Anda di halaman 1dari 4

KEGEMILANGAN TAMADUN ISLAM PADA ZAMAN RASULULLAH :

ASPEK POLITIK
Wujudnya keutuhan dalam pentadbiran dan peningkatan kecekapan untuk menggerakkan
transformasi sosial secara berperingkat-peringkat dan memperkuatkan semangat untuk
memperjuangkan cara hidup Islam menjadi asas politik Madinah yang kukuh pada agama dan
tradisi . Perancangan dan pembangunan serta pentadbiran Madinah telah ditonjolkan sebagai
contoh di persada antarabangsa berperanan dengan berkesan atas berkat pertumbuhan bermutu.
Melalui wadah inilah, landasan kerangka besar perjuangan Islam yang tetap rasional dan
diungkapkan semula secara tersusun dengan memiliki ruang dan laluan terbuka dengan
kumpulan dan gerakan luar. Ikatan hubungan baik dengan semua negara berasaskan prinsip
kesaksamaan dan hormat menghormati antara satu sama lain menolong proses memperkuatkan
negara Islam. Organisasi-organisasi penting yang menyelenggara perlaksanaan strategi
pembangunan berperanan untuk memperkukukan sistem persekutuan yang berfungsi dan
menokok kecekapan pentadbiranuntuk memberikan pengarahan baru kepada umat Islam.
Tema menegakan kebenaran dan keadilan terus diperakui dengan pertumbuhan terus gagah
bersama semangat untuk menjamin keadilan dan kesaksamaan. Perancangan politik dalam
mengharungi dunia sejagat memerlukan perubahan stratergik dan perundangan kecil ditunjukan
sebagai peningkat dan pendorong semangat terhadap kemajuan negara dan menjanjikan satu
langkah hidup yang Islamik kepada tradisi-tradisi kebudayaan yang mewah dan banyak corak.
Melalui cara inilah, terhasilah daya dan keutuhan untuk membentuk satu langkah hidup Islam
secara adil dan saksama. Keberhasilan ini mencerminkan kejayaan strategi bagi mencapai
matlamat pembangunan setara. Dasar yang dilaksanakan bagi menguruskan negara serta
meningkatkan peranan dan bidang kuasa yang dibentuk seperti berikut :
1. Pentadbiran Pusat
Kerajaan Islam Madinah telah membuat satu susur galur politik yang padu dan rangkaian sistem
pentadbiran pusat yang paling kukuh berlandaskan campuran nilai-nilai Islam dan kebudayaan
tempatan. Sistem persekutuan ini menjaga hubungan setiap instrumen kerajaan yang berkait
antara satu dangan yang lain dalam satu pentadbiran dengan pengiktirafan hak-hak negeri dan

wilayah jajahan. Pembentukan Majlis Eksklusif dalam bentuk sistem persekutuan telah
menlaksanakan dasar-dasar negara yang terkandung dalam perlembangaan Madinah yang
menghubungkan strategi, program dan program dan projek yang dibentuk bagi mencapai
matlamat iaitu pertumbuhan mantap dan pengukuhan daya tahan politik serta membentuk
masyarakat yang bersatu dan setara.
Kerajaan Madinah dengan matlamat perberdayaan agama dan pembangunan rohani, dan caracara baru yang menegaskan tanggungungjawab pemimpin dalam membentuk keadilan dan
menyatukan perpaduan, telah memarttabatkan sifat-sifat islam yang tersendiri dalam
memperbaharui azam dan akal budi rakyat dan mencari solusi untuk masalah-masalah kaum
yang diharungi oleh masyarakat. Hubungkait negeri dengan pusat terus diperbaiki bagi
memperkuat sistem masyarakat setempat serta menjamin cara pembahagian kuasa dan peluang
penyertaan yang saksama. Dasar-dasar negara yang melibatkan keperluan wilayah akan dirujuk
kepada wilayah jajahan terlebih dahulu bagi mencapai kesepakatan. Isu-isu yang menyentuh
keperluan negeri dan daerah dijaga bagi menghalang dari perasaan terasing atau diketepikan.
Pentadbiran pusat

