Anda di halaman 1dari 15

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

HBQE 2103
AL-TAJWID

TAJUK :PENGENALAN ILMU TAJWID


DAN HUKUM MAD
NAMA

: HAFIZOH BT HASSAN

NO.MATRIK

: 780419025574001

NO.IC

: 780419-02-5574

NO.TELEFON

: 013-4695811

ALAMAT E-MAIL

hafizah_pgt166@yahoo.com.my
LEARNING CENTRE

: KEDAH LEARNING CENTER


( ALOR SETAR)

SEMESTER MEI 2015

HBQE2103/2015 -HAFIZOH
HASSAN

ISI KANDUNGAN
BIL
1.0
2.0
3.0
4.0
5.0
6.0

KANDUNGAN
PENGENALAN ILMU AL-TAJWID
MASALAH YANG DIHADAPI MURID DALAM ILMU TAJWID
CADANGAN MENGATASI MASALAH DAN KELEMAHAN
MURID DALAM ILMU TAJWID
HUKUM MAD
PENUTUP
RUJUKAN

MUKA SURAT
3
5
8
9
13
15

1.0 PENGENALAN ILMU TAJWID


Ilmu tajwid merupakan satu cabang ilmu yang berkaitan bacaan atau menyebut lafaz
Al-Quran. Ia merupakan tonggak kepada rangkaian ilmu-ilmu lain yang berkaitan dengan Al2

HBQE2103/2015 -HAFIZOH
HASSAN

Quran. Ia menjadi ilmu asas dan kemahiran awal dalam proses pembelajaran Tilawah AlQuran untuk mencapai objektif ketartilan bacaan Al-Quran. Salah satu tuntutan yang turut
dianjurkan dalam bidang ilmu Tajwid adalah tuntutan untuk menguasai ilmu Waqaf & Ibtida.
Ini bertujuan untuk memelihara makna ayat dan menjauhkannya daripada sebarang bentuk
penyelewengan. Ini terbukti dalam firman Allah s.w.t. tentang keperluan membaca Al-Quran
dengan bertajwid iaitu dengan memperelokkan dan menyempurnakan hak setiap huruf AlQuran iaitu :
Maksudnya ; dan al-Quran itu kami bahagi-bahagikan dia supaya engkau membacanya
kepada manusia dengan lambat, tenang dan kami menurunkannya beransur-ansur.
(Surah al-Israk ayat 106 ).
Suatu riwayat bahawa Abdullah bin Masud r.a ada berkata:
Perelokkan oleh kamu bacaan-bacaan al-Quran dan hiasilah dengan suara-suara baik
kamu dan bacalah dengan cara bacaan Arab. Sesungguhnya al-Quran itu berbahasa Arab
dan Allah sukakan al-Quran itu dibaca dengan bacaannya (Hj.Ishak Abbas 1985).
1.1 DEFINISI ILMU TAJWID
Ilmu tajwid dari sudut bahasa menurut Al-Zabidi dalam kitabnya Taj al-Arus Min
Jawahir al-Qamus, kalimah al-tajwid ialah masdar atau kata terbitan bagi kalimah jawwada
yang bermaksud mencantikkan atau memperelokkan sesuatu. Sebagaimana yang diterangkan
di dalam kitab al-Hawasyi al-Zahariyyah Fi Halli Alfaz A-Muqaddimah Al-Jazariah, ilmu
tajwid pada istilah ialah merujuk kepada penekanan dalam memberi hak-hak huruf daripada
sifat-sifatnya yang sedia ada (lazim) dan sifat-sifatnya yang mendatang (Aridah) dan hurufhuruf ini dilafazkan secara sempurna tanpa berlebih-lebihan dan melampau-lampau.
Maksud hak huruf menurut Al-Marsofi seperti yang diterangkan dalam kitabnya
Hidayah al-Qari ila Tajweed Kalam al-Bari ialah sifat-sifat yang lazim seperti al-jahr, alshiddah, al-qalqalah, al-istila dan itbaq. Manakala baginya mustahak huruf pula adalah
sifat-sifat yang mendatang hanya dalam keadaan yang tertentu seperti al-tarqiq, al-tafhim, alizhar, al-iqlab dan sebagainya.
Manakala maksud ilmu Tajwid menurut kitab al-Wasit Fi Ilmi al-Tajwid yang
dikarang oleh Dr Muhammad Khalid Mansur ialah satu ilmu berkaitan kaedah dan hukum
3

