosa
besar(H). Saya juga akan cuba mengajak adik saya menunaikan solat berjemaah
di masjid (I) supaya perasaan cintakan solat akan tersemai dalam diri adik saya.
(H) Kesimpulannya solat adalah perkara yang wajib dilaksanakan oleh setiap
insan dan kita hendaklah segera menunaikan solat sebaik sahaja tiba waktunya.
(K)

4. Solat jumaat :
Soalan :
Ahmad bermusafir dari johor ke kuala Lumpur pada hari jumaat yang lalu.
Adakah wajib ahmad melaksanakan solat jumaat?berikan hujah anda.

Jawapan:

Solat jumaat adalah wajib dilaksanakan bagi setiap lelaki muslim. Namun,
sekiranya Ahmad bermusafir lebih dari 2 marhalah perjalanan hukumnya tidak
wajib (I) kerana bagi orang yang bermusafir tidak dikira dalam bilangan ahli
jumaat tetapi sah apabila dilakukan. (H). Oleh itu, solat Jumaat wajib
dilaksanakan oleh muslim yang cukup syarat-syaratnya.(K)

5. Solat sunat rawatib dan tahhiyatul masjid:


Soalan :
Apakah yang perlu anda lakukan dahulu untuk mendapatkan pahala sunat ketika
masuk masjid dan sebelum duduk di dalam masjid. Nyatakan huraian anda?
Jawapan:
Pahala sunat yang dapat dilakukan ialah melaksanakan solat sunat tahiyyatul
masjid(I). Solat sunat tahiyyatul masjid dilakukan dua rakaat ketika masuk ke
dalam masjid dan sebelum duduk didalamnya bertujuan menghormati
masjid(H). Ia juga boleh dilakukan sebelum atau selepas solat fardhu. Dengan
itu,kita hendaklah berebut mendapat pahala sunat ketika mengunjungi masjid.
(K)

Tingkatan 2
1. Solat Qasar dan Jamak
Soalan :
Pada pendapat anda, mengapakah ekonomi negara perlu dipertingkatkan untuk
membina tempat beribadah kepada umat Islam?
Jawapan :

Pada pendapat saya, apabila ekonomi negara dipertingkatkan lebih banyak


masjid dan surau dapat dibina di setiap kampung untuk memudahkan orang
yang bermusafir menunaikan ibadah solat kerana mereka boleh singgah di
mana-mana sahaja surau atau masjid untuk melaksanakan ibadah solat dan
berehat. Ini juga boleh menggalakkkan lebih ramai orang Islam untuk bermusafir
bagi menjalankan dakwah Islam dengan lebih meluas. Oleh yang demikian,
sama-samalah kita berganding bahu mempertingkatkan ekonomi negara untuk
kepentingan umat Islam dengan belajar bersungguh-sungguh agar dapat
memperolehi pekerjaan yang baik seterusnya boleh berbakti kepada
bangsa,agama dan negara.
2. Puasa Menjana Keperibadian Muslim
Soalan :
Ibadat puasa dapat membantu umat Islam yang mementingkan penjagaan
kesihatan tubuh badan. Berikan hujah anda.
Jawapan :
Berpuasa memberikan kesempatan kepada alat-alat pencernaan kita untuk
beristirehat (I) kerana ketika berpuasa, perut dan usus kita akan berehat selama
beberapa jam daripada kegiatannya. (H) Selain itu, ia akan dapat menurunkan
tekanan darah dan dan kadar lemak. Oleh itu, ibadat puasa boleh menjadikan
badan kita akan menjadi lebih sihat dan cerdas seperti yang diimpikan oleh
setiap orang.(K)
3. Menghayati Bulan Ramadhan
Soalan :
Puasa adalah ibadah yang wajib dilaksanakan oleh setiap individu muslim.
Ramalkan apakah yang akan berlaku kepada negara kita sekiranya setiap umat
Islam dapat menghayati bulan Ramadhan dengan sebaiknya?
Jawapan :
Pada ramalan saya, sekiranya umat Islam dapat menghayati bulan Ramadhan
dengan sebaiknya pastinya negara kita akan menjadi negara yang aman dan
harmoni kerana masing-masing akan menunjukkan akhlak yang terpuji serta
bersatu padu untuk menguatkan dan mempertahankan umat Islam daripada
diselewengkan atau ditindas oleh musuh-musuh Islam. Oleh yang demikian,
ikatan silaturrahim yang kuat amat diperlukan untuk memastikan agama Islam
terus berkembang dan dipandang tinggi oleh agama yang lain.
3. Zakat Fitrah
Soalan :
Berikan pendapat anda mengenai pernyataan berikut :

