Anda di halaman 1dari 10

ERA REALISME

PENGENALAN
Sejarah seni catan merupakan rantaian yang tiada berputusan sejak karya
pertamanya dicipta. Semenjak penemuan ciptaan catan dinding di gua-gua batu di
Selatan Perancis dan Sepanyol, khususnya di Lascaux kira-kira tahun 30,000 hingga
10,000 sebelum masehi yang mana seni catan telah menggambarkan alam fana yang
sentiasa berubah-ubah dan merakamkan bagaimana pula idea manusia itu juga turut
bertukar dan berkembang melalui pengaruh dan aliran dari zaman ke zaman. Kedua-dua
aspek tersebut iaitu alam dan pemikiran manusia ini terus dieksploitasikan menerusi
beberapa bentuk pernyataan bahantara dengan gaya yang tersendiri. Melalui bahanbahan yang tidak terhad inilah individu-individu atau para karyawan melahirkan
perasaan dan fikiran bagi meneroka ke alam seni yang penuh misteri dan
memaparkannya ke dalam karya yang penuh kreatif. Proses artistik ini dilakukan oleh
semua pelukis dan tidak terkecuali juga para pelukis (penggiat) tanahair.
Catan yang dihasilkan oleh pelukis tempatan juga sentiasa menjelaskan sesuatu
tujuan. Di antaranya ialah impresi mereka terhadap realiti secebis kehidupan yang
terdapat dalam alam sekitar dan masyarakat disekeliling mereka. Mereka juga
merakamkan pelbagai perasaan dan reaksi terhadap apa yang dilihat dengan pelbagai
gaya serta aliran yang menjadi ikutan sezaman. Mereka ini merupakan manusia yang
dikurniakan oleh Tuhan dengan nilai dan kepekaan yang tinggi sehingga dapat
menyedarkan audien tenteng suatu keindahan yang terdapat pada alam.
Nilai yang tersirat dalam sesebuah karya seni inilah yang dapat menggerakkan
emosi estetika kita. Mengikut pendapat Clive Bell, seorang ahli estetika barat : para
pelukis merupakan insan yang bijak menyusun, mengatur dan membuat diskriminasi
semua unsur formalistik. Kombinasi dan hubungkait garisan dan warna dalam sesebuah

catan akan melahirkan bentukan signifikan dan bentukan ini adalah milikan bersama
semua karya seni tampak yang dapat menggerakkan emosi estetika seseorang itu 1.
Kita boleh memerhatikan bagaimana eleman-eleman seni itu seperti garisan,
rupa, bentuk, ruang dan warna dijalin dalam kerja-kerja seni untuk membawa suatu
hubungan yang bermakna. Bagaimana pelbagai media seperti catan, arca, seramik dan
lain-lain lagi dapat memainkan peranan dalam mementukan kelangsungan kreativiti
seni. Ini menjelaskan kepada kita bahawa sejarah itu amat penting dalam memberikan
pengalaman dan pengetahuan seni kepada para seniman untuk berkarya. Mohd Zaihidee
dalam rencananya bertajuk Seni : Cabaran kepada Pengalaman dan Pengetahuan
menjelaskan, melalui sejarah lampau akan memberikan kepekaan di mana kita berada
dan ke mana kita akan pergi. Di dalamnya ada historical, sosial, politikal dan stalistik
yang banyak membantu dalam mentafsir dan memberi makna dalam kehidupan 2.
Keupayaan seniman dalam mempengaruhi pandangan tampak terhadap audien
banyak dipengaruhi oleh aspek-aspek kemantapan idea, kemantapan pengalaman
disamping kemampuan seniman menonjolkan isu-isu semasa yang menjadi daya tarikan
audien. Sekalipun seniman itu mempunyai aliran atau gerakan dalam rentak dan gaya
karyaan tetapi kepekaan terhadap alam sekitar itu amat penting.

1
2

Baharudin Mohd. Arus, Seni Lukis dan Kehidupan Masa Kini, Dewan Budaya Nov. 1996, hal 64
Mohd Zaihidee Hj Arshad, Seni : Cabaran Kepada Pengalaman dan Pengetahuan (Tinjauan dalam Karya
Abstrak), UPSI 2000, ha1128