HBQE2103/2015 -HAFIZOH
HASSAN

yang menerangkan cara menyebut kalimah-kalimah Quran menurut cara yang telah
diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. Berikut adalah ringkasan Disiplin (Mabadi)
Kemahiran Ilmu Tajwid.
1.2 HUKUM MEMPELAJARI ILMU TAJWID
Hukum mempelajari ilmu Tajwid itu terbahagi kepada dua keadaan iaitu Fardhu
Kifayah dan Fardhu Ain.
Fardhu Kifayah ditujukan kepada tuntutan mempelajari ilmu Tajwid secara teori
(Tajwid Ilmi). Sebagaimana al-Juraysi dalam kitab beliau Nihayah al-Qawl al-Mufid Fi
Ilmi al-Tajwid telah menerangkan bahawa tuntutan mempelajari hukum dan kaedah ilmu
Tajwid secara teori adalah Fardhu Kifayah.
Hukum Fardhu Ain ditujukan kepada tuntutan mempelajari ilmu Tajwid secara amali.
Sebagaimana yang diterangkan dalam kitab Hidayah al-Qari ila Tajwid Kalam al-Bariyang
dikarang oleh al-Marsafi (2005) bahawa hukum syarak yang terdapat dalam ilmu tajwid
adalah berkaitan dengan kewajipan secara Fardhu Ain bagi setiap mukallaf untuk memelihara
hukum kesucian al-Quran.
Para ulama bersepakat mengatakan bahawa mempelajari tajwid merupakan fardhu
kifayah dan menghayati dalam pembacaan al-Quran adalah fardhu ain ke atas setiap muslim
yang sudah sampai umur (aqil baligh) (Hj. Ishak Abbas,1985 dan Abdullah al-Qari, 1986).

1.3 KEPENTINGAN ILMU TAJWID


Menurut Imam al-Sayuti, selain berbakti kepada Allah dengan memahami maknamakna dan hukum-hukumnya, umat Islam juga dikatakan berbakti sekiranya melakukan
4

HBQE2103/2015 -HAFIZOH
HASSAN

ibadah dengan membetulkan sebutan, bacaan, menyebut dengan tepat, makhraj dan sifat
huruf-huruf yang diterima daripada para qura yang bersambung sanadnyadengan Rasulullah
s.a.w. Ini menunjukkan bahawa ilmu Tajwid amat penting untuk dipelajari supaya ilmu
tersebut dapat diturunkan dan disampaikan daripada generasi kepada generasi yang lain.
2.0

MASALAH YANG DIHADAPI MURID DALAM ILMU TAJWID

Mata Pelajaran Pendidikan Islam di sekolah rendah dan menengah khususnya dalam
bidang tilawah al-Quran bertujuan membolehkan pelajar membaca al-Quran dengan sebutan
yang betul, fasih dan bertepatan dengan hukum-hukum bacaan tajwid. Tetapi persoalannya
sekarang, adakah murid-murid diperingkat sekolah rendah benar-benar menguasai bacaan alQuran mengikut kehendak sukatan pelajaran yang telah ditetapkan oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia. Jawapannya tentulah tidak, ini berdasarkan kajian yang telah dibuat
beberapa orang pengkaji selidik tentang kelemahan pelajar menguasai bacaan al-Quran
mengikut hukum tajwid. Masalah ini sepatutnya diberi perhatian yang serius dan terperinci
oleh semua pihak terutamanya ibu bapa dan guru. Seharusnya memastikan agar murid dapat
membaca al-Quran mengikut hukum tajwid dengan betul.
Kelemahan murid dalam menguasai bacaan al-Quran secara bertajwid amatlah ketara.
Masalah ini timbul, ekoran daripada sikap murid itu sendiri, kebanyakkan mereka itu,
memandang remeh terhadap kepentingan mata pelajaran Pendidikan Islam, ianya dianggap
sebagai mata pelajaran yang tidak begitu penting. Pada persepsi murid, Pendidikan Islam
bukannya subjek peperiksaan, ianya tidak termasuk di dalam Ujian Pencapaian Sekolah
Rendah (UPSR) seperti subjek-subjek teras yang lain, dengan tanggapan dan pandangan
sebegini,

