Anda di halaman 1dari 7

DEFINISI PERBANKAN ISLAM

Perbankan Islam adalah aktiviti perbankan yang dijalankan berlandaskan prinsip


Syariah. Perbankan Islam tidak membenarkan pembayaran atau penerimaan faedah
dan menggalakkan perkongsian untung di dalam amalan perbankan dari sudut
pandangan Islam.

1.PRODUK PERBANKAN ISLAM


Bank Islam menawarkan kemudahan Akaun Simpanan Wadiah, saluran bijak untuk
anda menyimpan wang anda berlandaskan kontrak Wadiah, kemudahan ini
menyediakan anda kaedah simpanan selamat tanpa gangguan untuk wang anda
dan memudahkan anda mengeluarkan wang itu apabila perlu.
Simpanan (Al-Wadiah)
BAHASA: Simpanan atau taruhan.
ISTILAH: Satu akad perjanjian di antara pihak pemilik harta bersetuju meyerahkan
hartanya atau mengamanahkan hartanya kepada seseorang tertentu atau kepada
pihak tertentu dengan tujuan untuk disimpan dan dijaga keselamatannya.
Definisi Al-Wadiah
Muamalah al-wadiah diimplimentasikan di institusi kewangan atau perbankan
islam.Ia mrupakan salah satu produk dalam sistem perbankan islam yang
ditawarkan kepada pelanggan khususnya orang islam.
Ia merupakan adalah satu alternatif kepada tawaran perbankan konvensional
yang berunsur riba.Produk ini disebut sebagai akaun.Al-wadiah ialah pemilik harta
(mendeposit) megamanahkan atau menyimpan wangnya kepada pihak bank dengan
tujuan untuk disimpan semata-mata.
Al-Wadiah dalam bidang urusniaga bank Islam terdapat dalam dua bentuk :
1. Akauan semasa (Current Account)
2. Akauan simpanan (Saving Account)

2.PELABURAN
Pelaburan di dalam Islam menggunakan konsep.
a)Al-Mudharabah
b)Al-Musyarakah
a)Al-Mudharabah

Mudharabah adalah akad antara pihak pemilik modal (shahibul mal) dengan
pengelola (mudharib) untuk memperoleh pendapatan atau keuntungan.

Pendapatan atau keuntungan tersebut dibagi berdasarkan nisbah yang telah


disepakati di awal akad.
Hukum Mudarabah;
Mudarabah merupakan kontrak yang telah dipraktikkan sendiri oleh Rasulullah
s.a.w.
Kedua pihak yang melakukan mudarabah mestilah terdiri dari orang yang
berkelayakan memberi wakil atau menerima wakil (wakalah).
Tidak disyaratkan kedua belah pihak mesti terdiri dari orang Islam. Namun jika
terdapat unsur haram seperti riba, kontrak ini tidak diharuskan.
Mudarabah dalam operasi perbankan dilaksanakan dengan persetujuan
pembahagian untung rugi di antara bank dan pelanggan dan ia boleh didapati
dalam bentuk;
Akaun Pelaburan
Akaun Simpanan Tetap
Akaun Pelaburan Istimewa
b)Al-Musyarakah
Perkongsian yang menetapkan hak ke atas dua pihak atau lebih dengan
menyumbangkan modal dan keuntungan dibahagi sesama mereka. Musyarakah
atau syarikat merupakan suatu gabungan modal atau usaha sama di kalangan ahli
bagi membiayai sesuatu projek bagi menjana keuntungan, untuk perkhidmatan
kebajikan masyarakat, memupuk hubungan baik dan menjalankan perintah agama.
Keuntungan dan kerugian akan ditanggung bersama mengikut nisbah saham atau
sumbangan modal masing-masing. Firman Allah yang bermaksud;
Maka mereka bersekutu pada satu per tiga (dengan mendapat sama banyak lelaki
dan perempuan).

Hukum musyarakah adalah seperti berikut ;


Syarikat akan terbatal apabila ahli menarik diri kerana seseorang ahli berhak
menarik diri pada bila-bila masa atau disebabkan oleh kematian dan gila yang
berterusan.
Disebabkan ahli seorang yang amanah, segala dakwaan untung atau rugi dari
seorang ahli diterima dan diperakui.
Ahli tidak perlu bersumpah sekiranya berlaku kerosakan atau kerugian kecuali
ada penyaksian dan bukti.

Dalam operasi bank aktiviti musyarakah wujud sama ada dalam pembiayaan
pemilikan salah satu pihak (musyarakah mutanaqisah) atau menjadi syarikat bagi
satu-satu projek.
C) Instrumen Lain / Produk Perbankan Islam