Pengenalan Era
Seni lukis adalah sentiasa hidup dan berkembang. Perkembangan pula adalah
bertitik tolak dari gejala kehidupan alam persekitaran. Pemerhatian, penghayatan,
kepekaan, serta dalam menghayati nilai-nilai estetika alam ini membuatkan para
seniman sentiasa mendahului daya khayal dan keluasan fikiran dalam menghasilkan
ciptaan seni. Sifat individu yang terdorong oleh psikologi ini seterusnya menentukan
nilai seni yang sifatnya melambangkan ciri-ciri keperibadian hakiki.
Kata-kata dari seorang penulis ada menyebut, Lukisan adalah jiwa tampak.
Oleh itu, pelukis harus bebas dari kekangan-kekangan yang datang dari pelbagai bentuk
kolektiviti, agar ia benar, iaitu menampilkan apa yang terasa dalam hati, yang
bergerak dalam jiwanya, secara murni, lurus dan tidak terhalang. Dia harus merdeka
semerdekanya , terlepas dari segala moral mahupun tradisi untuk hidup subur, segar,
dan merdeka3.
Mencintai seni lukis sebenarnya telah menjurus kepada mendekati alam sebagai
titik tolak yang penting untuk disoroti. Sesungguhnya alam bukan sahaja sesuatu yang
tampak , tetapi sesuatu yang dapat dirasai dan dihayati. Secara tidak langsung, seni
lukis ini bukan sekadar mengharapkan pemerhatian berasaskan kepada pengetahuan dan
pemahaman namun yang lebih bererti ialah kesudian untuk menghayati serta
menghargainya. Bunyi ombak di laut, desiran pepohon dan reranting dibelukar serta air
di jeram kadangkala memancarkan gemuruh di hati atau memanggil ketenangan dan
kerinduan. Kehijauan pekat hutan di bukit bukau menjadi semacam kecap rasa yang
pelbagai rupa untuk di tafsirkan.
Seorang penyair yang peka malah menghayati nilai estetika alam sehingga dapat
melahirkan nada-nada puisi. Seorang ahli muzik menyusun nota-nota lagu, manakala
seorang juru tari yang gemalai pastinya tidak akan mengabaikan nilai pandang yang
3

Sanento Juliman, Seni Lukis Indonesia Dulu dan sekarang, Sani, Mei/Jun, 1969, hal 37.

mengegarkan itu. Manakala seorang pelukis yang ekspresif nilai pekanya cuba
mengabadikannya pada helaian kertas atau kanvas.
Oleh kerana adanya sifat dan unsur bebas yang dipunyai oleh para pengkarya
atau seniman ini, maka mereka berhak mengabadikan dengan keinginannya sendiri.
Maka dengan itu juga munculah pelbagai pengaruh dan era yang berjalan seiring
dengan zaman atau peristiwa samada dibidang teknologi mahupun industri, disamping
politik mahupun ekonomi yang pesat membangun dan bergerak cepat.
Sejarah perkembangan seni barat bermula dengan Seni Di Zaman Pertengahan
iaitu dengan zaman Christian Art, Romanesque Art dan Medievel Art yang mana antara
artisnya ialah Coppo, Duccio, Giotto dan Cimabue. Kemudian Seni Di Zaman
Renaissance dengan aliran atau gerakan Romantism, Classism dan Naturalism. Artisnya
terdiri daripada Leonardo da Vinci, Raphael, Giovanni Bellini, Titian dan lain-lainnya.
Seterusnya muncul pula seni di Zaman Baroque dan Rococo dengan aliran atau gerakan
Barroque dan Dutch Painting. Antara artis-artisnya ialah Rembrandt, Rubens,
Caravaggio, Tiepolo, Gian Lorenzo Bernini dan lain-lain.
Seterusnya muncul seni abad ke 18 dengan aliran Romantism dan NeoClassism dengan para pelukisnya terdiri daripada Goya, Gainsbrough, Marat, Delacroix
dan Rossetti. Kemudian pada abad ke 19 muncul pula aliran Realisme (1850),
Naturalisme, Impressionisme (1870), Post-Impressiosme (1880) dan Art Nouveau
(1890). Antara atis-artisnya ialah Courbert, Millet, Manet, Daumeir, Monet, Degas,
Gaugein, Van Gogh, Seurat, Cezanne dan lain-lain.
Seni di abad 20 pula di turuti dengan seni Abstrak dan Seni Modern. Aliran atau
gerakan antaranya termasuklah Cubism (1906), Expressionisme (1905), Fauvisme,
Futurisme (1909), Dadaisme (1916), Surrealisme (1924) dan Abstrak Ekspressionisme.
Dan akhir sekali zaman Post- War- Art dengan aliran Environment Art (1950),

Happenings (1950-60an), Pop Art (1960), Op-Art (1960 an), Minimal Art, Coceptual
Art (1970) dan Land Art.