Zakat fitrah secara sistematik akan dapat menjana dana kewangan yang besar

Jawapan :
Zakat fitrah merupakan kewajipan fardu ain ke atas setiap orang Islam. Apabila
pembayaran zakat fitrah yang wajib dibayar pada setiap bulan Ramadhan ini
dapat dilaksanakan dengan sistematik dan teratur contohnya pihak baitulmal
yang telah dipertanggungjawabkan dalam menguruskan pungutan dan agihan
wang zakat fitrah telah melantik amil-amil yang bertauliah untuk mengutip zakat
dan pengurusan pembayaran yang teratur akan dapat menjana kewangan yang
besar seterusnya dapat membantu golongan fakir dan miskin yang amat
memerlukan. Justeru itu, keprihatinan dan kerjasama daripada semua umat
Islam amat diperlukan untuk meningkatkan taraf hidup golongan ini.

Tingkatan 3

1) TAJUK: SOLAT KETIKA SAKIT


Soalan:
Solat wajib ditunaikan walaupun ketika sakit. Mengapakah diharuskan
rukhsah solat kepada setiap umat Islam. Berikan hujah anda.
JAWAPAN:
Rukhsah solat diharuskan kerana ini menunjukkan bahawa Islam agama
yang mudah dan tidak membebankan.Selain itu rukhsah solat diharuskan
supaya umat Islam dapat menunaikan kewajipan mereka dalam sebarang
keadaan. Dan oleh yang demikian ini membuktikan bahawa Allah sayang
akan hamba-hambanya yang bertakwa.

2) SOLAT SUNAT HAJAT


Soalan:
Solat sunat hajat dapat membina peribadi muslim yang cemerlang. Huraikan
dua hujah untuk anda menyokong pernyataan diatas.
Jawapan:
Solat sunat hajat dapat membina peribadi muslim yang cemerlang kerana
solat hajat akan menyebabkan seseorang mengakui kelemahan diri dan
membolehkan seseorang melatih diri sentiasa berharap kepada pertolongan
Allah sama ada ketika susah atau senang.Oleh itu solat hajat akan
membentuk peribadi muslim yang sentiasa mendekatkan diri kepada Allah

3) SOLAT SUNAT TAHAJUD


Soalan:
Ibadah solat sunat tahajjud boleh melahirkan murid yang ikhlas dan
berdisiplin dalam kehidupan.Kemukakan pendapat anda tentang pernyataan
ini.

Jawapan:
Pada pendapat saya solat sunat tahajjud boleh melahirkan murid yang ikhlas
dan berdisiplin (I) kerana orang yang menunaikan solat tahajjud akan
sentiasa mendapat pengawasan dan pemeliharaan Allah dalam setiap
tindakannya.Solat tahajjud juga boleh mendidik jiwa bermunajat dan
melahirkan rasa takut kepada Allah untuk melakukan perkara-perkara
mungkar. (H) Oleh yang demikian solat tahajjud boleh membentuk murid
yang ikhlas dan berdisiplin dalam setiap perlakuan serta tindakan dan Allah
akan memudahkan urusan hidupnya.(K)

4) PENGURUSAN JENAZAH
Soalan:
Kewajipan orang masih hidup ke atas orang yang telah mati antaranya ialah
menyembahyangkan jenazah. Walau bagaimanapun masih ramai orang yang
menziarahi kematian tetapi tidak menunaikan solat jenazah. Huraikan hujah
anda, faktor perkara ini berlaku.
Jawapan:
Ramai yang menziarahi kematian tetapi tidak menunaikan solat jenazah
kerana mereka menganggap solat jenazah tidak penting. Sedangkan solat
jenazah adalah fardhu kifayah, yang mana hukumnya adalah wajib. Oleh itu
setiap orang Islam haruslah mempelajari cara solat jenazah.

5) ZAKAT HARTA
Soalan:
Zakat harta boleh membantu peningkatan ekonomi negara
Kemukakan dua cadangan anda untuk meningkatkan kesedaran umat
Islam mengeluarkan zakat harta.
Jawapan:
Wajib kepada setiap umat Islam yang memiliki harta dan cukup syarat
untuk mengeluarkan harta. Cadangan saya dengan mengadakan kempen

kesedaran agar umat Islam lebih peka tentang kewajipan mengeluarkan


zakat harta agar ekonomi umat Islam dapat ditingkatkan. Selain itu, kita
juga boleh mengambil langkah mengedarkan risalah-risalah yang
berkaitan dengan zakat agar dapat menambahkan lagi pengetahuan umat
Islam tentang kepentingan mengeluarkan zakat. Oleh yang demikian, kita
sebagai umat Islam wajib menjalankan tanggungjawab kita dalam usaha
untuk meningkatkan ekonomi negara kita.