melaksanakan operasi

kerjaan

melalui

strategi

pentadbiran yang

memperjuangkan sesuatu sistem antarabangsa yang harmoni di mana politik dan agama
dirangkumkan. Rasulullah s.a.w sebagai Ketua Negara mengetuai pentadbiran Madinah dengan
perlantikan pasukan Penasihat (Mushir), Setiausaha (Katib), Wakil Khas (Rusul), Pesuruhjaya,
Penyair dan Pemidato (Shu`ara dan Khutaba), Pegawai-Pegawai Tugasan Am, Pentadbir
Wilayah, Gabenor (Wali), Pentadbir tempatan (Ruasa), Wakil Tempatan (Naqib), Hakim
(Qudat) dan Pentadbir Pasar (Sahib al-Suq) pelangkap tugas kerajaan dengan setiap entiti majlis
mengambil cara terbaik dari element masing-masing. Kerangka tunggal perundangan khas turut
dibentuk untuk mewakili kuasa kepada Sahabat r.a. dalam keadaan terdesak dengan perlantikan
Timbalan Rasul s.a.w. (Khulafa al-Rasul) sebagai pemangku Nabi s.a.w. di Madinah yang
terbaik sebagai jurubicara ummah ketika Ketua Negara keluar berdakwah dan berjihad. Nabi
turut ditolong oleh Pegawai Berganti dan Timbalan Peribadi yang memjamin bahawa prinsip
syura dimuliakan dengan penganjuran beberapa penambahbaikan dan kepakaran dalam lapangan
politik dan pentadbiran. Ini termasuklah penubuhan Jabatan Suray Menyurat (Diwan al-Insha),
penulisan dokumen politik, wahyu, warkah keselamatan, meterai kerajaan, perjanjian sulit,
pengutusan Wakil Keamanan, pelaksanaan Institusi Duta (Sifarah), sistem risalah, terjemahan

bahasa untuk tujuan dakwah dan perhubungan, pengurniaan perlindungan keamanan dan hadiah,
amaran perang dan perdamaian.
2. Pentadbiran Wilayah
Sebagai elemen tambahan kepada sistem persekutuan, pembangunan wilayah telah diperkuatkan
untuk mencapai keseimbangan dalam pengukuhan sosial dan ekonomi di seluruh wilayah dan
negeri, sabagai anjakan budaya antara lingkungan awam dan lingkungan pribadi, sementara visi
Islam diperbanyakan dalam kelangsungan masyarakat yang dipimpin oleh kuasa moral tertinggi.
Pentadbiran wilayah menunjukan penyatuan kebudayaan pelbagai bangsa yang memerlukan
kewibawaab dan kepintaran pentadbir untuk memberikan pengarahan setara dalam mengerah
kekuataan jemaah bagi merobohkan segala tembok-tembok budaya yang menggasir pegangan
agama dan keteluasan agenda rakyat.
Keperluan wilayah dalam struktur sosial dan politik Madinah telah diperbanyakan dengan
pencapaian yang lebih besar telah dicapai dalam bidang kerjasama serantau melalui pelaksanaan
beberapa projek usahasama untuk melonjakan pelaburan dan ekonomi dalam suasana politik
yang menggalakkan implementasi syariah yang lebih besar. Rasulullah s.a.w. telah mewujudkan
perjanjian damai dengan pelbagai suku kaum yang menetap berdekatan Madinah di wilayah
utara dan selatan dalam struktur meningkatkan kesefahaman dan menambahbaik hubungan di
atas prinsip kebenaran dan menghalang kekacauan dan pertembungan kuasa. Perjuangan
membentuk masyarakat dan negara Madinah yang adil berlandaskan kepada prinsip-prinsip asas
perlembagaan memperlihatkan bahawa tokoh-tokoh Sahabat r.a. terus menjalankan peranan
utama dalam perkembangan politik negara. Mereka diberi mandat untuk menggalas sebahagian
tugas pusat sebagai wakil kerajaan yang berkuasa mentadbir wilayah dan men pemerintahan
dengan pengasingan kuasa Ekskutif dan Pesuruhjaya Setempat. Bagi menjadikan Dewan
Wilayah benar-benar representatif, dasar kepimpinan negara telah melantik tokoh-tokoh
masyarakat,ulama dan pemimpin agama, wakil golongan belia dan pemuka kabilah sebagai
pentadbir tempatan dan ketua puak setempat yang mewakili suara rakyat.
Mereka diamanahkan mewujudkan sistem hisbah sebagai sebuah badan bebas yang akan
bertanggungjawab memungut zakat dan melindungi hak kewarganegaraan rakyat Madinah
berlandaskan kepada prinsip-prinsip asas sistem pemerintahan persekutuan dengan menjamin