pelajar akan menampilkan rasa tak peduli atau sikap acuh tak acuh dalam

mempelajarinya. Pelajar beranggapan mempelajari Pendidikan Islam hanya sekadar


memenuhi syarat yang telah ditetapkan dan termaktub dalam jadual waktu persekolahan biasa
yang mesti diikuti oleh semua murid yang beragama Islam. Selain itu, Ibu bapa, murid dan
guru terlalu fanatik dengan kecemerlangan UPSR semata-mata menyebabkan bidang ini
terpinggir. Tidak dinafikan pengaruh pentingkan kecemerlangan akademik menjadi faktor
utama tetapi biarlah seimbang dengan nilai-nilai rohaniah sebagaimana yang termaktub
dalam Falsafah Pendidikan Negara.
5

HBQE2103/2015 -HAFIZOH
HASSAN

Menurut kajian oleh, Mohd Yusuf Ahmad (1997), iaitu tentang penguasaan tilawah alQuran ke atas 20 orang murid, didapati tidak ada seorang murid pun yang dapat membaca alQuran dengan lancar tanpa sebarang kesalahan pada bacaan. Pelajar-pelajar dari sekolah
harian biasa, bermasalah dalam penguasaan tajwid hukum lima dan membaca al-Quran
dengan menyempurnakan hukum-hukum tersebut. Masalah ini, semestinya tidak sepatutnya
wujud. Malangnya ia merupakan perkara utama yang membelenggu pelajar-pelajar kita hari
ini. Keadaan ini berterusan, ekoran pengabaian terhadap mata pelajaran pendidikan Islam,
sekaligus mengutamakan subjek lain yang berorientasikan peperiksaan dan kecemerlangan
semata-mata. Kebanyakkan murid-murid hari ini, membaca al-Quran seolah-olah tidak perlu
terikat dengan disiplin ilmu yang termaktub khusus bagi al-Quran sebagai wahyu dari Allah
s.w.t. Keadaan ini, akan menyebabkan ilmu al-Quran semakin terpinggir di kalangan
masyarakat khususnya pelajar.
Faktor seterusnya, kurang pemerhatian daripada guru yang mengajar di luar persekolahan
kerana tidak membuat teguran pada kesalahan-kesalahan bacaan al-Quran murid-murid
kerana ada di antara mereka sudah membaca Al-Quran sehingga juzuk 30 tetapi apabila di
tasmi didapati bacaan mereka masih kurang sempurna, sebutan huruf tidak betul dan tidak
tepat. Hal ini berlaku, mungkin berpunca daripada guru itu sendiri yang mana kebanyakan
daripada mereka hanya mengajar dengan kaedah penerangan dan latih tubi sahaja, tidak
menggunakan alat bantu mengajar, Cuma menggunakan papan putih dan pen sahaja.
Kepelbagaian kaedah dan bahan bantu mengajar juga, boleh membantu pengajaran dan
pembelajaran di samping menarik minat murid pada pelajaran yang diajar.
Selain itu, faktor kurangnya minat di kalangan murid terhadap mata pelajaran Pendidikan
Islam dan kurangnya penekanan dari pihak sekolah kerana ianya tidak dinilai di dalam
peperiksaan awam dan ianya kurang dipraktikkan serta kurang mendapat sambutan
masyarakat, jika adapun hanya bermusim tidak seperti dalam arena sukan dan hiburan yang
diwar-warkan dari pelbagai agensi untuk menarik minat di kalangan masyarakat. Untuk
memulihkan persepsi masyarakat dan mengembalikan semula al-Quran ke tahap yang
sewajarnya, maka perlu satu tindakan refomasi dalam sistem pendidikan ke arah
memartabatkan Pendidikan Islam (Amri Daud, 2005).