Rajah aliran perkembangan Seni Moden Barat dipetik dari Bahan sumber4

Realisme (1850)
4

Mazlan Mohamad Pendidikan Seni 2 : Kurikulum Pendidikan Seni.Kump. Budiman Sdn Bhd. 1997,
hal 14

Realisme adalah merupakan permulaan perkembangan seni moden barat yang


bermula sekitar 1850an. Aliran ini juga disebut sebagai Naturalisme. Sebenarnya aliran
atau gerakan ini telah bermula sejak zaaman Yunani hinggalah mencapai kemuncaknya
pada Zaman Keemasan atau Kelahiran Semula atau disebut juga Renaissance.
Mencintai seni lukis bermakna mendekati alam sebagai satu subjek yang perlu
kita selami dan hayati keindahannya. Alam ini bukan suatu yang tampak namun suatu
yang perlu kita rasa dan hayati bukan sahaja melalui pemerhatian malahan mengetahui,
memahami, menghayati serta menghargainya. Justeru itu pelukis realisme ini berhak
dalam mengabadikan karyanya melalui keinginannya sendiri.
Bentuk-bentuk karya ini lebih kepada menyajakan bentuk yang kita jumpai
sehari-hari. Wajah-wajah manusia, alam benda, pemandangan serta peristiwa adalah
merupakan contoh karya aliran realisme. Para pelukis cuba menjadikan mereka karya
melalui keindahan dan kemiripan sesuatu objek. Segalanya diabadikan melalui
pengelihatan yang wajar dan secara tidak langsung, dalam era atau gerakan ini, pelukis
mementingkan benar lukisannya atau menyerupai dengan bentuk objek. Justeru itu,
prinsip dan asas seni reka amat dititikberatkan selain ukuran, bentuk dan bayang.
Fahaman realisme ini lebih berdasarkan kepada detail objek.
Realisme di barat bermula dalam tahun-tahun 1840-an yang merupakan reaksi
terhadap aliran romantisme, iaitu satu aliran yang terlalu berurutan dengan perasaan.
Antara pelukis terkenal ialah Gustave Courbert (1819-1877), Manet (1832-1883), Corot
(1796-1875), Millet (1832-1883),
Di Malaysia, aliran ini juga telah dipelopori oleh pelukis-pelukis seperti Amron
Omar, Ibrahim hussein, Hussein Enas, Mazli Mat Som dan pelukis tempatan.
Mazli Mat Som misalnya, ialah pelukis golongan aliran ini yang begitu
menonjol dengan lukisan potret. Baginya setiap wajah yang dilihatnya mempunyai

keindahan yang tersendiri dan beliau cuba untuk mengekalkan keindahan itu.
Umpamanya sebuah karya beliau sempena ulang tahun kemerdekaan yang ke 10, yang
mana beliau telah memilih wajah anaknya sebagai model mewakili kanak-kanak
perempuan yang seusia dengan kemerdekaan tersebut. Antara contoh karya beliau
seperti Yati (1963), Pasar minggu (1964), Menanti Nelayan(1961)
Hussein Enas yang mana beliau merupakan seoranmg yang taat setia dengan
sekolah-sekolah realisme. Beliau sentiasa cuba menghayati dan merakamkan pelbagai
peristiwa, perasaan dalaman masyarakat melalui karya-karyanya. Tidak ketinggalan
juga seorang lagi pelukis yang terkenal dengan aliran realisma iaitu saudara Amron
Omar. Antara karyanya yang terkenal ialah Potret Diri 1982.

Analisa dan Kritikan


Tokoh Seni

Millet, Jean Francois (1814-1875)