hak-hak negeri dan penyertaan suara daerah yang berkesan. Mereka turut mengalas amanah
mengamankan sempadan dalam keluasan geografi Madinah yang luar dari pantai laut Merah di
barat ke Teluk Parsi dan Iran di timur. Kebolehan institusi gabenor turut diperbaiki bagi
memastikan reformasi menyeluruh berlaku dalam perundangan negeri dan kehakiman untuk
memperkuatkan misi keamanan dan menyusun semula struktur kabilah Arab, dan menetapkan
sistem institusi berpusat yang mewakili keperluan rakyat dan umat dalam mengiringi perutusan
penjanjian dan memartabatkan perhubungan antabarangsa, mengadili pertikaian, memungut
jizyah dan mentaksir zakat.
3. Pentadbiran Agama
Kerangka politik Madinah memberikan ruang seluas mungkin kepada beberapa pelan penting
yang bermatlamat untuk menjana syiar agama yang subur dengan dasar dan suasana yang
memberangsangkan. Galakan diberikan kepada pendidik dan ulama untuk meneruskan usahausaha menjamin kelangsungan pendidikan agama di peringkat kecil dan dewasa dengan
memartabatkan peranan mereka sebagai penyalur ilmu dan pendorong pembentukan akhlak di
kalangan generasi muda. Mutu pendidikan terus digalakan dengan melantik guru dan juru
dakwah dalam setiap kabilah untuk melaksanakan reformasi ilmu dan membentuk jalan baru
bagi mencapai agenda serantau dan pendidikan dengan penuh ketekunan. Institusi masjid
digerakkan untuk mewujudkan penghayatan dan pemindahan ilmu, dan menjamin peluang
latihan kepada penduduk tempatan. Kemudahan-kemudahan pelajaran disebar luas untuk
menyusun atur semula Madinah sebagai pusat penyebaran dakwah terkemuka.
Rasulullah s.a.w. menggalakkan Ashab al-Suffah untuk menghayati asas agama di masjid dan
melantik guru-guru agama yang aktif kepada kaum bangsawan di Bahrain dan Oman sebagai
Muqri dan Mu`allim yang mengarahkan kefahaman dan penghayatan Islam dan latihan tafaqquh
fi al-din. Muazzin dan Imam diposisikan dalam urutan keutamaan sebagai teras yang
memperkukuhkan kejayaan implementasi Islam. Pelaksanaan strategi pengukuhan serantau
disemarakkan dengan pelantikan Mufti, Pengurus Jemaah Haji (Amir al-Hajj), Penjaga Kaabah,
Pemegang tugas Siyaqah (bekalan air), Penjaga Tanah Haram, Petugas Hadyi (binatang
sembelihan), dan Pelaung Suara dengan matlamat menanamkan dasar kegiatan agama dan
menggalakkan penyertaan rakyat ke dalam gerakan dakwah sebagai penaik pertumbuhan negara
yang lebih rancak.

Anda mungkin juga menyukai