HBQE2103/2015 -HAFIZOH
HASSAN

Merujuk kajian Abdul Rahman Hassan (1999), pengajian al-Quran Sekolah Menengah
Kebangsaan Agama (SMKA), mendapati masih banyak kelemahan di kalangan pelajar
tersebut. Antara faktor kelemahan membaca al-Quran secara fasih dan bertajwid adalah sikap
ibu bapa. Terdapat 60% ibu bapa yang menyerah 100% tanggungjawab mendidik anak-anak
mereka kepada guru-guru al-Quran. Ibu bapa tidak mengambil berat tentang pencapaian
anak-anak mereka, anak-anak hanya membaca al-Quran di hadapan guru tanpa
mengulangkaji di rumah. Laporan Mohd Nasir (2001), dalam kajiannya mendapati, faktor ibu
bapa

adalah penting untuk menentukan tahap penguasaan tilawah al-Quran anak-anak

mereka.Sikap ibu bapa yang tidak prihatin dengan pendidikan anak-anak terutama pendidikan
al-Quran akan mengakibatkan berlakunya keciciran dalam menguasai tilawah al-Quran,
sehubungan dengan masalah pembelajaran al-Quran.
Masalah penguasaan murid dalam al-Quran dan tajwid membelenggu anak-anak didik
kita hari ini, salah satunya berpunca daripada kelemahan kurikulum Pendidikan Islam itu
sendiri, di samping bilangan murid yang terlalu ramai di dalam satu-satu kelas. Kedua-dua
punca ini, merupakan penyumbang kepada kelemahan dan kegagalan murid dalam
penguasaan kemahiran membaca al-Quran secara bertajwid. Perkara ini, telah dipersetujui
oleh Jemaah Nazir Persekutuan (1994), yang menyatakan bahawa bilangan murid dalam
kelas yang ramai mengurangkan peluang guru mendengar dan memperbetulkan bacaan murid
secara talaqqi dan musyafahah serta membuat aktiviti pengukuhan. Menurut Farehan bt.
Mohd. Hamid (2000), kebanyakan pelajar berada di tahap sederhana dalam bacaan al-Quran,
di mana seramai 44.4% pelajar boleh membaca nun sakinah 28.8% pelajar dapat menyebut
nun sakinah dengan baik dan sebanyak 20.6% pelajar lemah.
Akhir sekali, pembelajaran yang berorientasikan peperiksaan juga menyumbang
kepada faktor ini. Di samping, teknik pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang kurang
berkesan, kelemahan dan kekurangan penguasaan kemahiran membaca al-Quran di kalangan
guru dan ibu bapa adalah merupakan penyumbang kepada masalah penguasaan bacaan alQuran di kalangan murid. Ketiadaaan budaya membaca al-Quran di kalangan masyarakat dan
ibu bapa juga menjadi faktor penyumbang kepada masalah kemahiran penguasaan hukum
tajwid di dalam pembacaan al-Quran. Ini kerana pembacaan al-Quran yang betul dan
bertajwid memerlukan latihan dan amalan yang berterusan sehingga benar- benar menguasai
kaedah bacaan mengikut cara dan kaedah bacaan yang betul. Perkara yang utama sekali ialah
7

