Anda di halaman 1dari 2

5.

KUMPULAN SASARAN

Kajian dalam menangani masalah sebutan bagi subjek Autistik

ini melibatkan

seorang subjek dari Kelas Aktif. Subjek yang dipilih adalah seorang subjek lelaki
berbangsa Cina. Subjek tersebut adalah daripada golongan keluarga berekonomi
sederhana yang tinggal berhampiran dengan kawasan sekolah. Subjek S1 adalah
dalam kategori Autistik yang menampakkan ciri-ciri seperti lambat bertutur, tidak
fokus, Namun, Subjek ini juga didapati lambat menggerakkan mata dan kepala
mereka ke arah bunyi yang diberikan seolah-olah subjek kelihatan seperti orang
pekak. Subjek juga tidak memberikan sebarang respon apabila nama dia dipanggil
dan subjek juga dilihat terlalu diam berbanding murid lain yang sebaya dengan
mereka berdasarkan maklumat dan pemerhatian pengkaji, maklumat terperinci
tentang subjek adalah seperti dalam Jadual 5 dan 6 di bawah.
Jadual 1
Demografi Subjek Kelas Aktif
No.

Nama

Jantina

Bangsa

1.

Subjek 1 (S1)

Lelaki

Cina

Jadual 2
Kategori Subjek kajian kelas Aktif
Nama

S1

Umur

Kategori

Autistik

Pencapaian

Masalah

Akademik

Sampingan

Lemah

Pertuturan

Berdasarkan maklumat di atas menunjukkan S1 subjek Autistik tidak dapat


membangunkan kemahiran pertuturan mereka sendiri dan memerlukan satu sistem
komunikasi yang berkait dengan pengalaman, persekitaran dan interaksi mereka
dengan orang dewasa (Light dan Drager, 2007).
16

Hal ini menunjukkan kanak-kanak autistik memerlukan pengajaran secara


individu. Oleh itu, strategi pengajaran dan pembelajaran masteri dengan
menggunakan Boneka tangan haiwan amat sesuai digunakan kerana menekankan
pembelajaran secara individu. Kanak-kanak autistik tidak dapat membangunkan
kemahiran pertuturan mereka secara automatik (Ministry of Education British
Columbia 2000) seperti kanak-kanak tipikal yang lain tetapi dapat membentuk satu
bentuk komunikasi mereka sendiri. Biasanya, mereka akan menggunakan pergerakan
tubuh badan dan ekspresi sebagai medium komunikasi. Oleh itu, guru-guru perlu
memahami dan mempunyai pengetahuan tentang bentuk komunikasi kanak-kanak
ini. Aktiviti-aktiviti seperti memandang muka guru semasa guru mengajar,
memandang satu kedudukan (tidak memerlukan bertentang mata) dan meletakkan
tangan pada tempat yang diarahkan serta memberi pujian dapat membantu mereka
membentuk kemahiran bertutur secara tidak langsung.
Di samping itu, strategi pemusatan murid dan bahan seperti boneka tangan
boleh digunakan oleh guru-guru pendidikan khas terhadap kanak-kanak autistik.
Murid-murid digalakkan bergerak aktif dalam aktiviti pembelajaran yang dijalankan
manakala guru merupakan pemimpin yang membimbing murid-murid menjalankan
aktiviti pembelajaran. Sebagai contoh penggunaan skrip sosial sebagai bahan
pengajaran. Berdasarkan kajian , apabila kanak-kanak autistik yang diajar
menggunakan skrip sosial melalui contoh, penggalakan dan pengukuhan, interaksi
mereka dengan rakan sebaya dan orang dewasa didapati meningkat secara tidak
langsung (Ganz, Kaylor, Bourgeois dan Hadden, 2008) selain dapat menggalakkan
pertuturan.

17