Bil

KONSEP

Al-Wadiah yad Dhamanah

Al-Mudharabah

Al-Musyarakah

Al-Murabahah

Bai Bithaman Ajil

Bai Al-Dayn

Al-Ijarah

MAKSUD
Iaitu suatu akad antara empunya produk
dengan pihak yang menyimpan produk.Ia
boleh berubah kepada Dhamanah di
mana produk yang rosak,hilang atau
musnah wajib diganti.
Suatu akad antara dua orang / pihak yang
melibatkan penyerahan harta oleh
seseorang / satu pihak kepada seseorng
lagi / pihak untuk berniaga dan berkongsi
keuntungan dengan syarat-syarat tertentu.
Suatu akad antara pemegang-pemegang
saham bersama rakan-rakan kongsi ke
atas modal dan keuntungan.
Kaedah menjual sesuatu barangan
dengan harga modal berserta dengan
tambahan sejumlah keuntungan yang
telah dipersetujui.
Al-Bai Bithaman Ajil lebih dikenali sebagai
jualan harga tertangguh. Urus niaga alBaiBithaman Ajil melibatkan proses
menjual sesuatu dengan disegerakan
penyerahan barang dan ditangguhkan
pembayarannya sehingga ke satu waktu
atau tempoh yang telah ditetapkan.
Pembiayaan hutang dan peruntukan
sumber kewangan yang diperlukan untuk
pengeluaran, perdagangan dan
perkhidmatan melalui jualan dan belian
dokumen dan kertas perdagangan. Ini
adalah kemudahan jangka pendek dalam
tempoh matang setahun atau kurang
daripadanya. Hanya dokumen yang
menjadi bukti hutang dan transaksi
komersial bona fide yang boleh
diperdagangkan.
Menjual manfaat (penggunaan) atau
perkhidmatan dengan harga atau bayaran
yang ditetapkan. Kaedah ini digunakan
dalam urusan sewa menyewa manfaat

Al-Ijarah Thumma Al-Bai


BaiSalam

10

Bai Al- Istijrar (kontrak


bekalan)

11

Al-Qardhul Hasan
(pinjaman kebajikan)

12

Al-Kafalah (jaminan)

13

Al-Wakalah (pelantikan/wakil
ejen)

14

Al-Hiwalah
(pemindahan hutang)

sesuatu harta benda dan juga upah


mengupah untuk melakukan sesuatu
kerja. Manfaat merujuk kepada
penggunaan seperti kediaman bagi
rumah, rumah, kenderaan dan
sebagainya. Usahawan boleh menyewa 8
tapak kilang dan mesin untuk kerja-kerja
pengeluaran dengan tempoh, kadar dan
syarat-syarat yang dipersetujui bersama
dengan tuanpunya harta
Dua elemen sewaan dan belian (sewa
kemudian beli)
Satu perjanjian dengan pembayaran
dilakukan semasa akad sedangkan
penyerahan barangan ditangguhkan ke
suatu masa ditetapkan.
Perjanjian di antara pembekal dan
pelanggan , di mana pembekal bersetuju
untuk membekalkan barangan tertentu
secara berterusan kepada pelanggan
(sebagai contoh secara bulanan) pada
harga dan cara pembayaran yang
dipersetujui oleh kedua-dua pihak.
Pinjaman yang diberi tanpa
mengharapkan pulangan atau
faedah.Peminjam hanya perlu membayar
balik jumlah wang yang dipinjam tanpa
dikenakan sebarang faedah.Walau
bagaimanapun,peminjam digalakkan
membayar lebih daripada jumlah yang
dipinjam sebagai tanda penghargaan atau
terima kaish.
Jaminan yang diberikan oleh individu
kepada pemilik barangan, di mana pemilik
menyimpan atau mendeposit
barangannya kepada pihak ketiga,.
Penjamin dan pihak ketiga perlu
bertanggungjawab untuk memenuhi
sebarang tuntutan pemilik ke atas
barangannya.
Seseorang melantik individu lain untuk
melaksanakan suatu tugasan sebagai
wakilnya.
Pemindahan wang/ hutang dari akaun
penyimpanan/pemiutang kepada akaun
penerima/penerima hutang,dan bayaran
perkhidmatan akan dikenakan.

15

Al-Sarf
(tukangan wang asing)

16

Ar-Rahn

17

Al-Ujr (Upah)

18

Al-Hibah
(Hadiah)

Pembelian dan penjualan mata wang


asing.
Konsep menjadikan suatu barangan yang
berharga sebagai sandaran bagi hutang
yang diambil di mana barangan ini boleh
membayar hutang tersebut jika hutang
tersebut tidak dijelaskan.
Komisen atau yuran yang dikenakan untuk
perkhidmatan yang diberi.
Pemberian hadiah secara sukarela ke
atas pinjaman yang diberikan.

d)Perbankan Konvesional
Akaun simpanan Konvensional terbahagi kepada dua iaitu:
a) akaun pelaburan pulangan tetap (fixed deposit)
b) akaun simpanan biasa
Akaun pelaburan pulangan tetap tidak syariah kerana akaun ini telah menetapkan
jumlah pulangan semasa awal kontrak. Ia termasuk dalam Riba al-Qardh. Akaun
Simpanan Biasa juga mempunyai polisi yang lebih kurang sama cuma faedah yang
diterima lebih rendah.

3.PELAKSANAAN PRODUK PERBANKAN KONVENSIONAL / ISLAM.

BI
L

PRODUK /PERKHIDMATAN
PERBANKAN KONVENSIONAL

PRODUK / PERKHIDMATAN
PERBANKAN ISLAM

Akaun Semasa

Al-Wadiah Yad Dhamanah

Akauan Simpanan

Al-Wadiah Yad Dhamanah

Akaun pelaburan Am

Al-Mudharabah

Akaun Pelaburan Khas

Al-Mudharabah

Pelaburan dalam GIC

Al-Qardhu Hasan

Pembiayaan pelaburan saham

Al-Mudharabah

Pembiayaan perumahan

Bai Bithaman Ajil

Pembiayaan kenderaan

Bai Bithaman Ajil atau Al-Ijarah


Thummah Al-Bai

Anda mungkin juga menyukai