HBQE2103/2015 -HAFIZOH
HASSAN

kebolehan membaca al-Quran dengan betul, baik dan fasih sebutan huruf-hurufnya, Salem
(1982) dan Mohd Yusuf Ahmad (1997), dalam kajian Rahimah bt. Deraman (2010).
3.0 CADANGAN MENGATASI MASALAH DAN KELEMAHAN MURID DALAM
ILMU TAJWID
Setelah mengenal pasti kelemahan murid, secara spesifik berhubung dengan tahap
penguasaan hukum tajwid di kalangan murid khususnya sekolah rendah, di antara cadangan
saya adalah seperti berikut ;
Ibu bapa hendaklah memainkan peranan penting dalam mendidik anak-anak supaya
mengenali dan mencintai al-Quran kerana didapati sebilangan kecil murid yang tidak dapat
membaca al-Quran disebabkan tidak mendapat pendedahan awal semenjak kecil. Mereka
perlu memberi perhatian kepada anak-anak dengan memberi tunjuk ajar dan meluangkan
masa untuk membaca al-Quran bersama-sama. Kebanyakkan ibu bapa sekarang sudah mula
menyedari betapa pentingnya ilmu al-Quran dan tajwid sepatutnya disemai dalam diri anakanak sebagai benteng kehidupan dalam persiapan mengharungi arus globalisasi yang
menyajikan berbagai corak dan gaya kehidupan yang bertentangan dengan norma masyarakat
dan syariat Islam. Dengan berbudayakan al-Quran diharapkan agar anak-anak warisan tidak
terus hanyut ditelan arus era globalisasi yang amat mencabar kehidupan seharian mereka.
Selain itu, guru-guru Pendidikan Islam hendaklah mempunyai mutu bacaan yang alQuran yang baik, sebutan huruf yang sempurna dan mempunyai pengetahuan dalam ilmu
tajwid supaya bacaan guru baik dan sempurna untuk membimbing murid. Jika guru membaca
al-Quran tidak betul dan kurang sempurna, ia akan mempengaruhi bacaan murid. Seterusnya,
guru-guru hendaklah tegas dan teliti ketika membimbing murid semasa bacaan al-Quran. Di
samping mereka perlu memahami kelemahan dan kemampuan murid supaya mereka tidak
rasa tertekan dengan tindakan yang diambil.

Keperihatinan guru-guru terhadap murid-murid adalah perkara paling penting. Guru perlu
mengambil berat berhubung dengan masalah-masalah yang dihadapi murid terutama hal-hal
berkaitan dengan pembelajaran al-Quran, kerana mereka ini memerlukan pemerhatian yang
lebih. Untuk meningkatkan

lagi penguasaan dan juga kemahiran murid-murid dalam


8

HBQE2103/2015 -HAFIZOH
HASSAN

pembacaan al-Quran bertajwid, guru-guru seharusnya mencari kaedah-kaedah pengajaran dan


pembelajaran yang sesuai untuk diaplikasikan dalam pengajaran seterusnya menarik minat
pelajar. Mempelbagaikan bahan bantu mengajar juga dapat membantu kefahaman murid
dalam pembelajaran al-Quran.
Seterusnya, pihak sekolah dan para guru hendaklah seimbangkan kepentingan mata
pelajaran akademik dan mata pelajaran agama khususnya tilawah al-Quran, walaupun ia
tidak dinilai di dalam peperiksaan awam tetapi ia sangat penting untuk membentuk peribadi
murid untuk dunia dan akhirat.
4.0 HUKUM MAD
4.1 DEFINISI MAD
Mad dari sudut bahasa bermaksud pertambahan. Dari sudut istilah Qurra, ia
bermaksud menambah atau memanjangkan suara pada kadar dua hingga 6 harakat
dengan menyebut satu huruf daripada huruf-huruf mad)

( dan lin ) ( dan

kadarnya ialah lebih panjang daripada mad tabii ketika wujudnya sebab-sebab
tertentu.
4.2 HURUF-HURUF MAD DAN LIN
Mad mempunyai tiga huruf yang mempunyai syarat-syarat tertentu. Huruf-huruf ini
dinamakan huruf mad dan lin disebabkan panjangnya suara dengannya, mudah untuk
disebut dan tidak memberatkan sebutan.

Alif sakinah sebelumnya


berbaris di atas

Ya sakinah
sebelumnya baris di
bawah

HBQE2103/2015 -HAFIZOH
HASSAN

Huruf-huruf
Mad

Wau sakinah sebelumya


baris di hadapan

Rajah 1.2 Huruf-huruf mad.

Alif sakinah Hendaklah alif itu sakinah dalam sebelumnya huruf yang berbaris di
atas. Contohnya : Surah Yusuf 10

Wau sakinah Sebelumnya adalah huruf yang berbaris dihadapan. Contohnya : Surah
al-Baqarah 5

Ya sakinah Sebelumnya huruf berbaris di bawah. Contohnya : Surah al-Fatihah 1

4.3 PEMBAHAGIAN MAD


Mad terbahagi kepada dua iaitu ;

i.

Mad Asli

ii.