Beliau adalah merupakan seorang anak lelaki kepada sebuah keluarga petani di
Greville,Normandy. Millet menunjukkan minat yang mendalam dalam bidang seni
lukis. Beliau telah tiba di Paris pada 1838 untuk menjadi pelajar kepada seorang tokoh
seni ketika itu iaitu Paul Delaroche. Menyelami sejarah hidupnya, beliau terpaksa
mengharungi kehidupan yang penuh dengan kemiskinan serta kepapaan dan juga
persaingan serta perbezaan yang hebat. Beliau mengadakan pameran yang pertamanya
di salon pada tahun 1840 dan berkahwin 2 tahun kemudiannya.
Ketika ini, beliau lebih terpengaruh kepada karya-karya Poussin dan Eustache
yang terdiri daripada bentuk hikayat atau cerita sebagai tema yang dilahirkan dalam
bentuk potret yang beliau memang berminat serta berbakat dalam bidang tersebut.
Pengalamannya hidup di kawasan pedalaman serta hubungan yang terputusputus dengan kampung halamannya di Normandy, bagaimanapun mendorong beliau
menjadikan pengalaman itu sebagai satu watak atau tema kehidupan yang penuh
nostalgia dalam setiap karya seninya.
Pada tahun 1848, beliau mengadakan pameran lukisannya di Salon yang
bertajuk The Winnower. Hasilnya telah mendapat pujian dari Theophile Gautier dan
telah dibeli oleh Menteri Dalam Negeri Paris di ketika itu iaitu Alexandra Ledru-Rollin.
Pada tahun 1849, apabila wabak penyakit taun muncul di Paris, Millet telah berpindah
ke Barbizon atas nasihat seorang rakan beliau yang bernama Charles-Emile Jacque
yang bekerja sebagai pengukir (1813-1894) dan tinggal di Theodore Rousseau.
Selama tinggal dan bekerja di kawasan tersebut, beliau banyak mencurahkan
khidmat dan merupakan salah seorang yang banyak membantu dalam membangunkan
Barbizon School. Hasil lukisannya yang bertemakan kawasan luar bandar atau
kampung halamannya menarik minat ramai antara tahun 1858 dan 1859 dan lukisan
yang paling terkenal ialah Anglus (Musee dOrsay) yang mana setelah 40 tahun

kemudiannya, lukisan tersebut dijual dengan harga yang menggemparkan iaitu 553,000
francs.
Walaupun beliau dicurigai atas kefahaman sosiolis, namun sikap dan pandangan
peribadinya terhadap pemilihan tema karyanya iaitu mengenai kehidupan para petani
amat pelik dan mempunyai 2 sifat yang bertentangan. Sebagai keturunan petani, beliau
cenderong melihat para petani sebagai singkat akal dan tidak menghiraukan akan
keindahan serta kecantikan dan seterusnya tidak menerima bangsa yang honest toil
(membanting tulang dengan jujur) sebagai rahsia kepada kebahagiaan. Menurut rakanrakan yang seangkatan dengannya, beliau adalah merupakan seorang yang jujur serta
beliau memperkenalkan kebenaran itu dalam bentuk yang diterima berserta dengan
keimanan atau tafsiran yang sempurna. Beliau juga menjadi simbol bagi pelukis-pelukis
muda, kerana beliau memang terkenal sebagai seorang yang mudah memberi bantuan
dan dorongan.
Dalam lawatan beliau ke Le Havre atas tiket Paint Potraits mendorong
Boudin untuk menjadi pelukis, dan kerja-kerja beliau banyak mempengaruhi Monet
dan juga Pissarro yang berkongsi kecenderungan politik yang sama. Diakhir-akhir hayat
kehidupannya, beliau telah mula mengggunakan lighter palette dan freer
brushstrokes,

dan

penghasilannya

menunjukkan

ada

pertaliannya

dengan

Impressionisme. Beliau mempunyai kesedaran yang terbatas tentang tonal values


tetapi perancangannya mempunyai tanda peringatan yang sangat besar yang dapat
menarik perhatian para pelukis-pelukis lain seperti Seurat dn Van Gogh, yang juga
mengambil tema dan buah fikiran yang serupa. Karier Millet juga banyak dibantu oleh
Durand-Ruel.
Mengikut Millet, melukis sesuatu dengan keadaan natural yang sebenarnya
adalah sesuatu yang sesuai dilihat dengan mata. Beliau dan penganut aliran ini memang

menentang golongan akademik dan masyarakat yang melukis gambar-gambar sopan


yang sedap dipandang. Melalui pelukis-pelukis yang cenderong dengan aliran Realisme
ini menyatakan bahawa Millet adalah pelukis pertama yang memilih subjek kehidupan
di luar bandar serta menyelongkar kisah kehidupan masyarakat tani.
Jean-Francois Milet dilihat sebagai seorang pelukis yang mementingkan
kehidupan yang realiti serta jujur. Melalui hasil karya-karyanya, para petani
digambarkan melalui watak-watak yang tidak kasar serta tekun lakukan kerja. Petanipetani tersebut membawa pengertian serta makna yang besar dan menjadi krakail peri
kemanusiaan di atas tanah mereka sendiri. Dengan kefahaman yang mendalam,
implikasi kelas dan kemanusiaan serta latar belakang sosialnya telah melahirkan
perasaan kecintaan yang mendalam terhadap realiti kehidupan golongan masyarakat
tani khasnya dan masyarakat luar bandar atau pedalaman amnya.

Anda mungkin juga menyukai