Anda di halaman 1dari 2

Saya memang setuju dengan pendapat Konsep Pembangunan Modal Insan

adalah cetusan idea Yang amat Berhormat Tun Abdullah Hj Ahmad Badawi pada
tahun 2006 . Salah satu aspek penting dalam pembangunan modal insane
adalah keperluan kesihatan.
Kesihatan adalah harta yang paling berharga bagi seseorang manusia, tanpa
badan yang sihat, seseeorang itu tidak dapat melakukan apa-apa kerja dan
aktiviti. Ini adalah kerana Otak yang cerdas juga datangnya daripada badan yang
sihat. Otak yang cerdas juga membolehkan kita berfikir dengan rasional apabila
menghadapi sesuatu perkara atau masalah, seterusnya kita akan menjadi lebih
kreatif dan inovatif. Oleh itu, kesihatan adalah perkara yang paling diutamakan
dalam pembinaan sesebuah negara.
Di samping itu, pelaksanaan kempen-kempen dan program-program juga dapat
memberikan kesan positif kepada seseorang terutama dari segi kerohanian,
emosi, intelek, bina insan, perpaduan dan patriotism serta melatih murid
mendisiplinkan diri melalui setiap aktiviti yang telah dirancang. Program ini juga
diharap dapat dapat melahirkan modal insan yang

cergas disamping

menyihatkan badan.
Kesimpulannya, Warga Negara yang sihat akan mewujudkan tenaga kerja yang
produktif dan merupakan satu input penting bagi pertumbuhan ekonomi dan
pembangunan modal insan.
Oleh itu, kerajaan telah memberikan banyak tenaga dalam pembangunan modal insan.
Contohnya, projek susu sekolah 1 Malaysia yang telah dilancarkan akan dimanfaatkan
murid di samping pemberian multi vitamin di sekolah rendah seluruh negara bagi
meningkatkan kesihatan, sekali gus menyeimbangkan pemikiran dan membentuk modal
insan sihat, cergas dan berkualiti.
Selain itu, amalan gaya hidup sihat penting kepada semua lapisan masyarakat untuk
menikmati tahap kesihatan yang baik. Tahap kesihatan rakyat yang baik dapat menjamin
maruah diri dan meningkatkan produktiviti negara. Oleh itu, setiap individu perlu
menjauhi gaya hidup yang negatif dan tidak sihat seperti pengambilan alkohol yang

banyak, ketagihan rokok dan juga pengambilan dadah atau pil-pil perangsang. Hal ini
dikatakan demikian kerana amalan gaya hidup yang tidak sihat akan menjejaskan
kesihatan dan mengancam nyawa sendiri atau nyawa orang lain.
Modal insan inilah yang merupakan aset yang boleh disuntik nilai tambahnya,
ditingkatkan nilai inteleknya serta diperkaya modal budayanya. Kesihatan merupakan
salah satu unsure utama dalam pembangunan modal insan bagi meningkatkan daya saing
dan produktiviti negara. Bersesuaian dengan kehendak industri serta pasaran semasa dan
masa hadapan, pembangunan modal insan perlu dirancang dengan rapi agar dapat
meningkatkan bina upaya generasi muda Malaysia ke arah melahirkan guna tenaga yang
terlatih dan berdaya saing, sepadan dan mencukupi dengan keperluan negara pada 2020.
Kesihatan terbentuk hasil dari satu keadaan seimbang di antara seseorang individu
dengan persekitaran fizikal, biologi dan sosialnya. Keseimbangan ini membolehkan
modal insane berfungsi dengan baik.

Salam sejahtera.
Kesihatan merupakan salah satu unsur utama dalam pembangunan
modal insan bagi meningkatkan daya saing dan produktiviti
negara. Saya setuju kepada pandangan cikgu. Sebagai seorang
manusia, kita dapat mengetahui bahawa aspek kesihatan adalah
berkait rapat dengan kehidupan kita, tanpa kesihatan sama seperti
tanpa nyawa dan ini dapat menerangkan perkembangan negara
tersebut dengan secara langsung.
Ciri-ciri yang berkualiti tinggi mestilah dimiliki oleh seseorang
individu yang digolongkan kepada kumpulan modal insan, misalnya
mengamalkan bersemangat, pengamalan budi bahasa yang tinggi,
bersedia bekerja kuat dan bekerja dengan rajin. Di samping itu, tahap
kesihatan yang tinggi akan membekalkan fikiran yang munasabah
dan idea yang kritis serta kreatif untuk melancarkan dan menjayakan
program-program yang dilaksanakan. Dengan ini, seseorang individu
yang mempunyai tubuh badan yang sihat, fikiran yang positif, jiwa
yang bersemangat akan menjadi modal insan dan ini juga akan
melahirkan modal insan yang mempunyai kualiti tinggi dan sedia
memberi sumbangan terhadap pembangunan masyarakat.