Mad Farie

Mad asli juga dikenali dengan mad tabii, iaitu sesuatu yang tidak akan
sempurna sebutan sesuatu huruf mad kecuali dengannya. Ia tidak memerlukan
sebab-sebab tertentu. Tidak akan sempurna bacaan sesuatu kalimah kecuali
dengan menyebutnya. Tanda mad asli ialah wujudnya salah satu daripada tiga
huruf mad ( ( dan didahului dengan huruf hamzah serta tidak wujud
selepasnya huruf hamzah atau sukun. Kadar panjang bacaan mad tabii ialah
dua harakat. Iaitu dengan membuka gengaman dua jari tangan atau
menggengamnya dengan kadar yang sederhana. Tidak terlalu cepat atau
perlahan.

Contoh ; -

Mad asli terbahagi kepada beberapa jenis di antaranya seperti berikut ;


10

HBQE2103/2015 -HAFIZOH
HASSAN

i.

Tetap dan kekal sama ada ketika waqaf ataupun wasal. Contoh : Surah
al-Fatihah

ii.

Kekal dan tetap ketika wasal dan hilang atau dibuang ketika waqaf.
Contoh : surah al-Isra

iii.

Kekal dan tetap apabila waqaf dan hilang atau dibuang ketika wasal.
Mempunyai beberapa keadaan iaitu ;

Berhenti pada huruf mad tabii iaitu huruf alif. Contoh : surah
al-Ahzab

Berhenti pada kalimah-kalimah yang mempunyai huruf alif.


Contoh : Surah al-Kahfi

Berhenti pada salah satu huruf mad yang tiga. Contoh : Surah
al-Naml -

Jenis-jenis mad yang termasuk di dalam mad asli seperti di bawah

Mad silah Sughra

Mad Al-Iwad

Jenis-jenis mad
termasuk dalam
mad asli

Mad al- Tamkin

Rajah 1.3 Huruf-huruf mad.

Mad Farie adalah mad yang lebih panjang daripada mad asli kerana beberapa sebab
di samping adanya salah satu daripada huruf mad yang tiga. Mad asli panjangnya
tidak melebihi mad tabii iaitu sebanyak dua harakat, kecuali jika wujud beberapa
sebab hingga menjadikan mad tersebut mempunyai kadar bacaan empat, lima atau
enam harakat. Sebab-sebab mad farei adalah;
11

HBQE2103/2015 -HAFIZOH
HASSAN

i.

Sebab Lafzi Iaitu sebab-sebab lafaz yang mengubah panjang mad tabii
lebih daripada dua harakat. Sebab ini terbahagi kepada dua, iaitu hamzah dan
sukun.

ii.

Sebab Manawi Bertujuan untuk berlebih-lebihan atau bersangatan di dalam


penafian. Contohnya di dalam surah al-Anbiya : 87- . iaitu
berlebihan-lebihan dalam menafikan kewujudan tuhan selain Allah SWT. Ia
menjadi kebiasaan orang arab.

Hukum-hukum mad farei seperti di bawah

Wajib:
Mad Muttasil

Harus:
Mad Munfasil, Mad
Aridh lin sukun dan
Mad badal

Hukum-hukum
mad farei

Lazim:
Mad Lazim

Rajah 1.4 Hukum-hukum mad farei.

Wajib Hukum ini khas kepada mad muttasil sahaja. Wajib memanjangkannya
melebihi mad tabii berdasarkan kesepakatan semua ulamak Qurra.

Harus Hukum ini khas bagi mad munfasil, mad aridh lin sukun dan mad badal.
Kesemuanya harus dibaca secara mad atau qasar.

Lazim- Hukum ini khas bagi mad lazim sahaja. Iaitu mad ini melazimi panjangnya
sebanyak enam harakat dalam semua keadaan.

5.0 PENUTUP
12

HBQE2103/2015 -HAFIZOH
HASSAN

Penguasaan ilmu tajwid dan al-Quran adalah selari dan dituntut ke atasnya,
pembacaan ayat-ayat suci Allah s.w.t adalah satu keperluan bagi setiap muslim. Malah
penguasaan seseorang terhadap terhadap ilmu tajwid adalah satu jaminan bagi keupayaan
seseorang menguasai pembacaan al-Quran dengan betul, fasih dan sempurna. Bacaan alQuran yang bertajwid merupakan kesebatian yang sungguh tinggi dan ianya tidak dapat
dipisahkan lagi antara kedua-duanya.

Kejanggalan atau kesalahan

akan lahir dalam

pembacaan al-Quran tanpa bertajwid, bahkan ianya akan mendatangkan kesumbangan dan
kesalahan yang nyata. Namun sebaliknya apabila terdapat kesepaduan antara bacaan dengan
hukum tajwid sudah pasti ia akan menyerlahkan bacaan yang elok dan sebenar seperti yang
dituntut dalam tilawah al-Quran dan secara tidak langsung ia akan memaparkan keindahan
dan kehalusan serta ketinggian mukjizat al-Quran.
Oleh itu berbagai langkah perlu dijalankan bagi mempertingkatkan penguasaan
bacaan al-Quran bertajwid di kalangan murid. Tanpa usaha yang berkesan, generasi al-Quran
yang dicita-citakan akan terus malap dan tengelam. Pembentukan generasi al-Quran bukanlah
satu usaha yang remeh dan mudah. Oleh itu kerjasama dari semua pihak amatlah diperlukan
untuk merealisasikan hasrat dan matlamat ini. Sikap menuding jari haruslah dikuburkan dan
bangkitlah serentak bersama dengan satu azam dan iltizam yang istiqamah kerana Allah s.w.t
semata-mata. Segala usaha haruslah bermula dari anak-anak yang mesti diasuh, dididik,
dibimbing dan didampingi dengan secukupnya ke arah menghayati dan mencintai al-Quran.
Pemerkasaan pendidikan al-Quran perlu dimartabatkan kepada setiap generasi supaya alQuran tidak hanya sekadar menjadi perhiasan tulisan yang cantik sahaja tetapi ianya perlu
dihayati dalam setiap jiwa manusia yang inginkan kedamaian dan kebahagiaan di dunia dan
akhirat
Pembacaan al-Quran yang tepat dan bertajwid akan memperolehi keredhaan Allah
s.w.t. dan sebaliknya jika pembacaan al-Quran yang bersalahan dengan hukum tajwid akan
mendapat laknat Allah. Untuk mengelakkan perkara tersebut kita hendaklah mempunyai ilmu
yang mantap dalam satu-satu bidang tertentu. Lebih-lebih lagi perkara yang berkaitan ilmu
agama yang menjadi tuntutan yang wajib ke atas kita, mempelajari, mengamalkan dan
menghayatinya dalam kehidupan seharian. Sebagaimana Hadith Rasulullah s.a.w.

yang

bermaksud: Dari Anas bin Malik r.a, katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Menuntut ilmu
adalah satu fardu yang wajib atas tiap-tiap seorang Islam, (Ibnu Majah).
(2800 patah perkataan )
13

HBQE2103/2015 -HAFIZOH
HASSAN

7.0 RUJUKAN
Buku;
Ahmad ,.A. G . (1997). Tahap Penguasaan Pembacaan al-Quran di kalangan Pelajarpelajar Sekolah. Tesis sarjana yang tidak diterbitkan. Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
14

HBQE2103/2015 -HAFIZOH
HASSAN

Hassan, .M . (1985).Pelajaran Ilmu Tajwid al-Quran Rasm Uthmani . Dinie Publisher .


Kuala Lumpur.
Khairul, .A. , Zulhilmi, M., N. (2012). HBQE2103: Meteor Doc. Sdn. Bhd.:Selangor Darul
Ehsan.

Internet;
https://hafizulmitib.wordpress.com/category/pengenalan-tajwid/
Diperolehi pada 15 Jun 2015

http://e-tajwidquran.blogspot.com/p/pengenalan-tajwid.html
Diperolehi pada 18 Jun 2015
http://mujahidahwaljihad.blogspot.com/2013/04/hukum-mad-mad-menurut-bahasaadalah.html
Diperolehi pada 16 Julai 2015
http://pismkkempas.blogspot.com/2010_10_01_archive.html
Diperolehi pada 20 Julai 2015

15